Wednesday 29 June 2011

Duyung Diva & Si Tanggang





aduan kepada konsortium pari-pari
nama pengadu: tengku maharajalellah
bagi pihak: puteri arellah binti tengku maharajalellah


aduan: masalah serius! bantulah anakanda beta! katanya dia bosan jadi duyung. dia merungut kerana kerjanya hanya selam-menyelam, minum air masin, dan makan ikan bilis semata-mata. walhal itu memang rutin duyung. tiada siapa boleh persoalkannya.

puteri arellah juga bagaikan tersampuk aura manusia biasa. dia ingin menari di daratan dan mahu lompat bintang bagi meluahkan ekspresi kegembiraan. baginya punya ekor hanya menyusahkan! anakanda beta juga mahu makan ayam celup tepung dan daging salai di daratan. teringin memakai pakaian si puteri daratan yang indah berkerlipan. paling dasyat, puteri arellah mahu jatuh cinta dengan putera kacak berkaki dua. itu melanggar undang-undang duyung yang berjuta tahun tidak tergugat!

beta harap konsortium pari-pari boleh beri motivasi. jadikan puteri arellah duyung bersyukur dan tahu asal-usul diri. jika perlu, panggillah pakar motivasi seantero alam dongeng iaitu dr fadhilah kamsilah. segala kos beta tanggung. apa yang penting, puteri arellah berubah. itu misi utama, semata-mata.


oleh: Ain Maisarah, Aida Munira Abu Bakar 

Awan Hitam

Awan Hitam Bosan... Bila nak balik nie... Penat melayan kerenah manusia... Topeng berlapis-lapis Sampai lupa wajah sebenar yang mana Benci.....