Tuesday 12 December 2017

Mondok the Hikers


Mondok the Hikers


Bulan Disember 2017 telah membuka satu lembaran baru dalam hidup aku. Kenape?
Sebab aku telah mempelajari keindahan dan keajaiban alam daripada seorang remaja
yang begitu mencintai alam semulajadi. Dalam usia yang baru mencech 22 tahun,
beliau telah mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia pendakian. 9 tahun dalam
dunia pendakiansemestinya beliau telah banyak melalui suka-duka, dugaan dan rintangan
untuk menawan puncak yang diidamkan. Seawal usia 13 tahun, beliau telah terjebak
dalam dunia pendakian yang pada mulanya sekadar untuk suka-suka dan akhirnya telah
menjadi kecintaan yang mendalam terhadap kehijauan...ketinggian...dan ketenangan alam.
Mondok...itu adalah gelaran yang telah diberikan kepada beliau dan juga panggilan di
kalangan teman-temannya. Beliau seorang yang ramah dan mudah mesra dengan sesiapa
sahaja yang baru dikenali. Beliau mudah menyesuaikan diri dengan sesiapa jua
walaupun perbezaan umur yang ketara. Mungkin kerana beliau dah terbiasa berurusan
dan berkawan dengan orang-orang yang lebih dewasa daripada beliau, maka baginya tiada
jurang di antara mereka. Seawal usia yang masih muda, beliau telah diberikan kepercayaan
untuk menjadi Leader dalam group pendakian. Ini kerana beliau telah mempunyai
pengalaman yang banyak dan mempunyai sijil yang diiktiraf oleh Kesatuan Pendaki Malaysia.
Minda ku berfikir...semasa usia ku 13 tahun, aku begitu fokus dalam bidang akademik...
fokus untuk dapat keje at least dalam pejabat. Tak nak berpanas...nak berhawa dingin je...
tp, tidak bagi Mondok. Beliau telah menetapkan bahawa apa yang menjadi kesukaannya itu
akan diteruskan dan akhirnya telah menjadi kerjaya beliau hingga ke hari ini. Dalam usia
yang masih muda...beliau telah berjaya menawan 38 puncak gunung (Malaysia dan Luar
Negara). Kejayaan beliau itu telah membuka mata dan minda...tidak ada apa yang mustahil
dalam dunia ini selagi mempunyai semangat dan minda yang kuat untuk berjaya.
Hati ku terdetik...bagusnya kalau dulu aku ada pendedahan mengenai gunung dan bukit...
tidak bijak dalam akademik, tidak semestinya tidak boleh berjaya. Mondok dah buktikan
bahawa beliau boleh berjaya dalam kepakaran bidang pendakian dan telah menempa
nama dalam dunia pendaki. Perjalanan hidup beliau masih jauh lagi dan tidak mustahil
beliau akan terus maju dan berjaya di masa akan datang.
Kejayaan beliau dalam bidang yang diceburi ini tidak akan berjaya jika tidak mendapat
sokongan padu daripada keluarga. Ibubapa, abang dan kakak beliau sangat-sangat
menyokong minat dan hobi beliau; di mana akhirnya telah menjadi kerjaya beliau.
All the best Mondok...I will support you...always...You’re the best among the best....

No comments:

Post a Comment

Awan Hitam

Awan Hitam Bosan... Bila nak balik nie... Penat melayan kerenah manusia... Topeng berlapis-lapis Sampai lupa wajah sebenar yang mana Benci.....