Monday 3 June 2019

Resepi Rendang Daging Raya Mak



Bahan-bahan untuk resepi Rendang Daging Raya Mak seperti berikut:

Bahan Utama: 
Daging lembu (daging batang pinang seelok-eloknya)

Bahan A:
Bawang besar
Bawang putih
Bawang kecil
Halia
Serai

Bahan B:
Jintan manis
Jintan putih
Ketumbar
Serbuk kunyit
Cili kering diblender
Serbuk cili

Bahan C:
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kayu manis
Buah pelaga

Bahan D:
Minyak masak
Garam
Air
Santan
Kerisik



Cara-cara membuatnya:

1. Daging dipotong mengikut urat untuk pastikan daging lembut. Hiris sederhana tebal. Jangan tebal sangat, nanti lambat nak tunggu lembut.

2. Bahan A: sediakan 2 portion untuk bahan A. Satu portion, bahan-bahan dimayang halus untuk ditumis. Satu portion lagi, dible der halus untuk dicampurkan dengan rempah rendang. Untuk dijadikan pes basah rendang.

3. Bahan B: sangai jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Pastikan nisbah bahan-bahan ini 1:1:2 (lebihkan portion ketumbar jika nak naikkan bau harum). Selepas naik bau, angkat bahan-bahan ini untuk diblender. Sangai bahan tanpa menggunakan minyak. Sangai jangan sampai hangus. Perlu jaga api. Gunakan api kecil sahaja. Kemudian, ambil cilik kering yang telah diblend, campurkan dengan rempah kari daging babas, campur bahan A yang juga telah diblender. Gaulkan semua bahan dalam mangkuk besar dan kacau sehingga sebati. Masukkan sedikit serbuk kunyit dan serbuk cili untuk tambahkan kepedasan.

4. Selepas semua bahan telah tersedia, panaskan minyak dan masukkan bahan A yang telah dimayang. Tumis sehingga naik bau. Jangan sampai hangit.

5. Kemudian, masukkan bahan A dan B yang telah digaulkan bersama menjadi pes rendang. Tumis sehingga naik bau dan terbit minyak sedikit. Masukkan garam mengikut kesesuaian tunas rasa masing-masing.

6. Masukkan daging dan kacau sehingga rata semua rempah menyaluti semua daging. Tidak perlu masukkan air kerana daging mempunyai airnya yang tersendiri. Nanti air daging akan keluar. Kacau sehingga semua rata sebati. Kecilkan api kerana ini merupakan proses pengecutan daging dan untuk menjadikan daging empuk. Kemudian masukkan serai yang dititik. Lagi banyak serai, lagi sedap. Tapi jangan terlebih sebab nanti leh jadi pahit.



7. Kemudian, masukkan semua bahan C. Kacau dan gaul rata. Pastikan kacau hingga ke dasar kuali bagi mengelakkan rendang hangus di bahagian bawah.


8. Pada peringkat ini, kuali telah dipenuhi air yang keluar dari daging lembu. Tutup kuali dengan penutup yang besar. Kecilkan api untuk proses mengecutkan dan melembutkan daging. Pengecutan ini perlukan masa yang lama. Maybe 2-3 jam mengikut berat daging yg dimasak. Sekali sekala, buka penutup dan kacau daging bagi mengelakkan hangus di bahagian bawah kuali. Jika air daging telah berkurangan, boleh masukkan air sedikit sehingga air menenggelamkan daging itu semula. 

9. Jika daging telah lembut, masukkan santan pekat. Kacau sehingga sebati. Bila telah mendidih, masukkan pula santan cair. Pastikan santan ini menenggelamkan daging. Kacau sehingga sebati.


***mak suruh tambah 1 kotak kecil + 1 kotak besar (1kg) santan lagi untuk tambahkan kepekatan rendang nie...

10. Akhir sekali masukkan kerisik. Masak daging sehingga kering atau mengikut cita rasa sendiri sama ada hendak kuah sedikit atau kering. 

Rendang Daging Raya Mak...siap...


***Rendang nie belum kering lagi. Saje je ada kuah skit. Nanti kalo panaskan selalu jadi keringlah...Kuah rendang macam nie sedap makan ngan nasi panas or nasi impit...yummm...rasa lapar plak...tak sabar nak tunggu berbuka puasa. 

No comments:

Post a Comment

Awan Hitam

Awan Hitam Bosan... Bila nak balik nie... Penat melayan kerenah manusia... Topeng berlapis-lapis Sampai lupa wajah sebenar yang mana Benci.....