Sunday, 2 June 2019

3 hari sebelum Ramadhan Pergi



Hari nie 28 Ramadhan...tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum Ramadhan berlalu pergi. Esok...Isnin...lusa pula Selasa dah...tulat...Syawal akan mengetuk pintu-pintu rumah umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Kedatangan Syawal adalah untuk.meraikan kemenangan umat Islam yang telah berjaya menamatkan  rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Bulan kemuliaan, bulan yang berkat serta membawa rahmat serta merupakan bulan keampunan kepada umat Islam yang mendambakan keampunan dari Illahi. Bulan Ramadhan pastinya akan dirindui selepas pemergiannya. Tempoh yang dirasai amat singkat. Adakah kita telah pulun semua kelebihan dan kebaikan yang ada pada bulan Ramadhan? Atau kita mensia-siakan Ramadhan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Adakah kita tergolong dalam golongan orang-orang yg rugi? Sedarlah, cuma 2 hari sahaja lagi...berusaha la untuk buat yang terbaik untuk 2 hari sahaja lagi. Kita tidak mengetahui sama ada kita masih berkesempatan untuk berjumpa dengan Ramadhan tahun akan datang. Kita tidak pasti sama ada Ramadhan akan datang pada masa akan datang. Ingatlah bahawa tiada apa yang pasti dalam dunia ini. Apa yang mampu umat manusia buat adalah hanya berdoa agar ditemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Kehidupan kita hari ini adalah disebabkan rahmat dan belas kasihan daripada Illahi. Ini kerana Allah swt Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah swt kasih dan sayang terhadap umat manusia di dunia ini. 

No comments:

Post a Comment

Awan Hitam

Awan Hitam Bosan... Bila nak balik nie... Penat melayan kerenah manusia... Topeng berlapis-lapis Sampai lupa wajah sebenar yang mana Benci.....