Friday, 15 December 2017

Kipas-Susah-Mati ANIME


I LOVE ANIME. Yes...that's true...I love anime very much...Sejak bile? Sejak dari dalam perut mak lagi...hihi...no la, actually, start bila dah tau mengeja dan membaca...masa tue femes Majalah Kanak-kanak, An-Nur...time tue xsilap sekolah tadika rassanya...mmg mak akan beli setiap minggu majalah tue. Masa tue gambar-gambar kartun yang Islamic...pakai tudung, jubah, baju kurung....comey-comey je watak-watak dalam majalah An-Nur tue. Pastue semua pasal kisah-kisah tauladan dan kisah-kisah nabi. Mmg tiap-tiap mnggu xsabar tunggu mak belikan. Harga majalah An-Nur kalo tak silap dalam RM1.00 - RM1.30. Time tue kire mahal la harga mcm tue...tapi, coz mak yang belikan...untuk encourage minat dan budaya membaca. Hihi...

Bile dah besar skit...dah tau menabung...dah tau byk buku-buku lain...minat membaca makin mendalam...so, opkos lah bacaan seperti komik dari Jepun menjadi pilihan. Time tue sangat byk komik Jepun yang dialih Bahasa ke Bahasa Melayu. pengeluar terbesar komik Jepun adalah Comic House. Mmg giler la time tue...semua komik nak beli. Sanggup simpan duit makan, semata-mata nak beli komik. Time tue duit belanja sekolah dapat RM2 untuk pagi n petang. So, mmg xguna la...simpan utk beli komik. 

Feveret komik time tue...opkos Dragon Ball, Slam Dunk, Doremon, Sailormoon, Kreko, Detektif Conan, Jaguh Bola Sepak, Captain Tsubasa, Pedang Setiawan, Dewata Raya, Three Eyes, Naruto etc...banyak sangat sampai tak teringat...hihihi...yang pasti, jumlah harga semua koleksi komik nie leh mencecah harga sebijik Myvi...hihihi...percaya tak? Tolong la percaya...memang betul...hahahaha...kegilaan yang melampau dan obses terhadap dunia komik...



Time sekolah rendah dulu...kalo beli komik...bile nak sampai umah, mesti akan sorok komik tue dalam baju....pastue jln laju-laju masuk bilik...coz xnk mak nampak n tau beli komik. Actually, mak marah aku baca komik. Dia cakap tue bukan bahan bacaan yang berilmiah...leh rosakkan minda ngan gaya bahasa yang tak betul dan takut terpengaruh ngan cerita komik tue dan terbawa-bawa ke dunia nyata...hihi...tue yang mak cakap...

Disebabkan itu juga, aku xberani nk baca secara terang-terangan. Sokmo baca waktu malam bile semua dah tido...Bila lampu dah ditutup, time tue la aku start baca komik aku yang dibeli siangnya...baca bawah selimut....dan diterangi ngan cahaya lampu suluh/lampu picit. hihihi...pastue...gelak sorang2 tanda penghayatan yang tinggi....rase mcm malam yang sunyi tue...aku dah masuk ke dunia fantasi yang dihayati melalui pembacaan secara rahsia di tengah-tengah malam. Mmg best rasenya terkenangkan waktu tue...

Ada ke kesan-kesan negatif lepas baca komik...mcm mak cakapkan tue...Yes, opkos lah ada...bahana yang menimpa aku...akhirnya mata aku rosak coz membaca dalam gelap. Rupanya cahaya lampu suluh / lampu picit itu tidak membantu dalam pencahayaan yang sebenar. Ianya menyebabkan kornea mata terpaksa bekerja keras untuk melihat semasa membaca komik tersebut. Aku tak maklumkan pun bahawa aku dah rabun kat mak abah...aku senyapkan je...sampailah nak masuk PMR, baru aku rase aku kena bagi tahu....coz nnt bile time exam PMR aku rabun...abis la aku kalo xnmpk apa-apa pemeriksa tulis kat whiteboard. So, ngan gigihnya...aku bg tau abah...so, abah bawak gi kedai cermin mata...dan mmg aku telah disahkan kena rabun jauh. Time tue...buat pertama kalinye buat cermin mata dan power aku adalah R275 - L300. Hihihi...abah tanye...nape xbg tau awal-awal...aku just senyap je...coz aku tahu salah aku...hihihi...



Nape komik? Wpun mak cakap xde ape2 faedah baca komik...tp, semua tue silap. Actually, komik-komik keluaran Jepun mempunyai objektif dan naikkan nilai moral dalam diri. Kenapa aku cakap mcm tue? sbb setiap jalan cerita dalam komik-komik yang aku baca mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi, semangat setia kawan, keazaman dlm mencapai sesuatu impian dan matlamat, perlu mempunyai sikap positif dan dan cekal dalam menghadapi dunia yang lebih mencabar. Semua penekanan yang diberikan dalam jalan cerita tersebut telah menjadikan siapa aku sekarang ini. 

Kecekalan Naruto walaupun di awalnya dia berseorangan dan bersendirian serta disisihkan kerana kelebihan yang diperolehi. Di mana akhirnya segala usaha untuk menembusi kelompok puak tersebut berbaloi kerana akhirnya semua penduduk kampung membuka mata dan menerima kehadiran Naruto dalam hidup mereka. Kesungguhan Son Goku untuk menjadi lebih kuat dan berkuasa untuk melindungi orang yang disayang telah menjadikannye bertambah kuat dan dikenali. Kehandalan Kurosagi Ichigo dalam bermain pedang untuk melawan kuasa jahat...sebelum dia dapat menguasai pedang tersebut, Ichigo perlu melawan dan menguasai dahulu kejahatan yang ada dalam dirinya. Selepas Ichigo berjaya mengawal kejahatan dalam dirinya, dia menjadi lebih kuat untuk melindungi insan-insan yang disayang. Natsu, sorg yang memegang watak yang nakal tetapi kuat. Walaupun Natsu kuat, tetapi Natsu mempunyai kelemahan iaitu Natsu tidak boleh menaiki sebarang kenderaan. Dengan semangat setia kawan yang kuat, Natsu disayangi di kalangan rakan-rakannya. Inuyasha...memegang watak yang agak kasar pada awalnye...tetapi selepas mengenali dirinye...sbnarnye dalam kasar ada lembutnye...dalam garang, ada manjanye...sweet sgt...hihi..wpun dia adalah jelmaan syaitan serigala...tp, dont judge book by it cover...stp yg jahat itu, pasti ada secebis kebaikan dalam hatinya. Rurouni Kenshin dr manga Samurai-X juga mempunyai jalan cerita yg menarik yg berlatar belakangkan zaman Edogawa. Zaman perang dan penaklukan zaman Jepun. Kemunculan slasher yg digeruni...parut berbentuk X di pipi menjadikannye dikenali di kalangan penyanjungnye dan ditakuti di kalangan musuhnye. Wpun pedangnye telah membunuh ribuan musuh...tp, dalam hatinye masih mempunyai nilai kasih sayang...bile dia bjaya menambat hati Kaoru pemilik sebuah Douijo, pempuan paling garang...hihi..Bezita dalam Dragonball juag mempunyai karakter yg menarik. Dipermulaan cerita dia adalah penjahat yg digeruni dan ditakuti. Tp, diakhir cerita, Bezita yg merupakan sorg putera raja dr Planet Bezita telah berubah kerana hatinya berjaya ditawan oleh makhluk bumi yg giler2 dan garang iaitu Bulma. Akhirnya mereka dianugerahkan sorg anak lelaki yg hensem sgt bernama Trunks. Masa tue Trunks telah menjadi kegilaan peminat2 otaku Dragonball (termasuk aku gak...hihi...). 


Penekanan yg nak disampaikan di sini ialah walau mcm mne jahat dan teruknye sesuatu watak itu, akhirnye dia akan berubah menjadi baik. Usaha dan semangat yg kuat penting utk mencapai apa juga impian dan cita-cita. Sokongan dan dorongan org yg menyayangi juga penting utk kite lebih maju dan bjaya. Setiap keburukan yg berlaku pasti ada hikmahnya. Dalam setiap kegelapan yg dialami, pastinya akan ada matahari yang akan menerangi. Kita tidal akan mendapat sesuatu yg baik, tanpa melalui yg satu lagi. Setiap kejadian yg diciptakan, pastinye berpasangan. Selagi kite reda dan sedia menghadapi dan bersikap positi dalam apa jua yg bakal mendatang, insyaAllah semuanya pasti kite dapat harungi ngan jayanya. Semua adalah disebabkan keberkatan dan rahmat daripada Allah swt.


No comments:

Post a Comment

Awan Hitam

Awan Hitam Bosan... Bila nak balik nie... Penat melayan kerenah manusia... Topeng berlapis-lapis Sampai lupa wajah sebenar yang mana Benci.....