Aku, kebanyakan waktu tidak mengerti maksud sebenar
untuk perkataan ‘CINTA’. Sungguh, ia suatu perkataan yang amat kompleks dan
rumit untuk dihurai dan diterjemahkan dengan perkataan.
‘CINTA’, adakah semudah aku suka kamu, dan kamu suka
aku? Adakah semudah aku cinta kamu dan kamu cinta aku?
Tapi aku musykil dengan ‘cinta’, mengapa semakin lama
ia semakin mengurang, bukankah sepatutnya ia semakin bertambah? Mengapa semakin
lama semakin mencair, bukankah sepatutnya ia semakin pekat? Mengapa semakin
lama semakin sedikit, bukankah sepatutnya ia semakin banyak? Mengapa semakin
lama semakin pudar, bukankah sepatutnya ia semakin terang dan menyerlah?
Mengapa, ya?
Aku cinta kamu, kamu cinta aku, adakah semudah aku
pegang tanganmu, kita pergi jalan-jalan?
Aku cinta kamu, kamu cinta aku, adakah semudah aku dan
kamu ambil foto sama-sama muncung bibir, duduk dekat-dekat?
Aku cinta kamu, kamu cinta aku, adakah semudah aku dan
kamu pakai baju sedondon?
Aku cinta kamu, kamu cinta aku, adakah semudah aku
berdiam sahaja melihat kamu menyalakan rokok, sedang hakikat aku amat membenci
perokok?
Aku cinta kamu, kamu cinta aku, adakah semudah
berhabisan kredit untuk menelefon dan berhabis data untuk berwatsapp?
Aku cinta kamu, kamu cinta aku, adakah semudah kamu
harus memujuk aku tatkala aku merajuk dan aku harus berdiam tatkala kamu beremosi
dan marah?
Aku cinta kamu, kamu cinta aku, adakah semudah itu?
Aku cinta kamu, kamu cinta aku, sebenarnya harus
bagaimana?
Aku musykil, dan oleh itu aku tidak pernah percaya
akan ‘cinta’.
Dan, aku jelik dengan “aku cinta kamu, kamu cinta aku”.
“In life, ALLAH
doesn’t give you the person you want, instead he gives you the person you
need...
to love you... hurt you and teach
you the real meaning of life...”
No comments:
Post a Comment