Monday, 11 December 2017

Makna Kehidupan

Semua orang ada mempunyai makna kehidupan yang tersendiri...tidak semua mempunyai
makna kehidupan yang sama. Lain orang, lain hala tujunya...apa yang penting, output
yang terhasil di akhir kehidupan kita itu nanti. Adakah di pengakhiran itu, kita merasakan
bahawa kita telah membuat yang terbaik dalam hidup atau ada sedikit kekesalan kerana
tidak berjaya melakukan apa yang sepatutnya dilakukan. Ada juga yang mengatakan
bahawa adakah kita yang akan menangis di saat waktu nafas kita hampir terputus atau
orang di sekeliling kita yang menangis untuk melepaskan kita pergi.
“we don’t know what kind of people we truly are, until the moment before our death,
as death comes to embrace us..”
Untuk memastikan kehidupan kita ini bermakna, perkara yang penting...utamakan
kehendak dan kegembiraan diri dan hati kita sendiri dahulu. Kita kena tahu untuk jaga dan
sayang diri kita, fizikal dan mental...lepas kita dah sayang diri sendiri, kita patut menyebarkan
rasa kasih dan sayang itu kepada insan lain...termasuk haiwan da tumbuhan...rasa
kesayangan yang wujud itu boleh membantu kita untuk lebih positif dan tenang
dalam menghadapai apa jua rintangan yang datang.
Untuk menjadikan hidup ini lebih bermakna dan meriah...kita perlu luaskan ruang lingkup
zon untuk berkawan dan bersahabat. Ini kerana setiap seorang kawan itu boleh membawa
satu kegembiraan dan keseronokan dalam hidup. Setiap insan mempunyai kelebihan
dan kekurangan yang tersendiri. Tetapi kelebihan dan kekurangan tersebutlah yang
akan membuatkan diri kita menjadi lebih matang dalam menempuh dugaan dan cabaran
dalam kehidupan.
Pengembaraan juga boleh membantu dalam memberikan lebih makna dalam kehidupan.
Lain padang lain belalang...begitu juga dengan manusia. Lain negara lain tradisinya...Lain
budaya lain juga adatnya. Ini semua dapat membantu kita agar lebih menyayangi dan
menghargai apa yang kita sedang miliki sekarang ini.
At the end, hanya kita sahaja yang akan membuat pilihan yang terakhir untuk menjadikan
hidup kita menjadi lebih bermakna. Takdir memang telah ditentukan sejak azali lagi...tetapi
hanya manusia yang boleh mengubah takdirnya dengan berusaha dan berdoa kepada
Sang Pencipta-Nya.

No comments:

Post a Comment

Awan Hitam

Awan Hitam Bosan... Bila nak balik nie... Penat melayan kerenah manusia... Topeng berlapis-lapis Sampai lupa wajah sebenar yang mana Benci.....