Showing posts with label Keseronokan. Show all posts
Showing posts with label Keseronokan. Show all posts

Monday, 11 December 2017

Makna Kehidupan

Semua orang ada mempunyai makna kehidupan yang tersendiri...tidak semua mempunyai
makna kehidupan yang sama. Lain orang, lain hala tujunya...apa yang penting, output
yang terhasil di akhir kehidupan kita itu nanti. Adakah di pengakhiran itu, kita merasakan
bahawa kita telah membuat yang terbaik dalam hidup atau ada sedikit kekesalan kerana
tidak berjaya melakukan apa yang sepatutnya dilakukan. Ada juga yang mengatakan
bahawa adakah kita yang akan menangis di saat waktu nafas kita hampir terputus atau
orang di sekeliling kita yang menangis untuk melepaskan kita pergi.
“we don’t know what kind of people we truly are, until the moment before our death,
as death comes to embrace us..”
Untuk memastikan kehidupan kita ini bermakna, perkara yang penting...utamakan
kehendak dan kegembiraan diri dan hati kita sendiri dahulu. Kita kena tahu untuk jaga dan
sayang diri kita, fizikal dan mental...lepas kita dah sayang diri sendiri, kita patut menyebarkan
rasa kasih dan sayang itu kepada insan lain...termasuk haiwan da tumbuhan...rasa
kesayangan yang wujud itu boleh membantu kita untuk lebih positif dan tenang
dalam menghadapai apa jua rintangan yang datang.
Untuk menjadikan hidup ini lebih bermakna dan meriah...kita perlu luaskan ruang lingkup
zon untuk berkawan dan bersahabat. Ini kerana setiap seorang kawan itu boleh membawa
satu kegembiraan dan keseronokan dalam hidup. Setiap insan mempunyai kelebihan
dan kekurangan yang tersendiri. Tetapi kelebihan dan kekurangan tersebutlah yang
akan membuatkan diri kita menjadi lebih matang dalam menempuh dugaan dan cabaran
dalam kehidupan.
Pengembaraan juga boleh membantu dalam memberikan lebih makna dalam kehidupan.
Lain padang lain belalang...begitu juga dengan manusia. Lain negara lain tradisinya...Lain
budaya lain juga adatnya. Ini semua dapat membantu kita agar lebih menyayangi dan
menghargai apa yang kita sedang miliki sekarang ini.
At the end, hanya kita sahaja yang akan membuat pilihan yang terakhir untuk menjadikan
hidup kita menjadi lebih bermakna. Takdir memang telah ditentukan sejak azali lagi...tetapi
hanya manusia yang boleh mengubah takdirnya dengan berusaha dan berdoa kepada
Sang Pencipta-Nya.

Kawan dan Keseronokan

Kalau ikut definisi, kawan membawa maksud orang yg sudah lama dikenal
dan sering berhubungan dl hal tertentu (dl bermain, belajar, bekerja, dsb); teman; sahabat;
sekutu: orang ramah banyak --; gelak banyak, -- menangis jarang bersua, pb sahabat
di waktu senang banyak, sahabat di waktu susah (melarat) sedikit (http://www.artikata.com/).

Kalau masa kecil...kita tidak kisah dengan siapa kita kawan baik lelaki atau perempuan...
main batu seremban, lompat getah...teng-teng...jentik tutup botol...main baling selipar...
main bola...main layang-layang...semua kita join je...tak de prejudis sesama kita. Apa
yang penting...main untuk seronok...main untuk gelak...main untuk hepi...paling teruk pun
kalau gaduh, main kutuk2...pastue lari balik umah, mengadu ngan mak, tak nak kawan
ngan sepolan tue lagi...tapi, kebiasaannye tempoh xnk kawan tue pendek je...esok2, bile
dia ajak main...join je...mcm tue la budak2...xpernah simpan lelama dalam hati...hari-hari
pun hari yang menyeronokan.
Tapi bila dah dewasa mcm sekarang...kawan-kawan semakin berkurang. Sebab apa?
Mungkin ada di kalangan mereka yang telah mempunyai keluarga sendiri...dan ada
anak-anak sendiri...dah ada komitmen lain yang lebih penting untuk kelangsungan hidup
yang lebih mencabar...Kita telah lupa keseronokan zaman kanak-kanak dulu...hidup kita
sekarang diselubungi tekanan...komitmen kewangan...due date paperwork...melayan
pelanggan yang banyak kerenah dan ulah...semua ini menyebabkan kita lupa sejenak
tujuan kita hidup dalam dunia nie...adakah kita hidup hanya untuk kejar kesenangan
dan kemewahan? adakah bila kita telah besar dan dewasa, dunia kita hanya terbuka
untuk menghadapi tekanan kerja yang sentiasa membebankan...the answer is NO...
Kita masih berpeluang untuk menikmati keseronokan dan kegembiraan hidup dengan
kawan-kawan kita sekiranya kita tahu untuk membuat perancangan. Kita hidup sekali
je...so, jangan menidakkan hak kita sebagai manusia untuk terus merasa
keseronokan dan kegembiraan di zaman kanak-kanak dulu...
Ada pepatah mengatakan...enjoy your life till fullest...so, expect the unexpected things and
enjoy it...your life will be more cheerful and full of colors...and the most important thing,
when your time is coming, you wont regret it...

N3g@rA H4r^m

Negara Haram by akeno2024 17 November 2023 Jika sejarah mampu bersuara Dahulu engkau hanya pelarian Baki serpihan simpati Hitler Untuk tingg...