Thursday 14 December 2017

Time is Masa...Sambungan...

Kelmarin sgt busy...xsempat nak sambung pun coretan Time is Masa...Tengahari nie ingat nak sambung...tp, ideanya macam dah lari dari idea smlm la...aduhai...(actually, dh lupa apa idea kelmarin sebenarnya...hihihi...). 

Definisi Time mengikut pendapat Mr Google ~ the indefinite continued progress of existence and events in the past, present and future regarded as a whole. Nie yg omputih punye takrifan...kalo yang Melayu punye...masa ialah tempoh di antara 2 kejadian dan ukuran asas bagi masa adalah saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun, dekat dan abad.

Kalo kite dengar dan hayati makna lagu Kumpulan nasyid Raihan ~ Demi Masa...kite akan rase bahawa masa yang ada sekarang macam makin singkat dan makin pendek...dan manusia-manusia yang tidak tahu hargai masa adalah tergolong dalam golongan manusia-manusia yang kerugian...
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali
Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Kalo ada sape-sape yang rase la...masa sekarang berlalu dengan begitu pantas sekali...dalam sedar tak sedar kita dah nk penghujung tahun 2017. Dalam anggaran 16 hari je lagi kite nak masuk ke tahun 2018. Pernahkah kite terfikir dan merenung sejenak...adalah kite dah buat yang terbaik untuk tahun 2017? adakah kite dah buat penilaian diri kite terhadap penggunaan masa yang ada bagi tempoh 349 hari nie? adakah kite dah membahagikan masa sebaik-baiknya kepada family kite...rakan-rakan kite...sanak saudara kite...kepada majikan kite...kepada diri sendiri dan yang paling utama adakah kite letak priority masa kite untuk Sang Pencipta kita? Jumlah jam utk 349 hari adalah bersamaan 8376 jam...adalah masa ini mencukupi dan kite telah gunakan sebaik mungkin? 

Orang selalu fikir, masa 24 jam tue xmencukupi bagi mereka yang busy ngan kerja...kalo orang yg sakit plak fikir, lamanya beban sakit yang ditanggung ini...mohon untuk dipercepatkan masa dari menghadapi kesakitan...kalo orang yang malas buat keje plak rasa masa berlalu sgt perlahan dan buat dia boran dan boring dengan keje-keje dia...So, persepsi setiap manusia mengenai masa adalah berbeza-beza...itu jugalah yang membuatkan kewujudan manusia ini sebagai makhluk Allah swt yang unik dan berbeza daripada setiap sorang. 

Peringatan yang utama...jangan sekali-kali membazirkan masa orang lain kerana masa yang hilang tidak akan berganti dengan harta dan wang ringgit. Masa itu adalah hak individu. Untuk menjadi seorang yang berhemah dan dipandang tinggi, seseorang itu perlu tahu bagaimana cara untuk mengurusakn masa dengan baik. Di samping itu. seseorang itu juga mesti tahu bagaimana cara untuk menghormati masa orang lain. 

No comments:

Post a Comment

Awan Hitam

Awan Hitam Bosan... Bila nak balik nie... Penat melayan kerenah manusia... Topeng berlapis-lapis Sampai lupa wajah sebenar yang mana Benci.....