Showing posts with label Anime. Show all posts
Showing posts with label Anime. Show all posts

Monday, 29 April 2019

Entah Apa-apa Je...



seni abstrak - id.fixabay.com


Pagi...jam 7.30...30 April 2019 lokasi Opis Aku

Cuaca ketika ini hujan lebat sedang membasahi area Shah Alam. Kemungkinan hujan lebat ini melibatkan beberapa kawasan yang berhampiran dengan Shah Alam. Terdengar angin kuat menderu-deru di luar tingkap opis dari Aras 2.  

Saje je letak font color BLUE, sebab nak melambangkan bahawa semasa entri ini ditulis...opsss...silap...ditaip, cuaca di luar sedang hujan lebat. Biru, melambangkan warna air hujan. Betul ke air ada warna? I don't think so...hahaha...sebab kalau diikutkan air tiada warna. Yang menyebabkan air ada warna adalah kerana biasan dari warna awan. Air tiada bentuk. Bentuk air terjadi mengikut acuan / bekas yang digunakan. Kalau bulat bekas, bulat la bentuk air tue. Kalau segi empat, maka segi empatlah bentuk air tue. Kihkihkih...betul ke? Ntah la...sebab teringat masa subjek Sains Form 1-2-3. 

Dulu belajar Sains bila dah naik sekolah menengah. Opsss..tersilap...merasa gak guna buku teks Sumber Alam & Manusia masa sekolah rendah. Kiranya subjek tue subjek Sains la. Nama subjek bukan subjek Sains, tapi Sumber Alam & Manusia. Hihihihi...mesti budak-budak Gen Z tak merasa belajar subjek Sumber Alam & Manusia kan? Dorang punye terms yang digunapakai adalah Sains. Sebenarnya contents dalam buku teks tue sama je. Yang membezakan hanyalah nama subjek tue je.

Rasa macam dah banyak sangat umur nie sekarang. Budak-budak Gen Z pun kebanyakkannye dah meningkat ke alam remaja dan menunggu ke alam dewasa. Semua budak-budak Gen Z yang lahir bermula pada tahun 2000 dan ke atas, sekarang dah berumur 19 tahun...dan ke bawah la...kire ada yang dah abis sekolah menengah dan dah masuk Universiti / Kolej atau ada juga yang sambung sekolah menengah Form 6. 

Aku adalah Gen Y batch pertama. Sebab pengiraan tahun Gen Y bermula tahun 1981 - 1999. Gen X bermula tahun 1960 - 1980. Baby Boomers, of course yang bawah tahun 1960. Sebab apa aku tahu gen-gen nie? Sebab aku punye research master is about Generations. Why I choose this topic? Because I like to know more about the generation. What is the different about each generation? How each generation can give a negative or positive impact to the society and nation? We can see through GE14. The REVOLUTION of society. They want the new government and they get it. Hahahaha...

Ape nie merepek pasal politik plak time hujan-hujan nie...Stop it...I'm not the right person to talk about it. Just for chit-chat it's ok. hihihi...

seni abstrak - id.fixabay.com

Actually, aku tak de citer yang nak ditulis. I just wat to breaking the ice only because dah lama giler aku tak coretkan ape-ape dalam blog aku nie. Aku tau la...bukan ada sape-sapa yang baca pun. Hanya aku dan diri aku je yang baca blog nie. Actually blog nie more as a my virtual diary. But the writing here is not too personal but more to general and everyone can read it if they want to read. Hahahaha...

Hujan lagi...lebat lagi...siap ada guruh berdentum-dentum...hmmm...

Bayangkan kalau sekarang nie ada kat rumah...kompom-kompom aku tengah peluk bantal dan berselimut. Mesti bestkan...belayar ke dunia mimpi time sejuk-sejuk nie...hihihi...tapi tue hanya angan-angan kosong. Hakikatnya aku sekarang kat opis. Kena buat keje. Tapi disebabkan mood kelaut lagi, so tue pasal aku cari mood dan tulis entri dalam blog nie.

Opis dah semakin ramai staf datang. Dah dengar sana-sini dorang berborak-borak. Ada je isu yang diborakkan. Aku? mcm biasa jadi manusia yang paling kurang bercakap dalam opis nie. Untunglah kepada sesiapa yang boleh dengar suara aku ari nie. Hahahaha...Chop...aku bukan anti-sosial ok...cuma aku dalam kategori malas bercakap benda-benda yang tidak penting...mcm nk membawang...menyerai...melengkuas dan seangkatan dengannye. Hahaha...Hanya isu-isu tertentu je aku akan menyampuk...dan bukan selalu. 

Lagi satu, kenapa aku malas bercakap adalah...most of them...98.9% of the staffs here are married. So, most of the topic is about their children...their husband...their wife...all about family matters, which is not suitable with me because I don't have it yet. Therefore, the right way just doesn't get involved with the chit-chat. Hahaha...

Wow..not bad...panjang gak yang aku tuliskan pagi nie. Maybe sebab semangat dari hujan lebat kot. So, otak aku nie berjalan dan taip je ape yang terkeluar dalam minda aku nie. Hmmm...kalau la aku boleh menaip mcm nie dan hasilkan at least cerpen pendek, alangkah bagusnye...aku teringin karang cerpen sendiri. Tapi, aku tak de idea nak tulis pasal apa. 

Otak aku semenjak dapat surat keputusan menarik diri dari program PhD...otak aku mcm kosong je...jiwa aku pun kosong. Macam aku dah tak de impian untuk dikejar. Macam dah tak de matlamat yang nak dicapai. Macam aku korbankan semua yang aku nak untuk kepentingan orang lain. Wajarkah aku punye keputusan tue? Ntah la, aku pun tak de jawapan. Sedey? Ntah la...aku mcm dah tak de perasaan dengan ape-ape yang aku buat sekarang nie. Aku nak fikir...tapi otak aku mcm xnak fikir atau malas dah nak fikir. Once decision have been made, nothing can be changed anymore. So, buat apa aku nak fikir-fikir kan...sama ada right or wrong...just leave it and Allah swt will do the rest. 


seni abstrak - id.fixabay.com

Berapa tahun dah aku balik Selangor nie? Hmmm...xsilap 4 tahun lebih...nak masuk 5 tahun...tapi, happiness tue hanya berlaku pada tahun 1-2 je...lepas tue my life became miserable. Hahaha...I don't know how the described it. So, let me kept inside my heart only. Usually, people like to know other sadness stories...because they think that their life is much better to compare with others. 

Takdir...sebab tue aku suka baca pasal takdir. Sebab apa yang jadi nie semua takdir kan? Naruto pernah cakap, takdir boleh diubah. Tapi, kalau ikut apa yang terkandung dalam al-quran, takdir tue milik Allah swt dan tak boleh diubah. Huhuhu...so, I just need to learned and accepted. Bukan susah sangat pun nak bukak hati untuk terima. Just redha dan yakin Allah swt planned is much better than human planned. Hihihi...

Aku rasa bile aku tulis mcm nie...level pola kematangan aku dah naik 1 level lagi tinggi la...hahaha...OMG, aku nie dah masuk dunia dewasa sepenuhnya ke? Hahahaha...Abis la...aku kena tinggalkan dunia Anime...Comic...Cartoon...OMG...OMG...I don't want man...I want the old me...which is always be happy just looked at Sasuke...Neiji...Naruto...FYI, I don't have a real boifren...My boifren all from the world of anime...hahaha...I'm CRAZy right? But, that's me...Death Note...L...Ichigo...Haruka...Orihime...Echizen...Oh man, right now I'm thinking about the old interest of ME. 

Now 8.30 am...so, I should stop my writing...because the more I write...the more CraZy I am...hahahaha...

Wassalam...

Friday, 15 December 2017

Kipas-Susah-Mati ANIME


I LOVE ANIME. Yes...that's true...I love anime very much...Sejak bile? Sejak dari dalam perut mak lagi...hihi...no la, actually, start bila dah tau mengeja dan membaca...masa tue femes Majalah Kanak-kanak, An-Nur...time tue xsilap sekolah tadika rassanya...mmg mak akan beli setiap minggu majalah tue. Masa tue gambar-gambar kartun yang Islamic...pakai tudung, jubah, baju kurung....comey-comey je watak-watak dalam majalah An-Nur tue. Pastue semua pasal kisah-kisah tauladan dan kisah-kisah nabi. Mmg tiap-tiap mnggu xsabar tunggu mak belikan. Harga majalah An-Nur kalo tak silap dalam RM1.00 - RM1.30. Time tue kire mahal la harga mcm tue...tapi, coz mak yang belikan...untuk encourage minat dan budaya membaca. Hihi...

Bile dah besar skit...dah tau menabung...dah tau byk buku-buku lain...minat membaca makin mendalam...so, opkos lah bacaan seperti komik dari Jepun menjadi pilihan. Time tue sangat byk komik Jepun yang dialih Bahasa ke Bahasa Melayu. pengeluar terbesar komik Jepun adalah Comic House. Mmg giler la time tue...semua komik nak beli. Sanggup simpan duit makan, semata-mata nak beli komik. Time tue duit belanja sekolah dapat RM2 untuk pagi n petang. So, mmg xguna la...simpan utk beli komik. 

Feveret komik time tue...opkos Dragon Ball, Slam Dunk, Doremon, Sailormoon, Kreko, Detektif Conan, Jaguh Bola Sepak, Captain Tsubasa, Pedang Setiawan, Dewata Raya, Three Eyes, Naruto etc...banyak sangat sampai tak teringat...hihihi...yang pasti, jumlah harga semua koleksi komik nie leh mencecah harga sebijik Myvi...hihihi...percaya tak? Tolong la percaya...memang betul...hahahaha...kegilaan yang melampau dan obses terhadap dunia komik...



Time sekolah rendah dulu...kalo beli komik...bile nak sampai umah, mesti akan sorok komik tue dalam baju....pastue jln laju-laju masuk bilik...coz xnk mak nampak n tau beli komik. Actually, mak marah aku baca komik. Dia cakap tue bukan bahan bacaan yang berilmiah...leh rosakkan minda ngan gaya bahasa yang tak betul dan takut terpengaruh ngan cerita komik tue dan terbawa-bawa ke dunia nyata...hihi...tue yang mak cakap...

Disebabkan itu juga, aku xberani nk baca secara terang-terangan. Sokmo baca waktu malam bile semua dah tido...Bila lampu dah ditutup, time tue la aku start baca komik aku yang dibeli siangnya...baca bawah selimut....dan diterangi ngan cahaya lampu suluh/lampu picit. hihihi...pastue...gelak sorang2 tanda penghayatan yang tinggi....rase mcm malam yang sunyi tue...aku dah masuk ke dunia fantasi yang dihayati melalui pembacaan secara rahsia di tengah-tengah malam. Mmg best rasenya terkenangkan waktu tue...

Ada ke kesan-kesan negatif lepas baca komik...mcm mak cakapkan tue...Yes, opkos lah ada...bahana yang menimpa aku...akhirnya mata aku rosak coz membaca dalam gelap. Rupanya cahaya lampu suluh / lampu picit itu tidak membantu dalam pencahayaan yang sebenar. Ianya menyebabkan kornea mata terpaksa bekerja keras untuk melihat semasa membaca komik tersebut. Aku tak maklumkan pun bahawa aku dah rabun kat mak abah...aku senyapkan je...sampailah nak masuk PMR, baru aku rase aku kena bagi tahu....coz nnt bile time exam PMR aku rabun...abis la aku kalo xnmpk apa-apa pemeriksa tulis kat whiteboard. So, ngan gigihnya...aku bg tau abah...so, abah bawak gi kedai cermin mata...dan mmg aku telah disahkan kena rabun jauh. Time tue...buat pertama kalinye buat cermin mata dan power aku adalah R275 - L300. Hihihi...abah tanye...nape xbg tau awal-awal...aku just senyap je...coz aku tahu salah aku...hihihi...



Nape komik? Wpun mak cakap xde ape2 faedah baca komik...tp, semua tue silap. Actually, komik-komik keluaran Jepun mempunyai objektif dan naikkan nilai moral dalam diri. Kenapa aku cakap mcm tue? sbb setiap jalan cerita dalam komik-komik yang aku baca mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi, semangat setia kawan, keazaman dlm mencapai sesuatu impian dan matlamat, perlu mempunyai sikap positif dan dan cekal dalam menghadapi dunia yang lebih mencabar. Semua penekanan yang diberikan dalam jalan cerita tersebut telah menjadikan siapa aku sekarang ini. 

Kecekalan Naruto walaupun di awalnya dia berseorangan dan bersendirian serta disisihkan kerana kelebihan yang diperolehi. Di mana akhirnya segala usaha untuk menembusi kelompok puak tersebut berbaloi kerana akhirnya semua penduduk kampung membuka mata dan menerima kehadiran Naruto dalam hidup mereka. Kesungguhan Son Goku untuk menjadi lebih kuat dan berkuasa untuk melindungi orang yang disayang telah menjadikannye bertambah kuat dan dikenali. Kehandalan Kurosagi Ichigo dalam bermain pedang untuk melawan kuasa jahat...sebelum dia dapat menguasai pedang tersebut, Ichigo perlu melawan dan menguasai dahulu kejahatan yang ada dalam dirinya. Selepas Ichigo berjaya mengawal kejahatan dalam dirinya, dia menjadi lebih kuat untuk melindungi insan-insan yang disayang. Natsu, sorg yang memegang watak yang nakal tetapi kuat. Walaupun Natsu kuat, tetapi Natsu mempunyai kelemahan iaitu Natsu tidak boleh menaiki sebarang kenderaan. Dengan semangat setia kawan yang kuat, Natsu disayangi di kalangan rakan-rakannya. Inuyasha...memegang watak yang agak kasar pada awalnye...tetapi selepas mengenali dirinye...sbnarnye dalam kasar ada lembutnye...dalam garang, ada manjanye...sweet sgt...hihi..wpun dia adalah jelmaan syaitan serigala...tp, dont judge book by it cover...stp yg jahat itu, pasti ada secebis kebaikan dalam hatinya. Rurouni Kenshin dr manga Samurai-X juga mempunyai jalan cerita yg menarik yg berlatar belakangkan zaman Edogawa. Zaman perang dan penaklukan zaman Jepun. Kemunculan slasher yg digeruni...parut berbentuk X di pipi menjadikannye dikenali di kalangan penyanjungnye dan ditakuti di kalangan musuhnye. Wpun pedangnye telah membunuh ribuan musuh...tp, dalam hatinye masih mempunyai nilai kasih sayang...bile dia bjaya menambat hati Kaoru pemilik sebuah Douijo, pempuan paling garang...hihi..Bezita dalam Dragonball juag mempunyai karakter yg menarik. Dipermulaan cerita dia adalah penjahat yg digeruni dan ditakuti. Tp, diakhir cerita, Bezita yg merupakan sorg putera raja dr Planet Bezita telah berubah kerana hatinya berjaya ditawan oleh makhluk bumi yg giler2 dan garang iaitu Bulma. Akhirnya mereka dianugerahkan sorg anak lelaki yg hensem sgt bernama Trunks. Masa tue Trunks telah menjadi kegilaan peminat2 otaku Dragonball (termasuk aku gak...hihi...). 


Penekanan yg nak disampaikan di sini ialah walau mcm mne jahat dan teruknye sesuatu watak itu, akhirnye dia akan berubah menjadi baik. Usaha dan semangat yg kuat penting utk mencapai apa juga impian dan cita-cita. Sokongan dan dorongan org yg menyayangi juga penting utk kite lebih maju dan bjaya. Setiap keburukan yg berlaku pasti ada hikmahnya. Dalam setiap kegelapan yg dialami, pastinya akan ada matahari yang akan menerangi. Kita tidal akan mendapat sesuatu yg baik, tanpa melalui yg satu lagi. Setiap kejadian yg diciptakan, pastinye berpasangan. Selagi kite reda dan sedia menghadapi dan bersikap positi dalam apa jua yg bakal mendatang, insyaAllah semuanya pasti kite dapat harungi ngan jayanya. Semua adalah disebabkan keberkatan dan rahmat daripada Allah swt.


Tuesday, 12 December 2017

Kehidupan




Kata Kyoko: 

"Kesedaran. Perasaan di mana awk tk kn sedar slg awk tk cedera atau myusahkan org lain...semua org pernah mrasa begitu. tp, tdpt satu lg jenis peraaan yg mana awk akan rasa a/bila awk mgalami kjatuhan yg teramat sgt. Saat itu segalanye mjadi jelas. Bila smpi ke tahap itu, semuanya akan berubah. Adanya kesakitan pasti ada kebaikan. Adanya kegelapan, pasti ada matahari akan meneranginya semula...kita tak boleh dpt satu2 perkara itu tanpa melalui yg satu lagi...kedua2nye berfaedah...itulah nama KEHIDUPAN..."

Manga: Fruits of Basket

N3g@rA H4r^m

Negara Haram by akeno2024 17 November 2023 Jika sejarah mampu bersuara Dahulu engkau hanya pelarian Baki serpihan simpati Hitler Untuk tingg...