Lirik Lagu Selamat Berhari Raya – Rahimah Rahim
Selamat berhari raya
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah
Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi
Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada
Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi
"Enak menjamu selera, jangan lupa yang tiada..." - Untuk tidak melupakan insan-insan tersayang yang telah pergi dahulu meninggalkan kita, maka pada Hari Raya ke-3 telah diputuskan oleh semua kaum kerabat Rembau untuk mengadakan Majlis Tahlil untuk Wan, Atuk dan semua saudara-mara yang telah meninggal dunia. Majlis Tahlil ini hanya dihadiri oleh sedara-mara terdekat sahaja..di kalangan adik beradik, anak-anak dan cucu-cucu sahaja. Bacaan Tahlil diketuai oleh pak Andak - Rahim Hassan.
Selepas selesai tahlil dan bacaan Yaasin, majlis disudahi dengan jamuan untuk semua yang hadir. Jamuan kali nie Pak Andak jamu dengan kari kambing...iaitu kambing Wan & Atuk yang kini telah dibela dan dijaga oleh family Mak Ateh.
Peha kambing
Seekor kambing jantan telah tumbang pada 3 Syawal 1440H/2019M. Tukang sembelih Pak Ateh dan dilapah oleh Pak Cu dan Pak Andak.
Pak teh tengah melapah kambing
Pak Cu tengah try test ketajaman pisau
Daging kambing yang siap dipotong
Ternakan kambing nie je yang ada lagi tinggalan Wan & Atuk untuk anak dan cucu...rumah tradisi minangkabau pun dah tinggal sejarah je...huhuhu...rumah lama telah usang sangat dan banyak kayu-kayu dinding telah dimakan dek anai-anai. Kayu Tiang Seri rumah Wan pun dah reput dimakan anai-anai. Makanya...rumah minangkabau hanya tinggal pada gambar sahaja....
Tinggal Kenangan Rumah Wan & Atuk Tahun 1980-an
Den cucu Rembau
Kg Astana Raja
Rembau, Negeri Sembilan
No comments:
Post a Comment