Jam 9.00 malam tadi, sempat menonton rencana Majalah 3 - Sahur di Tambak Johor. Seawal 3.30 pagi, mereka telah bangun dan memulakan tugas untuk mencari rezeki di negara seberang. Dengan perbezaan nilai pertukaran mata wang yang tinggi antara Singapore dan Malaysia iaitu $1.00SD bersamaan RM3.04, rakyat Malaysia sanggup berkorban masa dan tenaga mencari sumber pendapatan di negara prang. Tidak pernah terlintas di hati dan fikiran bahawa jalan motosikal boleh sesak seperti jalan kereta ketika hendak melalui sempadan Johor dan Singapore. Tetapi itu yang terjadi ketika menonton rencana ini. Jumlah motosikal yang ingin ke seberang sangat banyak dan sesak. Ini terbukti bahawa ramai rakyat Johor yang mencari sumber rezeki di seberang sana.
Hasil daripada temubual pekerja yang bekerja di Singapore, mereka keluar rumah seawal 4.00 pagi sepanjang bulan Ramadhan. Mereka akan bersahur semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Kebanyakkan pekerja ini masuk kerja jam 7.00 pagi. Secara puratanya mereka memerlukan 3 jam untuk tiba di tempat kerja masing-masing. Sepanjang ramadhan, mereka akan singgah membeli juadah sahur di Susur Bt. 3...pasar pagi untuk juadah sahur yang telah dibuka seawal 3.30 pagi. Pekerja ini sama ada berhenti untuk makan sahur, sekiranya membeli makanan berat seperti nasi; atau ada yang sekadar membeli kuih dan akan dimakan semasa dalam perjalanan ketika motosikal tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
Apa yang membuatkan aku tertarik dengan rencana ini adalah rakyat Malaysia telah bangun seawal 3.30 pagi untuk mencari rezeki. Jurujual ini mengatakan bahawa mereka akan mula memasak juadah jam 1.00 pagi dan akan selesai memasak pada jam 3.00 pagi.
Melalui rencana ini telah terbukti bahawa rakyat Malaysia aka Orang Melayu tidak lagi MALAS dan Leka dengan perkara -perkara yang melalaikan. Tetapi mereka telah bertungkus lumus dalam usaha mencari rezeki dan berusaha mempertingkatkan taraf hidup masing-masing. Rencana ini bukan sahaja fokus kepada peniaga sahaja, tetapi juga kepada pekerja Malaysia yang travel 3 jam untuk mencari rezeki di negara seberang.
Perubahan attitude rakyat Malaysia ini seharusnya diwar-warkan dan dibanggakan kerana tiada lagi perkataan malas dalam diri rakyat Malaysia. Perkataan Malas yang telah sinonim bagi orang Melayu perlu dibuang dan dikikis dari perspektif dan pandangan bangsa luar. Dengan ini kita boleh menaikan martabat orang Melayu di mata pihak luar.
No comments:
Post a Comment