Tuesday 4 June 2019

Memori Malam Raya di Negeri Sembilan Negeri Beradat



Pada malam raya, kebiasaannya jemaah surau/masjid akan berarak dari rumah ke rumah para jemaah surau/masjid untuk melaungkan takbir raya di setiap rumah. Ini bertujuan untuk menyemarakkan rasa sayang dan kecintaan kepada Sang Pencipta-Nya yang telah memberikan keberkatan dan keampunan sepanjang bulan Ramadhan, dan kehadiran Syawal adalah untuk meraikan kemenangan dan kegembiraan. 

Di Kampung Astana Raja, tradisi ini masih dikekalkan telah lebih 60 tahun. Memandangkan Atuk dah tak de, so, Ketua Takbir di rumah diketuai oleh Pak Andak dan jemaah surau yang lain.


Takbir Raya yang diadakah di rumah-rumah jemaah surau ini biasanya dilakukan selepas solat Isyak. Jemaah-jemaah ini akan pergi ke setiap rumah di Kampung Astana Raja. Biasanya sampai jam 12 tengah malam baru abis pusing satu kampung...lebih 30 buah rumah. Dulu adik-adik lelaki join berarak nie...ikut abah. Sebab budak-budak kecik yang ikut akan dapat duit raya...Tuan Rumah yang bagi. Di samping tue, Tuan Rumah biasanya akan hidangkan jamuan kecil untuk jemaah-jemaah surau nie. Contoh macam biskut-biskut raya, bihun goreng, kuih-muih dan air teh susu. Orang Rembau dan Teh Susu tidak dapat dipisahkan. Resepi Teh Susu yang sedap...teh mesti pekat dan manis. Hihihi...Terasa-rasa teh susu yang Wan buat....memang ada umphhhh...


Bila budak-budak lelaki pergi berarak, budak-budak perempuan opkos la kena duduk dapur isi kuih muih dalam pinggan kecil...masuk dalam talam klasik yang berbunga-bunga tue. Biasanya Wan akan bagi tahu nak buat berapa hidang. So, kena la panjat para, nak ambil dulang klasik tue. Kena basuh dulu, lap bagi kering....al-maklumlah, jarang-jarang digunakan. Plak tue nak dalam kuantiti yang banyak.

Bila ramai cucu-cucu nie, Wan punye keje pun senang...bagi arahan je. Biasanya keje yang budak-budak kena buat, just isi biskut dan kuih-kuih je la. Pastue, ambil cawan dan susun dalam dulang jugak. Yang bestnya time isi biskut tue, opkos la...ada istilah "satu masuk pinggan, satu masuk mulut...satu masuk pinggan satu masuk mulut.." hahaha...memang kenangan yang best time tue. Wan pun tak kisah cucu-cucu dia makan biskut raya. Nanti-nanti sape je yang nak makan kalau bukan cucu-cucu dia jugak. Hahahaha....

Bila semu dah siap tersusun, jemaah surau dah sampai....laungan takbir raya pun berkumandang di ruang tamu. Memang best la time tue. Sebab ramai orang takbir kat rumah kan...rasa macam semangat Syawal tue datang dan tidak lupa Ramadhan yang telah beransur pergi. 

Lepas takbir selesai...Wan akan bagi arahan baharu...ok...angkat dulang-dulang tue letak kat ruang tamu. Biasanya pak cik-pak cik turun ke dapur untuk ambil dulang-dulang tue...sebab berat kan...yang perempuan-perempuan nie akan hulur kan je...Seronok betul time tue...

Budak-budak yang kecik-kecik, sibuk kat luar rumah main bunga api kucing...bunga api yang banyak asap dan bunga api yang percik-percik tinggi tue. Kalau yang besar skit, pandai main mercun papan, mercun katak, mercun bola, mercun roket...semua jenis mercun ada time tue. Mercun lom kena band lagi time tue. 

Malam raya memang akan riuh rendah dengan bunyik mercun berdentam-dentum...rumah A tembak mercun roket kt rumah B...tak pun lawan bunyik meriam sape yang paling kuat. Hahaha..memang binggit la time tue. Tapi itu la keseronokan nak sambut 1 Syawal.

Wan dan Atuk, sibuk kat belakang rumah bakar lemang, kacau dodol, buat rendang...kiranya malam raya penuh dengan aktiviti kekeluargaan. Sebab esok pagi dah tak de masa nak masak-masak nie. Semua kena buat malam raya je...orang Rembau cakap Mantai Malam Raya. Esok, time raya...semua orang akan busy nak melawat sanak saudara, sahabat handai...nak solat raya lagi...jadi memang tak de masa untuk masak-masak. 1 Syawal adalah hari pelepasan memasak. 1 Syawal adalah hari untuk bergembiran bersama keluarga dan makan-makan sahaja. 

Harap sangat tradisi turun temurun ini akan kekal sampai bila-bila dan diamalkan oleh generasi baharu. Jangan dilupakan tradisi Melayu kerana hanya bangsa Melayu sahaja yang akan mengekalkan tradisi ini. Jika bangsa Melayu sendiri melupakan asal usul, tradisi dan budaya...akan hilanglah Melayu di mata dunia.



Den Cucu Rembau
Kg Astana Raja
Rembau, Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

Awan Hitam

Awan Hitam Bosan... Bila nak balik nie... Penat melayan kerenah manusia... Topeng berlapis-lapis Sampai lupa wajah sebenar yang mana Benci.....