Fight Like JALIL
Pada awalnya, rancangan percutian adalah untuk mendapatkan Vita-SEA kerana hendak melepaskan segala tekanan dan kegalauan fikiran serta kegundahan hati dalam menempuh liku-liku hidup sebagai seorang anak kepada mak abah...sebagai seorang kakak kepada adik-adiknya...sebagai seorang pekerja kepada majikannya...sebagai seorang pelajar kepada pensyarahnya dan sebagai seorang sahabat kepada teman baiknya.
Destinasi ke Kepulauan Mersing menjadi pilihan. Ketetapan tarikh 9 - 12 September 2017 telah menjadi pilihan dan telah disavekan dalam kalendar tahunan, agar dapat settingkan alarm 3 hari sebelum ketibaan harinya. Semuanya disebabkan keterujaan yang melampau...ketidaksabaran yang tiada bertepi...bagaikan menghitung hari detik demi detik (mcm lagu menghitung hari Kris Dayanti)...mcm tue la ibarat hati, jiwa dan perasaan ku bila ketetapan tarikh telah dibuat.
Seawal pagi, kami bertolak dari Pee Jay menuju ke destinasi Mersing, Johor. Solat subuh pun dijalanan sebagai musafir lalu. Dugaan yang tak terduga, walaupun aze banyak membantu sebagai penunjuk arah, at the end, kami still sesat juga dan terlepas feri jam 9.00 pagi. Walaupun dugaan datang, tapi kami masih boleh senyum dan ketawa kerana nawaitu bercuti untuk release tension...jadi reda je dengan apa yang menimpa kerana yakin ada hikmah disebalik kesukaran yang dialami.
Kami hanya dapat naik feri jam 10.30 pagi...matahari pun dah meninggi...tp, perancangan awal masih kami teruskan walaupun ada sedikit halangan yang mendatang.
Bila lihat laut yang biru kehijauan...lihat langit yang membiru...lihat awan yang memutih...terasa tenang dan damai di hati...ikan-ikan todak kecil melompat-lompat keriangan di gigi air menampakkan diri...tanpa rasa takut dan sangsi dengan kewujudan manusia yang ralit melihat aksi akrobatik mereka...semua itu adalah kenangan yang terindah dan tersimpan kemas dalam memori hati....
Snorkeling, swimming, floating...semua aktiviti yang akan dilakukan kalau melibatkan pulau dan air. kegembiraan dan keriangan di wajah-wajah mereka yang mengikuti pakej ini...gelak dan tawa memenuhi ruangan lautan yang luas. Orang cakap, kalau tak nak tenggelam atau lemas...kena tenang dan gembira...jadi semuanya praktikan tips yang diberikan oleh pemandu bot kami.
Semasa perjalanan ke Mersing, kami telah mendapat info melalui Radio Johor bahawa Kembara Mahkota Johor akan bermula pada 9 - 12 September 2017. Kebetulan bahawa tarikh tersebut sama ngan tarikh kami datang bercuti di Johor. Aku adalah orang yang paling happy coz berkesempatan untuk berjumpa dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ). DJ Radio Johor juga memaklumkan bahawa ribuan goodies bag dan cenderahati akan diedarkan bagi sepanjang sesi KMJ tersebut. Cenderahati tersebut akan diedarkan dilaluan-laluan utama yang akan dilalui oleh KMJ. Aku nekad untuk dapatkan cenderahati tersebut sebagai tanda kenangan aku datang ke Johor.
Alhamdulillah, doa aku dikabulkan oleh ALLAH SWT. Aku dapat handbend, key-chain, bendera Johor (yang aku letak dalam Almera sampai ke hari ini) dan juga belon Johor. Best sangat coz antara ribuan rakyat Johor, aku turut dapat cenderahati tersebut.
Aku sebenarnya lebih tersentuh dengan key-chain yang aku dapat...Fight Like Jalil. Nampak sangat keluarga TMJ masih mengingati Tunku Laksamana Johor yang telah mangkat kerana kanser. Semangat dan perjuangan TLJ dalam menghadapi kanser terus dijadikan contoh dan pendorong semangat kepada semua penghidap kanser. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menyalurkan sejumlah RM10 juta kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor bagi memberikan bantuan kepada penghidap kanser yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan dan perubatan.
Teringat masa TLJ sakit dulu, melalui youtube yang diviralkan. Keletah TLJ yang nakal dan ceria walaupun beliau sedang sakit dan berusaha untuk melawan sel kanser tersebut. Kecekalan dan semangat beliau seharusnya patut dicontohi dan dikenang. Walaubagaimana pun, ALLAH SWT menyayangi beliau. Maka beliau telah dijemput ILLAHI pada 5 Disember 2015 jam 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah.
Semangat dan kekuatan TLJ dalam menghadapi penyakit tersebut tetap dikenang dan telah disebarkan kepada seluruh pelosok tanah jajahan Johor dengan pengedaran key-chain Fligh Like Jalil. Ianya merupakan sebuah permulaan kepada semua penghidap kanser di seluruh dunia untuk berusaha, bersemangat dan tidak mudah berputus asa untuk berjuang ke akhirnya. Walaupun, kita tidak pasti adakah pengakhirannya bagaimana...tetapi, apa yang pasti...kita telah buat dan usaha yang terbaik dalam hidup dan tidak akan menyesal kerana telah berusaha demi kelangsungan hidup.
FIGHT LIKE JALIL...Permulaan Bagi Sebuah Pengakhiran...