Monday 8 January 2018

Otak Atau Jantung Yang Berfikir?





OTAK ATAU JANTUNG YANG BERFIKIR?

Ada pendapat yang mengatakan 'Jantung Berfikir' pada beberapa abad yang lepas, tapi ada yang tidak sependapat dengan teori tersebut.

Timbul persoalan adakah benar? Demi Al-Quran yang tidak ada syak dan sebarang keraguan! Al-Quran tidak pernah menyatakan sesuatu yang salah!

Fakta sebenarnya ialah jantung juga mempunyai sel memori yang bersambung dengan sel memori otak.

Sebelum penerangan selanjutnya, mari baca kisah ni dulu...

KISAH PERTAMA

Graham menerima jantung seorang pemuda yang meninggal kerana membunuh diri. Pemindahan jantung tersebut berjaya dan kesihatan beliau semakin hari semakin baik sehingga beliau pulih seperti biasa.

Apabila sembuh, beliau mencari keluarga penderma untuk memberi penghargaan dan ucapan terima kasih. Beliau bertemu dengan balu pemuda yang mati membunuh diri itu. (Dipetik menerusi 'Daily Mail' bertarikh 10 April 2008)

Pertemuan itu membawa maksud yang tersendiri kerana Graham secara tiba-tiba telah jatuh cinta kepada balu tersebut.

Beliau merasakan seolah-olah telah lama mengenalinya serta sangat berharap untuk tinggal bersama. Akhirnya, kedua-duanya bersetuju untuk berkahwin dan mereka hidup mewah di sebuah banglo.

Pada waktu yang sama, suatu perkara ganjil telah berlaku pada diri Graham. Daripada sifat lemah lembut sebelum pemindahan jantungnya, beliau mula bersikap kasar kepada masyarakat termasuk isterinya sendiri.

Menurut isteri yang baru dikahwininya, perangai Graham sama seperti perangai bekas suaminya yang meninggal dunia itu. Kegemaran buruk bekas suaminya dulu, kini diikuti oleh suami barunya.

Beliau benar-benar berubah sifat daripada sifat penyantun kepada sifat pembengis dan tidak bertimbang rasa.

Akhirnya, beliau mengambil pistol dan membunuh diri sendiri, sama seperti yang dilakukan oleh pemuda penderma jantungnya.

KISAH KEDUA

Dalam kes lain dilaporkan oleh profesor Universiti Hawaii yang bernama Paul Peasall. Seorang pemuda yang gemar menggubah muzik telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya lalu jantungnya didermakan kepada seorang pemudi yang sebayanya.

Secara tiba-tiba, pemudi tersebut menjadi pandai dalam muzik dan gubahan lagu. Lebih menyayatkan hati, lagu yang terbengkalai oleh pemuda penderma jantung tersebut disiapkan secara berasingan oleh pemudi penerima jantung tersebut.

Apabila ibu pemuda itu mendengar lagu yang dimainkan pemudi tersebut, dia tiba-tiba menangis kesayuan kerana lagu itu pernah dimainkan oleh anaknya yang meninggal dunia itu.

AKTIVITI BERFIKIR BERPUSAT DI JANTUNG

"Apakah mereka tidak berjalan di permukaan Bumi lalu menjadikan jantung hati mereka berfikir dengannya? Maka sesungguhnya bukanlah penglihatan mereka yang buta akan tetapi yang buta ialah jantung hati mereka yang berada di dada." (Surah al-Hajj: 46)

Para psikoanalisis berasa sungguh kagum dengan penemuan organ jantung yang menyimpan sel memori yang bersambung dengan otak, akan tetapi aktiviti berfikir hakikatnya berpusat di jantung.

Para saintis menemui sejenis sel dalam jantung manusia yang dikenali sebagai 'ganglia cells' yang mempunyai memori lebih kuat daripada sel otak.

Sel ini berfungsi seperti kapasiti memori sebuah komputer yang menyimpan maklumat yang lebih kekal berbanding otak.

Rangkaian sel ganglia ini bersambung antara satu sama lain yang disifatkan oleh para pengkajinya sebagai 'brain cell in the heart'. Rangkaian sel ini mengeluarkan gelombang elektrik yang disebarkan menerusi peredaran darah.

Penemuan ini merungkaikan pula bahawa darah manusia turut membawa memori dalam kapasiti tertentu yang dicetuskan oleh sel ganglia tersebut.

Kajian juga turut memperlihatkan bahawa sel memori otak dan jantung saling bertukar maklumat menerusi mekanisme yang sangat kompleks, tindak balas kimia, asid amino dan gelombang elektrik.

Penyelidik 'psychophysiological' mengenai hubungan otak dan jantung iaitu John dan Beatrice Lacey telah menyelidik selama 20 tahun.

Mereka menemui bahawa jantung berkomunikasi dengan otak dalam cara-cara yang signifikan dan mempengaruhi bagaimana cara kita memandang serta bereaksi terhadap fenomena.

Kedua penyelidik itu juga menemui bahawa jantung mempunyai caranya tersendiri yang memiliki alur berbeza (bebas) dari arahan sistem saraf autonomi (tidak sedar).

Jantung akan mengirim pesan sarat-makna kepada otak walaupun tidak difahami oleh si otak, namun tetap dipatuhi.

Maka menariknya, pesanan dari jantung tersebut akan mempengaruhi pada pilihan perilaku seseorang.

KONSEP OTAK JANTUNG

Pada 1991, Dr. J. Andrew Armour memperkenalkan konsep “otak jantung”. Hasil kerjanya menyatakan bahawa jantung memiliki sistem saraf intrinsik kompleks yang rumit sehingga boleh dikatakan bahawa dia memiliki “otak kecil”nya sendiri.

Jantung memiliki sistem yang menjadikannya mampu bertindak bebas ke atas otak – secara mandiri untuk belajar, mengingat, merasa dan mengindera.

Sistem saraf jantung terdiri dari 40,000 neuron yang disebut 'sensory neurites'. Komunikasi antara jantung dan otak dilakukan melalui jalur 'afferent'. Melaluinya, isyarat sakit dan sensasi rasa lain masuk ke otak iaitu di medula.

Lebih dari itu, ada juga isyarat yang terus masuk ke otak lebih dalam dan mempengaruhi pada persepsi/tanggapan, membuat keputusan dan proses kognitif yang lain.

Institut Heartmath telah menemui pola ritma otak bersifat baik dan berkesinambungan, informasi saraf yang dikirimkan ke otak akan memudahkan fungsi 'cortical'.

Kesan daripadanya adalah kejelasan fikiran yang meningkat, kemampuan pengambilan keputusan yang lebih baik dan meningkatnya daya kreatif.

Sebagai tambahan, input yang berkesinambungan dan positif dari jantung akan membentuk cara pandang dan rasa yang baik.

Awan Hitam

Awan Hitam Bosan... Bila nak balik nie... Penat melayan kerenah manusia... Topeng berlapis-lapis Sampai lupa wajah sebenar yang mana Benci.....