Monday, 4 March 2019

Adakah Kita Mengawal Takdir Diri Sendiri?




Bermula pada hari kita dilahirkan, takdir kehidupan telah pun bermula pada saat dan ketika itu. Segala pengalaman bermula dari saat dilahirkan pabila kita mulai rasa sakit dari segi emosi iaitu sedih, menangis, gembira, ketawa...dari segi fizikal pergerakan kaki tangan, mulut, mata dll - semua telah ditentukan dan merupakan perancangan oleh suatu kuasa besar iaitu Maha Pencipta segala kejadian di langit dan bumi. Ketentuan ini juga yang membawa kita ke haluan takdir yang telah ditetapkan semenjak azali lagi...bermula disaat kita diciptakan. 

Haluan dan hala tuju kehidupan seseorang sememangnya telah ditentukan oleh Maha Pencipta yang merupakan kuasa yang maha agong. Arah tujuan kehidupan, apa yang akan dilalui sepanjang kehidupan, masa hadapan dan cara kita menemui ajal - semua telah ditentukan.

Walaubagaimana pun, kita sebagai manusia biasa ingin mempercayai bahawa kita boleh mengubah takdir yang telah ditetapkan oleh kita. Apa yang perlu kita yakini adalah walau apa pun yang kite buat sama ada baik atau buruk, kehidupan kita semestinya akan berlaku seperti yang telah ditakdirkan.

Ketika remaja, ramai yang percaya bahawa diri sendiri boleh mengawal takdir. Tapi apabil meningkat dewasa, takdir tidak dikawal. Ini kerana terdapat satu kuasa asing yang akan memimpin tangan ke arah jln yang bertentangan dengan kemahuan. 

Awan Hitam

Awan Hitam Bosan... Bila nak balik nie... Penat melayan kerenah manusia... Topeng berlapis-lapis Sampai lupa wajah sebenar yang mana Benci.....