Sunday, 4 February 2018

Selamat Tinggal Dunia





Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita
Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan

Di atas nie adalah bait2 lirik lagu bertajuk selimut putih. Xpasti plak siapa penyanyi kepada lagu nie... #silagooglesendiri. Kalo dgr lagu nie...msti hati ada goyangkan... #jikahatiselembuttauhujepun. Kalo hati sekeras tatinium, lagu seram mcm mne pun opkos xgoyang. Hihi...
Bile dengar lagu nie...fhmkan lirik dia...ada tk rase takut n xterjangkau dek akal bile difikir2kan? Pastue, pernah tak terfikir, mcm mne nk bt persediaan utk menuju ke permulaan hidup hakiki yg panjang selepas kematian? Pernah tak terdetik kat hati, dh bersedia ke aku bjumpe Sang penciptaNya? Sudi ke Sang Pencipta menerima segala taubat n amalan di dunia? Kenal ke Sang Pencipta kepada HambaNya yg bukan selalu ingt n beramal soleh ke jalanNya? Bahagia atau sengsara yg akan menanti permulaan baharu dalam kehidupan yg hakiki ini? Bersediakah utk menempuh kehidupan yg tiada pghujung dan berpanjangan di alam barzakh iaitu alam kematian? 
Ada ke amal yg baik yg ditinggalkan...berpanjangan ke sedekah dan jariah yg diberikan...dan ada ke kiriman doa2 daripada anak2 yg soleh dan solehah utk dititipkan kepada si mati. Sampai bilakah ingatan kepada si mati selepas ketiadaan dia di muka bumi ini....sehari...dua hari...smnggu...tiga mnggu? Skit demi skit, ingatan tsbt akan dilupakan. Ingatan hnya sementara sahaja. Kesedihan kehilangan org yg paling disygi akan hilang dimamah masa. Yang tinggal nanti cuma amalan jariah sendiri yang dilakukan semasa hidup...

KEMATIAN ITU PASTI, HIDUP ITU INSHA ALLAH...
BILA IZRAIL DATANG MEMANGGIL, JASAD TERBUJUR DIPEMBARINGAN...
BERSEDIAKAH KAMU UNTUK DIKAFANKAN? 

No comments:

Post a Comment

Awan Hitam

Awan Hitam Bosan... Bila nak balik nie... Penat melayan kerenah manusia... Topeng berlapis-lapis Sampai lupa wajah sebenar yang mana Benci.....