Wednesday, 25 July 2018

Takdir






Kata orang, kita tak boleh ubah takdir.. Takdir tu dah tertulis siap-siap di Luf Mahfuz lagi. Bila pena terangkat, lembaran pun sudah kering, maka itulah takdirnya.

Tapi sebenarnya pemahaman takdir itu luas. Sangat luas maknanya. Melangkaui pemikiran cetek manusia. Takdir bukan milik manusia tetapi milik Dia.

Manusia takkan dapat mengawalnya. Perkara ghaib ini Allah sahaja yang tahu. Ia sangat misteri. Jadi apa yang berlaku sebagai takdir, adalah di bawah ilmu dan pengetahuan Yang Maha Esa. Ilmu-Nya yang tersangat luas.. Tak tergapai dengan ilmu manusia yang setitis cuma. Takdir, perkara aqidah.

Termaktub dalam rukun Iman yang ke-enam. Di bawah qada' dan qadar Allah.. Qada = pelaksanaan Qadar = sukatan




Dan ia terbahagi kepada 2 bahagian; Qada Muallaq, Qada Mubram.

Qada Mubram =  perkara yang kita tak mungkin akan ubah. Ia pasti berlaku dan akan berlaku, tanpa halangan. contohnya mati. Semua manusia akan mati kan?

Qada Muallaq = ketentuan yang tak semestinya berlaku dan ia bergantung kepada sesuatu.

Seperti dalam Hadis Nabi s.a.w.; Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa, Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik keada ibubapa. (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi)



Doa dan usaha adalah 2 benda yang boleh mengubah takdir. Tapi perubahan tersebut masih lagi tertakluk dibawah pengetahuan Allah Azza wajalla. Allah akan ubah mengikut ilmuNya..



Manusia hanya boleh berdoa dan berusaha, natijahnya Allah sahaja yang menentukan. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri (Ar-Rad; 11) ðŸ˜¥ðŸ˜¥ðŸ˜¥


No comments:

Post a Comment

Awan Hitam

Awan Hitam Bosan... Bila nak balik nie... Penat melayan kerenah manusia... Topeng berlapis-lapis Sampai lupa wajah sebenar yang mana Benci.....