Thursday, 14 December 2017

Time is Masa


Hmmm...sebelum start pelontaran kata-kata melalui coretan, nk inform awal-awal...gambar di atas sebagai perhiasan sahaja. Tiada kaitan antara coretan dan gambar...gambar tue sekadar throwback masa gi trip ke Singapore bulan September lepas. Suka tgk gambar-gambar sebenarnya...lagi la time petang-petang nie bile mood byk dah kelaut...tapi banyak keje nk kena buat...pastue masa dah suntuk bebenor nampaknya...tapi, boss besar ckp, by hook or by crook...the project must be done before the year END. So, disebabkan itu, tercetusnya idea untuk cerita pasal Time is Masa...mukadimah baru...ehh...jap...tinggal 5 minit nk kul 2.00 ptg...aduhai...dah nk gerak ke bengkel nie...to be cont...

******************************************




Mood Konvokesyen


Citer semalam sebenarnya...tp, aku share ari nie...maybe xde kaitan pun dengan orang lain...tp, rasenye amat bermakna untuk diri sendiri. Jam 6.52 petang...tetiba dalam blast sms daripada UiTM ~ PENTING! Layari segera http://konvokesyen.uitm.edu.my untuk SEMAK & SAH maklumat peribadi anda sebelum 27/12/2017. 

Wow...rase mcm cepatnye masa berlalu...rase mcm baru je lepas VIVA kelmarin. Rase perasaan n nebes masa VIVA tak hilang pun lagi...rupa-rupanya dah 3 bulan berlalu lepas abis program Master yang diikuti untuk tempoh 2 tahun pengajian. Pejam celik...pejam celik...dah abis 2 tahun dan dah nak konvo pun...MasyaAllah...SubhanauAllah...mmg xterasa langsung.

Kepayahan dan dugaan yang dialami untuk tempoh 2 tahun tue...mcm hilang dibawa angin lalu...kalau dulu, rase mcm teruknya hidup aku nie...mana nk keje...mane nk study lagi...mane nk pikul tanggungjawab sbgi anak dan kakak lagi...dan masa untuk diri sendiri pun leh kira ngan jari...belum masukkan lagi masa untuk kawan-kawan dan sedara mara. Memang sangat pack dan terpaksa mengorbankan banyak perkara, hati dan perasaan semua orang. 

Walau bagaimanapun, sokongan dan dorongan keluarga sangat penting. Jika family memahami dengan cara hidup yang sangat tak terurus nie...dan sokong apa jua tindakan yang perlu dilakukan...semuanya akan ok...sokongan kawan-kawan juga sangat penting. Sokongan nie penting bila part mood kelaut datang...rase down n rase nak give-up dengan apa yang sedang dilakukan. Time stress dan tak cukup kaki n tangan untuk siapkan x-sgnmnt dan presentation...YES...time nie sokongan dan dorongan kawan-kawan sgt diperlukan untuk terus tabah dan sabar menghadapi Master Life. 

Bila lalu kat PTAR 1 or PTAR 2, masih terbayang-bayang...tue la tempat lepak bile abis opis hour...bermula jam 5.30 petang, mesti trus gi PTAR untuk buat x-sgnmnt dan slide presentation...walaupun, selalu stayback kt PTAR, tapi bile melangkah masuk je...mesti gi kt Kaunter PTAR, tanye library tutup jam berape. Motif selalu bertanyakan soalan yang sama adalah untuk tunjuk muka kt kaunter, so that dorg tau dan xkan lupakan aku kalo nk tutup library...hihi...tapi hakikatnya, xde la stay sampai library tutup pun...hihihi...saje je bt gempak. 

PC yang menjadi pilihan...opkos No. 13 or 14...tak tau nape...tapi memang akan pilih PC tue...dulu, dapat hack password PC...so, xde la auto log-off lepas 1 jam, bile time tengah kusyuk menaip. Plus, kadang-kadang dapat tgk drama korea online non-stop coz PC tak log-off. hihihi...tapi, akhirnya staf PTAR tue dapat tau...so, dorg tukar password...sedey gak...tapi, keje-keje utk bt xsgmnt dan slide masih berjalan lancar walaupun keadaan PC yang akan log-off automatic bile sampai timenye...mmg kena beringat sokmo untuk save setiap saat dan minit bile tgh menaip. Bagi mengelakkan dokumen hilang...tapi, bile dikenangkan sekarang...tue yang best sbnarnye...bukan senang utk jadi senang...bukan senang utk dptkan ilmu kalo tak de usaha dan tak lalui halangan dan rintangan. Nanti kemanisan menimba ilmu tue xde. 

Peraturan library selalunya dilarang bawa food; especially kalo dok dalam Computer Lab...tapi, kalo mcm aku yang pelajar yg dh bekerja nie...kalo dh masuk library, bile lagi nk kuar mkn...mmg tak akan kuar la...so, ape lagi...seludup food dalam bag...alaaa...food pun yang biasa-biasa je... roti... kopok... air kotak... biskut... pernah skali tue, makan ayam goreng...yummm...hihihi...xpernah berani lagi bawak masuk heavy food mcm nasi ke...bihun ke...hihihi...kire aku nie dalam kategori pelajar berhemah gak la...hihihi...coz ada sorg kawan tue sungguh berani...bawak nasi putih...siap bawak kicap lemak manis lagi...terang-terang letak atas meja komputer...plus makan dengan tangan...mcm ala-ala berpiknik dalam computer lab gitue...hihihi...tp, nasib baik staf library bukan jenis yang merounder n jalan-jalan buat spot check...kihkihkih...mmg gigih la tgk kwn tue mkn..siap bersila atas bangku yang dicantumkan dua...hihihi...kenangan...semua tue kenangan...

Library gak...pernah menjadi saksi jatuhnya air mata yg sgt banyak...mcm hujan lebat...kihkihkih...mesti pelajar-pelajar lain rase pelik...tapi, ntah la...hantu ape yang merasuk time tue...xde langsung perasaan malu ke..segan ke...hihihi...sebab ape aku nangis? hihi...dah lupa dah...benda yang tak sihat, xpatut disimpan lelama...buat penyakit hati je...so, lepas dah puas nangis...kompom, semua pun dah hilang...yosshhh...positif-positif...

Tempat lain yang biasa menjadi tempat lepak...adalah di Anjung DiRaja...sebelah Dewan Sri Budiman...pertukaran tempat lepak nie adalah disebabkan dan bertukar tempat keje...so, mcm dah jauh nak gi lepak kt PTAR 2...so, lokasi lepak terpaksa ditukar. Kat Anjung DiRaja tue...bukan best sgt pun...cuma cukup lah...ada meja dan kerusi plus ada soket untuk electric power...n ada wifi free gak..yang Selangor bagi tue...hihihi...so, leh la buat keje ngan aman...walaupun xde air-con, tapi angin dari alam sangat membantu menyegarkan badan dan minda masa buat keje di situ...

Setiap tempat mestilah ada kenangannye...opkos la coz jumpe kawan baru...or lebih kepada Junior Degree...student Accounting yang amik e-PJJ. Mereka nie tergolong dalam golongan yang tabah n gigih untuk menimba ilmu. Walaupun jauh terpisah ngan lautan, tetap gak harungi untuk menimba ilmu kat sini. Actually, budak tue daripada Sabah...hihi...2 orang...cian dia...dok sewa hotel...pastue, nk balik ke hotel xde transport...nk dijadikan citer...tlg la hntrkan dorg blik...hihi...borak2 n chit2...ada gk kwn nk borak...xde la boring sgt bt final proposal...esok paginye pn setup time utk jemput dorg kt hotel n bwk gi uitm...so, membantu org tue bleh bt hati gembira...hihi...

Semua kenangan2 nie muncul satu persatu...kalo nk diikutkan byk lg kenangan...tp...xmampu nk lontarkan dlm blog nie...semuanye tersemat dlm hati...

Majlis konvokesyen ke-88 yg dijangka akan diadakan pada bulan april-mei 2018...hopefully semuanya akan bjalan lancar nnt...aamiin...

#tengahadabengkelLNPT
#curi2taip
#exbossdhmasuk
#legaskitbossdhada

Wednesday, 13 December 2017

Ada Apa Dengan Cinta?


Aku, kebanyakan waktu tidak mengerti maksud sebenar untuk perkataan ‘CINTA’. Sungguh, ia suatu perkataan yang amat kompleks dan rumit untuk dihurai dan diterjemahkan dengan perkataan.

‘CINTA’, adakah semudah aku suka kamu, dan kamu suka aku? Adakah semudah aku cinta kamu dan kamu cinta aku?

Tapi aku musykil dengan ‘cinta’, mengapa semakin lama ia semakin mengurang, bukankah sepatutnya ia semakin bertambah? Mengapa semakin lama semakin mencair, bukankah sepatutnya ia semakin pekat? Mengapa semakin lama semakin sedikit, bukankah sepatutnya ia semakin banyak? Mengapa semakin lama semakin pudar, bukankah sepatutnya ia semakin terang dan menyerlah? Mengapa, ya?

Aku cinta kamu, kamu cinta aku, adakah semudah aku pegang tanganmu, kita pergi jalan-jalan?

Aku cinta kamu, kamu cinta aku, adakah semudah aku dan kamu ambil foto sama-sama muncung bibir, duduk dekat-dekat?

Aku cinta kamu, kamu cinta aku, adakah semudah aku dan kamu pakai baju sedondon?

Aku cinta kamu, kamu cinta aku, adakah semudah aku berdiam sahaja melihat kamu menyalakan rokok, sedang hakikat aku amat membenci perokok?

Aku cinta kamu, kamu cinta aku, adakah semudah berhabisan kredit untuk menelefon dan berhabis data untuk berwatsapp?

Aku cinta kamu, kamu cinta aku, adakah semudah kamu harus memujuk aku tatkala aku merajuk dan aku harus berdiam tatkala kamu beremosi dan marah?

Aku cinta kamu, kamu cinta aku, adakah semudah itu?

Aku cinta kamu, kamu cinta aku, sebenarnya harus bagaimana?

Aku musykil, dan oleh itu aku tidak pernah percaya akan ‘cinta’.

Dan, aku jelik dengan “aku cinta kamu, kamu cinta aku”.


“In life, ALLAH doesn’t give you the person you want, instead he gives you the person you need...

to love you... hurt you and teach you the real meaning of life...”

Tuesday, 12 December 2017

Smiles



smiling is an infection
you catch it like flu
when someone smile at you
you start smiling too...

i passed around the corner
and someone saw my grin
when he smiled i realized
i passed it on to him

i thought about the smile
then i realized its worth
a single smile like mine
could travel around the earth

so if you feel a smile begins
don't leave it undetected
lets start an epidemic
quickly and get the world infected...

Kehidupan




Kata Kyoko: 

"Kesedaran. Perasaan di mana awk tk kn sedar slg awk tk cedera atau myusahkan org lain...semua org pernah mrasa begitu. tp, tdpt satu lg jenis peraaan yg mana awk akan rasa a/bila awk mgalami kjatuhan yg teramat sgt. Saat itu segalanye mjadi jelas. Bila smpi ke tahap itu, semuanya akan berubah. Adanya kesakitan pasti ada kebaikan. Adanya kegelapan, pasti ada matahari akan meneranginya semula...kita tak boleh dpt satu2 perkara itu tanpa melalui yg satu lagi...kedua2nye berfaedah...itulah nama KEHIDUPAN..."

Manga: Fruits of Basket

Antara Kematian dan Kehidupan





Andai hidup punca perpisahan...
Biarlah mati menyambungnya semula...

Namun seandainya mati punca perpisahan...
Biarlah hidup ini membawa erti yang nyata...

Mondok the Hikers


Mondok the Hikers


Bulan Disember 2017 telah membuka satu lembaran baru dalam hidup aku. Kenape?
Sebab aku telah mempelajari keindahan dan keajaiban alam daripada seorang remaja
yang begitu mencintai alam semulajadi. Dalam usia yang baru mencech 22 tahun,
beliau telah mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia pendakian. 9 tahun dalam
dunia pendakiansemestinya beliau telah banyak melalui suka-duka, dugaan dan rintangan
untuk menawan puncak yang diidamkan. Seawal usia 13 tahun, beliau telah terjebak
dalam dunia pendakian yang pada mulanya sekadar untuk suka-suka dan akhirnya telah
menjadi kecintaan yang mendalam terhadap kehijauan...ketinggian...dan ketenangan alam.
Mondok...itu adalah gelaran yang telah diberikan kepada beliau dan juga panggilan di
kalangan teman-temannya. Beliau seorang yang ramah dan mudah mesra dengan sesiapa
sahaja yang baru dikenali. Beliau mudah menyesuaikan diri dengan sesiapa jua
walaupun perbezaan umur yang ketara. Mungkin kerana beliau dah terbiasa berurusan
dan berkawan dengan orang-orang yang lebih dewasa daripada beliau, maka baginya tiada
jurang di antara mereka. Seawal usia yang masih muda, beliau telah diberikan kepercayaan
untuk menjadi Leader dalam group pendakian. Ini kerana beliau telah mempunyai
pengalaman yang banyak dan mempunyai sijil yang diiktiraf oleh Kesatuan Pendaki Malaysia.
Minda ku berfikir...semasa usia ku 13 tahun, aku begitu fokus dalam bidang akademik...
fokus untuk dapat keje at least dalam pejabat. Tak nak berpanas...nak berhawa dingin je...
tp, tidak bagi Mondok. Beliau telah menetapkan bahawa apa yang menjadi kesukaannya itu
akan diteruskan dan akhirnya telah menjadi kerjaya beliau hingga ke hari ini. Dalam usia
yang masih muda...beliau telah berjaya menawan 38 puncak gunung (Malaysia dan Luar
Negara). Kejayaan beliau itu telah membuka mata dan minda...tidak ada apa yang mustahil
dalam dunia ini selagi mempunyai semangat dan minda yang kuat untuk berjaya.
Hati ku terdetik...bagusnya kalau dulu aku ada pendedahan mengenai gunung dan bukit...
tidak bijak dalam akademik, tidak semestinya tidak boleh berjaya. Mondok dah buktikan
bahawa beliau boleh berjaya dalam kepakaran bidang pendakian dan telah menempa
nama dalam dunia pendaki. Perjalanan hidup beliau masih jauh lagi dan tidak mustahil
beliau akan terus maju dan berjaya di masa akan datang.
Kejayaan beliau dalam bidang yang diceburi ini tidak akan berjaya jika tidak mendapat
sokongan padu daripada keluarga. Ibubapa, abang dan kakak beliau sangat-sangat
menyokong minat dan hobi beliau; di mana akhirnya telah menjadi kerjaya beliau.
All the best Mondok...I will support you...always...You’re the best among the best....

N3g@rA H4r^m

Negara Haram by akeno2024 17 November 2023 Jika sejarah mampu bersuara Dahulu engkau hanya pelarian Baki serpihan simpati Hitler Untuk tingg...