Monday, 3 June 2019

Resepi Kuah Kacang Raya Mak



Bahan-bahan untuk Kuah Kacang Raya Mak adalah seperti berikut:

Bahan utama : 
Kacang Tanah

Bahan A:
Cili kering (blender)
Bawang besar
Bawang putih
Bawang kecil
Halia
Lengkuas
Serai

Bahan B:
Gula Merah
Garam
Cuka
Minyak masak
Air


Cara-cara untuk membuatnya adalah seperti berikut:

1. Panaskan minyak masak.

2. Selepas minyak panas, masukkan semua Bahan A. Kacau sehingga rata dan sebati. Pastikan Bahan A dimasak sehingga naik bau.

3. Kemudian masukkan kacang tanah yang telah diblend. Berikut adalah gambar bila cili dan kacang tanah bersatu dalam kuali. Pastikan kedua-dua bahan ini dapat disatukan dengan sekata dan baik.


4. Selepas dikacau sehingga sebati, masukkan air dalam kuantiti yang banyak bagi mencairkan kuah kacang yang pekat.

5. Kemudian masukkan 2 sudu besar cuka, gula merah dan serai. Masak sehingga kuah kacang ini pecah minyak dan kacang telah masak sepenuhnya.


***Masukkan gula mengikut kesesuaian masing-masing. Begitu juga dengan cili. Jika suka pedas, lebihkan cili kering. Warna kuah kacang akan nampak lebih merah dan pedas.


Kuah Kacang Raya Mak...siap... kebiasaannye kuah kacang manis, masin skit, pedas dan mesti ada rasa serai. Baru rasa sedap dan lengkap kuah kacang tue...



Resepi Rendang Daging Raya Mak



Bahan-bahan untuk resepi Rendang Daging Raya Mak seperti berikut:

Bahan Utama: 
Daging lembu (daging batang pinang seelok-eloknya)

Bahan A:
Bawang besar
Bawang putih
Bawang kecil
Halia
Serai

Bahan B:
Jintan manis
Jintan putih
Ketumbar
Serbuk kunyit
Cili kering diblender
Serbuk cili

Bahan C:
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kayu manis
Buah pelaga

Bahan D:
Minyak masak
Garam
Air
Santan
Kerisik



Cara-cara membuatnya:

1. Daging dipotong mengikut urat untuk pastikan daging lembut. Hiris sederhana tebal. Jangan tebal sangat, nanti lambat nak tunggu lembut.

2. Bahan A: sediakan 2 portion untuk bahan A. Satu portion, bahan-bahan dimayang halus untuk ditumis. Satu portion lagi, dible der halus untuk dicampurkan dengan rempah rendang. Untuk dijadikan pes basah rendang.

3. Bahan B: sangai jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Pastikan nisbah bahan-bahan ini 1:1:2 (lebihkan portion ketumbar jika nak naikkan bau harum). Selepas naik bau, angkat bahan-bahan ini untuk diblender. Sangai bahan tanpa menggunakan minyak. Sangai jangan sampai hangus. Perlu jaga api. Gunakan api kecil sahaja. Kemudian, ambil cilik kering yang telah diblend, campurkan dengan rempah kari daging babas, campur bahan A yang juga telah diblender. Gaulkan semua bahan dalam mangkuk besar dan kacau sehingga sebati. Masukkan sedikit serbuk kunyit dan serbuk cili untuk tambahkan kepedasan.

4. Selepas semua bahan telah tersedia, panaskan minyak dan masukkan bahan A yang telah dimayang. Tumis sehingga naik bau. Jangan sampai hangit.

5. Kemudian, masukkan bahan A dan B yang telah digaulkan bersama menjadi pes rendang. Tumis sehingga naik bau dan terbit minyak sedikit. Masukkan garam mengikut kesesuaian tunas rasa masing-masing.

6. Masukkan daging dan kacau sehingga rata semua rempah menyaluti semua daging. Tidak perlu masukkan air kerana daging mempunyai airnya yang tersendiri. Nanti air daging akan keluar. Kacau sehingga semua rata sebati. Kecilkan api kerana ini merupakan proses pengecutan daging dan untuk menjadikan daging empuk. Kemudian masukkan serai yang dititik. Lagi banyak serai, lagi sedap. Tapi jangan terlebih sebab nanti leh jadi pahit.



7. Kemudian, masukkan semua bahan C. Kacau dan gaul rata. Pastikan kacau hingga ke dasar kuali bagi mengelakkan rendang hangus di bahagian bawah.


8. Pada peringkat ini, kuali telah dipenuhi air yang keluar dari daging lembu. Tutup kuali dengan penutup yang besar. Kecilkan api untuk proses mengecutkan dan melembutkan daging. Pengecutan ini perlukan masa yang lama. Maybe 2-3 jam mengikut berat daging yg dimasak. Sekali sekala, buka penutup dan kacau daging bagi mengelakkan hangus di bahagian bawah kuali. Jika air daging telah berkurangan, boleh masukkan air sedikit sehingga air menenggelamkan daging itu semula. 

9. Jika daging telah lembut, masukkan santan pekat. Kacau sehingga sebati. Bila telah mendidih, masukkan pula santan cair. Pastikan santan ini menenggelamkan daging. Kacau sehingga sebati.


***mak suruh tambah 1 kotak kecil + 1 kotak besar (1kg) santan lagi untuk tambahkan kepekatan rendang nie...

10. Akhir sekali masukkan kerisik. Masak daging sehingga kering atau mengikut cita rasa sendiri sama ada hendak kuah sedikit atau kering. 

Rendang Daging Raya Mak...siap...


***Rendang nie belum kering lagi. Saje je ada kuah skit. Nanti kalo panaskan selalu jadi keringlah...Kuah rendang macam nie sedap makan ngan nasi panas or nasi impit...yummm...rasa lapar plak...tak sabar nak tunggu berbuka puasa. 

30 Ramadhan



Hari ini merupakan penutup kepada Ramadhan...Ramadhan ke-30. Adakah ini merupakan ramadhan yang terakhir untuk kita atau kita akan berjumpa lagi ramadhan di tahun akan datang? Semuanya adalah ketentuan Allah swt. Hanya Allah swt sahaj yang Maha menegetahui semua yang terjadi di langit dan di bumi. Begitu juga sama ada kita akan diberikan peluang untuk terus hidup dan berjumpa ramadhan tahun hadapan atau akan dijemput mengadap Sang PenciptaNya. 

Hari ini merupakan sahur yang terakhir...dan waktu berbuka yang terakhir. Mulai malam nanti takbir raya akan bergema di seluruh masjid-masjid di seluruh dunia. Tanda kemenangan mengharungi sebulan ramadhan. 

Ramadhan akan pergi meninggalkan kita dan Syawal sedang dalam perjalanan dan telah hampir untuk mengetuk pintu setiap rumah umat Islam seluruh dunia...

Yang pastinya Ramadhan pasti akan dirindui dan kehadiran Syawal akan dirai...

Salam aidilfitri...

Pengisytiharan Aidilfitri 2019 / 1440H




Pengumuman oleh penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad kebiasaannya sangat ditunggu-tunggu oleh semua rakyat jelata di bawah pemerintahan Sistem Beraja. Pengumuman ini biasanya disiarkan menerusi radio dan televisyen RTM1 jam 8.00 malam. Oleh itu, pada malam 3 Jun 2019, semua team-team yang nak tahu puasa atau raya, kompom dah duduk menghadap TV1 jam 8.00 malam untuk tunggu pengumuman yang penuh bersejarah itu. 

Persoalan yang akan menjadi teka-teki di kalangan mereka-mereka yang menunggu adalah...agak-agar raya tahun nie 'Dia' pakai warna apa iye? Sapa leh teka...Merah, Biru, Kuning, Pink...etc...

Bila siaran dah bermula...alaaa...color hijau pucuk pisang...hihihi...semua salah...


Semua senyap...nak dengar nie...."Bagi menyempurnakan titah perintah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari RABU, 5 JUN 2019."

Yeahhhh...esok puasa lagi....kena bangun sahur lagi...kena gi terawih lagi...

Begitu la al-kisahnya...Pengisytiharan Aidilfitri 2019...


3 Jun 2019
8.00 malam
Melaka Tengah

Tenanglah Kamu Di Sana




Kelmarin 2 Jun 2019, semua telah dikejutkam dengan kematian seorang kanak-kanak berusia 4 tahun kerana terkena renjatan elektrik ketika memegang telefon bimbit yang sedang dicas dalam keadaan yg basah kerana baharu sahaja selesai dimandikan oleh si bapanya. Kematian yang mengejut ini pastinya akan membunuh kegembiraan dan keriangan seisi keluarga untuk menyambut Syawal dalam 3 hari sahaja lagi.

Jika perkara sebegini terjadi, tentunya kecuaian itu diletakkan pada si bapa. Kenapa dia tidak keringkan badan si anak selepas mandi semasa dalam bilik air? Kenapa telefon dicaj di tempat yang mudah dicapai oleh si anak? Mungkin perkara -perkara tersebut diambil mudah dan tidak akan mendatangkan musibah. Tetapi, perkara-perkara yang remeh ini lah yang kebiasaannya akan menyebabkan perkara yang di luar jangkaan akan terjadi dan boleh mengakibatkan maut.

Iya, betul...ramai netizen mengatakan bahawa ianya adalah takdir dan ketentuan Allah swt dan si anak akan menjadi ahli syurga. Betul semua tue...tidak dinafikan. Ketentuan yang Allah swt telah janjikan kepada si anak ini adalah untuk mendamaikan hati si ibu dan si bapa bahawa si anak akan berada.di tempat yang lebih baik dan sedang menunggu mereka di syurga nanti.

Persoalannya, pada umur berapakah sepatutnya si ibu dan si bapa patut memberikan kanak-kanak bermain dengan handphone? Adakah umur seawal 4 tahun selayakknya menggunakan gadget tersebut?  Jika si ibu dan si bapa ingin juga memberikan pendedahan yang awal mengenai dunia gadget kepada si anak, si ibu dan si baoa oerlu memberikan penjelasan yang sewajarnya mengenai keselamatan yang perlu diutamakan. Kesan-kesan yang akan terjadi jika penggunaan gadget semasa tangan basah atau semasa gadget tersebut sedang dicaj. Si ibu dan si bapa perlu memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan sebarang risiko daripada terjadi. 

Tenanglah kamu di sana wahai si kecil Nur Fadila...semoga roh kamu tenang di sana di sisi sang PenciptaNya. Pada si ibu dan si bapa, bertabahlah dan yakin bahawa ketentuan yang Allah swt berikan pasri ada hikmah di sebalik kejadian. Terimalah dengan sabar dan redha dengan pemergiannya. Si kecil itu adalah anak syurga yang akan menantimu di sana.

Aamiin...


Rencana Sahur di Tambak Johor



Jam 9.00 malam tadi, sempat menonton rencana Majalah 3 - Sahur di Tambak Johor. Seawal 3.30 pagi, mereka telah bangun dan memulakan tugas untuk mencari rezeki di negara seberang. Dengan perbezaan nilai pertukaran mata wang yang tinggi antara Singapore dan Malaysia iaitu $1.00SD bersamaan RM3.04, rakyat Malaysia sanggup berkorban masa dan tenaga mencari sumber pendapatan di negara prang. Tidak pernah terlintas di hati dan fikiran bahawa jalan motosikal boleh sesak seperti jalan kereta ketika hendak melalui sempadan Johor dan Singapore. Tetapi itu yang terjadi ketika menonton rencana ini. Jumlah motosikal yang ingin ke seberang sangat banyak dan sesak. Ini terbukti bahawa ramai rakyat Johor yang mencari sumber rezeki di seberang sana. 

Hasil daripada temubual pekerja yang bekerja di Singapore, mereka keluar rumah seawal 4.00 pagi sepanjang bulan Ramadhan. Mereka akan bersahur semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Kebanyakkan pekerja ini masuk kerja jam 7.00 pagi. Secara puratanya mereka memerlukan 3 jam untuk tiba di tempat kerja masing-masing. Sepanjang ramadhan, mereka akan singgah membeli juadah sahur di Susur Bt. 3...pasar pagi untuk juadah sahur yang telah dibuka seawal 3.30 pagi. Pekerja ini sama ada berhenti untuk makan sahur, sekiranya membeli makanan berat seperti nasi; atau ada yang sekadar membeli kuih dan akan dimakan semasa dalam perjalanan ketika motosikal tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. 

Apa yang membuatkan aku tertarik dengan rencana ini adalah rakyat Malaysia telah bangun seawal 3.30 pagi untuk mencari rezeki. Jurujual ini mengatakan bahawa mereka akan mula memasak juadah jam 1.00 pagi dan akan selesai memasak pada jam 3.00 pagi. 

Melalui rencana ini telah terbukti bahawa rakyat Malaysia aka Orang Melayu tidak lagi MALAS dan Leka dengan perkara -perkara yang melalaikan. Tetapi mereka telah bertungkus lumus dalam usaha mencari rezeki dan berusaha mempertingkatkan taraf hidup masing-masing. Rencana ini bukan sahaja fokus kepada peniaga sahaja, tetapi juga kepada pekerja Malaysia yang travel 3 jam untuk mencari rezeki di negara seberang. 

Perubahan attitude rakyat Malaysia ini seharusnya diwar-warkan dan dibanggakan kerana tiada lagi perkataan malas dalam diri rakyat Malaysia. Perkataan Malas yang telah sinonim bagi orang Melayu perlu dibuang dan dikikis dari perspektif dan pandangan bangsa luar. Dengan ini kita boleh menaikan martabat orang Melayu di mata pihak luar.

Legend of The Blue Sea



Kisah seekor duyung yang hidup beratus tahun just untuk bersatu dengan cinta hatinya. Walaupun manusia tue dah berkali-kali dilahirkan semula kerana hayat manusia tak panjang....walaupun manusia tue dah lupa kewujudan sang duyung yang setia menantinya...tapi, sang duyung tidak pernah berputus atas untuk mengejar cinta hatinya walaupun beratus tahun terpaksa diambil dan beribu-ribu kali dia berusaha untuk memikat hati sang cinta hatinya. 

Kenapa macam tue? Sebab sekali sang duyung jatuh hati pada seorang manusia... baginya itu adalah cinta sejatinya... cinta matinya... walaupun beratus tahun atau beribu tahun... akan dia kejar sehingga ke ahir hayatnya. 

Tapi tue semua dalam drama korea je...hahaha...sebab imaginasi penulis skrip drama korea tinggi-tinggi...bukan sekadar di luar kotak je...bahkan tak de kotak langsung. Kiranye perindustrian hiburan korea makin diterima ramai termasuk negara eropah pun dah terkena demam drama korea...artis kpop...sebab artis-artis kpop semua jambu-jambu baik lelaki mahupun pmpuan. Pastue dorang semua sangat gentalmen melebihi tahap romantik pelakon-pelakon hollywood yang terkenal zaman dulu-dulu. Contohnya macam tom cruise, leonardo caprio etc...hihi...kiranye pelakon-pelakon hollywood dah masuk dalam arkib dunia perfileman. Hahaha...macam melampau sangat nie...tapi, walaupun macam tue masih ada peminat masing-masing.

Apa yang ak diceritakan nie...bukan ke awalnya nak story pasal duyung ke? Apesal melencong jauh dah nie. Hahaha...nie dah termasuk terpesong dari tajuk asal la nie...aduhai...sekarang macam dah hilang punca plak. Ape idea asal iye....idea dah lari...

To be continue...

N3g@rA H4r^m

Negara Haram by akeno2024 17 November 2023 Jika sejarah mampu bersuara Dahulu engkau hanya pelarian Baki serpihan simpati Hitler Untuk tingg...