Monday, 3 June 2019

The Grinch



Tepat jam 3.30 petang...empat roda blackie sampai di tempat yang sepatutnya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam pada kelajuan 100-110km/j...di lebuhraya...kurang sesak ari nie. Maybe, masih ramai lagi yang bekerja pada minggu terakhir ramadhan. Maybe Cuti Tahunan telah hampir habis...kerana Hari Raya tahun ini diraikan di pertengahan minggu. Jadinya, pekerja perlu mengambil cuti extra isnin, selasa dan jumaat untuk mendapatkan 1 minggu bercuti. Jika awal tahun dah ambil banyak cuti nanti hujung tahun dah kehabisan cuti pula. Maybe sebab tue ramai yang cuba mengamalkan pengambilan cuti secara berhemah. Lagi plak yang ada anak-anak kecil. Memang kena berkira untuk mengambil cuti raya. Bukannye apa, dikhuatiri jika ada kes-kes kecemasan cuti telah abis. Jadi, sebelum berlaku ape-ape atau terlebih ambil cuti, pengawalan diri untuk cuti raya panjang perlu dipertimbangkan semula. Lain kesnya jika yang bujang...cuti jarang guna... so, jika ada peluang seperti ini... perlu digunakan sebaik mungkin. 

Tapi yang menjadi isunye sekarang... walaupun tinggal 1 hari sahaja nak raya... mood raya tak datang datang pun...memang dh buat video...kad ucapan...dah forward kat semua...konon-konon nak naikkan mood raya tue...tp nampak gayanya macam tak berjaya. Makin nak dekat raya, makin hilang mood. Bagusnya kalo tempoh cuti yang panjang nie...leh gi travel mane-mane....jauh dari pandangan semua yang mrngenali diri nie.

Kadang-kadang terfikir...rasa macam diri nie tak berape suka nak sambut Syawal. Macam movie The Grinch plak rasanye. Hahahaha...hmmm...

Seminggu cuti nie...mampu ke bertahan? Rase macam nak balik opis buat keje ape yg patut...hahaha...melampau...tak de la macam tue...cuma, rase macam tak nak tengok orang...hahaha...manusia pelik...hihi...dok dalam gua la klo tak nak tgk org...hahaha...

Setiap yang terjadi dan rasa macam nie semua bersebab...hanya diri sendiri je yang tahu...hmmm...

29 Ramadhan



Malam ni LAST terawih
Pagi nanti LAST sahur
Esok pulak LAST puasa dan
Maghrib esok LAST berbuka
Harap Ramadhan Tahun Nie
Bukan LAST Untuk Kita Semua 



Dalam GURAU ada terkata,

Dalam BICARA terkasar bahasa,
Dalam TINDAKAN terguris rasa,
Dalam HIDUP ✗ada yg ✗buat dosa..  



Satu Syawal menjelang tiba,

Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.



Ketupat pulut di atas para,

Hendak direbus di tepi perigi,
Whatapps dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.



* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •

• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN....



#selamathariraya

#rayajangantakraya
#balikkampung
#berhati2dijalanraya
#syukurselalu

Sunday, 2 June 2019

3 hari sebelum Ramadhan Pergi



Hari nie 28 Ramadhan...tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum Ramadhan berlalu pergi. Esok...Isnin...lusa pula Selasa dah...tulat...Syawal akan mengetuk pintu-pintu rumah umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Kedatangan Syawal adalah untuk.meraikan kemenangan umat Islam yang telah berjaya menamatkan  rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Bulan kemuliaan, bulan yang berkat serta membawa rahmat serta merupakan bulan keampunan kepada umat Islam yang mendambakan keampunan dari Illahi. Bulan Ramadhan pastinya akan dirindui selepas pemergiannya. Tempoh yang dirasai amat singkat. Adakah kita telah pulun semua kelebihan dan kebaikan yang ada pada bulan Ramadhan? Atau kita mensia-siakan Ramadhan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Adakah kita tergolong dalam golongan orang-orang yg rugi? Sedarlah, cuma 2 hari sahaja lagi...berusaha la untuk buat yang terbaik untuk 2 hari sahaja lagi. Kita tidak mengetahui sama ada kita masih berkesempatan untuk berjumpa dengan Ramadhan tahun akan datang. Kita tidak pasti sama ada Ramadhan akan datang pada masa akan datang. Ingatlah bahawa tiada apa yang pasti dalam dunia ini. Apa yang mampu umat manusia buat adalah hanya berdoa agar ditemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Kehidupan kita hari ini adalah disebabkan rahmat dan belas kasihan daripada Illahi. Ini kerana Allah swt Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah swt kasih dan sayang terhadap umat manusia di dunia ini. 

Friday, 31 May 2019

My 1st video of Me...Myself...



My 1st video of Me...Myself...


Wow...it's amazing...I just found the 1st video that I created. Menarik...cantik gak video nie walaupun nampak amatur tapi...ok la..at least ada video sendiri pasal diri sendiri punye evolusi. Hahahaha...

Tak sangka video nie ada dalam youtube. Macam mana leh masuk dalam youtube. Sebenarnya ada beberapa video lagi yang dah sedia ada dalam akaun youtube aku...tanpa ku sedar...Hihihi...

So, aku pun masuk dalam blog nie...jadi...mmg akan jadi kenangan untuk anak cucu cicit aku nanti...hahahaha



Ucapan Selamat Hari Raya 1440H / 2019M







Memandangkan Ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya, maka dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Kami...Family Samad Hassan dan Aminah Kasiran. Semoga Syawal yang bakal menjelma nanti akan diserikan dengan kegembiraan dan kemeriahan tanda kemenangan setelah sebulan menahan lapar dan dahaga dari segi fizikal dan mental dengan jayanya.

Semoga Syawal ini akan dapat mengeratkan tali silatulrahim antara adik-beradik, sanak-saudara...yang jauh di dekatkan dan yang dekat dirapat-rapatkan. 

Tangan dihulurkan tanda kemaafan dipinta. Barang yang lepas, jangan dikenang. Mulakan pagi Syawal dengan memberikan kemaafkan kepada semua...mudah-mudahan dengan pemberian maaf itu akan menjadikan hati dan fikiran menjadi lebih tenang dan tenteram dalam menempuh minggu raya...semoga terus gembira dan ceria.

Hari Raya semestinya dikaitkan dengan juadah Hari Raya yang pelbagai dan sedap-sedap. Dalam pada menjamu selera, jangan dilupa pada yang telah tiada. Ingatlah mereka dengan mengirimkan doa agar mereka aman dan tenang di sisi Illahi. 

Elakkan pembaziran semasa menjamu selera semasa raya nanti. Ambil sekadar yang mampu untuk dihabiskan. Jangan tamak dan kelam-kabut serta gelojoh. Sebab itu semua amalan syaiton. Makan la sekadarnya dan makan berhemah serta elakkan pembaziran.

Semoga semua yang akan bertolak untuk balik ke kampung halaman masing-masing...berhati-hati di jalan raya. Jangan laju-laju sebab tak akan lari gunung dikejar. Rumah kampung akan kekal statik di tempatnya dan tak akan gi mana-mana. Jadi, jangan kelam kabut masa drive nanti. Sekiranya mengantuk, sila rehat di R & R sebentar untuk segarkan diri. Elakkan drive jam 12 tengahari - 2 petang. Ini kerana gelaja microsleep akan terjadi pada waktu-waktu sebegini. Pastikan kad touch & go mempunyai baki yang mencukupi. Pastikan bateri smart tag masih boleh lagi digunakan. Tujuan adalah untuk mengelakkan berlakunya Q yang panjang hanya disebabkan perkara-perkara yang remeh seperti ini. Semua boleh diperiksa dan diselesaikan sebelum bertolak ke kampung. 

Rumah yang ditinggalkan juga perlu diberikan penjagaan keselamatan yang teliti. Pastikan untuk maklumkan kepada jiran-jiran terdekat untuk menjaga rumah dan memaklumkan sekiranya terdapat situasi atau perkara yang pelik terjadi.t Plug elektrik juga perlu disemak banyak kali bagi mengelakkan litar pintas semasa ketiadaan tuan rumah. Tidak dilupa, pili air pastikan ditutup rapat bagi mengelakkan pembaziran air.

Akhir kata...Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin. 


Monday, 13 May 2019

Makna Di Sebalik Jenis Darah Bagi Orang Jepun


Sumber dari http://www.melancongkejepun.com/makna-di-sebalik-jenis-darah-bagi-orang-jepun/


Pernahkah anda terfikir mengapa orang Jepun suka bertanyakan soalan: “Apakah jenis darah anda?” Adakah kerana mereka bimbang tentang kesihatan anda? Adakah mereka bimbang bahawa anda mungkin memerlukan pemindahan darah? Tidak! Ia adalah kerana ramai daripada mereka percaya bahawa jenis darah menentukan pelbagai aspek tentang diri anda.
Jadi, apakah tanggapan orang Jepun terhadap jenis darah yang berbeza?



Sepertimana astrologi yang dapat dilihat di negara Barat, beberapa orang Jepun juga sangat obses terhadap jenis darah seseorang atau dipanggil sebagai (ketsuekigata). Personaliti, tingkah laku dan yang paling penting keserasian ( aishou ) dengan seseorang yang lain dari jenis darah yang berbeza sudah menjadi topik yang telah sebati dalam kehidupan seharian mereka tetapi perlu diambil serius terutamanya orang luar.
Jenis buku, pemakanan, cara senaman dan malah kondom juga telah disesuaikan mengikut setiap jenis darah. Saluran televisyen di Jepun mempunyai ramalan setiap hari bagi setiap jenis darah sama seperti horoskop yang dapat kita lihat dalam majalah-majalah atau surat khabar. Watak-watak dalam anime, manga atau permainan juga disesuaikan mengikut jenis darah.




Walau bagaimanapun, sesetengah orang Jepun mengambil serius dan menilai seseorang sama ada kawan-kawan atau orang yang baru sahaja dikenali hanya dengan melihat jenis darah mereka. Ia merupakan seperti membuat tanggapan sendiri jika anda bertanya kepada saya. Seharusnya, jika anda percaya sesuatu daripada seseorang, anda haruslah melihat dengan mata anda sendiri.




Jenis-jenis darah yang berbeza
1. Personaliti
Peratusan di Jepun daripada 4 jenis darah adalah 40% untuk A, 30% untuk O, 20% untuk B dan 10% untuk AB. Kajian korelasi antara jenis darah dan personaliti mula diterokai pada awal tahun 1900-an, dan tidak lama selepas itu ia diterima pakai oleh tentera Jepun walaupun ia masih tidak terbukti secara saintifik. Orang yang mempunyai jenis darah B misalnya mungkin menepati beberapa ciri-ciri yang dinyatakan B tetapi pasti tidak semua! Golongan darah A lebih kerap ditemui di benua Amerika dan Eropah, manakala taip B di Asia.
Mari kita lihat apa yang dikatakan mengenai personaliti seseorang mengikut jenis darah di Jepun:




Jenis A
Orang yang mempunyai darah jenis A dikatakan seorang yang pemalu, sopan-santun, penyabar dan bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan. Jenis A mungkin seperti seseorang yang ulat buku. Walau bagaimanapun, Jenis A juga dikenali sebagai orang yang degil dan cemas.
Jenis B
Orang dengan jenis B adalah seperti Miley Cyrus: mereka tidak boleh dijinakkan. Mereka sepatutnya menjadi liar, kreatif, fleksibel dan pemikir bebas. Tetapi orang Jenis B orang juga kononnya sikapnya tidak menentu dan mementingkan diri sendiri.





Jenis AB
Mereka yang mempunyai jenis darah AB kebiasaannya berada di antara darah Jenis A dan Jenis B. Mereka seharusnya menjadi seorang yang bersosial pada masa yang sama sangat tenang dan berfikiran rasional. Tetapi orang Jenis AB juga boleh menjadi sangat menyendiri dan tidak bertanggungjawab.
Jenis O
Jenis darah O adalah agak unik. Orang yang mempunyai Jenis darah O dikenali sebagai “penderma universal,” kerana Jenis darah O boleh digunakan dalam apa-apa jenis pemindahan darah.
Jika orang yang mempunyai darah jenis A adalah Clark Kent, orang Jenis O adalah Superman. Orang yang mempunyai darah Jenis O dikatakan periang, yakin dan berminat dengan personaliti yang dominan. Dikatakan bahawa tokoh masyarakat kebiasaannya darah Jenis O, seperti ahli-ahli politik dan pemain besbol.

2. Pasangan



Jenis A
Lelaki + Perempuan
A + A :
Mereka mempunyai banyak ciri yang sama; Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka adalah sangat bergantung harap pada orang lain, jadi mereka mungkin mudah untuk membenci satu sama lain.
A + B :
Jenis darah A mengagumi personaliti ‘sentiasa ceria’ orang jenis darah B. Walau bagaimanapun, mereka bimbang mengenai personaliti lain orang jenis darah B.
A + AB :
Orang Jenis AB boleh dipercayai untuk jenis A, seseorang yang mereka boleh berpaling untuk meminta nasihat yang baik dan memberi bantuan. Mereka boleh mempunyai hubungan cinta yang stabil.
A + O :
Jenis O adalah orang yang memberi perlindungan kepada jenis A. Walau bagaimanapun, jika jenis A suka bercakap tentang setiap perkara remeh, hubungan mereka boleh menjadi tidak baik.
Jenis B
Lelaki + Perempuan
B + A :
Orang Jenis A sentiasa sudi untuk membantu orang jenis B; Walau bagaimanapun, mereka mudah bosan dengan satu sama lain. Jenis A sering mengadu masalah kepada Jenis B.
B + B :
Kedua-dua daripada mereka adalah tidak berhati-hati, jadi jika tidak sehaluan mereka mungkin melakukan perkara-perkara yang berada di luar landasan.
B + AB :
Mereka mudah tertarik antara satu sama lain dan mereka mungkin boleh memulakan hubungan dengan segera. Mereka sangat menyayangi antara satu sama lain.
B + O :


Mereka boleh memahami antara satu sama lain dengan mudah. Orang Jenis O melengkapi keburukan yang ada pada orang jenis B. Mereka merupakan padanan yang hebat untuk persahabatan.





Jenis AB
Lelaki + Perempuan
AB + A :
Orang Jenis AB menghormati orang Jenis A, dan mereka mempunyai perasaan yang tinggi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, mereka kerap bergaduh.
AB + B:
Mereka sangat sepadan dan mudah untuk berhubung antara satu sama lain.
AB + AB:
Hubungan mereka sentiasa berjalan selari. Mereka tidak boleh membuka minda mereka untuk satu sama lain. Ia adalah terbaik untuk tidak terlalu rapat antara satu sama lain, dan tidak juga terlalu jauh.
AB + O :
Mereka boleh berjaya dalam perniagaan dan dalam pelbagai aktiviti jika bersama-sama. Mereka boleh menghasilkan sesuatu yang baru bersama-sama dengan mudah.
Jenis O
Lelaki + Perempuan
O + A :
Orang Jenis O sentiasa ingin memimpin orang jenis A. Mereka merupakan kombinasi yang baik.
O + B :
Mereka boleh bercakap secara terbuka tanpa mencurigai satu sama lain dan mempunyai hubungan yang selesa. Walau bagaimanapun, kadangkala orang jenis O keliru dengan personaliti muram orang jenis B yang tidak menentu.
O + AB :
Pendapat mereka adalah serasi. Walau bagaimanapun, jika mereka berada dalam ‘arena’ yang sama, mereka memberi persaingan yang hebat antara satu sama lain.
O + O :
Mereka tidak dapat memahami antara satu sama lain pada dasarnya, dan mereka mudah rasa terasing . Ia adalah yang terbaik untuk tidak terlalu rapat.


3. Diet Pemakanan




Diet yang disyorkan untuk jenis A
Disyorkan makanan untuk orang jenis A adalah karbohidrat seperti nasi dan bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan kerana jenis A berasal dari kaum pertanian yang kebanyakannnya makan makanan daripada tumbuh-tumbuhan. Walau bagaimanapun, jenis A biasanya tidak mencerna produk tenusu dengan mudah, jadi adalah lebih baik untuk mengambil yogurt.
Selain itu, daging adalah sukar untuk dihadam dan bertukar menjadi lemak dengan mudah untuk orang jenis A, jadi ia adalah lebih baik makan kacang dan ikan untuk protein. Makanan tradisional Jepun seperti sup miso, natto, tauhu, dan sebagainya adalah makanan yang terbaik untuk orang jenis A.
Diet yang disyorkan untuk jenis B
Orang jenis B mempunyai keupayaan untuk mencerna pelbagai makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daging, bijirin dan produk tenusu kerana jenis B berasal dari kaum nomad yang makan pelbagai makanan untuk terus hidup dalam persekitaran yang ekstrem. Adalah lebih baik untuk mengambil pelbagai jenis makanan, terutama protein, jika tidak, orang jenis B mudah rasa terganggu dan letih.
Daging yang rendah lemak, terutama daging lembu dan kambing, adalah bagus kerana ia mudah untuk dicerna dan membuat metabolisme lebih cepat bagi orang jenis B. Walau bagaimanapun, ayam, bijan, jagung, mi soba dan gandum membuat orang jenis B gemuk.


Diet yang disyorkan untuk jenis AB
Orang jenis AB mempunyai ciri-ciri kedua-dua jenis A dan jenis B. Sebagai contoh, orang jenis AB tidak mempunyai asid perut yang cukup untuk mudah mencerna beberapa jenis daging seperti jenis A. Protein daripada kacang soya adalah bagus untuk orang jenis AB, bagi beberapa produk tenusu.
Oleh itu, ia adalah yang terbaik untuk mengambil protein daripada ikan dan kacang soya, dan pelbagai makanan yang lain seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kacang, yogurt, dan sebagainya, dengan seimbang. Gandum, ayam, jagung, bijan dan soba mi tidak bagus untuk berdiet.
Diet yang disyorkan untuk jenis O
Orang jenis O dapat mencerna daging lebih mudah berbanding jenis darah lain. Walau bagaimanapun, mereka juga mudah letih jika kekurangan protein kerana orang jenis O berasal dari suku kaum yang memburu binatang dan bercucuk tanam kacang, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Mereka makan daging yang rendah lemak, daging lembu dan kambing yang rendah sangat sesuai untuk orang jenis O. Terutamanya ikan dengan asid lemak Omega-3 adalah sumber protein terbaik untuk mereka.
Pengambilan sayur-sayuran segar dan buah-buahan adalah disyorkan. Mereka pada awalnya tidak makan bijirin dan produk tenusu, jadi makanan-makanan itu adalah sukar untunk dihadam bagi orang jenis O. Gandum dan produk tenusu membuat orang jenis O mudah menjadi gemuk.
Bagaimana Jenis Darah Dilihat di Jepun


Setelah trend ini semakin meluas, ia sudah menjadi satu adat bagi orang Jepun untuk menyatakan jenis darah mereka di laman web temu janji ataupun forum media yang lain. Borang permohonan kerja juga mungkin mengandungi bahagian jenis darah bagi “menilai calon yang lebih sesuai” kepada syarikat.
Secara umum, minoriti kumpulan B dan AB dilihat sebagai kambing hitam yang lebih menonjol daripada masyarakat normal Jepun. Tindakan diskriminasi oleh sesetengah pihak mengikut jenis darah dipanggil sebagai ‘burahara’. Siapa yang menyangka bahawa genetik mempunyai begitu banyak pengaruh dalam masyarakat!


Kesimpulannya, sama ada kepercayaan karut ataupun tidak, ia adalah menarik untuk melihat sejauh mana kepercayaan masyarakat serta kesannya terhadap sifat manusia dan kehidupan mereka.

Bahagian 2: Kenali Diri...Sayangi Diri...




Kesinambungan daripada entri yang lepas, kita juga boleh kenali diri melalui jenis darah. Terdapat kajian menunjukkan bahawa perbezaan jenis darah juga memberikan kesan kepada personaliti diri seseorang individu. Walaupun karakter tersebut tidak 100% tepat, tetapi ianya boleh digunakan sebagai rujukan untuk kes-kes tertentu terutamanya jika berkaitan dengan kes jenayah. 

Personaliti boleh dilihat berdasarkan empat kumpulan darah: A, B, AB, dan O. Cuba bandingkan personaliti anda dengan profil di bawah, dan lihat sejauh manakah kebenarannya. Mungkin ini hanyalah satu kajian, namun ada kebetulannya juga. 

Kumpulan darah A


Lazimnya mereka yang memiliki darah jenis A merupakan individu yang tegas. Mereka lebih bersifat konservatif, bertanggungjawab dan sering menepati masa. Merekalah idola di kalangan rakan-rakan. Kerja rumah dan tugasan sentiasa siap pada waktunya. Paling berjimat-cermat dengan wang.
Antara mereka berjaya dalam bidang saintis, perniagaan. Mereka lebih selesa bergaul dengan individu daripada kumpulan darah AB dan O. Mungkin kerana sifat mereka yang lebih konservatif dan berhati-hati, maka mereka lebih tertarik kepada sifat rasional dan sistematik yang dimiliki individu daripada kumpulan AB. Mereka juga lebih menghargai sifat kepimpinan yang ada pada individu kumpulan O, terutamanya yang dapat membimbing hidup mereka supaya lebih teratur dan sempurna.


Kumpulan darah B

Mereka yang memiliki darah kumpulan B lazimnya lebih ceria dan suka bergembira – merekalah yang paling senang teruja, impulsif dan sering bertindak di luar jangkaan. Mereka gemar melakukan sesuatu secara mengejut dan tiba-tiba. Mereka mungkin sanggup memandu selama 3 jam untuk mencuba gerai nasi lemak enak yang dibaca di dalam akhbar pagi ini. Mereka juga mungkin terus sahaja menempah tiket ke Sabah untuk mendaki Gunung Kinabalu hanya kerana beberapa rakan baru bercakap mengenainya. Mereka menceriakan suasana kerana mereka menghargai kehidupan dan akan berbuat apa sahaja untuk menikmatinya. Mereka juga lebih kreatif dan dengan mempunyai bakat dalam bidang seni. Tidak hairanlah jika ramai yang telah berjaya sebagai artis, ahli muzik dan pelakon komedi.
Mereka daripada kumpulan B selalunya berkawan baik dengan individu daripada kumpulan darah yang sama dan juga rakan-rakan daripada kumpulan AB. Sifat mereka yang bersemangat dan impulsif adalah sesuai dengan sifat kumpulan AB yang lebih tenang dan rasional. Hubungan yang terjalin di antara kedua-dua kumpulan ini lebih berpotensi untuk kekal dalam jangka panjang.

Kumpulan darah AB

Mereka yang memiliki darah kumpulan AB adalah pemikir yang hebat malah mereka nampak lebih tenang dan teratur dengan apa yang dilakukannya.
Mereka selalu dipuji atau sebaliknya apabila kelihatan terlalu tenang dan bersahaja meskipun krisis melanda. Mereka terkenal dengan kecenderungan untuk memberikan penjelasan panjang lebar mengenai sesuatu isu. Selain mampu bersikap analitikal, individu berdarah AB juga seorang yang teratur. Contohnya, rak buku di rumah juga mungkin tersusun rapi dan mengikut aturan abjad yang betul! Oleh itu, tidak hairanlah jika ramai individu daripada kumpulan darah ini yang berjaya sebagai penganalisis, diplomat dan akauntan.
Mereka daripada kumpulan AB mudah mesra dengan semua orang daripada setiap kumpulan darah. Sikap mereka yang rasional dan kemampuan untuk memahami orang lain memudahkan mereka mengelakkan diri daripada percanggahan pendapat yang mungkin menyebabkan pertengkaran. Kawalan emosi yang baik juga bermakna mereka jarang terjejas akibat sebarang perbalahan.

Kumpulan darah O

Mereka yang memiliki darah kumpulan O lahir sebagai seorang pemimpin, malah mereka berkeyakinan, bercita-cita tinggi dan peramah. Mereka juga memiliki karisma dan keyakinan yang cukup tinggi untuk membuatkan anda bersetuju dengan cadangan atau pendapat mereka.
Mereka yang berdarah O lebih berkemungkinan untuk berkawan rapat dengan individu daripada kumpulan AB kerana sifat mereka yang berbeza tetapi saling melengkapi antara satu sama lain. Sifat rasional dan tenang yang dimiliki oleh mereka yang berdarah AB membantu mereka membuat analisis dan menyelesaikan masalah. Mereka daripada kumpulan O pula boleh menunjukkan cara-cara menyerlahkan karisma dan membentuk keyakinan dalam pergaulan.
Kelihatannya acuh tak acuh, tidak kisah, padahal sebenarnya sensitif, memahami, cuma suka berpura-pura ego. Adil, paling benci kebohongan dan kemunafikan.

Jika orang sekeliling melayanya dengan baik, pasti dibalas baik juga. Tetapi jika sebaliknya, dia boleh berubah menjadi lebih jahat. Berani, cuma takut gagal. Bagaimanapun, seorang yang selalu berusaha untuk tabah.
Namun begitu, mereka di dalam kumpulan O lazimnya tidak begitu mesra antara satu sama lain. Ini kerana masing-masing bercita-cita tinggi dan mungkin sahaja saling bersaing, sama ada di pejabat mahupun di rumah. Oleh yang demikian, individu berdarah O harus lebih berhati-hati dan belajar bertolak-ansur.


Sumber Rujukan: https://aliffchannel.com/
Personaliti individu, bukan hanya terikat pada jenis darah sahaja, tetapi juga melibatkan persekitaran tempat di mana kita dibesarkan. Kebarangkalian, perbezaan persekitaran juga boleh menyumbang kepada perbezaan personaliti seseorang individu. Ini kerana persekitaran juga boleh mempengaruhi cara berfikir dan berbeza tindakan yang diambil oleh individu tersebut. Di samping itu, seseorang individu yang terlibat dengan keadan keluarga yang porak peranda dan pergaduhan, boleh memberikan kesan psikologi kepada individu tersebut apabila mereka telah dewasa. Keadaan ini terjadi bila individu ini mengikat dirinya kepada sejarah pahit yang lepas. Mereka tidak boleh melepaskan kekecewaan dan kepedihan yang dialaminya. Maka, mereka terikut-ikut dengan habit yang telah terbiasa dilakukan. Bagi individu seperti ini, perhatian yang lebih perlu diberikan agar mereka tidak rasa seperti terabai dan berseorangan. 
Kesimpulannya, setiap individu mempunyai karakter yang unik dan tidak akan dikongsi oleh individu lain. Keunikan yang ada pada kita merupakan kelebihan yang diberikan oleh Allah swt. 

N3g@rA H4r^m

Negara Haram by akeno2024 17 November 2023 Jika sejarah mampu bersuara Dahulu engkau hanya pelarian Baki serpihan simpati Hitler Untuk tingg...