Memandangkan Ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya, maka dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Kami...Family Samad Hassan dan Aminah Kasiran. Semoga Syawal yang bakal menjelma nanti akan diserikan dengan kegembiraan dan kemeriahan tanda kemenangan setelah sebulan menahan lapar dan dahaga dari segi fizikal dan mental dengan jayanya.
Semoga Syawal ini akan dapat mengeratkan tali silatulrahim antara adik-beradik, sanak-saudara...yang jauh di dekatkan dan yang dekat dirapat-rapatkan.
Tangan dihulurkan tanda kemaafan dipinta. Barang yang lepas, jangan dikenang. Mulakan pagi Syawal dengan memberikan kemaafkan kepada semua...mudah-mudahan dengan pemberian maaf itu akan menjadikan hati dan fikiran menjadi lebih tenang dan tenteram dalam menempuh minggu raya...semoga terus gembira dan ceria.
Hari Raya semestinya dikaitkan dengan juadah Hari Raya yang pelbagai dan sedap-sedap. Dalam pada menjamu selera, jangan dilupa pada yang telah tiada. Ingatlah mereka dengan mengirimkan doa agar mereka aman dan tenang di sisi Illahi.
Elakkan pembaziran semasa menjamu selera semasa raya nanti. Ambil sekadar yang mampu untuk dihabiskan. Jangan tamak dan kelam-kabut serta gelojoh. Sebab itu semua amalan syaiton. Makan la sekadarnya dan makan berhemah serta elakkan pembaziran.
Semoga semua yang akan bertolak untuk balik ke kampung halaman masing-masing...berhati-hati di jalan raya. Jangan laju-laju sebab tak akan lari gunung dikejar. Rumah kampung akan kekal statik di tempatnya dan tak akan gi mana-mana. Jadi, jangan kelam kabut masa drive nanti. Sekiranya mengantuk, sila rehat di R & R sebentar untuk segarkan diri. Elakkan drive jam 12 tengahari - 2 petang. Ini kerana gelaja microsleep akan terjadi pada waktu-waktu sebegini. Pastikan kad touch & go mempunyai baki yang mencukupi. Pastikan bateri smart tag masih boleh lagi digunakan. Tujuan adalah untuk mengelakkan berlakunya Q yang panjang hanya disebabkan perkara-perkara yang remeh seperti ini. Semua boleh diperiksa dan diselesaikan sebelum bertolak ke kampung.
Rumah yang ditinggalkan juga perlu diberikan penjagaan keselamatan yang teliti. Pastikan untuk maklumkan kepada jiran-jiran terdekat untuk menjaga rumah dan memaklumkan sekiranya terdapat situasi atau perkara yang pelik terjadi.t Plug elektrik juga perlu disemak banyak kali bagi mengelakkan litar pintas semasa ketiadaan tuan rumah. Tidak dilupa, pili air pastikan ditutup rapat bagi mengelakkan pembaziran air.
Akhir kata...Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin.
No comments:
Post a Comment