Thursday, 9 May 2019

Bahagian 1: Kenali Diri...Sayangi Diri...




Rasanya topik kenali diri dan sayangi diri dah cliche dah kot. Semua orang tahu dan faham apa content yang hendak disampaikan. Ramai pakar-pakar motivasi seperti Prof Dr Muhaya, Datuk Prof Dr Fadhilah Kamsah, Ustaz Ebit Liew etc. semuanya pernah membincangkan topik ini atau pun paling kurang ada menyentuh mengenai perkara ini. Boleh dikatakan bahawa topik ini adalah topik global kerana Jay Shetty, Pakar Motivasi Indian-English dan BTS iaitu artis K-Pop dari Korea juga menerapkan perkara ini dalam lagu-lagu yang dinyanyikan. 

Kenapa kita sebagai manusia, hamba dan juga khalifah di bumi Tuhan ini perlu kenali diri dan sayangi diri? Kenapa? Sebab kita merupakan satu entiti yang pertama yang perlu kenali diri dan sayangi diri sebelum ianya disebarkan kepada entiti yang lain. Metafora yang paling mudah adalah molekul-molekul air yang sedang menggelegak biasanya terjadi apabila 1 molekul bergetar dan bergoyang kerana proses pemanasan. Selepas itu 1 molekul ini akan memindahkan getaran tersebut kepada molekul kedua, ketiga dan keseluruhannya. Maka bila semua molekul air dalam cerek tersebut telah bergetar dan bergoyang disebabkan pemanasan air, maka wap air / stim akan keluar dari muncung cerek dan mengeluarkan bunyi yang menandakan bahawa air tersebut telah masak. 

Begitu juga dengan kita. Kita perlu kenali diri dan sayangi diri sebelum kita kenali diri dan sayangi mereka-mereka yang berada di sekeliling kita. Dengan cara itu, kita akan mudah untuk sedia menerima dan diterima dalam kehidupan bermasyarakat. Kita akan menjadi lebih bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain kerana pola pemikiran kita tidak fokus kepada diri sendiri sahaja tetapi juga untuk kebaikan bersama.

Bagaimana kita hendak kenali diri sendiri? Bila kita dah kenal diri sendiri, secara automatik, kita akan sayang diri kita. Kenapa? Sebab hanya kita satu-satunya di dunia ini yang Allah jadikan. Tiada yang kedua dan ketiga. Setiap kita adalah UNIK. Keunikan dan kelebihan setiap orang adalah berbeza-beza. Sebab itu kita manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling istimewa dan diberikan pelbagai kelebihan untuk kita menjadi khalifah yang baik di bumi ciptaan Allah yang sementara ini. Kita dikenali sebagai diri sendiri adalah berdasarkan kepada Nama kah? mungkin ada nama yang sama. Nama yang berbinti atau berbinkan ayah kah? mungkin ada nama ayah yang sama. Berdasarkan kepada jenis darah ke? Kumpulan darah hanya ada 4 jenis sahaja (O, A, B, AB) bermakna semua orang mempunyai kebarangkalian mempunyai jenis darah yang sama. Sebenarnya hanya kita sahaja yang tahu bagaimana diri kita sendiri iaitu personaliti dalaman kita. Ke arah manakah kecenderungan kita dan cara penerimaan kita terhadap sesuatu.  

Berdasarkan kajian yang lepas-lepas, personaliti diri kita ini boleh dikaitkan dengan kombinasi tarikh lahir, masa dilahirkan, persekitaran kita dibesarkan, jenis darah, tahap pendidikan yang diterima, rakan dan kawan etc. Kombinasi semua faktor ini menyebabkan setiap manusia mempunyai personaliti diri yang berbeza-beza. Perbezaan yang ada pada setiap manusia menjadikan kehidupan di dunia ini menjadi lebih meriah dan bermakna jika kita tahu untuk menghargai kelebihan yang ada pada diri seseorang dan menerima keburukan dan kekurangan yang ada pada setiap diri manusia. Tiada sesiapa pun yang terkecuali dari personaliti buruk dan kekurangan dalam diri sendiri. Apa yang membezakan diri kita dengan orang lain adalah tahap penerimaan terhadap diri kita sendiri termasuk keburukan yang ada pada diri. Kita tidak boleh buang keburukan yang ada kerana ianya adalah sebahagian dari diri kita. Cuma kita boleh mengawalnya agar tidak memberikan kemudaratan kepada manusia lain. 

Datuk Prof Dr Fadhilah Kamsah pernah membuat kajian perbezaan personaliti menggunakan kenali diri melalui tarikh lahir. Dalam kajian beliau, dinyatakan bahawa setiap individu berbeza mengikut bulan kelahiran dan tarikh kelahiran. 

Sumber rujukan: Sinar.my

Rahsia tarikh lahir bulan Januari

Rahsia tarikh lahir bulan Februari

  • berfikiran abstrak
  • mudah menawan org lain
  • tidak suka dikongkong & mudah memberontak
  • amat sensitif dan mudah menunjukkan marah
  • sangat berani dan bercita-cita tinggi
  • keras hati dan suka kegiatan yang lasak
  • suka hiburan dan sukan
  • amat mudah untuk jadi boros

Rahsia tarikh lahir bulan Mac



Rahsia tarikh lahir bulan April

Rahsia tarikh lahir bulan Mei

  • degil, namun kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • memiliki pemikaran yang tajam, namun cepat marah
  • pandai menarik hati orang lain
  • tetap pendirian dan bersikap sistematik (otak kiri)
  • mudah memahami empati dan mudah dipujuk
  • pandai berdebat, suka sastera, seni, muzik & melancong
  • tidak boleh duduk diam dan tidak suka duduk di rumah
  • boros

Makna tarikh lahir bulan Jun

  • berfikiran jauh & berwawasan
  • berperangai lemah-lembut, namun cepat moody
  • otak sangat aktif dan ada banyak idea
  • suka menangguh kerja, terlalu memilih, namun mahukan yang terbaik
  • suka bercakap, buat lawak, berdebat
  • tertib, kemas, cepat bosan
  • degil dan cerewet

Makna tarikh lahir bulan Julai


  • banyak rahsia dan susah difahami
  • pendiam namun sangat peramah (jika sudah kenal)
  • jarang berdendam, cepat memaafkan orang lain, namun tidak mudah lupa
  • tidak suka benda remeh-temeh
  • sangat peka, penyayang, emosi sangat mendalam dan mudah terluka
  • daya simpati yang tinggi
  • pemerhatian yang tajam dan suka menilai orang dari pemerhatian
  • suka mengenang perkara lalu, suka duduk di rumah dan tidak agresif

Maksud tarikh lahir bulan Ogos

  • suka berlawak, sopan dan sangat caring
  • tegas, bersikap pemimpin dan pandai pujuk orang lain
  • semangat juang yang dahsyat, namun cepat marah & mengamuk
  • berdikari, teliti, namun cepat cemburu
  • berbakat dalam bidang seni lukis, hiburan & silat
  • sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
  • kelam-kabut namun cepat berfikir

Maksud tarikh lahir bulan September


  • sangat pandai bertolak-ansur
  • cermat, teliti, teratur, suka tegur kesilapan orang
  • mudah simpati, amanah, setia
  • banyak berfikir dan suka mencari maklumat
  • mudah memahami orang lain
  • terlalu memilih pasangan, dan mudah terluka

Rahsia tarikh lahir bulan Oktober

  • suka sembang dan ambil jalan tengah
  • sopan, sangat menawan, tidak pandai berbohong atau berpura-pura
  • mudah simpati, pentingkan kawan
  • cepat marah dan nampak seperti mementingkan diri sendiri
  • tidak suka terima pandangan orang lain
  • suka melancong, seni, sastera
  • kuat cemburu, mudah terusik, namun ambil berat tentang orang lain
  • suka aktiviti outdoor

Makna tarikh lahir bulan November


  • banyak idea, berfikiran ke hadapan, penuh dengan idea
  • daya firasat yang tinggi dan memiliki pemikiran yang tajam
  • suka berahsia, namun pandai mencungkil dan mencari rahsia
  • degil dan terlalu keras hati
  • susah nak marah dan pandai memunasabahkan diri
  • emosi yang sangat mendalam dan romantik
  • perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

Maksud tarikh lahir bulan Disember

  • bersifat patriotik, kurang sabar dan terburu-buru
  • suka bercampur dan berkawan
  • suka dipuji, diberi perhatian dan dimanja
  • tidak pandai berpura-pura
  • cepat marah
  • tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
  • benci pada kongkongan
  • suka berlawak

Selepas membaca hasil kajian oleh Datuk Prof Dr Fadhilah Kamsah, adakah semua yang dinyatakan bersesuaian dengan diri sendiri? Mungkin ada yang kena ada yang tidak dan mungkin ada yang sipi-sipi. Ini kerana kajian ini hanya berdasarkan bulan kelahiran secara umum meliputi semua. Untuk kenal diri yang lebih spesifik, kajian boleh dilakukan dengan menggunakan method metafizik untuk kenali diri melalui Numerologi - pengiraan metafizik tarikh lahir untuk mengkaji personaliti seseorang individu. Melalui kaedah ini, setiap nombor yang terhasil akan mempunyai huraian yang tersendiri. Terdapat juga individu yang memperolehi numbor yang sama dan ada juga yang berbeza. Jika memperolehi nombor yang sama, maka personaliti seseorang itu menyerupai yang lain. Ini terbukti bahawa ada sesetengah individu yang mempunyai personaliti yang sama kerana kehidupan dan persekitaran mereka adalah sama. 

Apa itu Metafizik? Metafizik merupakan satu bidang pengajian tentang kehidupan nyata. Ianya merupakan satu falsafah yang menjelaskan tentang realiti dan ilmu pengetahuan. Ianya merangkumi epistemologi (teori tentang ilmu pengetahuan, ontologi (pengajian tentang kehidupan nyata) dan kosmologi (teori tentang alam semeste dan hukum-hukumnya.)

Apa itu Nuremologi? 
  • ianya adalah satu kajian yang berkaitan dengan nombor dan simbol.
  • pada assnya ia adalah satu kajian tentang misteeri yang tersembunyi di sebalik nombor yang memberi maklumat tentang peribadi seseorang, tempat dan sesuatu perkara.
  • digunakan untuk menentukan sifat seseorang, kekuatan dan kelebihan dan cabaran yang mesti dilalui.
  • ianya juga berkaitan dengan keperluan dalaman seseorang, reaksi emosi dan cara seseorang itu berinteraksi dengan orang lain.
  • kajian yang melibatkan numerologi telah bermula kira-kira 10,000 tahun yang lampau dan ianya diamalkan di zaman Egypt dan Babylon.
  • Kira-kira 2,600 tahun dahulu di Greece, Phytagoras iaitu bapa matematik menulis bahawa nombor meletakkan satu had kepada sesuatu, ianya berkaitan dengan alam sekeliling dan semua konsep boleh diluahkan melalui nombor. Beliau menerangkan tentang kualiti dan hubungan setiap 9 nombor. 
Teori Phytagoras: Bagaimana Numerologi Berfungi?
  • Kesemua yang terdapat di ala, semester bergerak mengikut frekunsi masing-masing.
  • Sekiranya kita dapat tahu tahap pergerakan dan kelajuan setiap objek di alam semesta, kita boleh mengetahui kualiti dan tenaga yang terdapat di dalamnya.
  • Dengan mempaktikkan prinsip numerologi dan menggunakan tarikh lahir sebagai data asas, kita boleh menentukan tahap frekuensi bagi setiap orang.
  • Analisis numerologi tentang pengiraan frekunsi memberi maklumat tentang sifat dan kelakuan seseorang. 



•  Logam mengawal Kayu. Logam boleh dijadikan kapak. Kapak digunakan untuk 
   membelah dan membentuk kayu.
•  Kayu mengawal Tanah. Pokok tumbuh daripada tanah. Akar pokok tertanam di dalam 
   tanah. Ini bermakna kayu yang mengawal tanah.
•  Tanah mengawal Air. Tanah mengawal banjir dengan menyekat aliran air.
•  Air mengawal Api. Air dapat memadamkan Api.
•  Api mengawal Logam. Api melebur dan membentuk logam kepada peralatan daripada 
   logam.



  • Nombor Akar : O
  • Faktor Ibu : L, N, O
  • Faktor Bapa : I, M, O
  • Nombor Tersembunyi : J + K





To be continue....

1 comment:

Awan Hitam

Awan Hitam Bosan... Bila nak balik nie... Penat melayan kerenah manusia... Topeng berlapis-lapis Sampai lupa wajah sebenar yang mana Benci.....