Happy Labour Day on 1st May 2019...17 times for me as a worker...YES....17th years. I have been working for 17th years. So, actually, I'm not that young anymore to layan all those of movies. Hahaha...but please don't count on age...because my heart is still young...forever young. I still can layan all the childish game or movie or anything. It is because there is a child inside my heart. Hihihi...can I say like that? hmmm...of course can because it's me...I can say what ever I like to say.
Gotch...actually I want to share my review of the movie. 1st paragraph gone, coz I merepek about the years of working.
The movie starts with the scene of Clint's family missing one by one at the park. It happens because Thanos won the war last time. Therefore, Thanos wish that 50% of the population in the whole universe vanished. During that time not much people and animal left. So, the world became half empty. All the missing people have their own memorial monument with their name. Therefore, they won't be forgotten by all the family members. Can you imagine when half of the world empty?
Dunia menjadi sepi...kesedihan di mana-mana...manusia tidak akan mudah untuk melupakan kejadian yang terjadi. Jika keinginan Thanos adalah untuk meyeimbangi dunia semula...Thanos telah melakukan kesilapan. Manusia mempunyai memori dan ianya bukan mudah untuk melupakan. Untuk bangkit semula dari kesedihan dengan kehilangan keluarga tersayang, bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan kecuali mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga dari awal...yang tidak akan merasa sedih seperti Thanos...
Selepas Thanos memuaskan keinginan hatinya yang menghapuskan 50% populasi seluruh universe, Thanos duduk di sebuah planet dan menjadi pekebun sayur. Dia tinggal berseorangan tanpa teman dan dia merasakan itu adalah keamanan yang abadi. Tetapi keamanan dan kedamaian untuk Thanos hanya kekal untuk 5 tahun sahaja.
Jiwa dan perasaan adiwira dunia seperti Iron Man, Captain Amerika, Ant-Man, Black Widow, Hulk, Thor etc untuk terus berusaha mencari jalan penyelesaian bagi memulihkan semula keadaan kepada sedia kala selepas kegagalan mereka memerangi Thanos. Kekecewaan yang dialami oleh adiwira ini sangat dasyat dan memberikan kesan yang mendalam kepada diri mereka. Sifat manusia yang selalu menang, jika tidak pernah mengalami kekalahan...sekali mereka kalah, kekalahan yang sekali itu la yang akan memusnahkan jiwa mereka. Itulah yang berlaku pada Thor dan Clint. Disebabkan kekecewaan yang mendalam, Thor menyalahkan dirinya sendiri kerana dia adalah anak Dewa dan dia tidak dapat melindungi dunia dan orang yang dicintai. Kekecewaan itu menyebabkan Thor menjadi muncit n debab sebab terlebih makan tanpa melakukan sebarang aktiviti. Hanya berkurung di rumah sahaja. Sementara Clint pula, terus membenteras jenayah yang berlaku di seluruh dunia. Dia merasakan melalui perlawanan membenteras jenayah dapat mengembalikan semula keluarganya yang telah hilang.
Kemunculan Ant-man yang kembali semula ke dunia realiti selepas hilang selama 5 tahun dalam dunia kuantum fizik. Kemunculan Ant-Man telah memberikan sinar harapan kepada semua ahli Avengers untuk turn-back-the-time jika apa yang diandaikan boleh dijadikan kenyataan. Idea Ant-Man telah dimaklumkan kepada Iron Man. Walaubagaimana pun, Iron-Man tidak dapat memenuhi kehendak Ant-Man pada awalnya. Ini kerana Iron man telah bahagia dengan keluarganya. Iron Man telah mempunyai seorang anak perempuan berusia 5 tahun bernama Morgan. Jadi Iron Man keberatan untuk melaksanakan misi baharu tersebut.
Walaubagaimana pun, Black Widow, Captain Amerika dan Clint teruskan mencuba dan mencari ahli ke-2 Avengers yang bijaksana selepas Iron Man iaitu Hulk. Hulk merasakan bahawa dunia kuantum dan hukum fizik bukan bidang dia. Walaubagaimana pun, dia masih ingin mencuba jika peluang itu boleh mengembalikan semula apa yang telah dia hilang.
Selepas kegagalan demi kegagalan yang dihadapi oleh team Captain Amerika yang tanpa mendapat sokongan daripada Iron Man, akhirnya Iron man telah berjaya menemui cari yang terbaik untuk menjadi 'pencuri masa' menggunakan time machine atau hukum kuantum fizik yang dicadangkan oleh Ant-man.
Yes, dalam movie kali ini, Pengarah memasukkan element back-to-the-future. Walaupun penjelasan mengenai time machine itu ada, tapi kesahihan masih belum boleh dijelaskan dalam dunia nyata (bukan dunia movie).
Plan mereka adalah Team Avengers akan melangkau tahun untuk mengambil infinity stones sebelum batu-batu itu jatuh ke tangan Thanos. Secara tidak langsung, tindakan itu boleh mengubah dunia kembali kepada sedia kala.
Halangan demi halangan terpaksa dilalui demi mencapai misi itu. Iron Man berpesan, misi ini hanya boleh dilaksanakan jika ianya tidak mengganggu gugat kebahagiaan yang ada, tidak melibatkan nyawa dan semua kembali dengan selamat. Perancangan manusia tidak semestinya terjadi seperti yang dirancangkan.
Black Widow telah mengorbankan nyawanya untuk mendapatkan Life Stone. Clint terpaksa akur dengan kehendak Black Widow yang ingin mengorbankan jiwanya untuk kebahagiaan rakan-rakan yang lain. Ini kerana bagi Black Widow, dia tiada siapa-siapa yang akan menangisi kehilangan dirinya kecuali kawan-kawan.
Dengan kematian Black Widow, maka Clint dapat Life Stone untuk melengkapkan 6 Infinity Stone untuk mengembalikan keadaan kepada yang asal dan sekaligus membunuh Thanos untuk kali ke-2.
Melalui movie ini juga kita boleh membuat penilaian dari sudut pandangan yang berbeza iaitu TAKDIR xleh diletakkan kt tangan manusia. Jika manusia yang boleh menetapkan takdir seluruh universe, maka akan berlaku kacau bilau seperti yang dilakukan oleh Thanos. Manusia tidak boleh kawal takdir kerana keupayaan manusia adalah terbatas. badan Thanos hancur separuh disebabkan dia memakai sarung tangan Infinity Stone. Kuasa yang terdapat pada batu itu selepas digabungkan tidak dapat disokong oleh keupayaan tangan Thanos. Maka selepas impian untuk menghapuskan 50% populasi tercapai, Thanos kehilangan tangan kanan dan cacat seumur hidup. Disebabkan kehilangan kuasa maka dengan mudahnya Thor memancung kepada Thanos untuk dendam yang Thor simpan selama 5 tahun itu. Kuasa boleh membuat seseorang menjadi kuat dan kuasa juga boleh membunuh tuan badan jika disalahgunakan.
Dalam movie ini juga ada metafor di mana Nebula anak kepada Thor dan adik kepada Gamora telah berlawan dengan diri sendiri. Nebula di masa hadapan telah berubah menjadi baik selepas kematian Gamora yang telah dibunuh oleh Thanos untuk Life Stone; manakala Nebula di masa lampau masih lagi berhati hitam dan jahat. Kiranya dalam movie nie, sifat baik berlawan dengan sifat jahat. Akhirnya sifat baik telah memenangi perlawanan tersebut. Begitu juga dengan kita manusia yang seringkali berlawanan dengan diri yang satu lagi. Jika diri baik lebih kuat, maka diri yang baik akan boleh menghapuskan diri yang jahat. Itu lah yang hendak disampaikan dalam perlawanan Nebula Baik dan Nebula Jahat.
Tony mati sebab dia ubah takdir...dia manusia biasa yang tidak boleh mengawal takdir. Ini kerana dia hanya seorang adiwira Iron Man. Kematian Iron Man sangat menyedihkan kerana dia telah mengorbankan dirinya untuk menjadikan dunia kembali kepada sedia kala. Iron Man sanggup melepaskan family tersayang untuk memberikan yang terbaik kepada seluruh universe dan rakan-rakannya. Sikap Iron man yang telah matang ini membuatkan dia betul-betul seorang adiwira yang tidak mementingkan dirinya sendiri.
Thanos kalah sebab peluang dalam hidup datang skali je...jika keputusan awal dia untuk hapuskan semua manusia dan cipta dunia baharu...kemungkinan tiada sesiapa yang mampu menghalang. Tapi...Thanos pun manusia biasa je...tidak lepas dari mempunyai perasaan kemanusiaan walaupun dia jahat. Sebab itu pilihan yang dibuat adalah penghapusan hanya 50% populasi di seluruh universe.
Selepas Iron Man petik jari dan mention....'because I am Iron Man'...dan wish untuk dunia kembali kepada asal...Iron man tewas kerana dia tidak mampu menanggung kuasa Infinity Stone itu. Keupayaan manusia adalah terbatas. Keterbatasan itu menyebabkab Iron Man terkorban.
Black Widow mati...
Iron Man mati...
Captain Amerika jadi tua...
Semua ciptaan Allah swt tidak akan kekal. Mereka akan pergi meninggalkan kite satu persatu hanya kita sendiri tidak menyedari bahawa giliran kita semakin hampir.
Wassalam.
From Morgan to Tony aka Iron man ~ I love you 3000x
From Tony to Morgan ~ I love you too...3000x
#R.I.P.BlackWidow
#R.I.P.IronMan
#growOldCaptainAmerica
#thorbesiti
From Morgan to Tony aka Iron man ~ I love you 3000x
From Tony to Morgan ~ I love you too...3000x
#R.I.P.BlackWidow
#R.I.P.IronMan
#growOldCaptainAmerica
#thorbesiti
No comments:
Post a Comment