Lebih kurang 6 hari je lagi semua umat Islam seluruh dunia akan menerima kedatangan Ramadhan bulan yang mulia. Apakah persiapan kita untuk menerima kunjungan yang setahun sekali je dari Ramadhan? Adakah kita telah bersedia untuk memastikan bulan Ramadhan pada tahun 1440H ini adalah Ramadhan yang terbaik jika dibandingkan dengan ramadhan-ramadhan sebelum ini.
Adakah kita mampu untuk berjumpa Ramadhan yang akan datang lepas 6 hari ini? Masihkah kita berpeluang untuk berjumpa dengan Ramadhan tahun ini. Semua adalah kehendak dari Allah swt. Mungkin ada yang tidak sedar bahawa kehidupan kita sebenarnya pendek sahaja. Jika Allah swt ingin menjemput kita sebelum sempat Ramadhan tiba, itu adalah Takdirnya. Jika kite diberikan peluang untuk menyambut dan menghayati bulan Ramadhan, itu juga adalah takdirnya. Kita sebagai manusia hanya mampu menerima seadanya ketetapan dan takdir yang telah ditentukan kepada kita.
Kematian itu sangat hampir dan ianya tidak akan terlalu lewat untuk datang dan tidak juga terlalu cepat untuk kita. Bila Allah swt mengatakan 'kunfaya-kun' maka jadilah ia. Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sahaja. Jadi berusahalah untuk menjadikan kehidupan kita ini adalah yang terbaik kerana masa di dunia ini sebentar cuma.
Coretan jam 5.20 petang sebelum kaki melangkah keluar dari opis.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment