Tuesday, 26 June 2018

1st Step for the New Journey




27 Jun 2018 merupakan langkah pertama yang telah diambil untuk memulakan satu lagi perjalanan yang panjang dan mencabar dari segi fizikal dan mental. Kenapa keputusan ini dibuat? Kerana inginkan sesuatu yang boleh memberikan kepuasan terakhir dalam mengejar impian dan cita-cita. 

Walaupun keputusan telah dibuat dan sesi temuduga telah dijalankan...kenapa hati ini masih berbelah bahagi? Kenapa agaknya iya? Adakah diri sendiri tidak yakin dengan kemampuan diri? Ada apa-apa halangan ke yang perlu ditempuhi. Biarlah perasaan ini sebegini...insyaAllah, bila sampai masa dan ketikanya...semua akan lebih sedar n bersedia untuk menerima apa yang telah ditakdirkan.

Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana...Allah tidak akan membebankan seseorang hambanya tanpa mengetahui tahap kemampuan individu itu sendiri. 

Apa-apa pun...just perlu tunggu keputusan yang akan diperolehi nanti...positif or negatif, kita terima sahaja. Kalau positif, maka...memang itu hala tuju yang telah ditetapkan. Jika negatif, pun tak de masalah coz Allah swt tahu mana yang terbaik untuk masa sekarang.





Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita yang tersendiri. Jika hendak jadikan impian dan cita-cita itu tercapai dan menjadi kenyataan, seseorang itu mestilah fokus dan memberikan komitmen yang baik terhadap keputusan yang telah dibuat. Setiap keputusan yang telah diambil perlu disusuli dengan tindakan. Tanpa tindakan segala yang diimpikan dan diangan-angankan tidak akan tercapai. Di samping itu, keyakinan juga merupakan komponen yang penting dalam setiap tindakan yang akan kita lakukan. Jika diri kita dan hati kita diselubungi dengan perasaan syak wasangka, tidak yakin, was-was, takut untuk melakukannya, impian dan cita-cita kita pasti tidak akan dapat dicapai. Sebab itu ada pepatah mengatakan musuh yang paling digeruni dan ditakuti adalah diri kita sendiri. Perasaan-perasaan negatif itu hanya wujud dalam diri kita. Walaupun secara fizikal, kita berpendapat kita boleh jayakannya...tetapi, sekiranya sekelumit hati kita digelapi dengan perasaan negatif, tiada siapa yang mampu selamatkan diri kita...hanya kita sahaja yang mampu mengubahnya.



Setiap hari, setiap manusia pasti akan melalui pengalaman hidup yang baharu dan berbeza setiap hari. Tiada seorang manusia pun yang akan terlepas dari melalui pengalaman hidup yang baharu. Oleh yang demikian, jika hari ini merupakan hari pertama anda untuk melakukan, membuat atau mencuba sesuatu yang baharu...sila lakukan dengan baik dan yakin bahawa anda pasti dapat melaluinya dengan jayanya.




Jika anda merasakan bahawa anda bersendirian semasa memulakan satu perjalanan yang panjang, jangan khuatir dan jangan risau kerana pasti anda akan menemui ramai rakan-rakan yang lain yang bersendirian seperti anda dalam menempuh perjalanan masing-masing. Pada ketika itu, anda boleh memulakan persahabatan dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Ini kerana hanya mereka yang bersendirian akan memahami keadaan orang lain yang bersendirian juga. Tidak mustahil bahawa anda akan menemui kawan sejati yang belum pernah anda jumpa sepanjang perjalanan itu nanti. Yakin la bahawa walaupun anda bersendirian, beranilah untuk memulakannya kerana setiap permulaan yang pahit, pasti akan ada manisnya di kemudian hari nanti.




Selagi anda hidup, walaupun tiada sesiapa pun di sebelah anda, ingat dan yakinlah bahawa Allah swt tetap ada dan tidak pernah meninggalkan umatnya keseorangan. Dia sentiasa memerhatikan kita dan akan memberikan pedoman agar kita tidak salah dalam membuat sebarang keputusan. Jadi, hargailah setiap moment yang akan kita lalui nanti dan pastinya akan memberikan kesan positif yang baik dalam kehidupan kita nanti.



Setiap perjalanan yang ditempuhi akhirnya pasti akan menemui garisan penamatnya. Tapi adalah ianya merupakan perjalanan yang terakhir kerana kita telah lelah mengharungi ranjau dan onak duri untuk tiba di penghujung jalan? Jawapan ada dalam diri sendiri. Apa yang penting, bukan kita berjaya hingga ke garisan penamat, tetapi perjalanan dan pengalaman yang ditempuhi yang akan membantu kita menghadapi hidup dan dunia ini dengan lebih baik. Pengalaman itu la yang lebih berhargai. Jadi, walau sesusah mana pun halangan dan cabaran yang perlu dilalui, bertabahlah kerana kesusahan itu merupakan komponen yang utama untuk menjadikan siapa kita di masa akan datang. 




Umur bukan satu ukuran untuk menjadi batu penghalang dalam mencapai impian dan cita-cita. Selagi nafas dan jantung masih berdegup dan berfungsi dengan baik serta dikurniakan fikiran yang waras dan fizikal yang kuat, walau setua mana pun...kita masih ada kudrat untuk mencapai impian dan cita-cita kita. Impian dan cita-cita hanya boleh direalisasikan oleh diri kita sendiri. Kita tidak boleh mewakilkan orang lain untuk mencapai apa yang kita inginkan. Kita tidak boleh mengupah orang lain untuk menempuh ujian dan dugaan bagi pihak kita kerana ianya tidak akan sama dan tidak akan memberikan kesan yang sama kepada diri kita. Pengalaman adalah sesuatu yang kita sendiri yang perlu dilalui. Jika kita tidak laluinya sendiri, ianya bukan dipanggil pengalaman. 



Journey Start...so, mulakan hari-hari anda dengan satu perjalanan hidup yang baharu. Timbalah seberapa banyak pengalaman yang menarik sepanjang hidup anda. Yang pastinya jika anda memahami makna sebenar pengalaman, anda tidak akan menolak untuk melalukan sesuatu yang lain dari rutin harian. Pengalaman menjadikan seseorang itu hidup...pengalaman menjadikan seseorang itu manusia dan pengalaman juga membolehkan seseorang itu menjadi lebih matang dan berfikiran luas dalam menempuh kehidupan yang sementara ini.

Let's start the journey...PhD here I come...please be nice to me...I will make this journey the best journey in my life...InsyaAllah...Aamiin...

Monday, 25 June 2018

F.A.M.I.L.Y = KELUARGA




Samad's Clan

Apa yang dimaksudkan dengan KELUARGA? Mengikut pada definisi KajianPusaka.Com, Keluarga merupakan satu kelompok manusia yang hidup bersama sebagai satu kesatuan atau unit masyarakat terkecil yang mempunyai hubungan darah melalui ikatan perkahwinan atau ikatan lainnya; dan tinggal bersama dalam satu rumah yang dipimpin oleh seorang Ketua Keluarga. 

Walaubagaimana pun, terdapat lain-lain definisi dari sumber-sumber yang berbeza, iaitu:

1. Keluarga adalah sekumpulan orang dengan ikatan perkawinan, kelahiran, dan adopsi yang bertujuan untuk menciptakan, mempertahankan budaya, dan meningkatkan perkembangan fisik, mental, emosional, serta sosial dari tiap anggota keluarga (Duvall dan Logan, 1986).

2. Keluarga adalah dua atau lebih individu yang hidup dalam satu rumah tangga karena adanya hubungan darah, perkawinan, atau adopsi. Mereka saling berinteraksi satu dengan yang lain, mempunyai peran masing-masing dan menciptakan serta mempertahankan suatu budaya (Bailon dan Maglaya,1978 ).

3. Keluarga merupakan unit terkecil dari masyarakat yang terdiri dari kepala keluarga dan beberapa orang yang berkumpul dan tinggal di suatu tempat di bawah satu atap dalam keadaan saling ketergantungan (Departemen Kesehatan RI, 1988). 

Untuk menjadikan sesebuah itu keluarga yang bahagia dan mendapat rahmat Allah swt, setiap ahli keluarga dalam keluarga tersebut perlu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan unit masyarakat kecil ini dapat hidup dalam keadaan harmoni, aman damai dan gembira. 

Apakah peranan utama yang perlu dipikul oleh setiap ahli keluarga tersebut? Sudah semestinya, Ketua Keluarga iaitu suami memainkan perlu memainkan peranan utama bagi memastikan masyarakat kecil di bawah pimpinannya berada dalam keadaan selamat dari segi fizikal dan mental, mempunyai ekonomi yang baik bagi meneruskan kelangsungan hidup ahli keluarganya, menyediakan tempat tinggal sebagai tempat berlindung hujan, panas dan mara-bahaya dari pihak luar, cukup makan dan minum serta boleh memberikan kasih sayang kepada semua ahli keluarganya.

Peranan isteri pula, adalah sebagai penolong / pembantu kepada Ketua Keluarga agar segala perancangan dapat dijalankan dengan baik. Sememangnya pada masa kini, suami isteri telah sama-sama keluar untuk mencari rezeki bagi menambahkan pendapatan keluarga...bagi memastikan keperluan setiap ahli keluarga dapat dipenuhi. Oleh yang demikian, sikap bertolak ansur dan bantu membantu dalam urusan kerja-kerja di rumah amatlah penting. Suami perlu memahami kekangan dan keadaan isteri dan membantu apa yang patut. Isteri pula perlu memastikan keperluan keluarga tidak terabai dan urusan anak-anak terurus dan terjaga. Apa yang paling utama, setinggi mana pun jawatan isteri di luar sana, di rumah...isteri masih perlu meletakkan rasa hormat yang tinggi kepada suaminya kerana suami merupakan Ketua Keluarga.    

Peranan anak-anak pula sudah semestinya mentaati ibu bapa, menolong urusan di rumah dan paling penting, rajin belajar untuk memastikan masa depan lebih cerah dan terjamin. Tanggungjawab utama seorang anak hanyalah study. Belajar untuk uruskan kerja-kerja rumah dan belajar untuk berjaya dalam bidang akademik. Anak-anak tidak dipertanggungjawabkan untuk keluar mencari rezeki. Ini kerana mereka belum layak untuk memikul tangggungjawab sebagai orang dewasa. Anak-anak ini perlu mendapat contoh atau role model yang baik dari ibu dan bapanya. Ini kerana contoh yang terhampir adalah ibu dan bapa. 

Mungkin secara terorinya, semua ini nampak mudah dan senang. Walaubagaimana pun, amat sukar untuk merealisasikannya. Practical is much harder than teory. Teori, kita hanya baca dan fahamkan sahaja. Tetapi praktikal, kita perlu implement kan apa yang telah dinyatakan menjadi realiti. Semestinya bukan mudah untuk menjadikan sesuatu itu realiti tanpa kerja yang kuat. 


Wednesday, 20 June 2018

Fate or Destiny



‘Fate’ usually refers to ‘a power or agency that predetermines and orders the course of events.’ Fate refers to events that are ordered, that are inevitable or unavoidable. It is what is going to happen. When one thinks of ‘fate,’ ‘The Fates’ are bound to come up. The Fates were three sisters in Greek Mythology that dispensed fate. They are usually represented as spinning tapestries depicting human lives. Every weave and knot represented events that dictated the human’s lives. Eventually, when it was time for the human to die, the thread was cut off.

'Destiny', on the other hand, is depicted as ‘finality of events.’ In fact, the term ‘destiny’ is quite similar to the term ‘destination.’ Destiny is essentially where one is supposed to end up, the end of things. It has a more general, open-ended and a more overview outlook, as compared to fate. Fate is narrower, in fact, it can be said that destiny is the end result, whereas fate is the way to get there.

It can be said that generally, ‘fate’ is used to refer to something with a negative significance, whereas, ‘destiny’ is more neutral. ‘Destiny’ is mainly used to refer to something with a more positive significance, for example: ‘He was destined for greatness.’ As compared to, ‘It is always his fate to be left behind.’

*******************************
'Nasib' biasanya merujuk kepada 'kuasa atau agensi yang menentukan dan memerintahkan untuk berlakunya sesebuah peristiwa.' Nasib merujuk kepada peristiwa-peristiwa yang ditetapkan dan diperintahkan, yang tidak dapat dielakkan. Itulah yang akan berlaku. Apabila seseorang berfikir tentang 'nasib,' 'The Fates' pasti akan muncul. The Fates adalah tiga adik perempuan dalam mitologi Yunani yang membagikan nasib. Mereka biasanya diwakili sebagai permaidani berputar yang menggambarkan kehidupan manusia. Setiap menenun dan simpul mewakili peristiwa yang menentukan kehidupan manusia. Akhirnya, ketika sudah waktunya manusia mati, benang itu terputus.

Di sebaliknya, Destiny digambarkan sebagai 'kesudahan untuk sesuatu peristiwa'. Sebenarnya, istilah 'takdir' agak sama dengan istilah 'destinasi'. Destiny pada dasarnya adalah di mana seseorang itu akhirnya akan berakhir. Ia mempunyai pandangan yang lebih umum, terbuka dan pandangan yang lebih menyeluruh berbanding dengan nasib. Nasib lebih sempit, sebenarnya, boleh dikatakan bahawa nasib merupakan hasil akhir, manakala nasib adalah cara untuk sampai ke sana.

Boleh dikatakan pada umumnya, 'nasib' digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang mempunyai maksud negatif, sedangkan 'takdir' lebih bersifat netral. 'Destiny' terutama digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang mempunyai signifikan yang lebih positif, contohnya: 'Dia ditakdirkan untuk kebesaran.' Sebagai perbandingan, 'Selalu nasibnya akan ditinggalkan.'


Allah swt ada mengatakan bahawa Nasib sesebuah kaum itu tidak akan berubah kecuali mereka mengubahnya sendiri. Jadi, sebagai seorang manusia, jangan la kita menangisi nasib kita selagi kita tidak berusaha untuk mengubahnya untuk menjadi lebih baik. Setiap sesuatu yang terjadi, pasti ada pilihan jalan yang boleh dipilih untuk menjadikan ianya lebih baik. Setiap pilihan yang dipilih itu adalah menetapan kepada peristiwa yang akan terjadi selepas pemilihan dilakukan. Sekiranya pilihan yang dibuat itu tepat dan betul, maka pengakhiran sebuah pilihan itu pastinya menghasilkan takdir yang baik. Walaubagaimana pun, jika pilihan yang telah dilakukan itu menjurus kepada peristiwa yang lebih memburukkan, maka jangan la tangisi pilihan yang telah dilakukan itu. Ini kerana kita perlu bertanggungjawab dengan setiap pilihan yang telah kita tentukan sendiri sama ada ianya akan jadi baik atau buruk. Yakinlah bahawa setiap pilihan itu telah ditetapkan oleh Allah swt kerana Dia-Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui apa yang akan terjadi di masa depan. 


Yakin dan yakin lah bahawa ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah swt adalah yang terbaik. Mungkin kita tidak nampak kebaikan untuk hari ini, tetapi kebaikan dan balasan itu akan terjadi di masa akan datang. Jadi, tenanglah wahai hati...terima dan redha lah dengan segala apa yang telah ditetapkan untuk kamu. Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Sang Pencipta-Nya tidak akan membebankan seseorang dengan ujian yang berat melainkan dia mampu untuk menanggungnya. 

Yakin la...yakin...bahawa Allah swt amat-amat menyayangi semua umat Muhammad dan Dia tidak akan menguji seseorang hambanya, jika bukan kerana Dia merinduinya. Untuk hambanya sentiasa ingat dan mengikut suruhan-Nya dan meninggalkan laranggan-Nya.



Bersihkan hati...putihkan jiwa...Yakinlah, bahawa setiap yang terjadi adalah ketetapan Allah swt dan pasti ada hikmah di sebalik apa jua dugaan dan ujian yang datang menimpa. Kembalilah kepada Sang Pencipta-mu, pasti akan menemui kedamaian yang abadi, tanpa ada perasaan gusar dan gundah...

Kehilangan Abadi...KEMATIAN...





Sebuah Kehilangan Abadi...melalui ayat ini telah sedia maklum, ianya melibatkan emosi, fikiran dan fizikal seseorang untuk menerima hakikat kepahitan dan kesakitan sebuah kehilangan yang abadi. Sebuah kehilangan yang abadi juga begitu sinonim dengan perkataan yang mudah dan ringkas serta memberikan makna yang jelas dan nyata...iaitu KEMATIAN. Sudah semesti perkara pertama yang  utama yang akan muncul dalam fikiran seseorang yang mendapat berita mengenai kematian adalah KENAPA? KENAPA? KENAPA? Kenapa ini terjadi? Kenapa dia pergi begitu cepat? Kenapa dia pergi tinggalkan ku? Kenapa Allah swt berikan ujian ini kepada ku? Kenapa berat sangat ujian yang diberikan? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Lantas, hanya air jernih yang mengalir keluar dari kelopak mata yang mampu untuk memberikan jawapan kenapa itu kepada diri sendiri. Hati, minda dan fizikal pada ketika itu dalam keadaan yang lemah dan tidak berdaya. Seolah-olah roh kita sama terbang ke angkasa untuk mengejar 'dia' yang telah pergi meninggalkan kita secara abadi. 

Perasaan kehilangan ini sangat memedihkan ibarat luka yang dititiskan dengan perahan limau nipis...dan sangat menyakitkan ibarat hati yang ditusuk belati tajam. Minda dah tidak mampu untuk mengawal hati yang sedang rawan...fizikal hanya akan mengikut keadaan hati yang sedang meratap pilu atas kehilangan. Yang hadir pada ketika itu hanyalah air mata yang tidak henti mengalir untuk menemani hati yang pilu dan rawan. Hanya air mata yang menjadi peneman setia. Walaupun air mata itu tidak mampu membantu, tetapi air mata itu lah yang akan menolong hati untuk kembali tenang, kembali damai dan kembali ceria untuk menempuh hari-hari mendatang. Jadi, mengalirlah engkau wahai air mata...sederas-derasnya...sebanyak banyaknya...agar damai yang hilang akan kembali semula. Menangis la...menangis la...dan menangis la..

  
Setiap permulaan mesti ada pengakhiran. Begitu juga dengan kehidupan yang pastinya akan diakhiri dengan kematian. Ibarat kata Laksamana Sunan...Hidup ini InsyaAllah, Mati itu Pasti (Ramlee AM, 2011). Tapi, sebagai manusia biasa, berapa ramaikah yang sudi menerima berita kematian itu dengan penuh tabah dan redha? Berapa ramaikah yang terima kehilangan abadi itu dengan penuh kesyukuran dan kerelaan? Manusia, tetap manusia...yang mempunyai hati dan perasaan. Sekental-kental jiwa yang tiada nilai kasih sayang, pasti akan merasakan kesedihan jika kehilangan insan yang paling disayangi. Sepertimana perasaan Thanos yang terpaksa mengorbankan insan yang tersayang - Gamora untuk mendapatkan Infinity Life Stone. Thanos juga bisa mengalirkan air mata di saat dia terpaksa mengorbankan Gamora. Betapa kentalnya hati seseorang, pasti akan diremukkan dengan sebuah kehilangan yang abadi untuk insan yang disayangi. Semua manusia akan melaluinya dan merasainya. Mungkin sekali..dua kali atau banyak kali selama mana dia masih hidup di atas muka bumi ini. Kehilangan abadi akan terus berlalu sehingga tiba dan saatnya untuk menjadi insan yang akan menempuh saat kehilangan abadi untuk dirinya sendiri.

Mak...abah...adik beradik...suami/isteri...kekasih hati...setiap satunya pasti akan pergi meninggalkan kita suatu hari nanti. Tiada satu pun yang akan kekal berada di sisi kita. Bila sampai saat itu, adakah kita bersedia untuk hadapinya? Atau persoalan kenapa akan menghujani minda kita dan kita hanya mampu menangis untuk menghadapi sebuah kehilangan yang abadi. Akan berjumpakah kita nanti di alam akhirat? Boleh ke berkumpul semula nanti di alam sana? Masih kenal ke kita dengan mak, abah, adik beradik, suami/isteri atau kekasih hati? Tiada jawapan yang pasti mengenai persoalan itu kerana ianya adalah rahsia Sang Pencipta. Kita sebagai hambanya hanya mampu menerima dan bersedia dengan apa jua yang akan terjadi.


Betullah apa yang dikata...semua manusia akan meninggalkan kita, kecuali yang kekal dengan kita hingga ke akhir hayat hanya lah Allah swt ~ Sang Pencipta, Maha Agung dan Maha Besar. kasih sayang sesama manusia akan hilang dan tidak kekal. Tetapi kasih sayang Allah swt adalah yang teragung dan kekal abadi. Untuk mendapatkan cinta manusia, sayangilah diri sendiri dahulu. Tetapi sebelum itu, carilah kasih sayang dan keredhaan Allah swt. Jika kamu telah ketemu kasih sayang Allah swt, nescaya kamu tidak akan mencari kasih sayang yang lain lagi kerana kasih sayang Allah swt adalah kasing sayang yang Maha Agung dan Abadi.

Awan Hitam

Awan Hitam Bosan... Bila nak balik nie... Penat melayan kerenah manusia... Topeng berlapis-lapis Sampai lupa wajah sebenar yang mana Benci.....