Tuesday, 26 June 2018

1st Step for the New Journey




27 Jun 2018 merupakan langkah pertama yang telah diambil untuk memulakan satu lagi perjalanan yang panjang dan mencabar dari segi fizikal dan mental. Kenapa keputusan ini dibuat? Kerana inginkan sesuatu yang boleh memberikan kepuasan terakhir dalam mengejar impian dan cita-cita. 

Walaupun keputusan telah dibuat dan sesi temuduga telah dijalankan...kenapa hati ini masih berbelah bahagi? Kenapa agaknya iya? Adakah diri sendiri tidak yakin dengan kemampuan diri? Ada apa-apa halangan ke yang perlu ditempuhi. Biarlah perasaan ini sebegini...insyaAllah, bila sampai masa dan ketikanya...semua akan lebih sedar n bersedia untuk menerima apa yang telah ditakdirkan.

Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana...Allah tidak akan membebankan seseorang hambanya tanpa mengetahui tahap kemampuan individu itu sendiri. 

Apa-apa pun...just perlu tunggu keputusan yang akan diperolehi nanti...positif or negatif, kita terima sahaja. Kalau positif, maka...memang itu hala tuju yang telah ditetapkan. Jika negatif, pun tak de masalah coz Allah swt tahu mana yang terbaik untuk masa sekarang.





Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita yang tersendiri. Jika hendak jadikan impian dan cita-cita itu tercapai dan menjadi kenyataan, seseorang itu mestilah fokus dan memberikan komitmen yang baik terhadap keputusan yang telah dibuat. Setiap keputusan yang telah diambil perlu disusuli dengan tindakan. Tanpa tindakan segala yang diimpikan dan diangan-angankan tidak akan tercapai. Di samping itu, keyakinan juga merupakan komponen yang penting dalam setiap tindakan yang akan kita lakukan. Jika diri kita dan hati kita diselubungi dengan perasaan syak wasangka, tidak yakin, was-was, takut untuk melakukannya, impian dan cita-cita kita pasti tidak akan dapat dicapai. Sebab itu ada pepatah mengatakan musuh yang paling digeruni dan ditakuti adalah diri kita sendiri. Perasaan-perasaan negatif itu hanya wujud dalam diri kita. Walaupun secara fizikal, kita berpendapat kita boleh jayakannya...tetapi, sekiranya sekelumit hati kita digelapi dengan perasaan negatif, tiada siapa yang mampu selamatkan diri kita...hanya kita sahaja yang mampu mengubahnya.



Setiap hari, setiap manusia pasti akan melalui pengalaman hidup yang baharu dan berbeza setiap hari. Tiada seorang manusia pun yang akan terlepas dari melalui pengalaman hidup yang baharu. Oleh yang demikian, jika hari ini merupakan hari pertama anda untuk melakukan, membuat atau mencuba sesuatu yang baharu...sila lakukan dengan baik dan yakin bahawa anda pasti dapat melaluinya dengan jayanya.




Jika anda merasakan bahawa anda bersendirian semasa memulakan satu perjalanan yang panjang, jangan khuatir dan jangan risau kerana pasti anda akan menemui ramai rakan-rakan yang lain yang bersendirian seperti anda dalam menempuh perjalanan masing-masing. Pada ketika itu, anda boleh memulakan persahabatan dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Ini kerana hanya mereka yang bersendirian akan memahami keadaan orang lain yang bersendirian juga. Tidak mustahil bahawa anda akan menemui kawan sejati yang belum pernah anda jumpa sepanjang perjalanan itu nanti. Yakin la bahawa walaupun anda bersendirian, beranilah untuk memulakannya kerana setiap permulaan yang pahit, pasti akan ada manisnya di kemudian hari nanti.




Selagi anda hidup, walaupun tiada sesiapa pun di sebelah anda, ingat dan yakinlah bahawa Allah swt tetap ada dan tidak pernah meninggalkan umatnya keseorangan. Dia sentiasa memerhatikan kita dan akan memberikan pedoman agar kita tidak salah dalam membuat sebarang keputusan. Jadi, hargailah setiap moment yang akan kita lalui nanti dan pastinya akan memberikan kesan positif yang baik dalam kehidupan kita nanti.



Setiap perjalanan yang ditempuhi akhirnya pasti akan menemui garisan penamatnya. Tapi adalah ianya merupakan perjalanan yang terakhir kerana kita telah lelah mengharungi ranjau dan onak duri untuk tiba di penghujung jalan? Jawapan ada dalam diri sendiri. Apa yang penting, bukan kita berjaya hingga ke garisan penamat, tetapi perjalanan dan pengalaman yang ditempuhi yang akan membantu kita menghadapi hidup dan dunia ini dengan lebih baik. Pengalaman itu la yang lebih berhargai. Jadi, walau sesusah mana pun halangan dan cabaran yang perlu dilalui, bertabahlah kerana kesusahan itu merupakan komponen yang utama untuk menjadikan siapa kita di masa akan datang. 




Umur bukan satu ukuran untuk menjadi batu penghalang dalam mencapai impian dan cita-cita. Selagi nafas dan jantung masih berdegup dan berfungsi dengan baik serta dikurniakan fikiran yang waras dan fizikal yang kuat, walau setua mana pun...kita masih ada kudrat untuk mencapai impian dan cita-cita kita. Impian dan cita-cita hanya boleh direalisasikan oleh diri kita sendiri. Kita tidak boleh mewakilkan orang lain untuk mencapai apa yang kita inginkan. Kita tidak boleh mengupah orang lain untuk menempuh ujian dan dugaan bagi pihak kita kerana ianya tidak akan sama dan tidak akan memberikan kesan yang sama kepada diri kita. Pengalaman adalah sesuatu yang kita sendiri yang perlu dilalui. Jika kita tidak laluinya sendiri, ianya bukan dipanggil pengalaman. 



Journey Start...so, mulakan hari-hari anda dengan satu perjalanan hidup yang baharu. Timbalah seberapa banyak pengalaman yang menarik sepanjang hidup anda. Yang pastinya jika anda memahami makna sebenar pengalaman, anda tidak akan menolak untuk melalukan sesuatu yang lain dari rutin harian. Pengalaman menjadikan seseorang itu hidup...pengalaman menjadikan seseorang itu manusia dan pengalaman juga membolehkan seseorang itu menjadi lebih matang dan berfikiran luas dalam menempuh kehidupan yang sementara ini.

Let's start the journey...PhD here I come...please be nice to me...I will make this journey the best journey in my life...InsyaAllah...Aamiin...

No comments:

Post a Comment

Awan Hitam

Awan Hitam Bosan... Bila nak balik nie... Penat melayan kerenah manusia... Topeng berlapis-lapis Sampai lupa wajah sebenar yang mana Benci.....