Monday, 25 June 2018

F.A.M.I.L.Y = KELUARGA




Samad's Clan

Apa yang dimaksudkan dengan KELUARGA? Mengikut pada definisi KajianPusaka.Com, Keluarga merupakan satu kelompok manusia yang hidup bersama sebagai satu kesatuan atau unit masyarakat terkecil yang mempunyai hubungan darah melalui ikatan perkahwinan atau ikatan lainnya; dan tinggal bersama dalam satu rumah yang dipimpin oleh seorang Ketua Keluarga. 

Walaubagaimana pun, terdapat lain-lain definisi dari sumber-sumber yang berbeza, iaitu:

1. Keluarga adalah sekumpulan orang dengan ikatan perkawinan, kelahiran, dan adopsi yang bertujuan untuk menciptakan, mempertahankan budaya, dan meningkatkan perkembangan fisik, mental, emosional, serta sosial dari tiap anggota keluarga (Duvall dan Logan, 1986).

2. Keluarga adalah dua atau lebih individu yang hidup dalam satu rumah tangga karena adanya hubungan darah, perkawinan, atau adopsi. Mereka saling berinteraksi satu dengan yang lain, mempunyai peran masing-masing dan menciptakan serta mempertahankan suatu budaya (Bailon dan Maglaya,1978 ).

3. Keluarga merupakan unit terkecil dari masyarakat yang terdiri dari kepala keluarga dan beberapa orang yang berkumpul dan tinggal di suatu tempat di bawah satu atap dalam keadaan saling ketergantungan (Departemen Kesehatan RI, 1988). 

Untuk menjadikan sesebuah itu keluarga yang bahagia dan mendapat rahmat Allah swt, setiap ahli keluarga dalam keluarga tersebut perlu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan unit masyarakat kecil ini dapat hidup dalam keadaan harmoni, aman damai dan gembira. 

Apakah peranan utama yang perlu dipikul oleh setiap ahli keluarga tersebut? Sudah semestinya, Ketua Keluarga iaitu suami memainkan perlu memainkan peranan utama bagi memastikan masyarakat kecil di bawah pimpinannya berada dalam keadaan selamat dari segi fizikal dan mental, mempunyai ekonomi yang baik bagi meneruskan kelangsungan hidup ahli keluarganya, menyediakan tempat tinggal sebagai tempat berlindung hujan, panas dan mara-bahaya dari pihak luar, cukup makan dan minum serta boleh memberikan kasih sayang kepada semua ahli keluarganya.

Peranan isteri pula, adalah sebagai penolong / pembantu kepada Ketua Keluarga agar segala perancangan dapat dijalankan dengan baik. Sememangnya pada masa kini, suami isteri telah sama-sama keluar untuk mencari rezeki bagi menambahkan pendapatan keluarga...bagi memastikan keperluan setiap ahli keluarga dapat dipenuhi. Oleh yang demikian, sikap bertolak ansur dan bantu membantu dalam urusan kerja-kerja di rumah amatlah penting. Suami perlu memahami kekangan dan keadaan isteri dan membantu apa yang patut. Isteri pula perlu memastikan keperluan keluarga tidak terabai dan urusan anak-anak terurus dan terjaga. Apa yang paling utama, setinggi mana pun jawatan isteri di luar sana, di rumah...isteri masih perlu meletakkan rasa hormat yang tinggi kepada suaminya kerana suami merupakan Ketua Keluarga.    

Peranan anak-anak pula sudah semestinya mentaati ibu bapa, menolong urusan di rumah dan paling penting, rajin belajar untuk memastikan masa depan lebih cerah dan terjamin. Tanggungjawab utama seorang anak hanyalah study. Belajar untuk uruskan kerja-kerja rumah dan belajar untuk berjaya dalam bidang akademik. Anak-anak tidak dipertanggungjawabkan untuk keluar mencari rezeki. Ini kerana mereka belum layak untuk memikul tangggungjawab sebagai orang dewasa. Anak-anak ini perlu mendapat contoh atau role model yang baik dari ibu dan bapanya. Ini kerana contoh yang terhampir adalah ibu dan bapa. 

Mungkin secara terorinya, semua ini nampak mudah dan senang. Walaubagaimana pun, amat sukar untuk merealisasikannya. Practical is much harder than teory. Teori, kita hanya baca dan fahamkan sahaja. Tetapi praktikal, kita perlu implement kan apa yang telah dinyatakan menjadi realiti. Semestinya bukan mudah untuk menjadikan sesuatu itu realiti tanpa kerja yang kuat. 


No comments:

Post a Comment

Awan Hitam

Awan Hitam Bosan... Bila nak balik nie... Penat melayan kerenah manusia... Topeng berlapis-lapis Sampai lupa wajah sebenar yang mana Benci.....