Saturday, 16 May 2020

Kisah 2: Omaigot...I don't want to go there anymore...





Aku percaya semua orang pernah mengalami insiden yang menakutkan sepanjang hidup dia walaupun sekali. Terutamanya jika pergi ke tempat-tempat baharu yang jauh di pendalaman dan sememangnya 'keras' tempatnya. Kadang-kala, pengalaman yang sebegini la yang akan mengajar kita bahawa apa yang dinyatakan dalam al-quran itu benar kerana selain daripada manusia, sememangnya wujud makhluk lain yang telah dijadikan oleh Allah swt di atas muka bumi ini. Cuma ianya telah dihadang dengan satu hijab yang tidak boleh dilihat oleh manusia dengan mata kasarnya. Ianya boleh dilihat sekiranya hijab pandangannya terbuka dan boleh merasai kehadirannya... 


Kisah ini berlaku sekitar tahun 2009. Semua staf yang baharu dilantik ke jawatan tetap perlu hadiri Kursus Induksi di Pusat Latihan Kg. Gajah, Perak. Tujuan wajib hadir kursus ini adalah untuk memenuhi salah satu syarat pengesahan ke dalam perkhidmatan. Jadi aku pun termasuk dalam senarai untuk hadir ke kursus tersebut. Bila aku terima surat jemputan itu aku terima dengan hati terbuka walaupun tertulis di surat tersebut tempoh berkursus adalah selama 16 hari. Sebabnya aku sukakan adventure...suka kepada benda-benda baharu. Al-maklumlah, muda belia lagi...so, semua pun nak try dan menarik bagi aku.  

Kami semua bertolak waktu bagi jam 7.00. Pihak pengurusan telah menyediakan pengangkutan sebanyak 3 buah bas untuk semua peserta kursus ini. Perjalanan yang memakan masa 3 jam berjalan lancar. Aku lebih suka melihat pandangan di luar daripada tidur. Bagi aku, itu sahaja peluang yang ada untuk melihat keindahan suasana kampung. Al-maklumlah, aku nie tak de kampung...lahir dan membesar di bandar. Jadi, aku tak pernah merasa mandi sungai...main lari-lari di bendang...pancing ikan di tali air. Semua pengalaman tue aku tak pernah lalui. Jadi, bila ada peluang yang sebegini, aku jadi excited. Aku nak rasa semua, selagi boleh.

Setiba di pusat latihan, semua peserta perlu mendaftar kehadiran di kaunter pendaftaran. Semua peserta telah dibahagikan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Jadi, semua telah berkumpul mengikut kumpulan masing-masing semasa pendaftaran. Time nie la nak kenal semua peserta yang datang dari beza department dan unit. Kalo tak sebelum nie tak pernah tahu dan kenal pun. Jadi, kursus ini juga merupakan salah satu cara pihak pengurusan lakukan untuk merapatkan hubungan silatulrahim sesama staf di bawah satu bumbung. 

Bila ikuti kursus nie, masa untuk sepanjang hari sangat pack. Jadual memang penuh. Masa terluang yang ada hanyalah semasa waktu makan dan solat. Selebihnya memang fulltime duduk dalam kelas dan dengar sesi taklimat oleh pihak pengurusan. Di samping itu ada juga aktiviti LDK. Tujuannya adalah untuk memastikan semua peserta participate tanpa ada pengecualian. Kalo dengar taklimat je, leh tepu gak otak. Jadual kursus bermula jam 8 pagi sehingga jam 10 malam. Sebab tue kalo kursus dalam tempoh yang panjang sebegini mesti diselang-seli dengan aktiviti yang perlu dilakukan oleh peserta secara berkumpulan. Pada waktu petang pula, tentunya ada aktiviti riadah untuk mereggangkan sendi otot yang asyik dok dalam kelas je. Jadi boleh keluarkan peluh sedikit selepas lama sangat dok kat tempat beraircon. Jadi, itu la rutin kami peserta induksi untuk tempoh 16 hari di Pusat Latihan Kampung Gajah. Opsss...lupa plak nak bagi tahu perkara penting...kebiasaanya, jika mengikuti kursus yang sebegini, part yang paling menyeronokkan adalah waktu makan. Sebab apa? Sebab sepanjang kursus ini semua peserta akan diberikan makan sebanyak 6x dalam sehari - Sarapan Pagi | Minum Pagi | Makan Tengahari | Minum Petang | Makan Malam | Makan Lewat Malam. Pihak pengurusan sememangnya telah menjaga semua peserta dengan baik. Ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk berat badan peserta boleh bertambah selepas abis kursus ini. Hahaha... Jadi kalo xnak naik berat lepas abis kursus kena pandai2 kawal pemakanan sendiri. Hihihi...

Kebiasaannya, sehari sebelum hari tamat kursus, semua peserta perlu membuat persembahan pada Majlis Malam Gala. Persembahan yang perlu dilakukan adalah persembahan berkumpulan. Jadinya, sehari sebelum hari terakhir, pihak pengurusan memberikan waktu bertenang yang panjang bagi memberi peluang kepada semua peserta untuk practice persembahan yang akan dipersembahkan pada Majlis Malam Gala.

Selepas pengumuman persembahan secara berkumpulan oleh Fasilitator Kursus, tiba-tiba Urus setia Pusat Latihan tersebut muncul dan memberikan maklumat tambahan. Maklumat tambahan yang diberikan adalah beliau melarang persembahan atau nyanyian yang berbentuk pemujaan; contohnya seperti ulik mayang atau nyanyian yang mempunyai muzik yang keterlaluan. Urus setia itu juga mengingatkan bahawa semua peserta perlu balik ke bilik masing-masing paling lewat jam 10 malam dan perlu tidur sebelum jam 11 malam. Pada masa itu, kami semua setuju je ikut apa jua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Urus setia. Al-maklumlah, kami datang tempat orang dan kena ikut cara yang ditetapkan oleh tuan rumah.   

Sesi latihan persembahan berkumpulan berjalan lancar. Kumpulan kami buat sketsa pendek dan nyanyi lagu patriotik je. Simple dan ringkas. Tak de la boombastik sangat persembahan kumpulan kami. Janji penuhi permintaan untuk mengadakan persembahan secara berkumpulan. 

Wow...rasanya macam panjang sangat mukadimah dan latarbelakang kisah kali nie. Maaf la iya...sebab sambil-sambil tue tengah dok fikir macam mane nak masukkan the main point of this story. Sebab tue merepek panjang-panjang untuk mukadimah dan latarbelakang horror story nie. 

So, next masuk scene selepas tamat Majlis Malam Gala. Sebelum Pengacara Majlis membuat ucapan penutup, Pengacara Majlis memaklumkan bahawa esok merupakan hari terakhir semua peserta di pusat latihan tersebut. Selain itu, esok juga akan diadakan peperiksaan bertulis kepada semua peserta untuk menguji kefahaman para peserta selepas tamat kursus selama 16 hari. Para peserta perlu lulus peperiksaan tersebut bagi melayakkan peserta memperolehi sijil penyertaan menghadiri kursus induksi. Apabila semua peserta mendengar amanat tersebut, masing-masing mengeluh. Sebab macam mana mereka hendak menjawab soalan sebab tidak sempat study. Aku juga salah seorang yang terasa tertekan dan berfikir sempat ke nak study malam nie?


Selepas semua bersurai dan balik ke bilik masing-masing, pada masa itu jam telah menunjukkan jam 10.15 malam. Aku dan kawan ku jalan laju-laju nak balik bilik. Bilik kami berdua berada di tingkat 3 - No. 301. Bangunan nie ada 3 tingkat je. Maknanya level bilik kami adalah yang paling atas. Selain itu, bilik kami ini attach bathroom dengan bilik 302. Jadi maksudnya, 2 bilik yang berbeza, tapi share 1 bathroom yang sama. Jadi kalo nak mandi, kena tunggu turn dan bergilir-gilir antara 4 orang. Malam tue aku yang sampai bilik dulu, so, aku cepat-cepat mandi. Sebab roommate aku tue nak rehat dulu untuk tunggu peluh kering baharu nak mandi. Bilik 302 nampaknya belum balik lagi. Maybe diorang chit-chat lagi di dewan dengan kawan-kawan lain. Al-maklumlah, malam terakhir sebelum balik ke rumah masing-masing. 

Usai mandi dan solat, jam dah menunjukkan pukul 10.35 malam. Aku baring-baring atas katil sambil belek-belek nota yang dah aku buat sepanjang kursus. Untuk refresh semula apa yang telah aku pelajari selama 15 hari berkursus. Al-maklumlah, esok nak exam nie. Pengsan la aku kalo tak lulus. Nanti tak pasal-pasal kena mengulang kursus induksi lagi. Kawan aku tue bila dia tengok aku dah bukak buku, dia baru bangun nak gi mandi. Katil dia bersebelahan dengan tingkap. Pandangan tingkap bilik aku mengadap padang bola; tempat kami beriadah waktu petang. 

Sambil-sambil membaca dan menghafal dan kadang-kadang terlelap. Mane tak penat, satu hari suntuk aktiviti full. Mestilah bila dah malam energy dah berkurang banyak. Bateri badan aku tinggal 20% je kot malam tue. Tapi aku gagahkan jugak la untuk mentelaah nota-nota yang ada. Sambil pejam mata...sambil menghafal...mulut terkumat-kamit hafal fakta-fakta penting. Sampaikan kawan aku tue tegur la...dah-dah la tue...kalo ngantuk tido je. Masa tue terkejut aku, bukak balik mata...tengok dia pun dah landing atas katil sambil pegang buku...Hahaha...

Jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Nampaknye baru setengah jam masa berlalu. Tapi sebab aku dapat terlelap sekejap tadi, so, tetiba mata macam segar dah. So, aku pun meniarap atas katil tue dan buat latihan sedikit. Aku tengok kawan aku tue dah tertido dan muka tertutup dengan buku yang dibacanya. 

Bila dah malam nie, terasa sunyi sangat. Sampaikan bunyi air menitik dalam bilik air pun kuat bunyinya. Bunyi detikan jarum jam tangan aku pun aku boleh dengar. Punyelah sunyi betul malam tue. Tapi lagi sunyi, lagi mudah nak menghafal sebab tiada gangguan. Aku pun fokus meneruskan pembacaan aku. Pada masa ini la sesuatu yang diluar jangka berlaku...

Detikan jarum jam dan bunyi air menitik kadang-kala menggangu konsentrasi aku. Tapi aku bolayan...cuma fokus betul-betul dengan membaca nota-nota aku. Tiba-tiba bilik yang sejuk menjadi panas plak. Pada mulanya aku berselimut, tapi aku terpaksa buang selimut sebab rasa panas. Pada mulanya aku buat tak tahu je la...abaikan...masih fokus lagi. Kemudian, selain bunyik detikan jam dan bunyi air menitik, aku terdengar bunyi suis aircon dibuka (ON) dan aircon berfungsi dan bilik menjadi sejuk semula. Hati ku dah berdebar-debar. Sape plak yang tutup aircon tadi dan sape plak yang bukak aircon semula? Fokus aku untuk study dah tergugat dengan insiden yang tidak dijangkakan tue. 

Time tue aku cepat-cepat tutup buku dan baring berselimut. Untuk makluman, kami tido tak tutup lampu iya. Bilik terang benderang. Bila aku dah berselubung dengan selimut, tiba-tiba suis aircon makin kerap dimainkan. On..Off...On..Off...Tik...Tap...Tik...Tap...dan tiada bunyik bunyik air menitik dalam bilik air...dah tiada bunyik detikan jarum jam...hanya yang aku dengar pada ketika itu hanyalah bunyik suis aircon dimainkan berulang kali. Suhu bilik tue sejuk...panas...sejuk...panas...

Aku cuba untuk lelapkan mata ku...tapi tak boleh. Mata aku degil tak nak tido plak. Aku tengok jam tangan aku, masa tue jam menunjukkan pukul 11.04 malam. Tiba-tiba aku terdengar bunyi orang bertukang di atas. What? sape yang bertukang tengah-tengah malam nie? Lagipun nie level 3...atas nie ada bumbung je...so, sape yang dok ketuk-ketuk kat atas tue. Aku makin tak keruan time tue...rasa nak kejutkan kawan sebelah...tapi aku nak pusing ke kiri pun tak berani. Badan dah gigil-gigil. Bilik memang terasa sejuk gilerrr...Time nie la tetiba terniang-niang kata-kata Urus setia pusat latihan nie...pukul 11 malam semua dah kena tido dh. Jangan nak borak-borak dan gelak-gelak sampai larut malam. Tapi Urus setia tue tak de bagi tahu reason sebab apa dan kami masa tue tak ambil pot pun dengan kata-kata yang disampaikan. 

Gangguan masih berterusan...lepas abis bertukang, tiba-tiba terdengar bunyi dinding sebelah tingkap dekat katil kawan aku tido bunyi macam orang smash bola tennis pada dinding. Dumm...dumm...dumm...kuat gilerrrr...rasa macam bergegar bilik. Aku dah start nak nangis dah time tue...Bunyi tue berterusan sampai 1 jam lebih... Bunyi smash tue kadang-kala laju... dummm... dummm... dummm.... dan kadang-kala dumm..................... dumm.................... dumm.................. Aku pelik, kawan aku yang tido betul-betul sebelah tingkap tue tak dengar ke bunyi kuat macam tue. Aku rasa macam nak pecah dinding tue kena smash dengan bola bertubi-tubi. 

Aku dah ngantuk sangat...tapi mata aku tak boleh nak lelap. Aku rasa sangat-sangat terganggu dengan bunyi tue. Ayat kursi entah berapa banyak kali aku ulang pun aku tak tahu. Sampai mulut dah kebas la baca ayat kursi berulang-ulang kali. Huhuhu...hanya tue je yang mampu aku lakukan ketika itu. 

Tiba-tiba...bunyi smash bola dah makin perlahan-perlahan tetapi kerap. Entah kenapa time tue aku boleh terfikir petua orang lama-lama...Kalo kita dengar suara / apa-apa bunyi tue kuat, menandakan 'benda' tue berada jauh lagi. Tapi, kalo kita dengar suara / apa-apa bunyi tue makin perlahan, itu menandakan bahawa 'benda' tue telah dekat dengan kita. Nak tahu tak sebab apa aku terfikirkan petua tue...sebabnya...tiba-tiba aku terdengar suara mendengus yang kuat. Bunyi macam lembu jantan yang menghembus nafas dengan kuat. Aku terdengar bunyi tue hampir betul dengan aku yang tengah berselubung dengan selimut. Terasa sejuk sangat sampai ke tulang hitam. Pastue aku terdengar suara lelaki berkeruh yang kuat dari arah katil kawan aku tue. Aku pelik, tak kan la kawan aku tido berdengkur kuat macam tue. Sebab tadi tak de dengar pun kawan aku berkeruh macam tue sekali. Serentak ngan itu gak...tiba-tiba, suis aircon dimain-mainkan semula...dan kali ini diselang seli ngan gegaran katil tempat kawan aku tido. Terasa bunyi katil kawan aku bergegar dan ditarik sampai bunyik krikkk...krikkk...

Fikiran aku dah tak mampu berfikir dengan waras...aku takut 'benda' tue kan apa-apa kan kawan aku...so, aku kuatkan semangat...dan pusing badan aku ke kanan...aku selak pelan-pelan selimut yang menutupi aku...aku takut sangat kalo aku ternampak 'benda' yang tak sepatutnya aku nampak. Aku bukak mata aku slow-slow...intai disebalik selimut....

Aku tengok kawan aku tido ngan aman je...macam tak de apa-apa yang ganggu dia tido. Aku kuatkan semangat dan bangun dari katil...aku kejutkan kawan aku...

"Kak Ros...Kak Ros...bangun la Kak Ros..." time nie air mata dah menitik keluar dah...

"Hmmm...nape nie...tak boleh tido ke?" Kak Ros tanye sambil mata dia terbuka skit...

Aku hanya mampu anggukkan kepala je...

"Hmmm...tak pe...tak pe...jom tdo kat bawah sama-sama...tak de apa-apa..." jawab Kak Ros sambil tangan dia ambil bantal dan tido kat bawah. Aku pun ambil bantal aku dan tido bawah sebelah dia. Aku tido mengadap Kak Ros...

Lepas Kak Ros bangun, macam semua bunyi-bunyi tue dah hilang...suhu bilik macam dah balik ke asal...tak panas sangat dan tak sejuk sangat...Tapi aku masih takut lagi nak lelapkan mata. Jam masa tue kul 2.04 pagi... Aku tak sedar bila masa aku dah terlelap...Aku sedar bila jam handphone berbunyi jam 5.30 pagi. 

Pagi tue Kak Ros tanya aku bile aku dah siap mandi dan solat. "Malam tadi kenapa? Ada apa-apa yang jadi ke malam tadi?" 

Aku hanya cakap aku kena kacau malam tadi. Aku tak cerita panjang lebar pun sebab aku takut 'benda' tue dengar aku mengata pasal dia. Huhuhu...

Jam dah menunjukkan jam 7.15 pagi. Kami berdua keluar bilik menuju ke dewan makan. Exam start jam 9.00 pagi, so ada masa lagi kalo nak baca apa-apa untuk kali terakhir. 

Masa aku dan Kak Ros masuk dewan exam...dah ada 2-3 kumpulan dah lepak-lepak dalam tue. Tiba-tiba ada persoalan dari dorang..."eh, korang, malam tadi korang boleh tido ke?" persoalan tue diajukan kepada kami berdua. Kak Ros bagi tahu aku tak leh tido...kena kacau. Masa tue terus terbukak cerita. Rupanya bukan aku sorang je yang kena, geng bilik Tingkat 2 pun kena. Diorang siap baca Yassin dalam bilik malam tue. Diorang pun dengar bunyi orang smash bola kat dinding dan macam-macam gangguan lagi. 

Pastue bile team lelaki masuk...mereka punya cerita lagi seram...team budak-budak lelaki duduk kat rumah banglow. Satu rumah boleh muat 10 peserta. Peserta lelaki dok kat banglow sebab jumlah peserta lelaki tidak seramai peserta perempuan. Jadinya peserta lelaki dok kat 5 banglow yang berasingan. 

Kawan opis aku yang lelaki bagi tahu mereka telah diganggu oleh cik ponti malam tue selepas abis majlis. Al-kisahnya, kawan aku nie dia balik banglow berseorangan kerana yang lain-lain masih belum selesai berborak. Jadi, bila dia balik tue...terus dia on TV dan dia nak gi mandi. Masa dia keluar dari bilik, tetiba dia terpandang ada lembaga berjubah putih dan rambut panjang tengah dok bertenggek atas TV. Rambut yang panjang tue menutupi muka lembaga tue. Kawan aku nie tak cepat melatah...dia pun konon-konon buat tak nampak...dan gerak pelan-pelan ke pintu. Pastue...apa lagi dia lari pecut ke banglow sebelah. Masa dia lari tue...dia terdengar hilaian cik ponti yang sungguh menyeramkan...

Habis kisah seram di Pusat Latihan Kg. Gajah....Kami semua telah mengambil exam pagi tue bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari iaitu selama 3 jam untuk 80 soalan objektif dan 3 soalan esei pilihan. Soalan esei perlu jawab 2 soalan sahaja. 

Selepas tamat exam, semua peserta perlu kemas barang-barang dan turun ke dewan makan untuk makan tengahari. Kami bertolak pulang selepas selesai solat zohor. Kisah aku dan rakan-rakan lain yang diganggu menjadi perbualan sepanjang perjalanan balik dalam bas. Time tue baharu la tahu bahawa tempat tue sememangnya 'keras'. Dah banyak kejadian-kejadian gangguan yang dialami oleh para peserta. Batch sebelum kami kena ganggu lagi teruk sampai kena histeria. Puncanya adalah mereka buat persembahan ulik mayang pada Majlis Malam Gala. Kebetulan pelakon utama tue tengah ABC, so, memang benda-benda halus nie suka la...sebab tue Urus setia pusat latihan bagi peringatan tiada persembahan pemujaan pada Majlis Malam Gala untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berulang lagi. 

Jadi, azam aku adalah macam mana pun aku kena lulus exam tue. Wajib lulus... sebab aku tak nak datang lagi kat tempat nie untuk mengulang semula untuk tempoh 16 hari lagi. Aku doa dan doa...supaya aku lulus. Walaupun tak cemerlang, yang penting LULUS.

Selepas 3 bulan berlalu, keputusan dikeluarkan...dan Alhamdulillah aku Lulus dengan Cemerlang. Syukur sangat-sangat. Rasa berbaloi dengan dugaan gangguan yang aku alami pada malam terakhir di Pusat Latihan Kg. Gajah. 

************************************

Selepas 11 tahun berlalu...aku memang dah tak pernah jejakkan kaki kat Pusat Latihan Kg. Gajah lagi. Aku seboleh-bolehnya akan cuba elakkan untuk pergi kursus di Pusat Latihan Kg. Gajah. Selama 11 tahun nie aku berjaya elak dari pergi ke sana. 

Tapi pada 15 Februari 2020, aku telah terima sepucuk surat dari pihak pengurusan...Tahniah anda telah dinaikkan pangkat dan penempatan baharu anda adalah di Pusat Latihan Kg. Gajah, Perak. Anda dikehendaki melapor diri pada 1 Mac 2020. 

What?! Omaigot...I don't want to go there...I don't want...


The end.


*************************************


Published di Group FB : Fiksyen Shasha Group pada 17 Mei 2020

  
Published di Group FB : Kelab Cerita Hantu Malaysia pada 17 Mei 2020


Selamat Hari Guru 2020


SELAMAT HARI GURU
16 MEI 2020



SELAMAT HARI GURU... kak long Linda Samad n mak andak Jubaidah Johari n cikgu Suria Aida Ab Malek...

To all teachers and lecturers out there..love you and thank you for everything...

'BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU'

Sunday, 10 May 2020

MCO ke-52: Happy Mother's Day (Mak)




SELAMAT HARI IBU
10 MEI 2020


Kasihnya Ibu - Artist Datuk Sharifah Aini

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban nyawa
Tanda kasihnya
Berkorban raga
Rela binasa

Berkorban nyawa
Tanda kasihnya
Berkorban raga
Rela binasa

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biarlah jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asalkan bahagia

Biarlah jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asalkan bahagia

Saturday, 9 May 2020

Kisah 1: Antara Bubur Durian dan Bunian




Bunian ke?

Tahun 2008 aku telah berhijrah ke negeri pantai timur. Untuk makluman, tue la 1st time jejak kan kaki di negeri Kelantan Darul Naim. Sebelum aku terima jawatan tue, Boss2 kt tempat lama provoke aku mcm2. Al-maklumlah negeri Kelantan juga dikenali sebagai Serambi Mekah. Boss2 lama aku non-Muslim... Jadi dorg nie plak yg byk nasihatkan aku mcm2... Kena jaga cara pemakaian, tak leh pakai makeup sampai leh mengoda, tak leh pkai high heel dan yg paling penting skali... Boss2 sruh pkai tudung labuh. Aku ingatkan dorg bergurau sahaja... Rupanya btl2 dorg sruh aku bt utk jaga diri. Hadiah farewell yg aku dpt dr Prof Dr. Ramani Vijayan (bukan nama sebenar) adalah 2 helai tudung bawal yg ada batu swarovski dan bersulam bidang 60 2 helai... Color brown n putih. Zaman dulu2 kiranya tudung nie bawal No. 1 la...masa farewell tue mcm2 hadiah Best2 aku dpt... Rasa mcm disayangi sungguh.

Berbalik semula kepada cerita asal...aku terima juga tawaran keje tue... Aku berhijrah ke tempat yg aku tak kenal sape2... Sedara mara pun xde... Mmg lone ranger la gi Kelantan. Teman setia aku hanya lah Kelisa Emas aku. Masa nak gerak gi Kelantan, yg memakan masa 7-8 jam bagi pemandu amatur yg br memegang lesen D 5 tahun... Tanpa pernah ada pengalaman memandu jarak jauh, adalah sesuatu yg mencabar dan mendebarkan. Siap aku conggak2 petrol 1 tangki boleh smpi takat mana... Kat mana petrol pump... Sempat ke smpi kt petrol pump sblm mnyk abis... Semua tue aku dh fikir dh. Nak jelajah tempat br... Jd kawasan2 dan hentian rehat xfamiliar lg.


Bertolak jam 7 pagi dan aku telah selamat smpi jam 5 petang. Aku pun xpasti berape byk kali aku bhenti. Setiap kali jumpe petrol pump, aku akan berhenti utk isi mnyk. Jadi tangki mnyak aku sentiasa penuh je... Sehingga smpi Kelantan. Hahaha... So far, pjlnan bjalan lancar dan sgt adventure... Satu kenangan yg menarik utk spjg hidup aku.

Untuk makluman semua, Allah swt mmg bantu dan tolong aku spjg proses penghijrahan ini. Sebab aku ngan mudah dpt menyewa rumah teres 3 bilik dan 2 bilik air dgn kadar sewa RM250 sebulan. What?! Murahkan... Pastue kawasan perumahan nie gunakan air perigi sumber air bwh tanah... Ada rumah perigi kecil yg mgunakan generator utk pump air naik ke tangki air rumah. Jadi kos air adalah PERCUMA. What?! Hahaha... Menarik kan... Aku hanya bayar kos elektrik je yang xsampai pun RM20 sebulan. Jika bil bawah RM20, kos akan ditanggung oleh kerajaan. What?! Hahaha... Mmg menarik Kelantan nie kn... So, aku tinggal di Kelantan hanya perlu byr sewa rumah je... Syukur sgt2 dengan penghijrahan ini.

OK... Abis dh citer latar belakang kpd kisah seram ini. Maaflah... Perempuan kn... Kalo boleh nk citer semua dr awal...Dan details... maaf la iye... Hahaha...

Kejadian nie berlaku masa bulan Syaaban. Malam tue entah kenapa rasa lapar sangat. Mulut nk makan makanan panas...terbayang kueh teow sup ala Thai... Pedas2...masam.. masin..manis...semua lengkap la kalo sup ala Thai nie... Sedap sgt. Tambahan plak kalo dpt mkn time2 sejuk mcm nie... Sbb br lps hujan.

Aku tgk jam dh kul 8.45 malam. Disebabkan xde stok makanan kt umah... Aku gigih kan keluar utk cr makan. Hopefully kedai mkn tepi jln kt wakaf Che Yeh tue open la... Biasanya smpi kul 10 pn bukak lg...

Bila smpi kt kedai yg jd target... Tgk kedai penuh ngan kaum Adam...wow...penuh gilerr... Biasanya xde la penuh mcm nie... So, segan la nk masuk... Cari kedai lain... Pun rmai gak kaum Adam melepak mnm kopi Mlm2... Aduhai... Cari smpi 4-5 kedai.... Tp semua xberani nak masuk sbb segan. Jam masa tue dh nk kul 10 mlm... So, aku berputus asa. Aku ckp dlm hati... Tak pe... Balik la rumah... Xde rezeki nk mkn mlm nie....

Masa on the way balik... Mata masih lg melilau2 Kot2 ada kedai2 yg masih bukak n xrmai sgt kaum Adam di dalamnya. Masa tue hujan gerimis plak... Tiba2... Dr kejauhan aku nmpk ada cahaya lampu di sebuah rumah kedai. Aku rasa jarak penglihatan aku ke arah kedai tue adalah lbh kurang 100 meter. Tp entah kenapa aku boleh terbau bubur durian yg sgt sedap dlm keta aku. Dlm hati terdetik, bau bubur durian kedai tue leh merebak sejauh nie? Biar btl... Tp, otak waras ku ckp... Mybe Sbb hujan gerimis... Jd... Bau ASAP keta kurang tue yg leh bau bubur durian. Masa aku bau mcm2 nie... Keta aku br je lps simpang traffic light utk blik ke rumah. Masa drive tue.. Mata aku fokus ke kedai makan tue... Aku pelik... Nape lampu kedai tue cahaya dia color hijau... Pada masa yg sama bau bubur durian mencucuk2 deria bau ku...


Akhirnya...entah mcm mana... Aku stop kan kelisa di pinggir jln... Bhenti btul2 depan kedai tue... Mengadap kedai tue... Aku pelik... Npe semua org kt kedai tue berjubah putih... Berkopiah... Dan ada sorg pmpuan berselendang putih dan berbaju kurung putih sedang hidangkan something dlm mangkuk... Dia cedok dr periuk besar dan isi dlm mangkuk. Masa tue... Amboi sedapnya bau... Ternampak pmpuan tue hulurkan roti bun bulat dlm pinggan kpd semua tetamu yg ada dlm kedai tue. Kedai bercahaya hijau dan semua berbaju putih. Perut mmg berkeroncong lagu untuk Anna...mntk diisi.

Tengah dok layan dorg bt ape... Tetiba ada sorg lelaki berjubah putih dh tunggu kt luar kelisa. Aku terkejut skejap. Dia panggil aku. Masa tue dh kul 10.30 mlm. Aku pun tanpa ada rasa takut, aku keluar dr keta aku... Org dh jemput kn... Xkn nk tolak.

Aku keluar dan lelaki tue bg Salam. Aku jawab Salam dia. Aku tnya la... Sedap btl bau... Nie kedai mkn ke? Sblm nie xpernah nampak pn kedai nie. Lelaki yg xnmpk muka Sbb gelap tue bg tahu... Iye, kedai mkn br bukak ari nie. Kami jamu org surau mkn2 baca doa selamat. Dah alang2 sampai nie... Jemput lah turut serta mkn dgn kami. (slang yg dituturkan bkn slang Kelantan iye. Bahasa Melayu tulen). Kami buat bubur kacang durian dan bubur pulut hitam mkn cecah roti bun. Dlm hati... Wow... Sedapnya...

Aku pandang semula kedai mkn tue... Rupanya kedai tue agak jauh dr tmpt aku parking tue... Sbb lokasi kedai tue di tgh2 semak yg tinggi... (Satu je yg kurang Kelantan nie, lampu jalan xde. Kalo ada pun malap n cahaya kuning suram). Aku tgk rmai kaum Adam... Yg mlayan je ada sorg pmpuan. Yang pmpuan tue dok lambai2 aku. Yg lelaki kt sblh aku nie... Jom la, mkn bubur durian... Kakak sy dh panggil dh tue. Awak dh alang2 berhenti nie msti teringin nak rasa bubur durian kn.

Disebabkan hujan... Otak rasional aku dtg dan mengatasi nafsu lapar. Aku pn jwb... Gerimis la... Lgpn dh malam... Mybe lain kali sy singgah...Bile kedai nie btl2 dh buka sepenuhnya. Lgpn, segan la dgn org2 surau tue... Nie jamuan utk kenduri bukak kedai kan... Tk pe la... Lain kali sy msti dtg semula... Nk try mknan kt sini.

Lelaki berjubah putih tanpa nmpk muka dan rupa tue jwb... Tak pe la kalau mcm tue. Terima Kasih Sbb sudi singgah di sini. Nnt ada rezeki kita jmpe lagi. Assalamualaikum...

So, aku masuk keta... Dan aku nmpk dr mirror belakang... Dia tgk aku pergi... Pastue aku xperasan bila dia hilang dr pndangan.

Malam tue... Aku tidur dlm keadaan perut kosong. Tp aku dh niat... Mlm esok aku nk gi kedai tue nk try menu kt situ.

Keesokan paginya... Masa on the way nak gi kje... Aku cr kedai tue di lokasi yg aku berhenti mlm td... Tetiba zassss... Meremang bulu roma ku.. Sbb lokasi mlm td adalah sememangnya semak samun...ada parit yg ditutup semak samun yg memisahkan tempat aku parking semalam dengan lokasi kedai tue. Dan yg mbuatkan jantung aku nk gugur bila aku tgk...di tengah2 semak samun tue ada sebuah rumah usang bercat kuning. Rumah tue seperti telah lama ditinggalkan. Semak samun yg tinggi menutupi pndangan kewujudan rumah usang itu.

Otak ku throwback ke belakang... Mengingati semua kisah mlm tue. 1. Bau bubur durian secara tiba2 muncul time tgh lapar. 2. Rumah bercahaya hijau. 3. Org berubah putih dan berkopiah. 4. Kakak berbaju kurung putih mlambai2 ke arah ku. 5. Lelaki berjubah putih tanpa wajah yg menunggu ku dan mjemput ku di kereta. 6. Mlm td... Hnya kereta aku sorg je yg parking tepi jln. 7. Dorg yg dok mkn kt kedai dtg mcm mne... Naik apa... Jln kaki ke.

Aku ceritakan kisah aku nie kt mak Yah... Mak angkat ku. Dia dh dok lama kt kawasan nie. Dia bg tahu... Mmg kwsn tue xde kedai makan...hanya ada rumah usang yg dh lama ditinggalkan.

Semuanya masih xde jawapan... Semuanya mcm mmpi...yg berlaku semasa hujan gerimis turun. Selama 6 tahun aku dok kt Kelantan... Selama tue gak aku dh xjmpe ngan kedai mkn bubur durian tue lg. Rumah bercat kuning itu dh xpernah myalakan lampu pd malam hari ketika hujan gerimis... Kejadian malam tue adalah yg pertama dan terakhir yg aku jmpe...

Apa akan jd kt aku... Jika mlm tue aku dikawal nafsu nk mkn bubur durian... Adakah aku akan ada lg di sini pada hari ini... Atau berita aku hilang akan terpapar di dada2 akhbar... Adakah aku seorang sahaja yg nampak dan bau semua tue? Kenapa aku yg menjadi pilihan mereka? Aku tak tahu... Tak de jawapan utk soalan2 tue...

The end.


Published di Group FB : Kelab Cerita Hantu Malaysia pada 9 Mei 2020
Hyperlink-https://www.facebook.com/groups/kelabceritahantumalaysia/permalink/4067323353308643/?comment_id=4068243973216581&reply_comment_id=4069654569742188


Published di Group FB : Fiksyen Shasha Group pada 16 Mei 2020
Hyperlink-https://www.facebook.com/groups/187035692189531/permalink/611458433080586/




Tuesday, 14 April 2020

MCO ke-28: Projek Kimchi Style Melayu 2




Kkakdugi Kimchi (Kimchi Lobak Putih)


Entri sebelum ini telah menceritakan pasal pembuatan Kimchi Kubis Cina (Baechu Kimchi) dan juga Telur Ayam Masin. So, untuk entri kali ini jom kita belajar cara-cara nak buat kimchi lobak putih plak. Bahan-bahan yang digunakan adalah sama seperti bahan-bahan untuk membuat kimchi kubis cina. Yang membezakan hanyalah jenis sayur yang digunakan. Tukar kubis cina jadi lobak putih.


Apa bahan-bahan nak buat KKAKDUGI KIMCHI STYLE MELAYU nie?

Bahan-bahan Utama
  • Lobak Putih (Size Sedarhana / Besar)

Sos Merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Bawang Bombay / Bawang Besar
  • Kucai / Daun Bawang
  • Lobak merah
  • Pes cili kering 
  • Cencalok
  • Budu
  • Mapel Syrup / Honey / Sugar Caramel
  • Jus lemon / limau kasturi 
  • Cuka Masak
  • Garam 

Sos Putih

  • Tepung Pulut / Tepung Beras
  • Gula


Proses seterusnya adalah bahan-bahan utama perlu potong segi empat dan ketepikan dalam bekas yang berbeza-beza. Bawang putih perlu dicincang halus. Jangan guna blender. nanti texture pada bahan-bahan akan hilang sebab telah diblend halus. 

Hasil adalah seperti paparan gambar-gambar di bawah:


Lobak putih perlu dibuang kulit dan bersihkan. Kemudian potong segi empat seperti dalam gambar di atas. Rendam lobak putih dengan air garam selama 3-4 jam. Tujuan untuk kurangkan bau lobak putih dan resapkan rasa garam dalam lobak putih. 


Campurkan semua bahan-bahan sos merah dan gaul sehingga semua sebati. 



Campurkan sos putih dalam campuran sos merah. Gaul sehingga sebati.



Campurkan bahan-bahan lain yang telah dihiris / mayang halus dalam sos merah. Gaul semua bahan-bahan sehingga sebati.



Masukkan lobak putih dalam sos yang telah disediakan. Gaul sos dan lobak putih sehingga sebati.


 Proses Pengawetan/Fermentasi

1. Simpan Kkakdugi Kimchi yg telah siap pada suhu bilik selama 2 hari.

2. Selepas 2 hari, check sama ada kimchi telah mengeluarkan buih2 gas atau tidak? Jika iya, maka proses peraman fasa 1 berjaya. 

3. Kemudian, masukkan Kkakdugi Kimchi tersebut dalam peti sejuk untuk memastikan jangka hajat yang panjang untuk Kkakdugi Kimchi ini. 

4. Kkakdugi Kimchi telah sedia untuk dimakan. 

5. Untuk mendapatkan hasil yang berkualiti dan berat, Kkakdugi Kimchi ini perlu diawet dalam tempoh masa yang panjang. Hasilnya pasti tidak akan mengecewakan. 


Ok, proses membuat Kkakdugi Kimchi telah selesai. Kepada sesiapa yang telah jatuh cinta dengan kimchi nie boleh la try untuk buat iye. Tak susah mana, cuma renyah sahaja. Selamat mencuba dan Selamat maju jaya.




MCO ke-28 : Projek Telur Masin Guna Telur Ayam




Telur Ayam Masin

Ramai yang beranggapan bahawa jika hendak buat telur masin, mesti menggunakan telur itik. Telur itik size lagi besar dari telur ayam dan kuning telur itik berbeza sedikit dari telur ayam. Walau bagaimanapun, anggapan tersebut adalah kurang tepat. Berdasarkan carian dalam Mr Google, ada je yang menggunakan telur ayam untuk dijadikan telur masin. Result yang dihasilkan adalah berjaya. 

Untuk buat telur masin nie, mudah sangat; hanya perlukan 3 bahan utama sahaja iaitu:
  • Telur Ayam / Telur Itik (jika ada telur itik)
  • Garam Kasar
  • Air
Itu sahaja bahan yang diperlukan.

Cara-cara nak membuatnya adalah perkara pertama isi air dalam periuk. Kemudian masukkan garam mengikut ratio 1 telur : 1 sudu besar garam kasar. Contoh, jika nak buat 5 biji telur masin, maka kena masukkan 5 sudu besar garam kasar. Jika nak buat 10 biji telur, maka perlu masukkan 10 sudu besar garam kasar. Kemudian, hidupkan api dan panaskan air tersebut untuk larutkan garam dengan sekata. Selepas garam semua telah larut dan air telah mendidih, tutupkan api.

Air garam ini perlu disejukkan betul-betul sehingga capai suhu bilik. Air panas boleh merosakkan hasil telur masin nanti.

Selepas larutan air garam telah sejuk, masukkan air garam tersebut ke dalam balang yang berisi telur. Pastikan telur-telur ini telah dibasuh bersih.



Ok...dah siap...proses untuk buat telur ayam masin.

Balang yang berisi telur dan air garam ini perlu diperam untuk tempoh 14 hari. Untuk mendapatkan warna telur kuning menjadi oren, balang ini perlu diletakkan di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Kalau bungkus dengan kain dan letak tempat gelap lebih digalakkan.

Selepas 14 hari, air garam ini boleh ditukarkan dengan air biasa sahaja. Untuk mengelakkan telur terlebih masin. 

Hasilnya boleh dilihat selepas tempoh 14 hari. Ambil dan rebus sehingga masak sepenuhnya. Saat yang paling mendebarkan adalah bila nak belah telur tersebut menjadi 2 untuk melihat hasilnye. Adakah telur kuning menjadi color oren macam telur masin itik? Kita cuba dulu.... 

Hasil Telur Ayam Masin


Selamat mencuba dan Selamat maju jaya....


MCO ke-28: Projek Kimchi Style Melayu 1



Baechu Kimchi (Kimchi Kubis Cina)


Episod sebelum ini dah cerita pasal Kimchi Oh Kimchi. Kiranya tue adalah mukadimah kepada entri utama sebenarnya. Ingatkan mukadimah tue nak buat ringkas je. Tetiba leh jadi satu article plak. So, kena masuk entri lain untuk kisah entri utama pasal kimchi nie.

Sebenarnya, entri nie hanya nak share projek kimchi semasa hari ke-28 MCO bersamaan pada 14 April 2020 (sempena memperingati tarikh lahir someone yang pernah hadir dalam perjalanan hidup yang panjang ini). 

So, tak nak tulis banyak-banyak, kita terus ke objektif utama entri ini iaitu Projek Kimchi Style Melayu. Nak buat kimchi nie tak de la susah sangat pun, cuma renyah saje sebab melibatkan banyak bahan-bahan yang perlu dikupas, dicincang dipotong dan sebagainya.

Apa bahan-bahan nak buat KIMCHI STYLE MELAYU nie?

Bahan-bahan Utama
  • Kobis Cina 
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Bawang Bombay / Bawang Besar
  • Kucai / Daun Bawang
  • Lobak Merah
Sos Merah
  • Pes cili kering 
  • Cencalok
  • Budu
  • Mapel Syrup / Honey / Sugar Caramel
  • Jus lemon / limau kasturi 
  • Cuka Masak
  • Garam 
Sos Putih
  • Tepung Pulut / Tepung Beras
  • Gula

Proses seterusnya adalah bahan-bahan utama perlu dimayang / dihiris halus dan ketepikan dalam bekas yang berbeza-beza. Bawang putih perlu dicincang halus. Jangan guna blender. nanti texture pada bahan-bahan akan hilang sebab telah diblend halus. 

Hasil adalah seperti paparan gambar-gambar di bawah:

Kubis Cina separuh dikopak-kopak dan dibasuh bersih dan rendam 
dalam air garam untuk tempoh 2-3 jam. Selepas 2-3 jam, bilas kubis cina dengan air dan perah air sehingga kubis kering.

Bawang Putih dicincang halus.

Bawang Besar dihiris.

Halia dimayang halus

Daun kucai dipotong panjang

Lobak Merah disagat halus


Proses seterusnya adalah penyediaan Sos Merah. Jika tiada pes cili, boleh buat sendiri menggunakan cili kering. Cili tersebut perlu direbus sehingga lembut sebelum dikisar. Selepas tue masukkan dalam satu besen besar untuk dicampurkan dengan bahan-bahan sos merah yang lain seperti cencalok, budu, sugar caramel, jus lemon, masukkan cuka dan garam. Perasakan sos merah ini berdasarkan citarasa sendiri. Sos ini perlu mempunyai kombinasi rasa pedas, masin, masam dan manis. 


Sos Merah



Sos Merah yang telah diadun secara rata

Proses seterusnya adalah penyediaan Sos Putih iaitu gabungan tepung pulut dan gula. Campuran ini perlu dimasak atas dapur mengguakan api yang kecil sahaja. Pastikan jumlah air yang digunakan tepat. Jangan terkurang dan jangan terlebih. Campuran ini perlu dimasak antara tempoh 3-5 minit sahaja. Jika keadaan campuran telah bersatu dan menjadi likat, maka boleh tutup api dapur. Proses sos putrih selesai.

Peringatan: Perlu jaga api ketika masak sos putih. Jika menggunakan api yang besar, akan menyebabkan tepung bergumpal dan tidak cair seperti dalam gambar di bawah. Sepatutnya sos putih ini cair dan mempunyai texture yang licin.


Sos Putih

Proses seterusnya adalah mencampurkan sos merah dan sos putih menjadi satu. Hasilnya adalah seperti paparan di bawah. 



Campuran Sos Merah + Sos Putih



Proses seterusnya adalah sos campuran ini perlu dicampurkan dengan bahan-bahan utama KECUALI kubis cina. Kubis cina ini akan disaluti sos campuran tadi.





Campuran Sos Merah+Sos Putih + Campuran Bahan-bahan Utama



Proses terakhir adalah prose menyaluti kubis cina dengan sos campuran ini. Kubis cina yang telah disalut perlu disusun dengan sempurna dalam tupperwear / tempayan / tembikar. Kepadatan kubis cina ini perlu dititik beratkan bagi memastikan proses pengeraman berjaya dan bahan kimchi ini tidak dijangkiti oleh sebarang kulat. 


Kubis Cina disaluti sos campuran untuk tujuan pengeraman / pengawetan

Berikut adalah hasil perapan selama 1 malam. Texture kobis telah menjadi semakin lembut dan jus2 air dari kobis cina terhasil. Maka sebab tue kimchi hasil perapan di paparan di bawah telah banjiri dengan kuah kimchi. 



Hasil kimchi 1 malam

Proses Pengawetan/Fermentasi

1. Simpan kimchi yg telah siap pada suhu bilik selama 2 hari.

2. Selepas 2 hari, check sama ada kimchi telah mengeluarkan buih2 gas atau tidak? Jika iya, maka proses peraman fasa 1 berjaya. 

3. Kemudian, masukkan kimchi tersebut dalam peti sejuk untuk memastikan jangka hajat yang panjang untuk kimchi ini. 

4.   Kimchi telah sedia untuk dimakan. 

5. Untuk mendapatkan hasil yang berkualiti dan berat, kimchi ini perlu diawet dalam tempoh masa yang panjang. Hasilnya pasti tidak akan mengecewakan. 


Ok, proses membuat kimchi telah selesai. Kepada sesiapa yang telah jatuh cinta dengan kimchi nie boleh la try untuk buat iye. Tak susah mana, cuma renyah sahaja. Selamat mencuba dan Selamat maju jaya.

Awan Hitam

Awan Hitam Bosan... Bila nak balik nie... Penat melayan kerenah manusia... Topeng berlapis-lapis Sampai lupa wajah sebenar yang mana Benci.....