Baechu Kimchi (Kimchi Kubis Cina)
Episod sebelum ini dah cerita pasal Kimchi Oh Kimchi. Kiranya tue adalah mukadimah kepada entri utama sebenarnya. Ingatkan mukadimah tue nak buat ringkas je. Tetiba leh jadi satu article plak. So, kena masuk entri lain untuk kisah entri utama pasal kimchi nie.
Sebenarnya, entri nie hanya nak share projek kimchi semasa hari ke-28 MCO bersamaan pada 14 April 2020 (sempena memperingati tarikh lahir someone yang pernah hadir dalam perjalanan hidup yang panjang ini).
So, tak nak tulis banyak-banyak, kita terus ke objektif utama entri ini iaitu Projek Kimchi Style Melayu. Nak buat kimchi nie tak de la susah sangat pun, cuma renyah saje sebab melibatkan banyak bahan-bahan yang perlu dikupas, dicincang dipotong dan sebagainya.
Apa bahan-bahan nak buat KIMCHI STYLE MELAYU nie?
Bahan-bahan Utama
- Kobis Cina
- Bawang Putih
- Halia
- Bawang Bombay / Bawang Besar
- Kucai / Daun Bawang
- Lobak Merah
Sos Merah
- Pes cili kering
- Cencalok
- Budu
- Mapel Syrup / Honey / Sugar Caramel
- Jus lemon / limau kasturi
- Cuka Masak
- Garam
Sos Putih
- Tepung Pulut / Tepung Beras
- Gula
Proses seterusnya adalah bahan-bahan utama perlu dimayang / dihiris halus dan ketepikan dalam bekas yang berbeza-beza. Bawang putih perlu dicincang halus. Jangan guna blender. nanti texture pada bahan-bahan akan hilang sebab telah diblend halus.
Hasil adalah seperti paparan gambar-gambar di bawah:
Kubis Cina separuh dikopak-kopak dan dibasuh bersih dan rendam
dalam air garam untuk tempoh 2-3 jam. Selepas 2-3 jam, bilas kubis cina dengan air dan perah air sehingga kubis kering.
Bawang Putih dicincang halus.
Bawang Besar dihiris.
Halia dimayang halus
Daun kucai dipotong panjang
Lobak Merah disagat halus
Proses seterusnya adalah penyediaan Sos Merah. Jika tiada pes cili, boleh buat sendiri menggunakan cili kering. Cili tersebut perlu direbus sehingga lembut sebelum dikisar. Selepas tue masukkan dalam satu besen besar untuk dicampurkan dengan bahan-bahan sos merah yang lain seperti cencalok, budu, sugar caramel, jus lemon, masukkan cuka dan garam. Perasakan sos merah ini berdasarkan citarasa sendiri. Sos ini perlu mempunyai kombinasi rasa pedas, masin, masam dan manis.
Sos Merah yang telah diadun secara rata
Proses seterusnya adalah penyediaan Sos Putih iaitu gabungan tepung pulut dan gula. Campuran ini perlu dimasak atas dapur mengguakan api yang kecil sahaja. Pastikan jumlah air yang digunakan tepat. Jangan terkurang dan jangan terlebih. Campuran ini perlu dimasak antara tempoh 3-5 minit sahaja. Jika keadaan campuran telah bersatu dan menjadi likat, maka boleh tutup api dapur. Proses sos putrih selesai.
Peringatan: Perlu jaga api ketika masak sos putih. Jika menggunakan api yang besar, akan menyebabkan tepung bergumpal dan tidak cair seperti dalam gambar di bawah. Sepatutnya sos putih ini cair dan mempunyai texture yang licin.
Proses seterusnya adalah mencampurkan sos merah dan sos putih menjadi satu. Hasilnya adalah seperti paparan di bawah.
Campuran Sos Merah + Sos Putih
Proses seterusnya adalah sos campuran ini perlu dicampurkan dengan bahan-bahan utama KECUALI kubis cina. Kubis cina ini akan disaluti sos campuran tadi.
Campuran Sos Merah+Sos Putih + Campuran Bahan-bahan Utama
Proses terakhir adalah prose menyaluti kubis cina dengan sos campuran ini. Kubis cina yang telah disalut perlu disusun dengan sempurna dalam tupperwear / tempayan / tembikar. Kepadatan kubis cina ini perlu dititik beratkan bagi memastikan proses pengeraman berjaya dan bahan kimchi ini tidak dijangkiti oleh sebarang kulat.
Kubis Cina disaluti sos campuran untuk tujuan pengeraman / pengawetan
Berikut adalah hasil perapan selama 1 malam. Texture kobis telah menjadi semakin lembut dan jus2 air dari kobis cina terhasil. Maka sebab tue kimchi hasil perapan di paparan di bawah telah banjiri dengan kuah kimchi.
Hasil kimchi 1 malam
Proses Pengawetan/Fermentasi
1. Simpan kimchi yg telah siap pada suhu bilik selama 2 hari.
2. Selepas 2 hari, check sama ada kimchi telah mengeluarkan buih2 gas atau tidak? Jika iya, maka proses peraman fasa 1 berjaya.
3. Kemudian, masukkan kimchi tersebut dalam peti sejuk untuk memastikan jangka hajat yang panjang untuk kimchi ini.
4. Kimchi telah sedia untuk dimakan.
5. Untuk mendapatkan hasil yang berkualiti dan berat, kimchi ini perlu diawet dalam tempoh masa yang panjang. Hasilnya pasti tidak akan mengecewakan.
Ok, proses membuat kimchi telah selesai. Kepada sesiapa yang telah jatuh cinta dengan kimchi nie boleh la try untuk buat iye. Tak susah mana, cuma renyah sahaja. Selamat mencuba dan Selamat maju jaya.
No comments:
Post a Comment