Tuesday 14 April 2020

MCO ke-28: Projek Kimchi Style Melayu 2




Kkakdugi Kimchi (Kimchi Lobak Putih)


Entri sebelum ini telah menceritakan pasal pembuatan Kimchi Kubis Cina (Baechu Kimchi) dan juga Telur Ayam Masin. So, untuk entri kali ini jom kita belajar cara-cara nak buat kimchi lobak putih plak. Bahan-bahan yang digunakan adalah sama seperti bahan-bahan untuk membuat kimchi kubis cina. Yang membezakan hanyalah jenis sayur yang digunakan. Tukar kubis cina jadi lobak putih.


Apa bahan-bahan nak buat KKAKDUGI KIMCHI STYLE MELAYU nie?

Bahan-bahan Utama
  • Lobak Putih (Size Sedarhana / Besar)

Sos Merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Bawang Bombay / Bawang Besar
  • Kucai / Daun Bawang
  • Lobak merah
  • Pes cili kering 
  • Cencalok
  • Budu
  • Mapel Syrup / Honey / Sugar Caramel
  • Jus lemon / limau kasturi 
  • Cuka Masak
  • Garam 

Sos Putih

  • Tepung Pulut / Tepung Beras
  • Gula


Proses seterusnya adalah bahan-bahan utama perlu potong segi empat dan ketepikan dalam bekas yang berbeza-beza. Bawang putih perlu dicincang halus. Jangan guna blender. nanti texture pada bahan-bahan akan hilang sebab telah diblend halus. 

Hasil adalah seperti paparan gambar-gambar di bawah:


Lobak putih perlu dibuang kulit dan bersihkan. Kemudian potong segi empat seperti dalam gambar di atas. Rendam lobak putih dengan air garam selama 3-4 jam. Tujuan untuk kurangkan bau lobak putih dan resapkan rasa garam dalam lobak putih. 


Campurkan semua bahan-bahan sos merah dan gaul sehingga semua sebati. 



Campurkan sos putih dalam campuran sos merah. Gaul sehingga sebati.



Campurkan bahan-bahan lain yang telah dihiris / mayang halus dalam sos merah. Gaul semua bahan-bahan sehingga sebati.



Masukkan lobak putih dalam sos yang telah disediakan. Gaul sos dan lobak putih sehingga sebati.


 Proses Pengawetan/Fermentasi

1. Simpan Kkakdugi Kimchi yg telah siap pada suhu bilik selama 2 hari.

2. Selepas 2 hari, check sama ada kimchi telah mengeluarkan buih2 gas atau tidak? Jika iya, maka proses peraman fasa 1 berjaya. 

3. Kemudian, masukkan Kkakdugi Kimchi tersebut dalam peti sejuk untuk memastikan jangka hajat yang panjang untuk Kkakdugi Kimchi ini. 

4. Kkakdugi Kimchi telah sedia untuk dimakan. 

5. Untuk mendapatkan hasil yang berkualiti dan berat, Kkakdugi Kimchi ini perlu diawet dalam tempoh masa yang panjang. Hasilnya pasti tidak akan mengecewakan. 


Ok, proses membuat Kkakdugi Kimchi telah selesai. Kepada sesiapa yang telah jatuh cinta dengan kimchi nie boleh la try untuk buat iye. Tak susah mana, cuma renyah sahaja. Selamat mencuba dan Selamat maju jaya.




No comments:

Post a Comment

Awan Hitam

Awan Hitam Bosan... Bila nak balik nie... Penat melayan kerenah manusia... Topeng berlapis-lapis Sampai lupa wajah sebenar yang mana Benci.....