Tuesday, 14 April 2020

MCO ke-28 : Projek Telur Masin Guna Telur Ayam




Telur Ayam Masin

Ramai yang beranggapan bahawa jika hendak buat telur masin, mesti menggunakan telur itik. Telur itik size lagi besar dari telur ayam dan kuning telur itik berbeza sedikit dari telur ayam. Walau bagaimanapun, anggapan tersebut adalah kurang tepat. Berdasarkan carian dalam Mr Google, ada je yang menggunakan telur ayam untuk dijadikan telur masin. Result yang dihasilkan adalah berjaya. 

Untuk buat telur masin nie, mudah sangat; hanya perlukan 3 bahan utama sahaja iaitu:
  • Telur Ayam / Telur Itik (jika ada telur itik)
  • Garam Kasar
  • Air
Itu sahaja bahan yang diperlukan.

Cara-cara nak membuatnya adalah perkara pertama isi air dalam periuk. Kemudian masukkan garam mengikut ratio 1 telur : 1 sudu besar garam kasar. Contoh, jika nak buat 5 biji telur masin, maka kena masukkan 5 sudu besar garam kasar. Jika nak buat 10 biji telur, maka perlu masukkan 10 sudu besar garam kasar. Kemudian, hidupkan api dan panaskan air tersebut untuk larutkan garam dengan sekata. Selepas garam semua telah larut dan air telah mendidih, tutupkan api.

Air garam ini perlu disejukkan betul-betul sehingga capai suhu bilik. Air panas boleh merosakkan hasil telur masin nanti.

Selepas larutan air garam telah sejuk, masukkan air garam tersebut ke dalam balang yang berisi telur. Pastikan telur-telur ini telah dibasuh bersih.



Ok...dah siap...proses untuk buat telur ayam masin.

Balang yang berisi telur dan air garam ini perlu diperam untuk tempoh 14 hari. Untuk mendapatkan warna telur kuning menjadi oren, balang ini perlu diletakkan di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Kalau bungkus dengan kain dan letak tempat gelap lebih digalakkan.

Selepas 14 hari, air garam ini boleh ditukarkan dengan air biasa sahaja. Untuk mengelakkan telur terlebih masin. 

Hasilnya boleh dilihat selepas tempoh 14 hari. Ambil dan rebus sehingga masak sepenuhnya. Saat yang paling mendebarkan adalah bila nak belah telur tersebut menjadi 2 untuk melihat hasilnye. Adakah telur kuning menjadi color oren macam telur masin itik? Kita cuba dulu.... 

Hasil Telur Ayam Masin


Selamat mencuba dan Selamat maju jaya....


No comments:

Post a Comment

Awan Hitam

Awan Hitam Bosan... Bila nak balik nie... Penat melayan kerenah manusia... Topeng berlapis-lapis Sampai lupa wajah sebenar yang mana Benci.....