Wednesday, 8 May 2019

Di Dada Laut




Aku berkolek di dada laut
Dengan jala, jala-jemala
Aku tebarkan sepenuh tenaga
Memburu hidup, memburu hidup

Aku berkolek di dada laut
Berpayungkan topi usang dimamah usia
Memburu hidup, menongkah arus
Demi mengisi tembolok anak bini

Aku berkolek di dada laut
Bertemankan perahu tua yang capek catnya
Menongkah arus, membelah lautan
Mencari rezeki pemberian Tuhan

Aku berkolek di dada laut
Melihat birunya air laut
Ganasnya ulahan ombak
Sepoi-sepoi angin bertiup
Menyapa pipi dan diri  
Mengagumi ciptaan Illahi

Aku berkolek di dada laut
Pada usia di hujung senja
Mencari sinar bahagia
Di alam abadi pasti menanti 

Tuesday, 7 May 2019

Kita Lari dan Berlari...





Lari ke gunung, jadi beruang
Lari ke laut, jadi ikan
Lari ke langit, jadi burung, 
Lari ke tasik, jadi naga,
Lari ke mana untuk jadi manusia?


Mencari mutiara di dasar laut,
Impikan mutiara dapat duyung,
Entah ke mana hilangnya mood,
Siang dan malam asyik termenung.


Bila terbit sang suria,
Seluruh dunia disimbai cahaya,
Hilang gelap muncul cahaya,
Kesibukan kota terus bermula,
Mencari rezeki di pelusuk dunia,
Manusia dan haiwan berlumba-lumba,
Memeriahkan suasana di alam fana.
Hilang teman hilang saudara,
Jika sibuk mengejar harta benda.
Hilang gembira hilang ceria,
Jika fokus pada dunia.
Hilang sayang hilang cinta,
Jika tidak menguruskan masa.


Kita berlari dan terus berlari,
Kita menari dan akan menari,
Kita gurindam dan menyanyi, 
Mengikut rentak irama hindi,
Cara terbaik mengubati diri,
Cara untuk melepaskan diri,
Cara terbaik mencari diri,
Hanya terus berlari, menari dan menyanyi,
Hiburan hati sayangi diri.




Wednesday, 1 May 2019

Avengers: Endgame ~ 01 May 2019




Happy Labour Day on 1st May 2019...17 times for me as a worker...YES....17th years. I have been working for 17th years. So, actually, I'm not that young anymore to layan all those of movies. Hahaha...but please don't count on age...because my heart is still young...forever young. I still can layan all the childish game or movie or anything. It is because there is a child inside my heart. Hihihi...can I say like that? hmmm...of course can because it's me...I can say what ever I like to say. 

Gotch...actually I want to share my review of the movie. 1st paragraph gone, coz I merepek about the years of working.   

The movie starts with the scene of Clint's family missing one by one at the park. It happens because Thanos won the war last time. Therefore, Thanos wish that 50% of the population in the whole universe vanished. During that time not much people and animal left. So, the world became half empty. All the missing people have their own memorial monument with their name. Therefore, they won't be forgotten by all the family members. Can you imagine when half of the world empty? 

Dunia menjadi sepi...kesedihan di mana-mana...manusia tidak akan mudah untuk melupakan kejadian yang terjadi. Jika keinginan Thanos adalah untuk meyeimbangi dunia semula...Thanos telah melakukan kesilapan. Manusia mempunyai memori dan ianya bukan mudah untuk melupakan. Untuk bangkit semula dari kesedihan dengan kehilangan keluarga tersayang, bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan kecuali mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga dari awal...yang tidak akan merasa sedih seperti Thanos...

Selepas Thanos memuaskan keinginan hatinya yang menghapuskan 50% populasi seluruh universe, Thanos duduk di sebuah planet dan menjadi pekebun sayur. Dia tinggal berseorangan tanpa teman dan dia merasakan itu adalah keamanan yang abadi. Tetapi keamanan dan kedamaian untuk Thanos hanya kekal untuk 5 tahun sahaja.

Jiwa dan perasaan adiwira dunia seperti Iron Man, Captain Amerika, Ant-Man, Black Widow, Hulk, Thor etc untuk terus berusaha mencari jalan penyelesaian bagi memulihkan semula keadaan kepada sedia kala selepas kegagalan mereka memerangi Thanos. Kekecewaan yang dialami oleh adiwira ini sangat dasyat dan memberikan kesan yang mendalam kepada diri mereka. Sifat manusia yang selalu menang, jika tidak pernah mengalami kekalahan...sekali mereka kalah, kekalahan yang sekali itu la yang akan memusnahkan jiwa mereka. Itulah yang berlaku pada Thor dan Clint. Disebabkan kekecewaan yang mendalam, Thor menyalahkan dirinya sendiri kerana  dia adalah anak Dewa dan dia tidak dapat melindungi dunia dan orang yang dicintai. Kekecewaan itu menyebabkan Thor menjadi muncit n debab sebab terlebih makan tanpa melakukan sebarang aktiviti. Hanya berkurung di rumah sahaja. Sementara Clint pula, terus membenteras jenayah yang berlaku di seluruh dunia. Dia merasakan melalui perlawanan membenteras jenayah dapat mengembalikan semula keluarganya yang telah hilang.

Kemunculan Ant-man yang kembali semula ke dunia realiti selepas hilang selama 5 tahun dalam dunia kuantum fizik. Kemunculan Ant-Man telah memberikan sinar harapan kepada semua ahli Avengers untuk turn-back-the-time jika apa yang diandaikan boleh dijadikan kenyataan. Idea Ant-Man telah dimaklumkan kepada Iron Man. Walaubagaimana pun, Iron-Man tidak dapat memenuhi kehendak Ant-Man pada awalnya. Ini kerana Iron man telah bahagia dengan keluarganya. Iron Man telah mempunyai seorang anak perempuan berusia 5 tahun bernama Morgan. Jadi Iron Man keberatan untuk melaksanakan misi baharu tersebut.

Walaubagaimana pun, Black Widow, Captain Amerika dan Clint teruskan mencuba dan mencari ahli ke-2 Avengers yang bijaksana selepas Iron Man iaitu Hulk. Hulk merasakan bahawa dunia kuantum dan hukum fizik bukan bidang dia. Walaubagaimana pun, dia masih ingin mencuba jika peluang itu boleh mengembalikan semula apa yang telah dia hilang. 

Selepas kegagalan demi kegagalan yang dihadapi oleh team Captain Amerika yang tanpa mendapat sokongan daripada Iron Man, akhirnya Iron man telah berjaya menemui cari yang terbaik untuk menjadi 'pencuri masa' menggunakan time machine atau hukum kuantum fizik yang dicadangkan oleh Ant-man.

Yes, dalam movie kali ini, Pengarah memasukkan element back-to-the-future. Walaupun penjelasan mengenai time machine itu ada, tapi kesahihan masih belum boleh dijelaskan dalam dunia nyata (bukan dunia movie). 

Plan mereka adalah Team Avengers akan melangkau tahun untuk mengambil infinity stones sebelum batu-batu itu jatuh ke tangan Thanos. Secara tidak langsung, tindakan itu boleh mengubah dunia kembali kepada sedia kala.  

Halangan demi halangan terpaksa dilalui demi mencapai misi itu. Iron Man berpesan, misi ini hanya boleh dilaksanakan jika ianya tidak mengganggu gugat kebahagiaan yang ada, tidak melibatkan nyawa dan semua kembali dengan selamat. Perancangan manusia tidak semestinya terjadi seperti yang dirancangkan.

Black Widow telah mengorbankan nyawanya untuk mendapatkan Life Stone. Clint terpaksa akur dengan kehendak Black Widow yang ingin mengorbankan jiwanya untuk kebahagiaan rakan-rakan yang lain. Ini kerana bagi Black Widow, dia tiada siapa-siapa yang akan menangisi kehilangan dirinya kecuali kawan-kawan. 

Dengan kematian Black Widow, maka Clint dapat Life Stone untuk melengkapkan 6 Infinity Stone untuk mengembalikan keadaan kepada yang asal dan sekaligus membunuh Thanos untuk kali ke-2.

Melalui movie ini juga kita boleh membuat penilaian dari sudut pandangan yang berbeza iaitu TAKDIR xleh diletakkan kt tangan manusia. Jika manusia yang boleh menetapkan takdir seluruh universe, maka akan berlaku kacau bilau seperti yang dilakukan oleh Thanos. Manusia tidak boleh kawal takdir kerana keupayaan manusia adalah terbatas. badan Thanos hancur separuh disebabkan dia memakai sarung tangan Infinity Stone. Kuasa yang terdapat pada batu itu selepas digabungkan tidak dapat disokong oleh keupayaan tangan Thanos. Maka selepas impian untuk menghapuskan 50% populasi tercapai, Thanos kehilangan tangan kanan dan cacat seumur hidup. Disebabkan kehilangan kuasa maka dengan mudahnya Thor memancung kepada Thanos untuk dendam yang Thor simpan selama 5 tahun itu. Kuasa boleh membuat seseorang menjadi kuat dan kuasa juga boleh membunuh tuan badan jika disalahgunakan. 

Dalam movie ini juga ada metafor di mana Nebula anak kepada Thor dan adik kepada Gamora telah berlawan dengan diri sendiri. Nebula di masa hadapan telah berubah menjadi baik selepas kematian Gamora yang telah dibunuh oleh Thanos untuk Life Stone; manakala Nebula di masa lampau masih lagi berhati hitam dan jahat. Kiranya dalam movie nie, sifat baik berlawan dengan sifat jahat. Akhirnya sifat baik telah memenangi perlawanan tersebut. Begitu juga dengan kita manusia yang seringkali berlawanan dengan diri yang satu lagi. Jika diri baik lebih kuat, maka diri yang baik akan boleh menghapuskan diri yang jahat. Itu lah yang hendak disampaikan dalam perlawanan Nebula Baik dan Nebula Jahat.

Tony mati sebab dia ubah takdir...dia manusia biasa yang tidak boleh mengawal takdir. Ini kerana dia hanya seorang adiwira Iron Man. Kematian Iron Man sangat menyedihkan kerana dia telah mengorbankan dirinya untuk menjadikan dunia kembali kepada sedia kala. Iron Man sanggup melepaskan family tersayang untuk memberikan yang terbaik kepada seluruh universe dan rakan-rakannya. Sikap Iron man yang telah matang ini membuatkan dia betul-betul seorang adiwira yang tidak mementingkan dirinya sendiri.

Thanos kalah sebab peluang dalam hidup datang skali je...jika keputusan awal dia untuk hapuskan semua manusia dan cipta dunia baharu...kemungkinan tiada sesiapa yang mampu menghalang. Tapi...Thanos pun manusia biasa je...tidak lepas dari mempunyai perasaan kemanusiaan walaupun dia jahat. Sebab itu pilihan yang dibuat adalah penghapusan hanya 50% populasi di seluruh universe.

Selepas Iron Man petik jari dan mention....'because I am Iron Man'...dan wish untuk dunia kembali kepada asal...Iron man tewas kerana dia tidak mampu menanggung kuasa Infinity Stone itu. Keupayaan manusia adalah terbatas. Keterbatasan itu menyebabkab Iron Man terkorban.

Black Widow mati...

Iron Man mati...

Captain Amerika jadi tua...

Semua ciptaan Allah swt tidak akan kekal. Mereka akan pergi meninggalkan kite satu persatu hanya kita sendiri tidak menyedari bahawa giliran kita semakin hampir.


Wassalam.


From Morgan to Tony aka Iron man ~ I love you 3000x
From Tony to Morgan ~ I love you too...3000x

#R.I.P.BlackWidow
#
R.I.P.IronMan

#growOldCaptainAmerica
#thorbesiti

Tuesday, 30 April 2019

Ramadhan Datang Lagi...24 Syaaban 1440H





Lebih kurang 6 hari je lagi semua umat Islam seluruh dunia akan menerima kedatangan Ramadhan bulan yang mulia. Apakah persiapan kita untuk menerima kunjungan yang setahun sekali je dari Ramadhan? Adakah kita telah bersedia untuk memastikan bulan Ramadhan pada tahun 1440H ini adalah Ramadhan yang terbaik jika dibandingkan dengan ramadhan-ramadhan sebelum ini. 

Adakah kita mampu untuk berjumpa Ramadhan yang akan datang lepas 6 hari ini? Masihkah kita berpeluang untuk berjumpa dengan Ramadhan tahun ini. Semua adalah kehendak dari Allah swt. Mungkin ada yang tidak sedar bahawa kehidupan kita sebenarnya pendek sahaja. Jika Allah swt ingin menjemput kita sebelum sempat Ramadhan tiba, itu adalah Takdirnya. Jika kite diberikan peluang untuk menyambut dan menghayati bulan Ramadhan, itu juga adalah takdirnya. Kita sebagai manusia hanya mampu menerima seadanya ketetapan dan takdir yang telah ditentukan kepada kita. 

Kematian itu sangat hampir dan ianya tidak akan terlalu lewat untuk datang dan tidak juga terlalu cepat untuk kita. Bila Allah swt mengatakan 'kunfaya-kun' maka jadilah ia. Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sahaja. Jadi berusahalah untuk menjadikan kehidupan kita ini adalah yang terbaik kerana masa di dunia ini sebentar cuma.


Coretan jam 5.20 petang sebelum kaki melangkah keluar dari opis.


Wassalam. 

Monday, 29 April 2019

Ada Apa Dengan Ramlee Awang Murshid (RAM)




PROFIL RAMLEE AWANG MURSHID

Nama: Ramlee Awang Murshid
Tarikh Lahir:  4 November 1967
Asal: Papar Sabah, Malaysia 
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Kerjaya: Penulis novel, kolumnis dan wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur

Kelab Peminat: Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC)
URL: http://www.kelabram.com/

Genre novel: Thriller dan seram.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Anugerah Sastera Negeri Sabah 1995/1996 menerusi novel Igauan Maut
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Anugerah Sastera Negeri Sabah 2004/2005 menerusi novel Pei Pan
Anugerah Sastera Negeri Sabah 2006/2007 menerusi novel Bagaikan Puteri
Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009 menerusi novel Hijab Sang Pencinta (tempat ke-3)
Anugerah Buku Negara 2012 (Kategori Novel Remaja) menerusi novel 9 Nyawa


************************



My favorite Author...Ramlee Awang Murshid. Dia la satu-satunya penulis yang aku paling hormati dan paling aku suka dan sanjung semua hasil karya beliau dari zaman sekolah menengah sampai la sekarang nie. Kiranya aku adalah die-hard-fan RAM. Hihihi...

Ada 3 novel dia yang terbaharu yang masih belum aku miliki lagi iaitu:

(a) Kasyaf Ain
(b) Mitos
(c) Anding Ayangan 2




Ada sape-sape ke yang nk bagi hadiah 3 novel nie? Hihihi...beruntungnya kalau betul-betul ada yang sudi bagi hadiah novel nie...mmg tidur pun peluk novel nie...kihkihkih...melampau sayang namanye tue....

Dah lama tak gi Bookstore/MPH...

Tapi buku-buku novel baharu nie belum ada di pasaran lagi. Limited printed. Kena beli atas talian. Satu novel RM35 kalau tak silap la...huhuhu...kalau beli 3 sekali gus dh berape plak tue...hmmmm RM105 je kot. Hihihi...'jerrrr'...hmmm

Nak novel...nak novel RAM...

Nak novel RAM...

Nak novel RAM...

Nak novel RAM...

Nak novel RAM...

Nak novel RAM...


The end...


Wassalam. 

Bayang



Prolog - Bayang

Misha tersedar dari lenanya dan melihat sekeliling. Semua tampak putih dan menyilaukan pandangan mata. Misha cepat-cepat gosok mata untuk hilangkan rasa silau yang dihadapi. Kemudian, Misha perlahan-lahan membuka matanya dan melihat dia berada di tempat yang tidak dikenali. 

Misha berada di sebuah bilik kecil yang mempunyai tingkap bulat dan ternampak olehnya padang dengan rumput yang luas. Biri-biri dan lembu begitu ralit meragut rumput hijau yang segar. Bilik tersebut dihias dengan sejambak bunga tulip dalam pasu yang diletakkan di penjuru bilik. Bilik tersebut dilengkapi dengan alat penghawa dingin yang terpasang sejuk sehingga mencucuk ke tulang sum-sum...



Layan lagu Bayang - Khair Bahar

Lubuk Hati Yang Terdalam
Dihuni Rindu Menjalar
Jarak Terus Memisahkan
Tapi Hati…

Mungkin Tangan Ini Tak Pernah
Membelai Indah Cintamu
Mungkin Mata Ini Tak Terlihat
Tak Akan .. Hilang

Bayang
Mekar Di Dalam Jiwaku
Bersebelahan Tanganku
Tak Mungkin Aku Terlupa..
Rindu

Hati Ini Semakin Risau
Jurang Perjalanan Ku
Walau Jauh Tak Kan Berubah

Bayang
Mekar Di Dalam Jiwaku
Bersebelahan Tanganku
Tak Mungkin Aku Terlupa
Rindu


Hati Ini Semakin Risau
Jurang Perjalanan Ku
Walau Jauh Tak Kan Berubah

Bengang
Rindu Mendera Hatiku
Pedih Menyiksa Jiwaku
Tak Pernah Kita Bersua


Asalnya nak tulis cerpen tajuk Bayang...Tapi, idea beku...so, daripada entri nie dalam mode Draft je, so...aku copy paste Lirik Bayang oleh Khai Bahar. Hihihihi...



Nanti-nanti kalau ada idea..aku buat entri baharu....


Wassalam.

Hujan




10.39 pagi, lokasi masih di Opis Aku....

Aku ingatkan hujan dah reda tadi...jam 9.04 pagi...rupa-rupanya masih hujan di luar sana. Cuma tak berapa lebat macam awal pagi tadi. Tapi walaupun tak lebat sangat, still basah gak kalau keluar tanpa pakai payung. Aku perasan masih hujan bila aku turun nak gi ladies jap tadi. Rasa sejuk je kat luar tue...udara pun bau fresh air hujan...nyaman dan cool...

Aku suka HUJAN...

Serious, aku memang suka cuaca HUJAN. Bagi aku Hujan tue anugerah, rahmat dan hadiah oleh Sang Pencipta-Nya kepada makhluk-makhluk ciptaan-Nya di muka bumi ini. Sebab Hujan adalah untuk semua...untuk sebesar-besar makhluk kepadalah sekecil-kecil makhluk yang dok tinggal di dalam tanah. Air hujan akan masuk menerusi semua liang-liang lubang yang ada dan meresapi di seluruh alam.

Aku suka HUJAN...

Jika seseorang sedang bersedih, hujan adalah teman untuk menangis. Dia akan menemanimu tanpa jemu. Dia akan membasahi kedua-dua pipi mu dengan air hujan dan air mata mu tidak akan kelihatan. Tiada siapa yang tahu dan nampak kamu menangis jika hujan turun. Jadi kau boleh nangis sepuas hati kau tanpa ada rasa malu dan silu. Sebab hujan adalah teman terbaik jika kamu sedang bersedih. Hujan gak boleh kurangkan rasa masin air mata. Jadi, tak de la blood pressure ko naik masa ko tengah nangis, sebab air mata kot dh jadi tawar sebab air hujan tolong reducekan kandungan garam dalam air mata ko tue nanti. Hihihi...



Aku suka HUJAN...

Jika kau sedang bergembira, kau boleh mengekpresikan mood kegembiraan kau tue dengan menari dalam hujan. Tiada siapa yang akan halang kau untuk menari. Sebab apa? sebab dalam jiwa setiap manusia mesti ada keinginan untuk menari dalam hujan. Cuma most of them tidak mempraktikan secara nyata. Jadi kalau kau boleh menari dalam hujan, itu bermakna jiwa kau jiwa yang bebas dan tidak akan terikat dengan omongan orang-orang sekeliling. Ingat satu benda je....dorang jeles jika kau berani menari dalam hujan. Sebab hanya yang terPILIH sahaja yang berani untuk melakukannya. Hahahahaha...apa ko merepek nie LABU...kihkihkih...Lantak la...entri aku kot...ikut aku la nk coretkan ape pun. Suka aku la nak taip yang tak logik pun...hihihi...sebab nie entri aku. Kalau ko tak puas hati...ko buat blog kau sendiri....kihkihkih...

Aku suka HUJAN...

Hujan nie leh bantu alam menjadi sejuk...cool...nyaman...boleh kurangkan temperature sekeliling..boleh hijaukan dedaunan...pokok-pokok...taman dan bunga. Hujan sangat banyak berikan benefit kepada semua makhluk di muka bumi nie. Cuma bergantung kepada makhluk tue untuk gunakan benefit yang ada dengan sebaiknya. Air adalah sumber kepada kehidupan. Tanpa air, kehidupan akan menjadi kering kontang macam di padang pasir Gurun Sahara..yang ada hanyalah OASIS. 

Aku suka HUJAN...

Tak de sapa yang tak suka hujan. Kalau hujan waktu malam...lagi best...memang boleh tidur lena tanpa terjaga...sejuk...best tidur...hihi...

Aku suka HUJAN...

Hujan...Hujan...Hujan...



******************************************

Selebat hujan yang turun...

Mencurah membasahi bumi
...

Tidak selebat hujan
...

Di dalam jiwaku
...

Sehebat halilintar
...

Membelah langit yang kelabu
...

Tidak sepanas petir
...

Yang membakar hidupku
...

Oh hujan...

Di antara air mata ku...

Menitis laju...bersama pilu-pilu...

Ku cuba menghapuskan...

Kenangan waktu silam...

Namun bertambah membara...

Rindu yang ku sekamkan...

******************************************

Abis pasal HUJAN...the end....


Wassalam. 

N3g@rA H4r^m

Negara Haram by akeno2024 17 November 2023 Jika sejarah mampu bersuara Dahulu engkau hanya pelarian Baki serpihan simpati Hitler Untuk tingg...