Thursday, 12 September 2019

Where is My Dreams - Jung Kyung Ho



Not everyone can make their dreams come true
Regardless of how much you try to run toward it
I'm not even halfway there
I'm already stuck
In the darkness

Where's my dream that wishes to fly?
How far o I need to go
To find that dream
I keep calling for it
It doesn't look back
It just tells me
To get closer

Although it might not last for long
I still hope I'll get to encounter my dream one day

How far do I need to go
To find that dream
I kep calling for it
It doesn't look back
It just tells me to get closer

When this song's about to end
Will my dream get to see the light?
I wonder where
My distant and painful dream is at right now



From: OST When the Devil Calls Your Name

Jung Kyung Ho
31/08/1983
South Korea
Blood Type B
Virgo 



Say To Myself - Kim Yi Kyung



As a habit, I tell myself this
It will work, it's fine one day
I will make you laugh
It's awkward to look in the mirror
But I did it anyway

Everything pass by, counting to 10
To hold back the tears of my heart
Everything will happen
But I wanted to give up
I was heartbroken
I was tired

Small at the bedside
Like a sleepy doll
I'm secretly patting on my back
Thank you for growing up and
understanding it

Everything passes by
This long and winding road
The tomorrow unknown
Everything will happen
I'll go through
It every day
I always struggled with my dreams

Always struggling for my dreams
I'm so sorry to say
I haven't been able to do it yet


From: OST When the Devil Calls Your Name



Thursday, 20 June 2019

Raja Buah



Buahnya besar dan berduri
Isi tebal manis sekali
Hati girang tidak terperi
Terkenal seluruh negeri...

Kelmarin...semuanya berlaku kelmarin...my sweet little pinky mengharung kesesakan jalan dari federal highway hingga ke jalan menghala ke Taman Medan. Tujuan asal adalah untuk hantar barang kepada kawan yang tinggal di situ. Tak sangka jalan sesak plak...ambil masa untuk sampai walaupun sebenarnya 5 minit je dah sampai. Tak pe...diharungi juga ngan ketabahan hati...setiap kesusahan pasti ada hikmahnya...hihi...

Lepas selesai hantar barang kepada kawan, kena pusing balik...dan nampak la suasana di sisi jalan sebelah kiri penuh gerai-gerai kanopi biru dan putih jual buah durian...bergetar jiwa tengok banyaknya durian...

Walaupun nak menyeberang ke sebelah sana sangat mencabar, tapi sebab durian punye pasal...ku harung juga...bila tengok jalan dah sesak skit dan kereta slow, so...dengan pantas belok ke kanan dan stop di sisi kiri jalan...

Soalan pertama yang ku ajukan...berapa sekilo Durian IOI...pak cik penjual tue cakap ada yang RM18 dan RM20. Yang RM18 tue size buahnya kecil sedikit...yang RM20 tue buahnya besar-besar dan bulat-bulat. So, aku ambil yang sekilo RM20. Bajet dalam dompet ada RM60. So, kalo dapat 2 bijik pun jadi la...niat hati macam tue...

Pakcik tolong pilih la...yang mana elok...kata ku kepada pakcik penjual. Yang nie ok ke? Aku cakap, ok je...Pakcik tue pun kopek skit buah tue. Bila dah terkopek...mata aku...jadi bolat...wow, cantiknya kejadian isi...memang mengiurkan la...hahahaha...so, setuju ambil sebijik tue. Pakcik hantar gi timbang...dan timbangannya adalah seberat 2.9kg...dekat 3 kilo kot...hmmm...mmg besar buahnya...so, harga sebijik RM58...syukur under budget...walaupun kuantiti tak capai...tapi harga masih boleh diterima.



Sampai rumah, lepas settle kan apa-apa yang patut...start bersilat didapur. Menu juadah berbuka untuk puasa Ganti & Sunat hari ke-4 adalah...Mee Goreng Berkuah Daun Bawang dan Telur. Disebabkan puasa, so, tak dapat nak rasa-rasa. Kemasinan just agak-agak je...doa dalam hati mudah-mudahan tak terlebih masin....aamiin...Dalam masa 40 minit, Mee Goreng Berkuah Daun Bawang dan Telur siap. Saje je letak kuah banyak sikit, leh hirup kuah mee nanti...hihihi...

Check termos tengok ada air panas tak...bila check ada, so, leh la buat air...milo-milo anda jadi sihat dan kuat...hihi..rasanya minggu nie seminggu tak minum milo dah...so, leh la minum sekali sekala...hihihi...ambil milo 3in1 je...masuk dalam koleh...so, xde la pekat sangat dan tak manis sangat...

Tepat jam 7.27 mlm, azan maghrib pun berkumandang di TV1 dan juga masjid berhampiran dengan rumah...So, baca doa berbuka puasa dan doa makan...bismillah...itadakimasu...

Selesai makan...solat maghrib dulu...lepas tue..lepak-lepak tengok drama korea The Master's Sun...bila dah ok skit perut...so, operasi kopek durian bermula...hihihi...


Bile bukak tue...bau harum semerbak...sedapnya...bau manis-manis dan bau durian....hmmm...adik lalu depan terus, ambil seulas...aku tengok dia makan...dan tanya, sedap tak? manis tak? adik jawab...hmmmm je...So, aku pun dengan lafaz bismillah...ambil seulas dan gigit sikit ekor ulasan yang tajam...hmmmm...sedapnya...manis, lemak, pahit skit dan harum....hmmmm

So, malam kelmarin makan 1 ruang je...ada 9 ulas durian untuk 1 ruang tue...terkejut, banyak ulasnya dalam satu ruang. Adik makan 4 ulas...aku makan 5 ulas...extra 1. So, kiranya ada ruang yang belum dibuka...malam nanti sambung balik...takut kalo makan banyak terus, badan jadi panas...so, beringat sebelum kena...hihihi...

Raja Buah...Buah Durian


#durianlover
#durianIOI
#manislemakharum


Friday, 14 June 2019

Part 1: Adventure Trip to Kuching, Sarawak


Langkah kaki dimulakan dengan bacaan doa Bismillah hilazi layadurru....



Grab WTU2532 Pesona Silver tiba di kediaman jam 3.30 petang. Pemandu grab, perempuan bernama kak rose.

Destinasi yg dituju adalah LRT Asia Jaya. Keadaan federal highway sedikit sesak. Tiba di destinasi jam 3.42 petang. Tambang grab rm9. Bonus naik grab nie...kak rose ada business cake...so, dh ambil contact number. Rumah kak rose kat mentari court je.



Destinasi seterusnya...naik LRT utk ke KL Sentral. Kali nie gunakan card touch n go. Xperlu beli tiket di kaunter. Harga tuket rm2.40. LRT tiba jam 3.46 petang. Keadaan dalam lrt sesak ngan manusia-manusia yg nak gi keje shift petang atau yg nk balik rumah. Tiba di KL Sentral tepat jam 4.00 petang. Timing sama seperti yang dirancangkan...so far.



Destinasi seterusnya...cari booth jual tiket erl online. Sebab fiza bg tau kalo beli kt machine ticket, harga lg murah. Tapi kena guna debit card la. Mudah je nk gina machine tue...mmg user friendly. Harga tiket rm49.50 berbanding harga di kaunter rm55. Jimat RM5.50. Hihi...



Tiket leh dihantar ke emel jika nak n boleh printout trus lepas bayaran dibuat. 

Seterusnya...cari pintu bording to erl...nak masuk laluan tue, just scan bar code yg terdapat pada tiket. Setiba di tempat menunggu erl, erl telah pn sedia menanti. Erl telah bergerak jam 4.14 petang. Dijangka akan tiba di destinasi dalam tempoh 28-40 minit.



Tepat jam 4.50... telah sampai di destinasi KLIA2. Hmmmm... ramainya manusia... berpinar-pinar mata tengok ragam manusia. Ada yang jalan lenggang kangkung...ada yg tarik trolley bag bunyi mcm nk tercabut roda...punye la laju... maybe kejar flight...dh terlewat. Tak kurang gak pekerja klia2 nie...yg dok tolak trolley-trolley bag yang ditingfalkan oleh pengguna di terminal pelepasan. Pendek kata mmg nampak busy sangat klia2 nie. Hihi...



Disebabkan ari nie pose gnti hari ke-3 dan juga doa pose sunnat syawal...makanya terpaksa tengok je org2 makan... hmmm... xsabar rasanya nak tunggu waktu berbuka jam 7.25 malam nnt. Kalau ikut perkiraan ada lagi 1 jam 15 minit sebelum waktu berbuka. Dah ushar2 dah kedai mana...nnt cukup time kite serbu kedai tue...hihi...






Tamat kisah perjalanan dari PJ ke KLIA2 menaiki public transport.





Bila dah nak sampai time berbuka jam 7.27 malam, last-last pilih KFC je. Padahal tadi sebelum masuk waktu berbuka, macam-macam makanan nak makan. Tapi last-last KFC gak yag jadi pilihan. Sebabnya restoran KFC nie sebelah dengan Balai Pelepasan Domestik dan juga berhampiran dengan surau. 




To be continue...


Pintu masuk Kaunter Daftar Masuk
Jam 6.15 petang
KLIA2

Friday, 7 June 2019

Majlis Tahlil Raya ke-3




Lirik Lagu Selamat Berhari Raya – Rahimah Rahim

Selamat berhari raya
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah


Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi


Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada


Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi


"Enak menjamu selera, jangan lupa yang tiada..." - Untuk tidak melupakan insan-insan tersayang yang telah pergi dahulu meninggalkan kita, maka pada Hari Raya ke-3 telah diputuskan oleh semua kaum kerabat Rembau untuk mengadakan Majlis Tahlil untuk Wan, Atuk dan semua saudara-mara yang telah meninggal dunia. Majlis Tahlil ini hanya dihadiri oleh sedara-mara terdekat sahaja..di kalangan adik beradik, anak-anak dan cucu-cucu sahaja. Bacaan Tahlil diketuai oleh pak Andak - Rahim Hassan. 

Selepas selesai tahlil dan bacaan Yaasin, majlis disudahi dengan jamuan untuk semua yang hadir. Jamuan kali nie Pak Andak jamu dengan kari kambing...iaitu kambing Wan & Atuk yang kini telah dibela dan dijaga oleh family Mak Ateh. 

Peha kambing


Seekor kambing jantan telah tumbang pada 3 Syawal 1440H/2019M. Tukang sembelih Pak Ateh dan dilapah oleh Pak Cu dan Pak Andak. 

Pak teh tengah melapah kambing

Pak Cu tengah try test ketajaman pisau

Daging kambing yang siap dipotong


Ternakan kambing nie je yang ada lagi tinggalan Wan & Atuk untuk anak dan cucu...rumah tradisi minangkabau pun dah tinggal sejarah je...huhuhu...rumah lama telah usang sangat dan banyak kayu-kayu dinding telah dimakan dek anai-anai. Kayu Tiang Seri rumah Wan pun dah reput dimakan anai-anai. Makanya...rumah minangkabau hanya tinggal pada gambar sahaja....


Tinggal Kenangan Rumah Wan & Atuk Tahun 1980-an



Den cucu Rembau
Kg Astana Raja
Rembau, Negeri Sembilan


Tuesday, 4 June 2019

Memori Malam Raya di Negeri Sembilan Negeri Beradat



Pada malam raya, kebiasaannya jemaah surau/masjid akan berarak dari rumah ke rumah para jemaah surau/masjid untuk melaungkan takbir raya di setiap rumah. Ini bertujuan untuk menyemarakkan rasa sayang dan kecintaan kepada Sang Pencipta-Nya yang telah memberikan keberkatan dan keampunan sepanjang bulan Ramadhan, dan kehadiran Syawal adalah untuk meraikan kemenangan dan kegembiraan. 

Di Kampung Astana Raja, tradisi ini masih dikekalkan telah lebih 60 tahun. Memandangkan Atuk dah tak de, so, Ketua Takbir di rumah diketuai oleh Pak Andak dan jemaah surau yang lain.


Takbir Raya yang diadakah di rumah-rumah jemaah surau ini biasanya dilakukan selepas solat Isyak. Jemaah-jemaah ini akan pergi ke setiap rumah di Kampung Astana Raja. Biasanya sampai jam 12 tengah malam baru abis pusing satu kampung...lebih 30 buah rumah. Dulu adik-adik lelaki join berarak nie...ikut abah. Sebab budak-budak kecik yang ikut akan dapat duit raya...Tuan Rumah yang bagi. Di samping tue, Tuan Rumah biasanya akan hidangkan jamuan kecil untuk jemaah-jemaah surau nie. Contoh macam biskut-biskut raya, bihun goreng, kuih-muih dan air teh susu. Orang Rembau dan Teh Susu tidak dapat dipisahkan. Resepi Teh Susu yang sedap...teh mesti pekat dan manis. Hihihi...Terasa-rasa teh susu yang Wan buat....memang ada umphhhh...


Bila budak-budak lelaki pergi berarak, budak-budak perempuan opkos la kena duduk dapur isi kuih muih dalam pinggan kecil...masuk dalam talam klasik yang berbunga-bunga tue. Biasanya Wan akan bagi tahu nak buat berapa hidang. So, kena la panjat para, nak ambil dulang klasik tue. Kena basuh dulu, lap bagi kering....al-maklumlah, jarang-jarang digunakan. Plak tue nak dalam kuantiti yang banyak.

Bila ramai cucu-cucu nie, Wan punye keje pun senang...bagi arahan je. Biasanya keje yang budak-budak kena buat, just isi biskut dan kuih-kuih je la. Pastue, ambil cawan dan susun dalam dulang jugak. Yang bestnya time isi biskut tue, opkos la...ada istilah "satu masuk pinggan, satu masuk mulut...satu masuk pinggan satu masuk mulut.." hahaha...memang kenangan yang best time tue. Wan pun tak kisah cucu-cucu dia makan biskut raya. Nanti-nanti sape je yang nak makan kalau bukan cucu-cucu dia jugak. Hahahaha....

Bila semu dah siap tersusun, jemaah surau dah sampai....laungan takbir raya pun berkumandang di ruang tamu. Memang best la time tue. Sebab ramai orang takbir kat rumah kan...rasa macam semangat Syawal tue datang dan tidak lupa Ramadhan yang telah beransur pergi. 

Lepas takbir selesai...Wan akan bagi arahan baharu...ok...angkat dulang-dulang tue letak kat ruang tamu. Biasanya pak cik-pak cik turun ke dapur untuk ambil dulang-dulang tue...sebab berat kan...yang perempuan-perempuan nie akan hulur kan je...Seronok betul time tue...

Budak-budak yang kecik-kecik, sibuk kat luar rumah main bunga api kucing...bunga api yang banyak asap dan bunga api yang percik-percik tinggi tue. Kalau yang besar skit, pandai main mercun papan, mercun katak, mercun bola, mercun roket...semua jenis mercun ada time tue. Mercun lom kena band lagi time tue. 

Malam raya memang akan riuh rendah dengan bunyik mercun berdentam-dentum...rumah A tembak mercun roket kt rumah B...tak pun lawan bunyik meriam sape yang paling kuat. Hahaha..memang binggit la time tue. Tapi itu la keseronokan nak sambut 1 Syawal.

Wan dan Atuk, sibuk kat belakang rumah bakar lemang, kacau dodol, buat rendang...kiranya malam raya penuh dengan aktiviti kekeluargaan. Sebab esok pagi dah tak de masa nak masak-masak nie. Semua kena buat malam raya je...orang Rembau cakap Mantai Malam Raya. Esok, time raya...semua orang akan busy nak melawat sanak saudara, sahabat handai...nak solat raya lagi...jadi memang tak de masa untuk masak-masak. 1 Syawal adalah hari pelepasan memasak. 1 Syawal adalah hari untuk bergembiran bersama keluarga dan makan-makan sahaja. 

Harap sangat tradisi turun temurun ini akan kekal sampai bila-bila dan diamalkan oleh generasi baharu. Jangan dilupakan tradisi Melayu kerana hanya bangsa Melayu sahaja yang akan mengekalkan tradisi ini. Jika bangsa Melayu sendiri melupakan asal usul, tradisi dan budaya...akan hilanglah Melayu di mata dunia.



Den Cucu Rembau
Kg Astana Raja
Rembau, Negeri Sembilan

Resepi Wan Turun Temurun - Ayam Gulai Cili Api Rembau Raya



Bahan-bahan untuk ayam gulai cili api rembau, resepi turun temurun dari Wan, Rembau adalah seperti berikut:

Bahan utama:
Ayam Segar

Bahan A:
Cili padi/cili api
Bawang besar
Bawang putih
Bawang kecil
Halia
Kunyit

Bahan B:
Jintan manis
Jintan putih
Ketumbar

Bahan C:
Serai (dititik sahaja)
Santan
Air secukupnya
Minyak masak
Garam


1. Panaskan minyak secukupnya. Kemudian masukkan bahan A dan tumis sehingga naik bau.

2. Bahan B perlu disangai dan diblender dahulu. Jadikan pes dengan mencampurkan sedikit dengan bahan A. Kemudia masukkan bahan B. Kacau bahan A dan B sehingga rata dan sekata.

3. Selepas naik bau, masukkan ayam untuk dikecutkan bersama-sama bahan tumisan tadi. Tidak perlu masukkan air kerana ayam akan keluarkan airnye sendiri. Masak sehingga ayam separuh masak.


4. Kemudian masukkan santan dan air mengikut citarasa sendiri. Jika ingin pekat, lebihkan santan. Jika ingin cair, tambah air mengikut kesesuaian.

5. Masak sehingga ayam empuk dan masak.


***masakan Negeri Sembilan biasanya pedas. Tahap kepedasan adalah 3 level cili padi. Pedas-pedas baru ada umphhh...



Monday, 3 June 2019

Resepi Kuah Kacang Raya Mak



Bahan-bahan untuk Kuah Kacang Raya Mak adalah seperti berikut:

Bahan utama : 
Kacang Tanah

Bahan A:
Cili kering (blender)
Bawang besar
Bawang putih
Bawang kecil
Halia
Lengkuas
Serai

Bahan B:
Gula Merah
Garam
Cuka
Minyak masak
Air


Cara-cara untuk membuatnya adalah seperti berikut:

1. Panaskan minyak masak.

2. Selepas minyak panas, masukkan semua Bahan A. Kacau sehingga rata dan sebati. Pastikan Bahan A dimasak sehingga naik bau.

3. Kemudian masukkan kacang tanah yang telah diblend. Berikut adalah gambar bila cili dan kacang tanah bersatu dalam kuali. Pastikan kedua-dua bahan ini dapat disatukan dengan sekata dan baik.


4. Selepas dikacau sehingga sebati, masukkan air dalam kuantiti yang banyak bagi mencairkan kuah kacang yang pekat.

5. Kemudian masukkan 2 sudu besar cuka, gula merah dan serai. Masak sehingga kuah kacang ini pecah minyak dan kacang telah masak sepenuhnya.


***Masukkan gula mengikut kesesuaian masing-masing. Begitu juga dengan cili. Jika suka pedas, lebihkan cili kering. Warna kuah kacang akan nampak lebih merah dan pedas.


Kuah Kacang Raya Mak...siap... kebiasaannye kuah kacang manis, masin skit, pedas dan mesti ada rasa serai. Baru rasa sedap dan lengkap kuah kacang tue...



Resepi Rendang Daging Raya Mak



Bahan-bahan untuk resepi Rendang Daging Raya Mak seperti berikut:

Bahan Utama: 
Daging lembu (daging batang pinang seelok-eloknya)

Bahan A:
Bawang besar
Bawang putih
Bawang kecil
Halia
Serai

Bahan B:
Jintan manis
Jintan putih
Ketumbar
Serbuk kunyit
Cili kering diblender
Serbuk cili

Bahan C:
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kayu manis
Buah pelaga

Bahan D:
Minyak masak
Garam
Air
Santan
Kerisik



Cara-cara membuatnya:

1. Daging dipotong mengikut urat untuk pastikan daging lembut. Hiris sederhana tebal. Jangan tebal sangat, nanti lambat nak tunggu lembut.

2. Bahan A: sediakan 2 portion untuk bahan A. Satu portion, bahan-bahan dimayang halus untuk ditumis. Satu portion lagi, dible der halus untuk dicampurkan dengan rempah rendang. Untuk dijadikan pes basah rendang.

3. Bahan B: sangai jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Pastikan nisbah bahan-bahan ini 1:1:2 (lebihkan portion ketumbar jika nak naikkan bau harum). Selepas naik bau, angkat bahan-bahan ini untuk diblender. Sangai bahan tanpa menggunakan minyak. Sangai jangan sampai hangus. Perlu jaga api. Gunakan api kecil sahaja. Kemudian, ambil cilik kering yang telah diblend, campurkan dengan rempah kari daging babas, campur bahan A yang juga telah diblender. Gaulkan semua bahan dalam mangkuk besar dan kacau sehingga sebati. Masukkan sedikit serbuk kunyit dan serbuk cili untuk tambahkan kepedasan.

4. Selepas semua bahan telah tersedia, panaskan minyak dan masukkan bahan A yang telah dimayang. Tumis sehingga naik bau. Jangan sampai hangit.

5. Kemudian, masukkan bahan A dan B yang telah digaulkan bersama menjadi pes rendang. Tumis sehingga naik bau dan terbit minyak sedikit. Masukkan garam mengikut kesesuaian tunas rasa masing-masing.

6. Masukkan daging dan kacau sehingga rata semua rempah menyaluti semua daging. Tidak perlu masukkan air kerana daging mempunyai airnya yang tersendiri. Nanti air daging akan keluar. Kacau sehingga semua rata sebati. Kecilkan api kerana ini merupakan proses pengecutan daging dan untuk menjadikan daging empuk. Kemudian masukkan serai yang dititik. Lagi banyak serai, lagi sedap. Tapi jangan terlebih sebab nanti leh jadi pahit.



7. Kemudian, masukkan semua bahan C. Kacau dan gaul rata. Pastikan kacau hingga ke dasar kuali bagi mengelakkan rendang hangus di bahagian bawah.


8. Pada peringkat ini, kuali telah dipenuhi air yang keluar dari daging lembu. Tutup kuali dengan penutup yang besar. Kecilkan api untuk proses mengecutkan dan melembutkan daging. Pengecutan ini perlukan masa yang lama. Maybe 2-3 jam mengikut berat daging yg dimasak. Sekali sekala, buka penutup dan kacau daging bagi mengelakkan hangus di bahagian bawah kuali. Jika air daging telah berkurangan, boleh masukkan air sedikit sehingga air menenggelamkan daging itu semula. 

9. Jika daging telah lembut, masukkan santan pekat. Kacau sehingga sebati. Bila telah mendidih, masukkan pula santan cair. Pastikan santan ini menenggelamkan daging. Kacau sehingga sebati.


***mak suruh tambah 1 kotak kecil + 1 kotak besar (1kg) santan lagi untuk tambahkan kepekatan rendang nie...

10. Akhir sekali masukkan kerisik. Masak daging sehingga kering atau mengikut cita rasa sendiri sama ada hendak kuah sedikit atau kering. 

Rendang Daging Raya Mak...siap...


***Rendang nie belum kering lagi. Saje je ada kuah skit. Nanti kalo panaskan selalu jadi keringlah...Kuah rendang macam nie sedap makan ngan nasi panas or nasi impit...yummm...rasa lapar plak...tak sabar nak tunggu berbuka puasa. 

30 Ramadhan



Hari ini merupakan penutup kepada Ramadhan...Ramadhan ke-30. Adakah ini merupakan ramadhan yang terakhir untuk kita atau kita akan berjumpa lagi ramadhan di tahun akan datang? Semuanya adalah ketentuan Allah swt. Hanya Allah swt sahaj yang Maha menegetahui semua yang terjadi di langit dan di bumi. Begitu juga sama ada kita akan diberikan peluang untuk terus hidup dan berjumpa ramadhan tahun hadapan atau akan dijemput mengadap Sang PenciptaNya. 

Hari ini merupakan sahur yang terakhir...dan waktu berbuka yang terakhir. Mulai malam nanti takbir raya akan bergema di seluruh masjid-masjid di seluruh dunia. Tanda kemenangan mengharungi sebulan ramadhan. 

Ramadhan akan pergi meninggalkan kita dan Syawal sedang dalam perjalanan dan telah hampir untuk mengetuk pintu setiap rumah umat Islam seluruh dunia...

Yang pastinya Ramadhan pasti akan dirindui dan kehadiran Syawal akan dirai...

Salam aidilfitri...

Awan Hitam

Awan Hitam Bosan... Bila nak balik nie... Penat melayan kerenah manusia... Topeng berlapis-lapis Sampai lupa wajah sebenar yang mana Benci.....