Aku telah bermimpi pergi ke rumah salah seorang boss aku. Boss
aku nie dah bertukar bahagian. Jadi realtinya dalam realiti aku dah lama tak
jumpa dia. Jadi entah kenapa boleh termimpi dia plak. Orang tua-tua bagi tahu
kalau kita mimpikan seseorang tue bermaksud kita rindukan dia atau dia rindukan
kita. Tapi adakah mimpi yang aku alami ini tanda aku rindukan dia atau dia yang
rindukan aku. Aku pun tak pasti. Korang bacalah sendiri iya.
Dalam mimpi tue aku dengan 2 orang kawan naik satu kereta untuk
gi ke rumah boss aku nie. Tapi aku tak ingat langsung muka 2 orang kawan aku
tue dan tak ingat langsung siapa dia.
Aku pelik sebab kawasan perumahan boss aku ini seperti kawasan perumahan
lama. Sepanjang perjalanan nak ke rumah boss nie ikut jalan lama...Jalan
ala-ala pertengahan 80an.
Kami berhenti di cabang 4 traffic light. Jalan tar nampak tar
lama dan batu border tepi jalan bercat hitam putih yg dah pudar. Kawasan jalan
berhabuk dan panas terik.
Motor-motor kapchai dan basikal body hitam dan tayar besar masih
digunakan di jalan raya. Gaya pakaian apek-apek Cina yang naik motor, nampak
seperti orang yg baharu keluar dari ladang. Kemeja mungkin sebelumnya warna
putih, tapi dah bertukar ke warna krim gelap dan nampak kesan-kesan kotoran di
baju yang dipakai. Pkai helmet hitam macam bentuk kulit kura-kura separuh bulat
dan tali helmet berjuntai tidak dikancingkan.
Lampu isyarat bertukar hijau. Kereta kami gerak belok ke kanan
dan kami jalan straight dan dalam 5 minit kami sampai ke simpang taman
perumahan dan belok kiri. Kawasan perumahan tue nampak kawasan lama. Kawasan
perumahan double story...besar-besar rumah kt kawasan tue. Kami lalu di lorong
tepi kawasan perumahan, jalan terus sampai kami jumpa rumah boss kami, corner
lot. Rumah bercat turquoise blue dan bertiang putih.
Sesampai sahaja di rumah boss, rupanya boss dah lama tunggu
kami. Boss ajak kami masuk rumah dan hidangkan juadah untuk kami.
Bila aku melangkah masuk, aku tengok rumah boss aku nie besar
dan siling pun tinggi. Ketinggian siling lagi tinggi dari ketinggian biasa.
Ruangan rumah boss aku, setiap ruang mempunyai warna cat
dinding yang berbeza. Ruangan dapur cat dinding kuning air. Terdapat 3 bilik di
ruangan bawah. Ruangan bilik tidur boss cat dinding color royal blue. Ruangan
bilik 2 bilik tiduk anak boss satu warna green turqoise dan peach.
Dinding ruang tamu warna putih biasa. Walaupun setiap dinding
mempunyai cat berbeza dan tampak warna-warna ceria, tetapi aku rasakan suasana
rumah tersebut suram dan sunyi. Aku hanya terdetik dalam hati sahaja. Tetapi,
aku tak sangka boss aku boleh tahu apa yang terdetik dalam hati aku.
"Ya, rumah nie memang nampak suram dan
sunyi...."
Aku terus tanya boss aku, siapa duduk di tingkat atas,
kalo semua dah tidur di bilik bawah. Boss aku bagi tahu, maid dia tidur di
bilik atas. Aku tengok tangga untuk naik tingkat atas rasa macam tinggi sangat.
Tangga tue diperbuat dari kayu, anak tangga juga dari kayu yang bercat coklat
gelap. Aku nampak ira-ira kayu yang berwarna lagi gelap dari warna coklat.
Nampak seperti kayu yang digunakan untuk buat tangga tue dari jenis kayu yang
mahal.
Aku naik ke tingkat atas. Rupanya tingkat atas ada ruang tamu
yang luas dan ada balkoni yang terbuka. Aku berjalan menuju ke balkoni. Pintu
kaca terbuka luas. Langsir putih nipis dan jarang berkibaran kerana tiupan
angin sepoi-sepoi bahasa.
Pandangan dari balkoni menghadap ladang kelapa sawit yang
luas..seluas mata memandang. Bila aku tengok ke bawah, aku rasakan bahawa rumah
tue bukan ketinggian 2 tingkat, tetapi lebih tinggi dari tue. Aku cepat-cepat
masuk ke dalam, kerana berasa gayat dengan ketinggian itu.
Aku lihat keadaan ruangan tingkat 2 rumah boss aku nie...semua
aku perhatikan. Ruang atas kosong hanya nampak 3 pintu bilik yang berkunci
rapat. Lantai tingkat 2 nie dari parkir kayu segi empat tepat berwarna coklat
gelap yang disusun-susun. Macam rumah dulu-dulu. Bukan dari morzek atau marble.
Aku mendongak ke atas...dan aku berasa pelik, kerana siling atas
diperbuat daripada kayu nipis. Nampak kesan-kesan air hujan bertompok dan ada
kayu yang nampak dah kembang kena air.
Dalam hati aku berdetik lagi. Nape rumah boss macam nie?
Aku jalan turun ke bawah. Aku tengok 2 orang kawan aku tengah
menjamu selera dengan juadah yang boss dah sediakan. Semua puji sedap. Tapi aku
tak erasa nak join mereka menjamu selera.
Aku ajak 2 orang kawan aku balik sebab aku rasa tak sedap hati.
Kawan aku pun follow aku keluar dari rumah boss. Yang peliknya boss aku tue tak
iring kami keluar pun. Kami keluar sendiri.
Bila kami nak keluar, tetiba jalan nak keluar berubah jadi
jurang batu yang tajam dan tinggi. Walhal, masa masuk tadi bukan jalan macam
tue. Dalam hati aku, macam mana pun aku kena keluar dan tinggalkan rumah nie.
Aku turun slow-slow ikut batu-batu yang tak tajam...tapi aku
stuck, sebab depan aku ada jurang batu yang tinggi dan nampak tajam. Tetiba,
ada seseorang hulurkan tangan dan bantu aku untuk keluar dari jurang tue. Aku
sambut tangan dia dan aku rasakan seperti aku telah diangkat tinggi untuk
lompat dan aku selamat turun. 2 orang kawan aku pun dapat turun dengan selamat.
Aku ucapkan terima kasih kat lelaki nie sebab dah tolong aku.
Tapi lelaki yang tolong aku nie senyap je tak cakap apa-apa. Lelaki ini just
jalan je dan tunjuk jalan keluar. Bila dia dah tunjuk jalan keluar, dia pun
pergi. Dia nampaknya pergi dengan tergesa-gesa. Aku tak pasti, nape reaksi dia
seperti takut.
Bila lelaki nie dah pergi, aku tengok jalan keluar tue dah
hilang. Kawasan tue seperti kawasan perumahan tinggal. Kami bertiga tak jumpa
kereta kami. Kawasan sekeliling adalah ladang kelapa sawit.
Kami bertiga cuba mencari jalan keluar, tetapi kami
bertiga seolah-olah berpusing pada tempat yang sama.
Kawasan tue tetiba berubah menjadi kawasan belukar dan
banyak kereta-kereta buruk yang elah dipenuhi dengan pokok menjalar di tepi
lorong menghadap ladang kelapa sawit. Motor-motor buruk yang dah berkarat
tercabut tayar. Basikal-basikal buruk yang hanya tinggal rangka sahaja. Aku
rasa sangat pelik dan janggal kenapa kawasan tersebut berbeza dengan kawasan
sebelum nie. Rumah boss aku dan berubah jadi rumah tinggal kosong tak
berpenghuni. Boss aku pun dah hilang entah ke mana.
Kami jalan dan jalan lagi. Tetiba kami terserempak dengan
3-4 orang lelaki dengan muka yang tiada perasaan, letih dan lesu. Pakaian
mereka nampak smart berkemeja dan berkot. Tetapi tak terurus dan serabai.
Mereka jalan-jalan tanpa arah tujuan. Seolah-olah mereka pun
sama, terperangkap dalam kawasan yang tiada jalan keluar. Mungkin mereka dah
letih dan kepenatan kerana berpusing di tempat yang sama.
Cuaca panas terik kini telah beranjak ke petang. Kami
bertiga masih belum temui jalan keluar. Aku berkata dalam hati, aku tak nak
stuck di tempat pelik nie sampai malam. Aku kena cari jalan keluar. Macam mana
pun aku akan usahakan untuk cari jalan keluar sebelum hari berenjak malam.
Tiba-tiba aku teringat masa datang tadi, kereta lalu di
lorong tepi ladang kelapa sawit. Jalan straight je tak belok-belok...dan bila
sampai simpang, kena belok kanan untuk keluar dari kawasan perumahan
tue...sebab masa datang kami belok kiri untuk masuk simpang.
Aku bagi tahu idea aku dengan 2 orang kawan aku tue . Aku
cadangkan untuk jalan kaki sahaja. Tak payah cari kereta. Tak sangka idea aku
tue didengari lelaki-lelaki yang senasib ngan kami dan mereka nak follow kami.
Tengah aku cakap tue, tetiba semua orang berundur ke belakang
dan menyorok.
Aku tanya dorang kenapa? nak gi mana?
Diorang hanya tunjuk jari ke arah sesuatu di belakang ku.
Bila aku pusing belakang, ada satu lembaga hitam tengah
mengesot-ngesot ke arah kami. Setiap kali mata berkelip, dirasakan seolah-olah
lembaga tue makin dekat, dekat dan dekat.
Aku cepat-cepat bersembunyi...tapi dah terlambat sebab lembaga
tue dah nampak aku.
Lembaga tue mengesot-ngesot di tanah...nampak rendah je....tapi
bila dia sampai kat aku dia jadi tinggi dan besar...muka dia...aku tak berani
nak tengok...aku cepat-cepat tutup mata dan berserah pasrah. Mulut aku hanya mampu
melafazkan ucapan Allah..Allah...Allah Ya Allah...Allah..Allah..Allah Ya
Allah...
Dalam hati aku cakap semua nie mimpi je...mimpi...aku kena
cepat tersedar dari mimpi nie...aku kena keluar dari mimpi nie...
Aku rasakan bahawa aku susah nak tersedar dari mimpi. Aku baca
lagi kuat dan kuat lagi sampai aku terjaga dari mimpi...
Bila aku terjaga dari mimpi tue, mulut aku masih lagi melafazkan
ucapan Allah...Allah..Allah Ya Allah lagi dan jantung aku berdebar
kencang...dan still rasa takut...seolah-olah roh aku betul-betul mengalami
kejadian seram itu.
Aku tengok jam dah kul 5.19 pagi dan terdengar masjid dah start
bacaan al-quran sebelum masuk azan subuh.
Bila difikirkan semula, aku bersyukur sebab aku tak makan
juadah yang boss aku sediakan. Kalaulah aku makan aku tak tahu, aku boleh
keluar dari mimpi ke tak.
Apa pendapat korang pasal mimpi aku nie. Mimpi nie betul-betul
terjadi ke atau ianya sekadar mainan tidur?
Nak cakap aku baca kisah seram sebelum tidur...tak de
gak...Tengok cerita seram pun tak ada.
Atau mungkin, malam tadi aku lupa nak baca 3 qul dan ayat kursi
sebelum tidur...sebab itu roh aku telah diculik dan dibawa ke tempat sebegitu.
Sekadar andaian aku sahaja. Tiada sebarang fakta yang menyokong andaian nie.
Sekian, semoga terhibur dengan perkongsian pengalaman Mimpi.