Friday, 27 August 2021

Kisah 3: Welcome to Black Parade – My Chemical Romance

 

When I was a young boy

My father took me into the city

To see a marching band

He said, “son, when you grow up

Would you be the savior of the broken

The beaten and the damned?”

He said, “will you defeat them

Your demons and all the non-believers?

The plans that they have made?

Because one day, I’ll leave you

A phantom to lead you in the summer

To join the black parade

 

Sape yang suka gilerr-gilerr lagu nie, kite geng…hihihi…sebab lagu nie memang lagu favorite masa tgh bt revision / study zaman belajar dulu-dulu. Memang akan ulang-ulang-ulang lagu yang sama setiap hari dan tak jemu-jemu. Sampai hafal la lirik penuh lagu nie. Tapi lepas kejadian yang di luar jangka dan luar biasa yang leh masuk dalam kategori misteri juga menyebabkan aku dah delete terus lagu nie dari laptop…handphone dan pen drive. Rasanya agak lama gak la aku tak dengar dah lagu nie lepas insiden tue.

 

Kisah nie berlaku tahun 2010, masa tue aku tgh sambung degree secara e-PJJ. Time tue aku bekerja sambil belajar. Lepas abis diploma aku dapat offer keje kat Kota Bharu. Aku gamble gi cari rezeki di negeri orang. Lepas keje setahun, aku tengok kawan-kawan ramai yang sambung study. Aku rasa jealous sebab ramai yang sambung. So, aku pun bincang ngan boss, boleh ke kalau aku nak mohon sambung belajar sambil bekerja. Sebab aku perlu dapatkan sokongan Ketua Jabatan kalau aku nak sambung belajar. Program e-PJJ nie waktu kuliah dia adalah hari Sabtu dan Ahad je. Dalam sebulan, perjumpaan di kelas 4 kali sahaja. Tapi walaupun 4 kali, tempoh jam perjumpaan adalah full day untuk hari Sabtu….bermula jam 8 pagi sampai 6 petang dan separuh hari untuk hari Ahad. Disebabkan hari Ahad, adalah hari bekerja di Kota Bharu, jadi aku kena ambil cuti sendiri untuk hadir ke kelas. So, selepas berdiskusi, Ketua Jabatan bagi kelulusan. Maka bermula la kisah aku sebagai seorang pekerja dan pelajar e-PJJ untuk tempoh 4 tahun. Aku travel dari Kota Bharu ke Shah Alam setiap 2 minggu sekali untuk hadir kelas e-PJJ.

 

Bila pilihan telah dibuat, so kena la pandai bahagikan masa dengan baik dan komitmen yang tinggi atas pilihan yang telah dibuat. Pengorbanan tue sudah semestinya ada. Bak kata omputih, No Pain No Gain…kalau nak ambil kata-kata Edward dari anime Fullmental Alchemist – “hukum pertukaran yang sama nilai”…bermaksud, untuk mendapatkan sesuatu, maka harus dibayar dengan sesuatu yang sama nilai dengan apa yang kita inginkan. Itulah namanya pengorbanan dalam kehidupan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik.

 

Ok…dah jelaskan sedikit latar belakang kisah aku keje dan study secara e-PJJ. Berbalik semula kepada kisah yang sebenar…setiap dalam lagu-lagu yang kita dengar mesti ada kisah disebaliknya. Yang tahu tentunya hanya diri sendiri. Macam tue gak ngan aku…lagu Welcome to the Black Parade nie ada meninggalkan kesan yang menyeramkan gak la. Sebabnya dah 10 tahun tak dengar or tgk video klip lagu yang pernah jadi favorite nie.

 

Kebiasannya bile hidup sebagai pelajar nie…time yang paling sibuk dan tak cukup masa nak buat revision adalah bile lagi 2 minggu nak final exam. So, tue la yang aku pernah alami. Memang tempoh 2 minggu nak exam tue…macam-macam nak kena cover. Nak tidur pun takut…kiranya makan minum mandi semua ngan buku la…hari Jumaat dan Sabtu adalah hari dok dalam rumah dan pulun sebanyak mungkin. Time tue la teringat kat Doremon…bagusnya kalo ada Roti Hafalan. Roti yang leh cap kat buku dan bila makan roti tue semua content dalam buku boleh diingat. Hahahaha…Doremon gak yang aku ingat time-time terdesak macam tue. Astaqfirullah halazim…patut kena banyak berdoa ngan Allah swt time-time mcm tue…maaflah, zaman budak-budak lagi…

Aku nie jenis yang sambil belajar sambil dengar lagu. Lagi stress, lagi heavy lagu yang akan aku dengar. Time buat revision tue, xde la nak dengar lagu-lagu balada or sentimental nie…leh tertido kot. Otak tak jalan…otak jadi tak agresif untuk study. Nie cara aku la…sebab lain orang lain cara study. Jadi jangan kecam iye…maaflah iye…huhuhu…

 

Pilihan lagu aku time tue adalah lagu oleh My Chemical Romance dan Muse je…ada 2 lagu je yang aku rasa sesuai ngan keadaan aku time tue…Welcome to Black Parade dan Super Massive Black Holes. Tapi, my favorite song opkos la Welcome to Black Parade. Jadi aku ulang-ulang-ulang-ulang entah berape banyak kali dah ulang sepanjang tempoh aku study tue. Aku pasang video klip kat TV dan setting repeated. Siang malam…dengar lagu yang sama je…mesti jiran sebelah menyebelah pun dah hafal lagu nie. Hahaha... sebab kalo waktu pagi tue…agak kuat gak la volume aku pasang. Huhuhu…maaflah jiran-jiran iye…zaman budak-budak…

 

Hari tue Jumaat…iaitu minggu terakhir sebelum minggu peperiksaan akhir bermula. Aku study sampai nak maghrib. Pintu rumah dan tingkap aku tak tutup…tambah plak lagu Welcome to Black Parade masih berkumandang dalam volume yang agak kuat. Entah kenapa…aku stop study, aku tengok luar rumah dengan pintu terbuka luas. Depan umah aku bukan ada apa-apa pun…menghadap kebun orang. Kiranya semak samun kebun la kiranya. Pastue…dari arah bertentangan dengan aku pandang tue…dari jauh aku nampak pokok ketapang menjulang tinggi. Memang nampak pokok ketapang tue ada 1 je…tegak berdiri. Bila tengok lelama…rasa seram sejuk plak. Yang peliknya…mata macam terpaku tengok pokok tue…sambil tue mulut ikut nyanyi lagu Welcome to Black Parade tue. Rasanya aku nyanyi time tue penuh perasaan kot…sebab aku nak luahkan rasa penatnya study sepanjang hari. Cara untuk release tension time tue. Huhuhu…zaman budak-budak…

 

Aku tak bangun tutup pintu pun, tapi aku alih pandangan aku tengok video klip lagu tue…sambung nyanyi…padahal dah nak maghrib dah tue. Masa tue aku tengok scene penyanyi tue atas pentas dan ada perarakan kereta…masa tue macam rasa terpukau je…mata memang static dan tak beralih dan mulut nyanyi-nyanyi lagu tue…tetiba vision aku macam bergoyang…macam pening…aku tengok video klip tue macam blur-blur…tiba-tiba aku nampak ada satu imej yang menakutkan muncul di skrin TV aku. Memula aku ingat imej tue dari video klip tue…tapi andaian aku salah…sebab imej tue makin besar dan seolah-oleh nak keluar dari TV tue…korang boleh bayangkan macam dalam cerita Sadako…satu entity yang keluar dari perigi buta…memula nampak macam dalam TV je…tapi entiti tue makin besar dan seolah-olah nak keluar dari TV. Iya…time tue, memang macam tue la apa yang aku rasa. Aku terkejut dan rasa takut sangat. Dah la time tue jarak aku ngan TV 0.5 meter…memang dekat giler…serious aku menjerit kuat…dan aku capai remote TV dan Off TV terus. Aku cabut pen drive kt USB TV dan simpan dalam pencil box. Aku cepat-cepat tutup pintu dan tingkap. Menggigil satu badan aku time tue. Aku tinggal semua buku kat ruang tamu…aku masuk bilik cepat-cepat dan tutup pintu.

 

Imej yang aku nampak tue sungguh menakutkan…imej muka yang buruk sangat…hijau kehitaman…rambut kusut masai…mulut bergigi tajam dan berdarah…mata terjegil memandang aku time tue. Gilerrr betul…nasib baik aku tak kena hysteria time tue. Tue la first time aku nampak muka yang menyeramkan depan-depan muka aku sendiri. Aku tak tahu sama ada ianya hanya satu halusinasi atau tidak. Tapi bagi aku ianya adalah sesuatu yang real dan nyata yang berlaku dekat aku.

Bermula malam tue…aku tidur buka lampu. Aku tidur dalam bilik yang terang benderang. Aku tak berani tutup lampu dah kalau nak tido. Sebab kalau tutup lampu, rasa macam aku boleh nampak imej menakutkan tue lagi.

 

Nak dijadikan cerita bahawa apa yang telah berlaku itu adalah satu reality, esok pagi aku tengok kat belakang betis aku ada lebam kebiruan yang sangat besar. Aku rasa sangat pelik dan ada rasa takut skit. Ya Allah…nape tetiba lebam nie. Bile aku picit kawasan lebam tue tak rasa sakit pun. Biasanya, kalau kita terhantuk kat mana-mana dan lebam, akan rasa sakit bile picit kawasan lebam yang ada darah beku tue. Tapi lebam yang nie tak de rasa sakit langsung pun. Cuma aku nampak ada kesan 5 dot berbentuk bulat di kawasan lebam tue. So, aku pun tanye Mr Google…dan aku jumpa jawapannya...ada kemungkinan bahawa aku telah digigit oleh something yang tidak nampak. Mungkin ada kaitan dengan kejadian yang berlaku pada senja tue.

Moral of the story, aku dah serik nak dengar lagu Welcome to Black Parade tue…jadi, aku delete semua koleksi lagu-lagu heavymetal yang ada dalam simpanan termasuk Welcome to Black Parade. Aku mengaku, salah aku gak…gi nyanyi lagu-lagu pelik bile senja menjelang. So, tak mustahil secara tak langsung macam aku jemput entiti-entiti nie join konsert My Chemical Romance. Nasib baik la tak jadi apa-apa kat aku time tue….dah la dok sorg-sorang…huhu…Cuma satu je la…hmmm…aku dah derma darah aku kat diorang skit. Tak mustahil dorang marah sebab tetiba aku off semua. Maybe time tue dorang tengah nak bergumbira. Huhuhu….Jadi, hukum pertukaran yang sama nilai…terpaksa aku terima kesan lebam di betis untuk natijah yang aku cari sendiri. 

 

Sejak tue aku dah ubah genre lagu…aku layan OST anime plak…Kiroro Miraie…Fate Stay Night…Blue Bird…layan 1st artis vocaloid Hatsune Miku. Hihihi…ubah semua 360°…sampai sekarang kekal ngan dunia anime…

 

Sekian, semoga terhibur dengan perkongsian pengalaman Welcome to Black Parade – My Chemical Romance.

Covid19 : Oh Nasi Lemak Mabeles Mak Kiah

 

 


16 Mac 2020 – Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai Covid19

“Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh Negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi …” berkumandang suara Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 YBhg. Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi saluran Astro Awani. Raut wajah dan suara yang penuh kesedihan dan kerisauan dengan keadaan negara Malaysia yang sedang dilanda musibah wabak Covid19. Keputusan PKP ini terpaksa dilakukan kerana keadaan pesakit di Malaysia yang semakin meningkat dan ianya cukup membimbangkan. Oleh yang demikian, objektif utama PKP adalah untuk memutuskan rangkaian jangkitan wabak Covid19.

 

“Mak…oh mak…PM umumkan PKP ni mulai 18 Mac. Mak, mak dengar tak…mak, mana mak ni…hmmm…” sambil bangun menuju ke dapur mencari Mak Kiah  yang entah di mana.

“Apa ni, terjerit-jerit…ingat awak tu anak dara…terjerit-jerit tengah malam. Mak dalam bilik air tadi, tak dengar. Haa…ada apa? PM umumkan apa malam-malam ni?” jawab Mak Kiah sambil melangkah keluar dari bilik air.

 

“PM umumkan mulai 18 Mac akan berkuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan. Tak boleh keluar rumah sewenang-wenangnya. Hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar rumah untuk pembelian barang dapur atau sebarang urusan kecemasan. Selain daripada itu tidak boleh keluar sama sekali” balas Jeha bersungguh-sungguh dengan penuh gaya.

 

“Ya Allah, betul ke ni? Abis tue macam mana mak nak berniaga? Kalau mak tak berniaga, kita nak makan apa Jeha…aduhai…macam mana nak sara hidup keluarga ni nanti” nada suara mak berubah menjadi sedih bila mendengar berita yang tidak disangka-sangka itu.

 

Mak Kiah adalah ibu tunggal yang menyara 2 orang anak remaja. Jeha atau nama sebenarnya Najihah Najib berumur 17 tahun dan merupakan calon SPM tahun 2020 anak ke-2 dalam keluarga yang kecil ini. Anak sulong Mak Kiah, Naqiuddin Najib atau nama panggilan Naqiu berumur 25 tahun. Naqiu telah berhijrah ke Kuala Lumpur 6 tahun lepas selepas tamat pengajian diploma di UiTM Shah Alam. Diploma Senibina, Perancangan dan Ukur yang diperolehi telah melayakkan Naqiu menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Perancang Bandar di Jabatan Kerja Raya (JKR). Mak Kiah telah kehilangan suami tercinta dalam kemalangan jalan raya. Kejadian itu berlaku ketika suaminya hendak pulang ke rumah selepas usai solat subuh berjemaah di Surau Ar-Redhuan hanya 5 kilometer sahaja jaraknya dari rumah. Kemalangan yang telah meragut nyawa suaminya di tempat kejadian tanpa sempat dihantar ke hospital. Kemalangan itu jugalah yang menyebabkan Mak Kiah menjadi ibu tunggal dan terpaksa membesarkan anak-anaknya yang masih kecil berseorangan. Itu kisah Mak Kiah 11 tahun yang lepas. Tapi ada satu kisah yang masih menjadi rahsia Mak Kiah. Mak Kiah simpan sendiri dalam hati. Mak Kiah berdoa agar Allah swt telah sediakan perancangan yang terbaik untuk dirinya dan keluarganya. Apa yang perlu difokuskan adalah kehidupan dia sekarang. Kehidupan untuk dia menyara dirinya dan Jeha yang masih bersekolah.

 

“Mak…oh mak…mak kenapa diam je ni. Risau la Jeha tengok mak macam ni. Mak jangan la risau sangat. Jeha kan ada. InsyaAllah, kita boleh sama-sama harungi kesusahan yang bakal kita hadapi ni. Mak jangan risau iya…” Jeha telah mengejutkan Mak Kiah dari lamunan kisah silam yang panjang.

“Baiklah anak mak ni. Anak siapalah yang baik sangat ni iya. Ikut perangai siapalah agaknya iya…” balas Mak Kiah dengan nada suara yang ceria semula.

 

“Dah, jom-jom tidur…dah malam ni. TV dah tutup ke tu? Pergi tutup TV” sambung Mak Kiah kepada Jeha yang bermalasan bergerak ke ruang tamu untuk tutup TV sebelum masuk bilik tidurnya.

 

17 Mac 2020 – Kampung Sri Lalang

Jarum jam di dinding baharu melepas jam 4.00 pagi. Mak Kiah telah kelentungan di dapur untuk menyiapkan kuih muih yang akan dijual di kedai makan di pinggir kampung. Selain kuih muih, Mak Kiah juga ada menjual nasi lemak mabeles. Nasi lemak Mak Kiah sangat popular di kalangan penduduk kampung di situ. Kadang kala terdapat juga penduduk dari kampung sebelah datang ke Kampung Sri Lalang semata-mata untuk membeli nasi lemak mabeles Mak Kiah. Mak Kiah boleh dilabelkan sebagai ibu tunggal yang popular di Kampung Sri Lalang sehingga ke kampung sebelah. Reputasi Mak Kiah sebagai ibu tunggal yang berdikari dan cekal dalam membesarkan anak-anak yang masih kecil lepas kehilangan Pak Najib sangat dikagumi dan disegani di kalangan penduduk kampung. Ditambah dengan kemurahan hati untuk membantu golongan yang susah dan memerlukan bantuan menyebabkan Mak Kiah telah dilantik di kalangan ibu-ibu tunggal di situ sebagai Penghuluwati.

 

“Jeha, oh Jeha….dah pukul berapa ni…subuh dh nak abis ni, tak bangun-bangun lagi. Anak dara apa ni bangun lambat…nak tunggu mak kejut baharu nak bangun. Tak boleh ke bangun sendiri. Jangan bagi mak datang bilik tu bawa gayung air…” jeritan Mak Kiah memenuhi ruang rumah di waktu subuh hari. Itu la rutin harian Mak Kiah setiap pagi. Nasib baiklah kedudukan rumah kampung ni tidak rapat-rapat macam rumah di Bandar. Kalau tidak, setiap pagi jiran-jiran akan mengalami gangguan bunyi melebihi 85 desimal hasil jerita Mak Kiah. Semakin lambat Jeha bangun, semakin kuat suara Mak Kiah sehingga boleh mencecah 100 desimal. 

 

“Mak ni, cakap dah nak abis subuh…tu baharu je dengar azan. Baharu nak masuk subuh. Mak saja je tau, kacau Jeha tidur” kedengaran tapak kaki Jeha berjalan menuju ke ruang dapur dengan nada suara mengeliat dan tidak puas hati kerana dikejutkan dari tidur. Tangan Jeha dengan malas menarik kerusi untuk duduk dan menyembamkan muka di atas meja sambil memejamkan mata tanda protes kepada Mak Kiah.

 

“Ikut sunnah Nabi, kena bangun awal sebelum subuh agar mendapat keberkatan di waktu pagi. Supaya rezeki kita pagi ni mendapat diberkati dan melimpah ruah” jawab Mak Kiah sambil tangan laju menyusun kuih muih dengan rapi dalam bekas plastik berbentuk segi empat. Kelihatan nasi lemak Mak Kiah berasap dari bekas kedap udara bersaiz M berwarna merah. Sambal nasi lemak yang disediakan Mak Kiah ada 3 jenis sahaja hari ini – sambal bilis berapi, sambal sotong osem dan sambal kerang superb. Tidak lupa juga hidangan sampingan nasi lemak yang wajib ada seperti hirisan timun jepun, ikan bilis goreng campur kacang dan telur rebus. Semuanya telah tersusun rapi dalam bekas masing-masing.

 

“Jeha, hari ni kira last la mak boleh berniaga ni iya Jeha. Esok 18 Mac mak dah tak boleh niaga ke Jeha? Soal Mak Kiah pada Jeha yang senyap tak bergerak di meja makan.

 

“Hmmmm…” balas Jeha pendek dan ringkas. Kepala Jeha masih disembamkan di atas meja makan beralaskan lengan.

 

“Abis tu macam mana kita nak cari rezeki ni Jeha. Banyak bil-bil nak dibayar ni  Jeha. Belum lagi duit kereta dan motor tu lagi…roadtax dan insurans kereta tu pun dah nak tamat tempoh…” tambah Mak Kiah lagi dengan nada yang risau.

 

“Hmmm…” balas Jeha lagi…tanpa ada ulasan yang sepatutnya untuk melayan bualan Mak Kiah. Seolah-olah Mak Kiah bercakap seorang diri walaupun Jeha ada di situ.

 

“Jeha…dah la tu bangun…pergi mandi dan solat…mak dah nak siap ni. Gayung air ni ada je kat sini…kalau tak nak kena siram, cepat bangun…” Mak Kiah membalas dengan nada amaran yang biasa digunakan, tetapi tidak pernah dipraktikan pun. Sebabnya, kalau basah dapur, satu kerja pula untuk dikemaskan.      

 

Jeha mengeliat untuk kali sekian kalinya. Jeha menjeling ke arah jam di dinding. Baharu menunjukkan jam 6.10 pagi. Tanpa ulah banyak, Jeha ambil tuala yang telah tersedia di kerusi dan bergerak menuju ke bilik air.

 

Rutin harian Jeha adalah membantu Mak Kiah menghantar kuih muih dan nasi lemak mabeles di kedai hujung kampung. Kedai itu milik pak cik saudara belah ayahnya. Mak Kiah hanya meletakkan kuih muih dan nasi lemak mabeles di situ untuk dijual. Pak Cik saudaranya Pak Nasrul dan isterinya Mak Cik Jubaidah yang menjaga kedai tersebut. Mereka akan menyediakan minuman dan makanan gorengan yang lain seperti mee goreng, nasi goreng dan juga roti canai.  

 

Sekembali dari menghantar kuih muih dan nasi lemak mabeles di kedai Pak Nasrul, Jeha duduk melepak di ruang luar rumahnya. Matanya tertarah pada susuk tubuh Mak Kiah yang sedang sibuk menyidai kain baju di jemuran. Dia masih terniang-niang kata-kata Mak Kiah subuh tadi mengenai kerisauannya jika tidak boleh berniaga lagi mulai esok. Walau bagaimanapun, fikiran Jeha tidak boleh berfungsi dengan baik jika perutnya sedang menyanyikan lagu keroncong. Bau nasi lemak mabeles Mak Kiah menusuk ke hidungnya seumpama mengamit untuk memenuhi kehendak perut Jeha yang berkeroncong.

 

“Mak, meh la sarapan sekali. Jeha sendukkan nasi lemak untuk mak sekali ni” Jeha memanggil Mak Kiah yang telah hampir selesai menjemur kain baju.

“Iya lah, kejap lagi mak datang. Dah nak siap dah pun ni” balas Mak Kiah sambil tangannya pantas menjemur helaian yang terakhir.

 

Selepas selesai menjemur helaian terakhir, Mak Kiah berjalan lenggang-lenggok sambil memegang bakul pakaian yang telah kosong menuju ke ruang luar rumahnya yang sememangnya ada tersedia meja makan yang boleh memuatkan 6 orang. Kebiasaannya, waktu pagi Mak Kiah dan Jeha akan bersarapan di luar rumah sambil menghirup udara segar dan nyaman. Bau-bauan seperti pokok, rumput dan tanah di waktu pagi amat menyegarkan berbeza dengan bau udara di bandar-bandar besar yang penuh dengan asap dan debu.

 

“Mak, Jeha dah fikirkan idea yang bernas untuk hadapi masalah yang bakal kita hadapi bila penguat kuasaan PKP bermula 18 Mac nanti” Jeha mulakan perbualan selepas menyuap nasi lemak mabeles Mak Kiah.

 

“Jeha cadangkan kita buat jualan secara dalam talian. Jeha akan wujudkan laman Facebook khas untuk Nasi Lemak Mabeles Mak Kiah dan link untuk tempahan secara dalam talian. Nanti kita upahlah rider untuk bantu buat penghantaran. Mesti ramai je budak-budak kampung yang tak de kerja nak sudi jadi rider kita nanti. Mak rasa ok tak idea Jeha ni mak? Bukan itu sahaja, mak punya Nasi Lemak Mabeles Mak Kiah boleh pergi jauh secara lebih meluas ke kampung sebelah Kampung Sri Lalang Laut. InsyaAllah, Jeha yakin jualan Nasi Lemak Mabeles Mak Kiah boleh meningkat jika cara marketing kita betul dan sesuai dengan keadaan semasa. What do you say mak? On ke tak On? Huraian idea Jeha yang panjang lebar sedikit sebanyak memberikan harapan baharu untuk Mak Kiah menghadapi PKP nanti.

 

“Ok, mak On…mak On…Jeha buat la, mak ikut je kalau hanya itu pilihan yang ada” balas Mak Kiah dengan senyuman penuh pengharapan.

 

Selepas sarapan pagi, Jeha buka laptop hadiah ulang tahun kelahiran yang ke-17 yang dihadiahi oleh abang kesayangannya…abang Naqiu. Jeha dengan penuh semangat memulakan projek Nasi Lemak Mabeles Mak Kiah Viral. Jeha mewujudkan Facebook khas untuk mempromosikan Nasi Lemak Mabeles Mak Kiah. Jeha masukkan gambar-gambar nasi lemak yang menyelerakan yang masih panas dan berasap. Pemilihan penggunaan bahan-bahan mentah yang berkualiti dan segar dari ladang. Fakta yang paling penting adalah Nasi Lemak Mabeles Mak Kiah tentunya dijamin kebersihan dan halal toyyiban. Dalam masa 2 jam, laman Facebook Nasi Lemak Mabeles Mak Kiah telah dipublish dan diviralkan. Kini Jeha hanya perlu menunggu permohonan tempahan secara dalam talian melalui link borang tempahan yang telah disediakan. Di samping itu, Jeha juga telah memasukkan link untuk tempahan melalui aplikasi whatapps.

 

“Mak, oh mak…tengok ni mak…Nasi Lemak Mabeles Mak Kiah dah viral sampai kampung sebelah ni mak. Dah ramai follower untuk laman Facebook nasi lemak mak ni tau mak. Jeha dah dapat 80 tempahan nasi lemak untuk esok. Jadi mak boleh lah buat mengikut tempahan. Kurang pembaziran kalau macam ni.”

 

“Ya Allah, betul ke Jeha. Syukur Alhamdulillah. Masih ada rezeki untuk kita rupanya. Banyak juga yang buat tempahan iya. Tapi nanti siapa yang akan hantar. Jeha dah check ke siapa yang buat tempahan tua. Mak kesian kat rider tu nanti nak hantar banyak tempat-tempat berbeza” balas Mak Kiah dengan nada ceria dan bertukar kepada kerisauan untuk proses penghantaran.

 

“Mak jangan risau, anak mak ni dah fikirkan semua untuk mak. Jeha dah standardkan harga nasi lemak mabeles tu jadi RM4.00 sebungkus dan minimum pembelian adalah 5 bungkus dan ke atas. Jika pembelian melebihi 10 bungkus, tiada caj penghantaran dikenakan. Jika 10 bungkus dan ke bawah, caj penghantaran sebanyak RM2 dikenakan. Ok tak mak cadangan Jeha ni?” balas Jeha dengan penuh keyakinan untuk mengurangkan kerisauan Mak Kiah.

 

“Nanti rider tu nanti akan ambil caj penghantaran tu. Lagi banyak tempat dia pergi, lagi banyak la caj penghantaran yang dia akan terima” tambah Jeha lagi untuk meningkatkan lagi keyakinan Mak Kiah terhadap projek Nasi Lemak Mabeles Mak Kiah ni.

 

“Wah, bijaknya anak mak ni. Belajar dari siapa ni? Tak sia-sia mak bersusah payah sekolahkan kau Jeha. Meh sini mak nak peluk sikit” balas Mak Kiah dengan nada gembira dan bersyukur kerana dikurniakan anak yang sedia membantu dalam kesusahan.

 

18 Mac 2020 – Permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Permulaan hari untuk projek Nasi Lemak Mabeles Mak Kiah dimulakan seawall jam 7.30 pagi. 2 rider yang bertauliah telah dilantik untuk membantu dalam penghantaran Nasi Lemak Mabeles Mak Kiah. rider yang dilantik tu bukan orang lain pun, sepupu Jeha juga. Mereka berdua tidak mempunyai kerja yang tetap dan telah dikerahkan oleh mak ayah masing-masing untuk membantu Mak Kiah di samping dapat menjana pendapatan sendiri dari duit hasil penghantaran.

 

Mengikut pada rancangan Jeha, semua tempahan perlulah selesai dihantar selewat-lewatnya jam 9.00 pagi. Jika semua tempahan dapat diselesaikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan, rider yang dilantik akan mendapat bonus upah di samping bayaran upah yang diberikan oleh pelanggan. Itu adalah syarat tambahan untuk Jeha memastikan rider yang dilantik menjalankan amanah yang diberikan mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan.

 

Hasil jualan Nasi Lemak Mabeles Mak Kiah telah meningkat jika dibandingkan dengan hasil jualan di kedai makan Pak Nasrul. Kemungkinan disebabkan pertambahan pelanggan dari kampung sebelah yang menyebabkan hasil jualan meningkat secara mendadak. Mak Kiah berasa sangat bersyukur kerana dilimpahkan dengan rezeki yang tidak putus. Hasil jualan ini Mak Kiah gunakan untuk bayar bulanan kereta dan motor serta menghidupkan semula roadtax kereta yang telah tamat tempoh. Mak Kiah bertambah yakin bahawa dalam setiap kesusahan yang dihadapi, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Dia tidak menyangkakan bahawa pada musim PKP ini rezekinya bertambah dan melimpah ruah. Sekiranya seseorang itu pandai meramal keadaan semasa dan menggunakan peluang yang ada dengan cara yang betul, tiada sebarang halangan yang tidak mampu ditempuhi.

 

Reputasi Mak Kiah semakin meningkat naik. Semua orang-orang kampung mengagumi Mak Kiah kerana Mak Kiah adalah penduduk Kampung Sri Lalang yang pertama telah menggunakan kaedah penjualan nasi lemak secara dalam talian. Semua peniaga-peniaga runcit dan kecil-kecilan ingin menjadikan Mak Kiah sebagai Role Model Businesswoman yang berjaya.

 

Seiring dengan meningkatnya reputasi Mak Kiah, tahap kesibukan Jeha juga semakin bertambah. Ini kerana secara tidak langsung Jeha sebagai Penasihat Peribadi Mak Kiah, kini telah menjadi Penasihat kepada semua peniaga kecil di Kampung Sri Lalang. Ramai peniaga-peniaga kecil meminta bantuan Jeha mengwujudkan lama Facebook peniagaan masing-masing. Semua penjualan barangan dilakukan secara dalam talian. Memandangkan ramai yang meminta bantuan, maka Jeha telah mengenakan caj khidmat nasihat yang berpatutan kepada peniaga-peniaga ini. Secara tidak langsung, Jeha telah membuat penjanaan pendapatan untuk kemahiran ICT yang dia miliki.

 

31 Mac 2020 – Kampung Sri Lalang

“Mak…mak dah sedia ke untuk sesi temubual dengan Pengacara Motif Viral tue nanti mak? Sesi temubual tu akan diadalah melalui video call. Siapa sangka kan mak, Nasi Lemak Mabeles Mak Kiah boleh viral sampai satu Malaysia tahu. Mak dah terkenal tau sekarang ni” bicara Jeha kepada Mak Kiah yang sedang kyusuk melipat kain baju yang diangkat petang tadi.   

 

“Malu la Jeha…Jeha je la yang ganti mak nanti. Lagi pun mak mana la pandai nak jawab-jawab soalan mereka tu nanti. Nanti buat malu je kalau salah. Satu Malaysia nampak. Tak nak la mak” balas Mak Kiah sambil tangan pantas melipat baju-baju.

 

“Alaaa…mak ni…itu pun nak malu. Jeha ada lah mak. Jeha nanti duduklah sebelah mak. Kalau mak tak boleh jawab nanti, Jeha jawabkan la. Ok iya mak…boleh la…” balas Jeha dengan nada suara rayuan domba untuk memujuk Mak Kiah bagi sesi temubual itu nanti.

 

2 April 2020 – Sesi Temubual Bersama Movif Viral

“Assalamualaikum Mak Kiah dan Jeha. Terima kasih kerana sudi untuk ditemubual melalui video call ni. Almaklumlah PKP masih belum tamat lagi. Jadi video call adalah salah satu medium terkini yang boleh menghubungkan sesama kita dengan lebih pantas dan menjimatkan masa. Apa perasaan Mak Kiah apabila Nasi Lemak Mabeles Mak Kiah telah diviralkan dan dikenali seluruh Malaysia. Bahkan, Perdana Menteri Malaysia juga telah mengambil contoh Mak Kiah dalam pembentangan bajet untuk program Ransangan Ekonomi Malaysia. Bukan itu sahaja, nama Mak Kiah telah digunakan secara komersial dalam bidang-bidang pemasaran dan perniagaan. Semua ini berlaku sekelip mata sahaja dalam sepanjang tempoh PKP ini” bicara Shalma Ainaa pengacara Motif Viral ditujukan kepada Mak Kiah dan Jeha yang berada ditalian.

 

“Waalaikumsalam. Terima kasih kerana sudi menemubual Mak Kiah. Mak Kiah berasa amat bersyukur kerana medium ICT ini telah membantu Mak Kiah mengembangkan penjualan Nasi Lemak Mabeles ini lebih meluas lagi. Mak Kiah pun tidak sangka, idea yang Jeha cadangkan ini membuahkan hasil malahan lebih dari apa yang Mak Kiah bayangkan. Mak Kiah tidak menyangka bahawa Mak Kiah akan ditemubual dan masuk dalam rancangan Motif Viral ni. Mak Kiah tak pernah pun tengok rancangan ni. Jeha je yang selalu tengok rancangan ni” balas Mak Kiah dan diakhiri dengan gelak kecil.

 

“Pada awalnya Jeha hanya hendak membantu mak yang risau jika PKP bermula, maka mak dah tak boleh nak jual nasi lemak mabeles lagi. Jadi Jeha berikan idea ni kat mak dan mak setuju. Jeha pun tidak menyangka sama sekali yang idea Jeha ni memberi kesan yang besar di seluruh Malaysia. Dalam pada yang menyokong, sebenarnya ada je yang tidak suka atas kejayaan mak. Tapi kami anak beranak menerima semuanya dengan tangan yang terbuka dan mendoakan agar semua dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus sepanjang musim PKP ini” tambah Jeha untuk persoalan yang diajukan oleh Shalma Ainaa.

 

“Apa kata-kata nasihat dari Mak Kiah untuk semua penonton Motif Viral?” persoalan terakhir Shalma Ainaa kepada Mak Kiah.

 

“Mak Kiah nak ambil kesempatan ini agar semua rakyat Malaysia untuk terus kekal berada di rumah dan ikut saranan pihak kerajaan bagi membendung rangkaian Covid19 ini. Perlu ada penjarakan social di tempat-tempat awam terutamanya ketika hendak membeli barangan dapur. Kebersihan perlu dijaga dan perlu kerap basuh tangan dengan sabun dan air bagi mencegah sebarang jangkitan. Topeng muka perlu digunakan setiap kali keluar rumah untuk membeli barang keperluan. Jangan keluar rumah jika tidak perlu. Bak omputih cakap, Stay Home…Stay Safe. Together We Fight Covid19. Terima kasih” ucapan yang penuh berinformasi daripada Mak Kiah kepada semua rakyat Malaysia.

 

“Ingat Mak Kiah Viral…Ingat Ohhh…Nasi Lemak Mabeles Mak Kiah…Tak kenal maka tak cinta, dah rasa mesti nak lagi…itu lah Nasi Lemak Mabeles Mak Kiah…”

Covid19: Kehilangan

 

 


14 April 2020 – Mersing, Johor

Pagi Jumaat terasa sejuk hingga ke tulang. Hujan masih turun dengan lebat di luar. Tiada tanda-tanda akan berhenti. Kemungkinan akan berlanjutan sehingga ke petang. Suasana yang sedih dan muram dalam rumah kosong ini sama seperti suasana di luar sana. Seperti awan yang sedang menangis untuk membasahi bumi yang nazak dengan onar yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia yang kejam dan pentingkan diri sendiri.

 

Kehilangan Hazim 5 hari yang lepas masih belum dapat dilupakan lagi. Orang tua-tua kata, tanah kubur masih merah lagi. Kesedihan yang terbuku di hati masih belum dapat dilupakan. Semuanya umpama mimpi dan masih belum dapat menerima kenyataan untuk kehilangan Hazim secara mengejut. Masih segar diingatan, kali terakhir Hazim menghubungiku pada 18 Mac mengatakan bahawa dia akan balik ke kampung dalam 7 hari lagi untuk menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiranku pada 14 April. Hazim berjanji akan membelikan Kek Chocolate Indulgence untukku sempena hari istimewa itu nanti. Hazim juga telah berjanji untuk memasak menu istimewa untukku. Hazim akan melayan aku seperti permaisuri pada hari itu. Itu janji Hazim untukku. Itu janji Hazim kepadaku. Itu janji Hazim yang telah membuatkan aku tertunggu-tunggu tarikh 14 April 2020.

 

22 Mac 2020 – Pusat Perubatan Universiti Malaya

Tapi, semuanya musnah apabila aku terima panggilan daripada pihak hospital 3 hari selepas terima panggilan daripada Hazim.

“Assalamualaikum, ini kakak kepada Muhammad Hazim bin Hamzah ke? Untuk makluman, adik cik telah dimasukkan ke wad untuk terima rawatan rapi kerana telah dijangkiti virus Covid19. Harap cik bertenang dan tabah menerima berita ini. Pihak kami akan cuba sedaya upaya kami untuk membantu adik cik.”  

Terasa duniaku gelap sebentar selepas menerima panggilan yang di luar jangkaan itu. Banyak persoalan yang bermain-main difikiranku. Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Semuanya berlegar-legar difikiranku untuk menghadam kata-kata dari panggilan telefon sebentar tadi. Kemungkinan disebabkan terlalu terkejut, tiada air mata pun yang tertumpah selepas mendengar berita yang menyedihkan itu. Pihak hospital memaklumkan bahawa mereka akan hubungi semula bagi memaklumkan perkembangan kesihatan Hazim dari masa ke semasa.

 

Urusan kerja pada hari itu terasa kosong dan tidak bermaya. Fikiranku hanya memikirkan keadaan Hazim sahaja. Pihak hospital memaklumkan bahawa ahli keluarga tidak boleh datang untuk melawat pesakit. Ini kerana penyakit ini telah diwar-warkan sebagai penyakit Pandemik oleh World Health Organization (WHO) pada 11 Mac 2020. Tambahan pula kerajaan Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa tarikh kuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020. Aku terpaksa akur dengan peraturan yang telah ditetapkan, walaupun hati ini meronta-ronta untuk segera terbang menemui Hazim yang keseorangan menanggung kesakitan. Tapi apakan daya, hanya doa dari kejauhan yang mampu untuk aku kirimkan semoga dikurniakan kesembuhan untukmu Hazim.

 

28 Mac 2020 – Pusat Perubatan Universiti Malaya

Seminggu selepas menerima panggilan pertama daripada pihak hospital, lagi sekali aku telah menerima panggilan dan kali ini panggilan video. Jururawat yang bertanggungjawab menjaga Hazim telah menunjukkan keadaan Hazim pada ketika itu. Hazim kelihatan pucat dan tidak bermaya. Walau bagaiamanpun, Hazim cuba untuk senyum walaupun dalam kesakitan. Aku cuba untuk tidak menangis kerana aku tidak mahu membuat Hazim lebih susah hati dan sedih melihat keadaanku yang menyedihkan.

 

“Akak apa khabar? Sihat ke? Maafkan Hazim kak sebab tak dapat tunaikan janji-janji Hazim kat akak. Hazim pun tak sangka akan jadi macam ni. Hazim minta maaf kak. Hazim minta maaf. Halalkan makan dan minum Hazim kak. Hazim cuba untuk kuat kak, tapi Hazim tak tahu sama ada kudrat Hazim mampu untuk bertahan atau tidak. Hazim takut Hazim tak dapat jumpa akak lagi.”

 

Pada saat dan ketika tu, aku hanya mampu mendengar sahaja kata-kata yang diucapkan oleh Hazim. Aku ingin mengabadikan suara Hazim dalam ingatanku. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi aku tidak mampu kerana bagiku hanya Hazim sahaja yang ada dalam hidup aku. Jika aku kehilangan Hazim, maka aku akan keseorangan dalam dunia ini. Keseorangan. Iya, keseorangan. Aku tak sanggup untuk memikirkan sebarang kebarangkalian yang akan berlaku dan aku tak nak fikirkannya langsung. Aku tak nak.

 

3 April 2020 – Mersing, Johor

Pada malam yang dingin, aku bangun sepertiga malam untuk bertemu dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim untuk mengadu segala kesedihan yang terbuku. Aku lampiaskan segala kesedihan dan keberserahanku sepenuhnya kepada Yang Esa. Hanya Dia sebaik-baik tempat pengaduan, sebaik-baik tempat bergantung dan pengharapan yang sebenar. Tiada tempat yang terbaik selain daripada Dia – Yang Maha Kuasa dan Maha Bijaksana.    

 

Setiap hari aku pasti akan hantar pesanan melalui aplikasi whatapps untuk berikan kata-kata semangat untuk Hazim. Aku hantarkan video keadaan rumah dan kampung untuk Hazim tonton. Walaupun semua pesanan-pesananku tidak berbalas, tetapi tiada satu hari pun akan berlalu tanpa penghantaran pesanan untuk Muhammad Hazim bin Hamzah. Bagiku itu sahaja cara yang mampu aku lakukan selain dari berdoa, agar Hazim tahu bahawa aku sentiasa bersama-sama dengan dia demi menempuh hari-hari yang berlalu walaupun ada jarak yang memisahkan.

 

Pihak hospital memaklumkan keadaan Hazim kadang kala stabil dan kadang kala tidak. Virus itu telah merosakkan peparu Hazim yang menyebabkan Hazim mengalami kesukaran untuk bernafas. Hazim telah dimasukkan ke wad ICU untuk menerima rawatan menggunakan ventilator. Aku hanya mampu menangis dan berdoa selepas menerima panggilan itu. Pihak hospital tidak melakukan panggilan video kerana pihak hospital hendak menjaga perasaan aku. Aku pasti tidak sanggup melihat kesakitan yang dialami oleh Hazim pada ketika itu. Pihak hospital banyak memberi sokongan moral dan minta aku tabah dan bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

 

9 April 2020 – Pusat Perubatan Universiti Malaya

Khamis malam, aku menerima panggilan daripada pihak hospital. Terasa ada debaran di dadaku. Aku takut untuk menjawab panggilan telefon. Aku risau ada perkhabaran yang menyedihkan lagi daripada pihak hospital.

“Assalamualaikum akak. Hazim ni.” Kedengaran suara yang aku rindui. Terdengar suara yang lemah dan sayu di hujung talian sana.

“Waalaikumsalam Hazim. Hazim sihat ke? Keadaan Hazim dah bertambah baik ke?” Soalan aku bertalu-talu untuk Hazim.

“Alhamdulillah akak. Rasa macam ok sikit hari ni. Sebab tu Hazim telefon akak ni. Akak kena doakan Hazim selalu iya, walaupun Hazim jauh” jawab Hazim dengan nada yang ceria walaupun masih terdengar pernafasan Hazim yang sedikit sukar.

“InsyaAllah, Hazim. Memang Hazim sentiasa ada dalam doa akak. Tak putus-putus akak doakan untuk dikurniakan kesembuhan untuk Hazim. Akak harap sangat Hazim dapat balik sebelum tarikh ulang tahun kelahiran akak nanti. Hazim kena tabah dan berdoa juga iya. Hazim kena terus kuat dan cekal untuk lawan penyakit Hazim tu.” Aku masih menaruh harapan untuk Hazim sembuh dan balik ke kampung untuk menunaikan janji-janjinya.

 

“InsyaAllah kak, Hazim akan cuba yang terbaik. Akak, Hazim nak nyanyikan lagu untuk akak ni. In advance omputih cakap.” Terdengar suara Hazim ketawa kecil di hujung talian sana. Hatiku berbunga sikit bila terdengar suara Hazim ketawa. Rasa lega dan hilang sebentar kesedihan yang dialami sebelum ini.

“Allah selamatkan kamu…Allah selamatkan kamu…Allah selamatkan Nur Hazimah Hamzah…Allah selamatkan kamu…Happy Birthday to You….Happy Birthday to You…Happy Birthday to Kakak ku Sayang…Happy Birthday to You…Selamat Ulang Tahun ke-27 kakak ku sayang in advance. Semoga dikurniaan kebahagian dan kegembiraan selamanya. Aamiin.”

 

Hati ku sayu bila teringat saat-saat itu. Rakaman panggilan pada hari itu aku ulang dan ulang dan ulang beribu kali bila setiap kali kerinduan datang mengamit dihati. Itu adalah panggilan yang terakhir daripada Hazim. Allah berikan kesembuhan sementara untuk Hazim berikan hadiah yang terakhir untukku. Hadiah lagu ulang tahun kelahiranku untuk kali terakhir. Suara Hazim yang terakam itu adalah pengubat untuk aku tempuh hari-hariku yang sunyi dan muram selepas pemergiannya.

 

10 April 2020 – Pusat Perubatan Universiti Malaya

“Maaf, kami ingin memaklumkan bahawa adik cik, Muhamad Hazim bin Hamzah telah meninggal dunia pada jam 10.02 pagi tadi. Diharap cik tabah dan sabar menerima berita ini. Segala urusan pengebumian akan diuruskan oleh pihak hospital. Memandangkan adik cik ini merupakan pelajar Universiti Malaya, maka segala urusan perbelanjaan telah ditanggung sepenuhnya oleh pusat pengajian dan juga kerajaan.”

 

Duniaku gelap terasa kosong dan tidak bermakna. Satu-satunya waris yang ada di dunia ini telah dijemput oleh sang pencipta-Nya paga pagi Jumaat yang sejuk dan suram. Air mata mengalir tiada hentinya. Menangisi kehilangan dan menangisi diri sendiri yang menyedihkan kerana tiada kemampuan untuk berjumpa dengan Hazim buat kali terakhir. Jiwa menjadi kosong dan kosong dan kosong.

 

Aku segera berwuduk untuk berjumpa dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim untuk melampiaskan semua kesedihan dan kepasrahan jiwa kepada Ya-Robbi. Hanya Dia tempat sebaik-baik pengaduan yang ada dan tidak akan mengecewakan. Walaupun jiwa telah kosong, tapi kekosongan itu perlu diisi dengan keimanan yang suci dan menyakini bahawa ketentuan sang pencipta-Nya adalah yang sebaik-baik takdir. Sepanjang hari sehingga selesai jenazah dikebumikan, aku masih setia di atas sejadah untuk aku kirimkan sebanyak-banyaknya kiriman untuk Muhammad Hazim bin Hamzah. Insan kesayanganku yang telah dijemput oleh-Nya. Semoga ketenangan menjadi milikmu Hazim. Semoga kau tergolong dalam insan pilihan dan ditempatnya bersama-sama golongan yang mukmin. Kehilanganmu Hazim sememangnya kesedihan untukku, tapi ia juga adalah untuk kebaikan bagi dirimu kerana aku tidak sanggup memikirkan kesakitan yang kau tanggung seorang diri tanpa ada sesiapa di sisimu Hazim. Jika kematian boleh membuat kamu hilangkan kesakitanmu, aku sebagai kakakmu merelakan pemergianmu. Semoga kau telah menemui ketenangan yang abadi di sana. Aamiin.  

 

“Assalamualaikum…ada orang kat rumah tak?”

Lamunanku terhenti bila terdengar suara orang memberikan salam. Aku cepat-cepat ke sinki membasuh mukaku yang basah dengan air mata. Keringkan muka dengan tuala pink yang tersidai di bangku. Bergegas keluar untuk melihat siapa yang datang pagi-pagi di kala hujan tengah lebat di luar.

 

“Waalaikumsalam.” Sambil aku mengintai di tingkat untuk melihat siapa yang di luar. Kelihatan seorang budak lelaki yang basah kuyup sambil memegang sekaki payung yang berkeadaan sangat uzur. Payung itu tidak mampu untuk melindungi si pemakai lagi dan sepatutnya tidak boleh digunakan pun.

 

Lantas pintu ku buka untuk ku tanya lebih lanjut apa keinginan dia sehingga sanggup meredah hujan. Kemungkinan ada kecemasan yang memerlukan pertolongan segera. Memandangkan hujan lebat dengan angin yang kuat, maka aku menjemput budak yang tidak dikenali masuk ke rumah. Aku ambil tuala Hazim dan aku berikan kepada budak itu untuk keringkan baju yang kebasahan. Aku anggarkan umur budak tu dalam lingkungan 10-11 tahun. Bermacam soalan bermain dibenakku. Siapa? Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Tapi, semua itu hanya dalam mindaku sahaja. Aku kasihan melihat budak yang sedang menggigil kesejukan. Lebih baik biarkan keadaan budak yang tidak dikenali itu lebih baik sedikit sebelum aku utarakan pelbagai persoalan kepadanya.

 

Selepas budak itu selesa dengan pakaian kering milik Hazim dan duduk sopan di ruang tamu sambil menghirup air coklat panas, aku ajukan soalan pertamaku. Siapa nama dia dan dari mana datangnya?

“Nama saya Abdul Azim bin Azman, umur 11 tahun dari Rumah Penyayang Anak-anak Yatim. Saya baharu sampai ke kampung ni. Saya datang sini untuk cari mak saya. Saya dapat alamat kampung ni dari rekod peribadi saya. Nama mak saya Siti Rokiah Mansor.”

“Kamu lari dari Rumah Penyayang ke? Kenapa akak tak nampak beg kamu pun. Bagi tahu betul-betul jangan nak tipu akak.”

“Iya, saya lari dari Rumah Penyayang sebab saya nak cari mak saya. Saya kumpul duit yang saya terima dari kerja-kerja yang dah saya buat untuk saya cari mak saya. Akak tolong la saya cari mak saya. Saya nak sambut Ramadhan dengan mak saya.”

 

Aku termanggu sebentar. Apa pula perancangan-Nya untuk aku kali ini. Selepas kehilangan adik kesayanganku, secara tiba-tiba muncul seorang budak yang tidak dikenali dan meminta pertolongan dariku. Adakah ini ubat penyembuh untukku agar tidak terlalu memikirkan kehilanganku. Atau adakah ini hadiah dari-Nya sempena ulang tahun kelahiranku yang sepatutnya aku sambut dengan Hazim di sini? Aku sendiri tiada jawapan untuk persoalanku itu kerana aku yakin Allah Maha Kuasa dan Maha Bijaksana dalam perancangan untuk hamba-Nya.

 

“Baiklah, untuk hari ini adik duduk la dulu kat rumah ni. Lagipun hujan lebat tu. Nanti akak fikirkan macam mana nak bantu adik. Dah rehat-rehat la dulu. Akak nak buat sarapan. Adik laparkan?” Dia hanya menganggukkan kepala sahaja sebelum aku berlalu ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi untuk kami berdua.

 

Pintu peti sejuk ku buka, banyak stok makanan telah aku beli sebagai persediaan menunggu Hazim balik. Macam-macam aku sediakan sebab Hazim janji nak masak menu istimewa untukku. Tapi, semuanya telah tiada. Aku hampir lupa bila kali terakhir aku masuk ke dapur dan masak untuk diriku sendiri. Aku sedar berat badanku telah menyusut sedikit kerana tidak menjaga pemakanan ku semenjak Hazim meninggal. Aku hanya mampu makan biskut dan roti sahaja untuk mengalas perut. Masa-masaku banyak ku habiskan di atas tikar sejadah untuk ku hantarkan kiriman kepada Hazim di sana. Tiada sesaat pun hari ku berlalu tanpa memikirkan Hazim di sana. Kerinduan yang menyakitkan adalah kerinduan kepada insan yang telah tiada. Kerinduan itu hanya boleh dititipkan dengan doa-doa kepada yang telah tiada. Kerinduan yang akan berkekalan dan tiada berpenghujung.

 

Tapi nampaknya hari ini aku telah menerima kedatangan tetamu kecil yang dalam kesusahan. Dalam Islam, setiap tetamu yang datang ke rumah perlu diraikan. Ini kerana setiap tetamu yang hadir itu akan membawa berkat dan rezeki kepada tuan rumah dan membawa keluar musibah dan keburukan dari rumah itu. Maka, aku pun menyediakan sarapan yang terbaik untuk dijamukan kepada tetamu kecil itu.

 

“Adik Azim, meh sini sarapan kat dapur.” Panggilku kepada tetamu kecil. Tak sampai 5 minit Azim muncul sambil tersenyum-senyum malu. Mungkin dia lapar sangat tapi dia segan nak tunjukkan. Azim duduk dengan tertib di tempat yang telah aku sediakan semangkuk nasi goreng kampung. Azim meletakkan mug air coklat panas tadi yang telah kosong di sebelahnya. Aku ambil mug itu dan mengisikan dengan air coklat semula.

 

“Apa yang ditenung tue, jemputlah makan. Jangan malu-malu. Akak tahu Azim laparkan.” Ucapku sambil mensuakan piring drumet goreng kepada Azim untuk diambil.

“Terima kasih kak. Bismillahirahmannirohim.” Disambung dengan bacaan doa makan dan aku turut mengaminkan bacaan doa makan itu.

 

Aku perhatikan sangat tertib tetamu kecil ini. Kemungkinan dia telah mendapat didikan yang sempurna di Rumah Penyayang itu. Mungkin juga dia mempunyai kisahnya yang tersendiri yang belum diceritakan kepadaku lagi. Mungkin juga ini adalah kurniaan dari Illahi untuk aku merawat kesedihan yang baharu aku alami. Segalanya memungkinkan dan kemungkinan yang masih lagi dalam andaianku. Segala kemungkinan ini akan menjadi pasti apabila selepas mendapat penjelasan dari tetamu kecil ini. Aku nikmati sarapan pada pagi itu dengan tenang dan tiada perbualan antara aku dan tetamu kecil itu. Aku tidak mahu pertanyaanku nanti boleh memutuskan selera tetamu kecil ini. Aku nak dia kenyang dan akan menceritakan kisahnya sendiri tanpa perlu aku tanya.

Selesai sahaja sarapan, Azim tanpa disuruh telah membawa pinggan dan mangkuk yang digunakan ke sinki dan membasuhnya. Aku telah melarang, tapi dia mengatakan bahawa orang berbudi, kita kenalah berbahasa. Jadi sebab itu dia dengan rela hati membasuh semua pinggan dan mangkuk yang digunakan sendiri. Keinginan untuk aku mengetahui kisah Azim makin meningkat. Ini kerana cara pemikiran Azim melebihi usianya. Adakah dia telah melalui kehidupan yang mencabar dan sukar menyebabkannya perlu menjadi lebih dewasa berbanding dengan usianya yang sebenar?

 

“Oklah, Azim duduk kat ruang tamu iya. Bacalah apa-apa buku kat rak buku tu kalau bosan. Ada komik Detective Conan, Dragon Ball, Slam Dunk…macam-macam ada. Tu semua koleksi komik adik akak. Akak nak kemas-kemas dapur ni. Nanti akak dah free, kita borak-borak iya.”

 

Tanpa membantah, tetamu kecil berlalu ke ruang tamu dan mengambil senaskah komik untuk dibaca. Aku hanya memerhatikan dari arah dapur sahaja melihat ulah tetamu kecil yang tidak diundang. Kesedihan aku kehilangan Hazim berkurangan sedikit, sebab Allah telah pesongkan perhatianku kepada tetamu kecil ini.

 

Perdana Menteri Malaysia ada mengatakan bahawa semua orang perlu mengubah norma kehidupan kepada ‘the new normal’ atau normal baharu untuk menjalani kehidupan yang akan ditempuhi selepas tamat serangan wabak Covid19. Semua cara kehidupan yang sebelum ini perlu diubah untuk membendung penularan semula wabak Covid19 yang telah membunuh ratusan ribu nyawa di seluruh dunia.

 

Adakah aku juga perlu mengubah norma kehidupan aku untuk menempuhi hari-hariku semenjak aku kehilangan Hazim? Aku serahkan semua masa depan dan perjalanan hidupku kepadamu Ya Allah…Engkau Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Engkaulah penentu segalanya. Aku pasrah dan berserah…

Saturday, 16 May 2020

Kisah 2: Omaigot...I don't want to go there anymore...





Aku percaya semua orang pernah mengalami insiden yang menakutkan sepanjang hidup dia walaupun sekali. Terutamanya jika pergi ke tempat-tempat baharu yang jauh di pendalaman dan sememangnya 'keras' tempatnya. Kadang-kala, pengalaman yang sebegini la yang akan mengajar kita bahawa apa yang dinyatakan dalam al-quran itu benar kerana selain daripada manusia, sememangnya wujud makhluk lain yang telah dijadikan oleh Allah swt di atas muka bumi ini. Cuma ianya telah dihadang dengan satu hijab yang tidak boleh dilihat oleh manusia dengan mata kasarnya. Ianya boleh dilihat sekiranya hijab pandangannya terbuka dan boleh merasai kehadirannya... 


Kisah ini berlaku sekitar tahun 2009. Semua staf yang baharu dilantik ke jawatan tetap perlu hadiri Kursus Induksi di Pusat Latihan Kg. Gajah, Perak. Tujuan wajib hadir kursus ini adalah untuk memenuhi salah satu syarat pengesahan ke dalam perkhidmatan. Jadi aku pun termasuk dalam senarai untuk hadir ke kursus tersebut. Bila aku terima surat jemputan itu aku terima dengan hati terbuka walaupun tertulis di surat tersebut tempoh berkursus adalah selama 16 hari. Sebabnya aku sukakan adventure...suka kepada benda-benda baharu. Al-maklumlah, muda belia lagi...so, semua pun nak try dan menarik bagi aku.  

Kami semua bertolak waktu bagi jam 7.00. Pihak pengurusan telah menyediakan pengangkutan sebanyak 3 buah bas untuk semua peserta kursus ini. Perjalanan yang memakan masa 3 jam berjalan lancar. Aku lebih suka melihat pandangan di luar daripada tidur. Bagi aku, itu sahaja peluang yang ada untuk melihat keindahan suasana kampung. Al-maklumlah, aku nie tak de kampung...lahir dan membesar di bandar. Jadi, aku tak pernah merasa mandi sungai...main lari-lari di bendang...pancing ikan di tali air. Semua pengalaman tue aku tak pernah lalui. Jadi, bila ada peluang yang sebegini, aku jadi excited. Aku nak rasa semua, selagi boleh.

Setiba di pusat latihan, semua peserta perlu mendaftar kehadiran di kaunter pendaftaran. Semua peserta telah dibahagikan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Jadi, semua telah berkumpul mengikut kumpulan masing-masing semasa pendaftaran. Time nie la nak kenal semua peserta yang datang dari beza department dan unit. Kalo tak sebelum nie tak pernah tahu dan kenal pun. Jadi, kursus ini juga merupakan salah satu cara pihak pengurusan lakukan untuk merapatkan hubungan silatulrahim sesama staf di bawah satu bumbung. 

Bila ikuti kursus nie, masa untuk sepanjang hari sangat pack. Jadual memang penuh. Masa terluang yang ada hanyalah semasa waktu makan dan solat. Selebihnya memang fulltime duduk dalam kelas dan dengar sesi taklimat oleh pihak pengurusan. Di samping itu ada juga aktiviti LDK. Tujuannya adalah untuk memastikan semua peserta participate tanpa ada pengecualian. Kalo dengar taklimat je, leh tepu gak otak. Jadual kursus bermula jam 8 pagi sehingga jam 10 malam. Sebab tue kalo kursus dalam tempoh yang panjang sebegini mesti diselang-seli dengan aktiviti yang perlu dilakukan oleh peserta secara berkumpulan. Pada waktu petang pula, tentunya ada aktiviti riadah untuk mereggangkan sendi otot yang asyik dok dalam kelas je. Jadi boleh keluarkan peluh sedikit selepas lama sangat dok kat tempat beraircon. Jadi, itu la rutin kami peserta induksi untuk tempoh 16 hari di Pusat Latihan Kampung Gajah. Opsss...lupa plak nak bagi tahu perkara penting...kebiasaanya, jika mengikuti kursus yang sebegini, part yang paling menyeronokkan adalah waktu makan. Sebab apa? Sebab sepanjang kursus ini semua peserta akan diberikan makan sebanyak 6x dalam sehari - Sarapan Pagi | Minum Pagi | Makan Tengahari | Minum Petang | Makan Malam | Makan Lewat Malam. Pihak pengurusan sememangnya telah menjaga semua peserta dengan baik. Ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk berat badan peserta boleh bertambah selepas abis kursus ini. Hahaha... Jadi kalo xnak naik berat lepas abis kursus kena pandai2 kawal pemakanan sendiri. Hihihi...

Kebiasaannya, sehari sebelum hari tamat kursus, semua peserta perlu membuat persembahan pada Majlis Malam Gala. Persembahan yang perlu dilakukan adalah persembahan berkumpulan. Jadinya, sehari sebelum hari terakhir, pihak pengurusan memberikan waktu bertenang yang panjang bagi memberi peluang kepada semua peserta untuk practice persembahan yang akan dipersembahkan pada Majlis Malam Gala.

Selepas pengumuman persembahan secara berkumpulan oleh Fasilitator Kursus, tiba-tiba Urus setia Pusat Latihan tersebut muncul dan memberikan maklumat tambahan. Maklumat tambahan yang diberikan adalah beliau melarang persembahan atau nyanyian yang berbentuk pemujaan; contohnya seperti ulik mayang atau nyanyian yang mempunyai muzik yang keterlaluan. Urus setia itu juga mengingatkan bahawa semua peserta perlu balik ke bilik masing-masing paling lewat jam 10 malam dan perlu tidur sebelum jam 11 malam. Pada masa itu, kami semua setuju je ikut apa jua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Urus setia. Al-maklumlah, kami datang tempat orang dan kena ikut cara yang ditetapkan oleh tuan rumah.   

Sesi latihan persembahan berkumpulan berjalan lancar. Kumpulan kami buat sketsa pendek dan nyanyi lagu patriotik je. Simple dan ringkas. Tak de la boombastik sangat persembahan kumpulan kami. Janji penuhi permintaan untuk mengadakan persembahan secara berkumpulan. 

Wow...rasanya macam panjang sangat mukadimah dan latarbelakang kisah kali nie. Maaf la iya...sebab sambil-sambil tue tengah dok fikir macam mane nak masukkan the main point of this story. Sebab tue merepek panjang-panjang untuk mukadimah dan latarbelakang horror story nie. 

So, next masuk scene selepas tamat Majlis Malam Gala. Sebelum Pengacara Majlis membuat ucapan penutup, Pengacara Majlis memaklumkan bahawa esok merupakan hari terakhir semua peserta di pusat latihan tersebut. Selain itu, esok juga akan diadakan peperiksaan bertulis kepada semua peserta untuk menguji kefahaman para peserta selepas tamat kursus selama 16 hari. Para peserta perlu lulus peperiksaan tersebut bagi melayakkan peserta memperolehi sijil penyertaan menghadiri kursus induksi. Apabila semua peserta mendengar amanat tersebut, masing-masing mengeluh. Sebab macam mana mereka hendak menjawab soalan sebab tidak sempat study. Aku juga salah seorang yang terasa tertekan dan berfikir sempat ke nak study malam nie?


Selepas semua bersurai dan balik ke bilik masing-masing, pada masa itu jam telah menunjukkan jam 10.15 malam. Aku dan kawan ku jalan laju-laju nak balik bilik. Bilik kami berdua berada di tingkat 3 - No. 301. Bangunan nie ada 3 tingkat je. Maknanya level bilik kami adalah yang paling atas. Selain itu, bilik kami ini attach bathroom dengan bilik 302. Jadi maksudnya, 2 bilik yang berbeza, tapi share 1 bathroom yang sama. Jadi kalo nak mandi, kena tunggu turn dan bergilir-gilir antara 4 orang. Malam tue aku yang sampai bilik dulu, so, aku cepat-cepat mandi. Sebab roommate aku tue nak rehat dulu untuk tunggu peluh kering baharu nak mandi. Bilik 302 nampaknya belum balik lagi. Maybe diorang chit-chat lagi di dewan dengan kawan-kawan lain. Al-maklumlah, malam terakhir sebelum balik ke rumah masing-masing. 

Usai mandi dan solat, jam dah menunjukkan pukul 10.35 malam. Aku baring-baring atas katil sambil belek-belek nota yang dah aku buat sepanjang kursus. Untuk refresh semula apa yang telah aku pelajari selama 15 hari berkursus. Al-maklumlah, esok nak exam nie. Pengsan la aku kalo tak lulus. Nanti tak pasal-pasal kena mengulang kursus induksi lagi. Kawan aku tue bila dia tengok aku dah bukak buku, dia baru bangun nak gi mandi. Katil dia bersebelahan dengan tingkap. Pandangan tingkap bilik aku mengadap padang bola; tempat kami beriadah waktu petang. 

Sambil-sambil membaca dan menghafal dan kadang-kadang terlelap. Mane tak penat, satu hari suntuk aktiviti full. Mestilah bila dah malam energy dah berkurang banyak. Bateri badan aku tinggal 20% je kot malam tue. Tapi aku gagahkan jugak la untuk mentelaah nota-nota yang ada. Sambil pejam mata...sambil menghafal...mulut terkumat-kamit hafal fakta-fakta penting. Sampaikan kawan aku tue tegur la...dah-dah la tue...kalo ngantuk tido je. Masa tue terkejut aku, bukak balik mata...tengok dia pun dah landing atas katil sambil pegang buku...Hahaha...

Jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Nampaknye baru setengah jam masa berlalu. Tapi sebab aku dapat terlelap sekejap tadi, so, tetiba mata macam segar dah. So, aku pun meniarap atas katil tue dan buat latihan sedikit. Aku tengok kawan aku tue dah tertido dan muka tertutup dengan buku yang dibacanya. 

Bila dah malam nie, terasa sunyi sangat. Sampaikan bunyi air menitik dalam bilik air pun kuat bunyinya. Bunyi detikan jarum jam tangan aku pun aku boleh dengar. Punyelah sunyi betul malam tue. Tapi lagi sunyi, lagi mudah nak menghafal sebab tiada gangguan. Aku pun fokus meneruskan pembacaan aku. Pada masa ini la sesuatu yang diluar jangka berlaku...

Detikan jarum jam dan bunyi air menitik kadang-kala menggangu konsentrasi aku. Tapi aku bolayan...cuma fokus betul-betul dengan membaca nota-nota aku. Tiba-tiba bilik yang sejuk menjadi panas plak. Pada mulanya aku berselimut, tapi aku terpaksa buang selimut sebab rasa panas. Pada mulanya aku buat tak tahu je la...abaikan...masih fokus lagi. Kemudian, selain bunyik detikan jam dan bunyi air menitik, aku terdengar bunyi suis aircon dibuka (ON) dan aircon berfungsi dan bilik menjadi sejuk semula. Hati ku dah berdebar-debar. Sape plak yang tutup aircon tadi dan sape plak yang bukak aircon semula? Fokus aku untuk study dah tergugat dengan insiden yang tidak dijangkakan tue. 

Time tue aku cepat-cepat tutup buku dan baring berselimut. Untuk makluman, kami tido tak tutup lampu iya. Bilik terang benderang. Bila aku dah berselubung dengan selimut, tiba-tiba suis aircon makin kerap dimainkan. On..Off...On..Off...Tik...Tap...Tik...Tap...dan tiada bunyik bunyik air menitik dalam bilik air...dah tiada bunyik detikan jarum jam...hanya yang aku dengar pada ketika itu hanyalah bunyik suis aircon dimainkan berulang kali. Suhu bilik tue sejuk...panas...sejuk...panas...

Aku cuba untuk lelapkan mata ku...tapi tak boleh. Mata aku degil tak nak tido plak. Aku tengok jam tangan aku, masa tue jam menunjukkan pukul 11.04 malam. Tiba-tiba aku terdengar bunyi orang bertukang di atas. What? sape yang bertukang tengah-tengah malam nie? Lagipun nie level 3...atas nie ada bumbung je...so, sape yang dok ketuk-ketuk kat atas tue. Aku makin tak keruan time tue...rasa nak kejutkan kawan sebelah...tapi aku nak pusing ke kiri pun tak berani. Badan dah gigil-gigil. Bilik memang terasa sejuk gilerrr...Time nie la tetiba terniang-niang kata-kata Urus setia pusat latihan nie...pukul 11 malam semua dah kena tido dh. Jangan nak borak-borak dan gelak-gelak sampai larut malam. Tapi Urus setia tue tak de bagi tahu reason sebab apa dan kami masa tue tak ambil pot pun dengan kata-kata yang disampaikan. 

Gangguan masih berterusan...lepas abis bertukang, tiba-tiba terdengar bunyi dinding sebelah tingkap dekat katil kawan aku tido bunyi macam orang smash bola tennis pada dinding. Dumm...dumm...dumm...kuat gilerrrr...rasa macam bergegar bilik. Aku dah start nak nangis dah time tue...Bunyi tue berterusan sampai 1 jam lebih... Bunyi smash tue kadang-kala laju... dummm... dummm... dummm.... dan kadang-kala dumm..................... dumm.................... dumm.................. Aku pelik, kawan aku yang tido betul-betul sebelah tingkap tue tak dengar ke bunyi kuat macam tue. Aku rasa macam nak pecah dinding tue kena smash dengan bola bertubi-tubi. 

Aku dah ngantuk sangat...tapi mata aku tak boleh nak lelap. Aku rasa sangat-sangat terganggu dengan bunyi tue. Ayat kursi entah berapa banyak kali aku ulang pun aku tak tahu. Sampai mulut dah kebas la baca ayat kursi berulang-ulang kali. Huhuhu...hanya tue je yang mampu aku lakukan ketika itu. 

Tiba-tiba...bunyi smash bola dah makin perlahan-perlahan tetapi kerap. Entah kenapa time tue aku boleh terfikir petua orang lama-lama...Kalo kita dengar suara / apa-apa bunyi tue kuat, menandakan 'benda' tue berada jauh lagi. Tapi, kalo kita dengar suara / apa-apa bunyi tue makin perlahan, itu menandakan bahawa 'benda' tue telah dekat dengan kita. Nak tahu tak sebab apa aku terfikirkan petua tue...sebabnya...tiba-tiba aku terdengar suara mendengus yang kuat. Bunyi macam lembu jantan yang menghembus nafas dengan kuat. Aku terdengar bunyi tue hampir betul dengan aku yang tengah berselubung dengan selimut. Terasa sejuk sangat sampai ke tulang hitam. Pastue aku terdengar suara lelaki berkeruh yang kuat dari arah katil kawan aku tue. Aku pelik, tak kan la kawan aku tido berdengkur kuat macam tue. Sebab tadi tak de dengar pun kawan aku berkeruh macam tue sekali. Serentak ngan itu gak...tiba-tiba, suis aircon dimain-mainkan semula...dan kali ini diselang seli ngan gegaran katil tempat kawan aku tido. Terasa bunyi katil kawan aku bergegar dan ditarik sampai bunyik krikkk...krikkk...

Fikiran aku dah tak mampu berfikir dengan waras...aku takut 'benda' tue kan apa-apa kan kawan aku...so, aku kuatkan semangat...dan pusing badan aku ke kanan...aku selak pelan-pelan selimut yang menutupi aku...aku takut sangat kalo aku ternampak 'benda' yang tak sepatutnya aku nampak. Aku bukak mata aku slow-slow...intai disebalik selimut....

Aku tengok kawan aku tido ngan aman je...macam tak de apa-apa yang ganggu dia tido. Aku kuatkan semangat dan bangun dari katil...aku kejutkan kawan aku...

"Kak Ros...Kak Ros...bangun la Kak Ros..." time nie air mata dah menitik keluar dah...

"Hmmm...nape nie...tak boleh tido ke?" Kak Ros tanye sambil mata dia terbuka skit...

Aku hanya mampu anggukkan kepala je...

"Hmmm...tak pe...tak pe...jom tdo kat bawah sama-sama...tak de apa-apa..." jawab Kak Ros sambil tangan dia ambil bantal dan tido kat bawah. Aku pun ambil bantal aku dan tido bawah sebelah dia. Aku tido mengadap Kak Ros...

Lepas Kak Ros bangun, macam semua bunyi-bunyi tue dah hilang...suhu bilik macam dah balik ke asal...tak panas sangat dan tak sejuk sangat...Tapi aku masih takut lagi nak lelapkan mata. Jam masa tue kul 2.04 pagi... Aku tak sedar bila masa aku dah terlelap...Aku sedar bila jam handphone berbunyi jam 5.30 pagi. 

Pagi tue Kak Ros tanya aku bile aku dah siap mandi dan solat. "Malam tadi kenapa? Ada apa-apa yang jadi ke malam tadi?" 

Aku hanya cakap aku kena kacau malam tadi. Aku tak cerita panjang lebar pun sebab aku takut 'benda' tue dengar aku mengata pasal dia. Huhuhu...

Jam dah menunjukkan jam 7.15 pagi. Kami berdua keluar bilik menuju ke dewan makan. Exam start jam 9.00 pagi, so ada masa lagi kalo nak baca apa-apa untuk kali terakhir. 

Masa aku dan Kak Ros masuk dewan exam...dah ada 2-3 kumpulan dah lepak-lepak dalam tue. Tiba-tiba ada persoalan dari dorang..."eh, korang, malam tadi korang boleh tido ke?" persoalan tue diajukan kepada kami berdua. Kak Ros bagi tahu aku tak leh tido...kena kacau. Masa tue terus terbukak cerita. Rupanya bukan aku sorang je yang kena, geng bilik Tingkat 2 pun kena. Diorang siap baca Yassin dalam bilik malam tue. Diorang pun dengar bunyi orang smash bola kat dinding dan macam-macam gangguan lagi. 

Pastue bile team lelaki masuk...mereka punya cerita lagi seram...team budak-budak lelaki duduk kat rumah banglow. Satu rumah boleh muat 10 peserta. Peserta lelaki dok kat banglow sebab jumlah peserta lelaki tidak seramai peserta perempuan. Jadinya peserta lelaki dok kat 5 banglow yang berasingan. 

Kawan opis aku yang lelaki bagi tahu mereka telah diganggu oleh cik ponti malam tue selepas abis majlis. Al-kisahnya, kawan aku nie dia balik banglow berseorangan kerana yang lain-lain masih belum selesai berborak. Jadi, bila dia balik tue...terus dia on TV dan dia nak gi mandi. Masa dia keluar dari bilik, tetiba dia terpandang ada lembaga berjubah putih dan rambut panjang tengah dok bertenggek atas TV. Rambut yang panjang tue menutupi muka lembaga tue. Kawan aku nie tak cepat melatah...dia pun konon-konon buat tak nampak...dan gerak pelan-pelan ke pintu. Pastue...apa lagi dia lari pecut ke banglow sebelah. Masa dia lari tue...dia terdengar hilaian cik ponti yang sungguh menyeramkan...

Habis kisah seram di Pusat Latihan Kg. Gajah....Kami semua telah mengambil exam pagi tue bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari iaitu selama 3 jam untuk 80 soalan objektif dan 3 soalan esei pilihan. Soalan esei perlu jawab 2 soalan sahaja. 

Selepas tamat exam, semua peserta perlu kemas barang-barang dan turun ke dewan makan untuk makan tengahari. Kami bertolak pulang selepas selesai solat zohor. Kisah aku dan rakan-rakan lain yang diganggu menjadi perbualan sepanjang perjalanan balik dalam bas. Time tue baharu la tahu bahawa tempat tue sememangnya 'keras'. Dah banyak kejadian-kejadian gangguan yang dialami oleh para peserta. Batch sebelum kami kena ganggu lagi teruk sampai kena histeria. Puncanya adalah mereka buat persembahan ulik mayang pada Majlis Malam Gala. Kebetulan pelakon utama tue tengah ABC, so, memang benda-benda halus nie suka la...sebab tue Urus setia pusat latihan bagi peringatan tiada persembahan pemujaan pada Majlis Malam Gala untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berulang lagi. 

Jadi, azam aku adalah macam mana pun aku kena lulus exam tue. Wajib lulus... sebab aku tak nak datang lagi kat tempat nie untuk mengulang semula untuk tempoh 16 hari lagi. Aku doa dan doa...supaya aku lulus. Walaupun tak cemerlang, yang penting LULUS.

Selepas 3 bulan berlalu, keputusan dikeluarkan...dan Alhamdulillah aku Lulus dengan Cemerlang. Syukur sangat-sangat. Rasa berbaloi dengan dugaan gangguan yang aku alami pada malam terakhir di Pusat Latihan Kg. Gajah. 

************************************

Selepas 11 tahun berlalu...aku memang dah tak pernah jejakkan kaki kat Pusat Latihan Kg. Gajah lagi. Aku seboleh-bolehnya akan cuba elakkan untuk pergi kursus di Pusat Latihan Kg. Gajah. Selama 11 tahun nie aku berjaya elak dari pergi ke sana. 

Tapi pada 15 Februari 2020, aku telah terima sepucuk surat dari pihak pengurusan...Tahniah anda telah dinaikkan pangkat dan penempatan baharu anda adalah di Pusat Latihan Kg. Gajah, Perak. Anda dikehendaki melapor diri pada 1 Mac 2020. 

What?! Omaigot...I don't want to go there...I don't want...


The end.


*************************************


Published di Group FB : Fiksyen Shasha Group pada 17 Mei 2020

  
Published di Group FB : Kelab Cerita Hantu Malaysia pada 17 Mei 2020


N3g@rA H4r^m

Negara Haram by akeno2024 17 November 2023 Jika sejarah mampu bersuara Dahulu engkau hanya pelarian Baki serpihan simpati Hitler Untuk tingg...