Wednesday, 25 July 2018

Trip to Negeri Bawah Bayu (Bahagian 1)




Tanggal 30 Jun - 2 Julai 2018, telah berlaku one level up dalam hidup ku. Peningkatan tahap keyakinan dalam diri telah semakin bertambah dan ini membuatkan aku rasa hidup ku ini sangat bermakna dan pepatah "enjoy your life till fullest" telah aku nikmati. Hidup kena bersungguh agar tiada kekesalan dalam diri bila saat sakratul maut datang menjengokkan diri nanti. Hidup juga kena berbakti, agar amalan ini boleh dijadikan bekalan dalam kehidupan yang abadi di dunia ke-2 nanti (dunia life after death). 

Apa yang nak dikongsikan di sini adalah Solo Trip ke Negeri Bawah Bayu yang 100% diurusan oleh diri aku sendiri. Tujuan trip nie adalah untuk hantar adik melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Dalam ekspedisi kali ini, adik jadi follower dan aku menjadi leader. Sebelum-belum nie, sokmo aku jadi follower je...mane leader gi, just follow je. Kalo leader terjun laut pun entah-entah aku pun follow gak. Coz knowledge zero kalo pasal travel-travel nie. Hihihi... 


Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak tahu. Jadinya, aku nak share gak jarak antara Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah adalah 3727km. Tempoh perjalanan melalui udara adalah dalam masa 2 jam 45 minit. 

Aku telah bertolak ke Airport KLIA 2 jam 5.00 pagi dan tiba di KLIA 2 jam 5.45 pagi. Keluar awal coz flight aku kul 8.00 pagi. Urusan untuk tinggalkan luaggage akan mengambil masa yang agak lama. Sebab tue dalam panduan telah dinyatakan, penumpang perlu berada di airport sekurang-kurangnya 2 jam awal dari masa pelepasan. 

Lepas dah check-in luaggage, jam 6.30 pagi, kami masih mempunyai masa untuk breakfast dan solat subuh. Pagi tue, breakfast McD Ala-Carte McChicken. Dalam jam 7.15 pagi, kami gerak menuju ke pintu pelepasan. 

Flight yang sepatutnya berlepas jam 8.40 pagi telah delay ke jam 9.30 pagi. Memang berjanggut la nak tunggu. Dah la letih menunggu dari awal pagi dan kurang tido coz bangun awal sebelum subuh. Tapi, tue namanya dugaan dan rintangan. So, aku redha je...lagi pun aku tak de rushing apa-apa pun. Just cool and steady je. Walaupun penat and ngantuk, tapi sebab hepi mode...so, keletihan tue tak terasa sangat. Excited nak gi tengok negeri lain.

Jam 9.30 pagi, annoucement untuk pelepasan telah dilakukan. So, beratur la untuk naik flight. Bila dah masuk flight, rasa lega sangat...coz fikir...yipee...time to sleep is come...leh tido...leh tido...sebab bila sampai KK, perlukan tenaga yang banyak coz kena jalan-jalan. Hihihi...

Tak silap, flight berlepas dari KLIA 2 jam 9.45 pagi...dan dijangka akan tiba di Airport Kota Kinabalu jam 12.30 tengah hari. Bila roda pesawat telah dinaikan...rasa diri terapung-apung di awangan. Makin lama makin tinggi pesawat meninggalkan daratan untuk terbang di atas awan. Airport makin lama makin mengecil dan serasa diri makin dengan dengan awan dan langit. Bak kata Laksamana Sunan...."Awan kalau dapat dicapai maka saktilah hamba..." dalam novel terlaris ~ Cinta Sang Ratu. Tapi, situasi dan keadaan pada masa itu, memang leh tengok awan...nampak langit...tapi tidak bisa untuk disentuh; sebab tiada kesaktian. Hihihi...cuma boleh ditonton dan dilihat sahaja. 

Pemandangan masa itu, hanya tersebut satu khalimah sahaja..."subhanallah." Sangat cantik bumi ciptaan Allah swt nie dengan memperlihatkan kebesaran dan keagungan Allah swt dengan melihat keindahan ciptaan-Nya.

Awan putih...langit biru terbentang...lautan yang luas...sungguh indah pemandangan dari mata burung. Sebab itu ada pepatah mengatakan jauh berjalan, luas pandangan. Jangan jadi seperti katak di bawah tempurung. Jika berpeluang untuk menjelajah dunia, just pergi je tanya ada rasa ragu-ragu. Yakin bahawa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung dan Allah swt akan sentiasa menemani.

Tengah sibuk melihat pemandangan yang cantik dan memukau, tetiba deria hidung ku berfungsi mencium bau makanan yang sedap. Rupa-rupanya Pramugai sedang mengedarkan tempahan makanan yang dibuat oleh penumpang yang ada membuat "Add-On a Meal". Bila bau food, tetiba perut terasa lapar. So, bila sampai di tempat kami, Pramugari tue bagi 2 pack speghetti dan 2 pack nasi beriyani ayam beserta 4 cawan mineral water.

Sangat konpius, kenapa dapat 2 food terus. Bile semakan dilakukan didapati bahawa 2 pack extra tue adalah tanda ucapan maaf kerana flight delay. Maka, rezeki atas flight sgt la murah. Dapat extra meal. 



Ketibaan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu adalah lebih awal iaitu 5 minit selepas jam 12.00 tengahari (Pilot Nazrul, 2018). Hihihi...awal 10 minit rasanya. Maybe sebab penerbangan lewat, so...mmg terasa pilot tue mcm bawak laju je...kihkihkih...Tapi, apa-apa pun, alhamdulillah...tiba juga di airport KK ngan selamat. Berjaya gak jejakkan kaki di Negeri Bawah Bayu nie. Tak terfikir langsung suatu hari nanti dapat gak sampai ke sini. Allah swt penentu segalanya. Yang kita tak harap sangat, yang tue la yang akan dimakbulkan oleh Allah swt. 

Kawasan airport KK luas gak coz terasa penat la nak jalan keluar. Pusing-pusing nak cari tempat luaggage. Sebab tempat baru kan...so, tak biasa ngan environment baharu...jadinya mata melilau-lilau...ngan ramainya umat manusia yang baharu turun dari flight. Semua pun jalan laju-laju. Hihihi...So, bila ternampak Kaunter Pertanyaan, ringankan mulut untuk tanya kat mana tempat ambil luaggage tue. Rupa-rupanya, opposite way...so...kena patah balik semula ke tempat memula keluar tadi. Huhuhu...

Selepas harungi semua dugaan awal, just untuk ambil beg, akhirnya settled gak. Next...jalan ke arrival hall untuk masuk ke kawasan imigresin  untuk cop passport (jika ada passport) atau pihak imigresin akan berikan slip putih yang dicop kemasukkan ke Sabah. Slip tue perlu dikembalikan semula bila hari kita keluar dari Sabah. Hmmm...tujuannya untuk pantau rakyat semenanjung yang datang ke Sabah kot...tak pastilah...andaian je tue. Tapi, adik yang akan bertugas di Sabah perlu mohon passport biru dan disahkan di imigresin tue. Pegawai tua tanya soalan simple kat adik sebelum dia cop passport biru tue. 

Pertanyaan, rakyat Sabah yang masuk Semenanjung pun perlu ada passport biru ke jika nak bekerja di Semenanjung? Jika mereka datang untuk melawat, mereka pun perlu diberikan slip putih dan dicop ke sebagai prosedur memasuki Semenanjung? Hmmm...tak de jawapan lagi...

Destinasi seterusnya...opkos la Kereta Sewa. Pemakluman awal kepada tuan punya kereta sewa telah diberikan mengenai kelewatan ketibaan kerana flight delay. Nampaknya tuan kereta sewa nie sangat punctual. Kereta dan pun sedia menunggu di pintu ketibaan. Viva Putih (Auto). Tuan kereta sewa nama Shahril. Baik dan bersopan sangat. Orang Sabah kan...putih-putih n chubby skit...walaupun cara cakap memang slang Sabah dan ada ketikanya, xjelas apa yang dia katakan...tapi ok je...janji faham maksud yang hendak disampaikan. So, kalo ada sapa-sapa yang nk gi Sabah dan nak cari kereta sewa, boleh la hubungi En Shahril ditalian 016-584 5909. Ada banyak jenis kereta sewa yang dia boleh offer...tapi rate berbeza-beza mengikut size kereta. Disebabkan berdua je ngan adik, dan kegunaan di sekitar KK je, sebab itu pilih Viva. Pada awalnya rate yang ditetapkan adalah RM100/day + petrol 1 bar + Auto + Aircon berfungsi dengan baik. Tapi, lepas berbincang secara serious (lebih kepada merayu), tak sangka En Shahril bersetuju untuk kurangkan kos kepada RM70/day. Padahal rayuan dibuat sekali sahaja (try test je)...Syukur sangat...Allah swt lembutkan hatinya untuk turunkan harga. Sebabnya akan gunakan kereta tue untuk 3 hari...jadi total RM210 (kalo tak RM300). So, dapatlah save bajet RM90. Terima kasih En Shahril...Rugi...lupa nk selfie sesama...kalo tak leh post dalam nie...


Bila penyerahan kunci dilakukan...bila dah masuk n nak gerak coz nk cari petrol pam...bile tgk ada 3 bar petrol...Ya Allah...bagusnya...janji akan bagi 1 bar je...tetiba ada 3 bar plak...dah la kurangkan harga, petrol pun bagi lebih...Terima kasih En Shahril...doa dari jauh, semoga dimurahkan rezeki lagi...aamiin...



To be continue...

Takdir






Kata orang, kita tak boleh ubah takdir.. Takdir tu dah tertulis siap-siap di Luf Mahfuz lagi. Bila pena terangkat, lembaran pun sudah kering, maka itulah takdirnya.

Tapi sebenarnya pemahaman takdir itu luas. Sangat luas maknanya. Melangkaui pemikiran cetek manusia. Takdir bukan milik manusia tetapi milik Dia.

Manusia takkan dapat mengawalnya. Perkara ghaib ini Allah sahaja yang tahu. Ia sangat misteri. Jadi apa yang berlaku sebagai takdir, adalah di bawah ilmu dan pengetahuan Yang Maha Esa. Ilmu-Nya yang tersangat luas.. Tak tergapai dengan ilmu manusia yang setitis cuma. Takdir, perkara aqidah.

Termaktub dalam rukun Iman yang ke-enam. Di bawah qada' dan qadar Allah.. Qada = pelaksanaan Qadar = sukatan




Dan ia terbahagi kepada 2 bahagian; Qada Muallaq, Qada Mubram.

Qada Mubram =  perkara yang kita tak mungkin akan ubah. Ia pasti berlaku dan akan berlaku, tanpa halangan. contohnya mati. Semua manusia akan mati kan?

Qada Muallaq = ketentuan yang tak semestinya berlaku dan ia bergantung kepada sesuatu.

Seperti dalam Hadis Nabi s.a.w.; Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa, Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik keada ibubapa. (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi)



Doa dan usaha adalah 2 benda yang boleh mengubah takdir. Tapi perubahan tersebut masih lagi tertakluk dibawah pengetahuan Allah Azza wajalla. Allah akan ubah mengikut ilmuNya..



Manusia hanya boleh berdoa dan berusaha, natijahnya Allah sahaja yang menentukan. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri (Ar-Rad; 11) ðŸ˜¥ðŸ˜¥ðŸ˜¥


Wednesday, 11 July 2018

Success Stories



Success Stories

Noor Azwani Asyikin binti Samad
Master in Office System Management
BM775/2015-2017

As a Fulltime worker and a Part Time student, it is not an easy work to do. When I already make a decision to work and to study at the same time, of course I had to face the real supermassive and miserable life. The first thing I do after I had make a big decision is I have set in my mind that I only suffer for this two (2) years and I must go for it and work for it to get the GOT (Graduate On Time) status. Without family support, I’m nothing. So, my family support is very important to encourage me to strive for my success. Friends and Lecturers also very important elements in my journey because they support and guide me to the right path and focus to achieve my dreams. As a Muslim, I also strongly believe in faith and my responsibilities towards the Almighty must be considered in order to achieve success. If someone asked me what’s my recipe for success, it’s definitely committed and focus. Throughout my life, I live by these inspirational quote, “You’ll never know until you try. So, just do it with focus and commit.” Insha Allah, everything will fine. 



Kudos to Faculties


The postgraduate program offered, Master in Office Systems Management at Faculty of Business Management is created for students who are passionate and interested about Office Systems and Technology which is very relevant to the industry. Moreover, in the Digital Era and Industry Revolution (IR) 4.0, knowledge and skills that have been teaches in this program is very useful and very related to the industry. The program will make you change your mind and overview about the important of technology to make you become an efficient and excellent worker in future. The outstanding and well experienced lecturer, plus the relevant syllabus will 100% can teach you and guide you till the end of the ‘tunnel’ in the journey.    



Bravo to IGS (IPSis)


I would like to thank IPSis for their precious help during this magnificent journey. As a medium element, IPSis did a countless job in becoming an effective platform and ground for postgraduate study. In this sense, IPSis had always tried their best in assisting me through the guidelines provided. IPSis also guide the students in fulfilling their requirements on a daily basis while maintaining full integrity and ethics in doing so. IPSis has competent, responsible and professional staff. Therefore, IPSis has definitely succeeded in its role and objective to bridge the ocean of knowledge for postgraduate candidates in achieving their success.


Tuesday, 26 June 2018

1st Step for the New Journey




27 Jun 2018 merupakan langkah pertama yang telah diambil untuk memulakan satu lagi perjalanan yang panjang dan mencabar dari segi fizikal dan mental. Kenapa keputusan ini dibuat? Kerana inginkan sesuatu yang boleh memberikan kepuasan terakhir dalam mengejar impian dan cita-cita. 

Walaupun keputusan telah dibuat dan sesi temuduga telah dijalankan...kenapa hati ini masih berbelah bahagi? Kenapa agaknya iya? Adakah diri sendiri tidak yakin dengan kemampuan diri? Ada apa-apa halangan ke yang perlu ditempuhi. Biarlah perasaan ini sebegini...insyaAllah, bila sampai masa dan ketikanya...semua akan lebih sedar n bersedia untuk menerima apa yang telah ditakdirkan.

Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana...Allah tidak akan membebankan seseorang hambanya tanpa mengetahui tahap kemampuan individu itu sendiri. 

Apa-apa pun...just perlu tunggu keputusan yang akan diperolehi nanti...positif or negatif, kita terima sahaja. Kalau positif, maka...memang itu hala tuju yang telah ditetapkan. Jika negatif, pun tak de masalah coz Allah swt tahu mana yang terbaik untuk masa sekarang.





Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita yang tersendiri. Jika hendak jadikan impian dan cita-cita itu tercapai dan menjadi kenyataan, seseorang itu mestilah fokus dan memberikan komitmen yang baik terhadap keputusan yang telah dibuat. Setiap keputusan yang telah diambil perlu disusuli dengan tindakan. Tanpa tindakan segala yang diimpikan dan diangan-angankan tidak akan tercapai. Di samping itu, keyakinan juga merupakan komponen yang penting dalam setiap tindakan yang akan kita lakukan. Jika diri kita dan hati kita diselubungi dengan perasaan syak wasangka, tidak yakin, was-was, takut untuk melakukannya, impian dan cita-cita kita pasti tidak akan dapat dicapai. Sebab itu ada pepatah mengatakan musuh yang paling digeruni dan ditakuti adalah diri kita sendiri. Perasaan-perasaan negatif itu hanya wujud dalam diri kita. Walaupun secara fizikal, kita berpendapat kita boleh jayakannya...tetapi, sekiranya sekelumit hati kita digelapi dengan perasaan negatif, tiada siapa yang mampu selamatkan diri kita...hanya kita sahaja yang mampu mengubahnya.



Setiap hari, setiap manusia pasti akan melalui pengalaman hidup yang baharu dan berbeza setiap hari. Tiada seorang manusia pun yang akan terlepas dari melalui pengalaman hidup yang baharu. Oleh yang demikian, jika hari ini merupakan hari pertama anda untuk melakukan, membuat atau mencuba sesuatu yang baharu...sila lakukan dengan baik dan yakin bahawa anda pasti dapat melaluinya dengan jayanya.




Jika anda merasakan bahawa anda bersendirian semasa memulakan satu perjalanan yang panjang, jangan khuatir dan jangan risau kerana pasti anda akan menemui ramai rakan-rakan yang lain yang bersendirian seperti anda dalam menempuh perjalanan masing-masing. Pada ketika itu, anda boleh memulakan persahabatan dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Ini kerana hanya mereka yang bersendirian akan memahami keadaan orang lain yang bersendirian juga. Tidak mustahil bahawa anda akan menemui kawan sejati yang belum pernah anda jumpa sepanjang perjalanan itu nanti. Yakin la bahawa walaupun anda bersendirian, beranilah untuk memulakannya kerana setiap permulaan yang pahit, pasti akan ada manisnya di kemudian hari nanti.




Selagi anda hidup, walaupun tiada sesiapa pun di sebelah anda, ingat dan yakinlah bahawa Allah swt tetap ada dan tidak pernah meninggalkan umatnya keseorangan. Dia sentiasa memerhatikan kita dan akan memberikan pedoman agar kita tidak salah dalam membuat sebarang keputusan. Jadi, hargailah setiap moment yang akan kita lalui nanti dan pastinya akan memberikan kesan positif yang baik dalam kehidupan kita nanti.



Setiap perjalanan yang ditempuhi akhirnya pasti akan menemui garisan penamatnya. Tapi adalah ianya merupakan perjalanan yang terakhir kerana kita telah lelah mengharungi ranjau dan onak duri untuk tiba di penghujung jalan? Jawapan ada dalam diri sendiri. Apa yang penting, bukan kita berjaya hingga ke garisan penamat, tetapi perjalanan dan pengalaman yang ditempuhi yang akan membantu kita menghadapi hidup dan dunia ini dengan lebih baik. Pengalaman itu la yang lebih berhargai. Jadi, walau sesusah mana pun halangan dan cabaran yang perlu dilalui, bertabahlah kerana kesusahan itu merupakan komponen yang utama untuk menjadikan siapa kita di masa akan datang. 




Umur bukan satu ukuran untuk menjadi batu penghalang dalam mencapai impian dan cita-cita. Selagi nafas dan jantung masih berdegup dan berfungsi dengan baik serta dikurniakan fikiran yang waras dan fizikal yang kuat, walau setua mana pun...kita masih ada kudrat untuk mencapai impian dan cita-cita kita. Impian dan cita-cita hanya boleh direalisasikan oleh diri kita sendiri. Kita tidak boleh mewakilkan orang lain untuk mencapai apa yang kita inginkan. Kita tidak boleh mengupah orang lain untuk menempuh ujian dan dugaan bagi pihak kita kerana ianya tidak akan sama dan tidak akan memberikan kesan yang sama kepada diri kita. Pengalaman adalah sesuatu yang kita sendiri yang perlu dilalui. Jika kita tidak laluinya sendiri, ianya bukan dipanggil pengalaman. 



Journey Start...so, mulakan hari-hari anda dengan satu perjalanan hidup yang baharu. Timbalah seberapa banyak pengalaman yang menarik sepanjang hidup anda. Yang pastinya jika anda memahami makna sebenar pengalaman, anda tidak akan menolak untuk melalukan sesuatu yang lain dari rutin harian. Pengalaman menjadikan seseorang itu hidup...pengalaman menjadikan seseorang itu manusia dan pengalaman juga membolehkan seseorang itu menjadi lebih matang dan berfikiran luas dalam menempuh kehidupan yang sementara ini.

Let's start the journey...PhD here I come...please be nice to me...I will make this journey the best journey in my life...InsyaAllah...Aamiin...

Monday, 25 June 2018

F.A.M.I.L.Y = KELUARGA




Samad's Clan

Apa yang dimaksudkan dengan KELUARGA? Mengikut pada definisi KajianPusaka.Com, Keluarga merupakan satu kelompok manusia yang hidup bersama sebagai satu kesatuan atau unit masyarakat terkecil yang mempunyai hubungan darah melalui ikatan perkahwinan atau ikatan lainnya; dan tinggal bersama dalam satu rumah yang dipimpin oleh seorang Ketua Keluarga. 

Walaubagaimana pun, terdapat lain-lain definisi dari sumber-sumber yang berbeza, iaitu:

1. Keluarga adalah sekumpulan orang dengan ikatan perkawinan, kelahiran, dan adopsi yang bertujuan untuk menciptakan, mempertahankan budaya, dan meningkatkan perkembangan fisik, mental, emosional, serta sosial dari tiap anggota keluarga (Duvall dan Logan, 1986).

2. Keluarga adalah dua atau lebih individu yang hidup dalam satu rumah tangga karena adanya hubungan darah, perkawinan, atau adopsi. Mereka saling berinteraksi satu dengan yang lain, mempunyai peran masing-masing dan menciptakan serta mempertahankan suatu budaya (Bailon dan Maglaya,1978 ).

3. Keluarga merupakan unit terkecil dari masyarakat yang terdiri dari kepala keluarga dan beberapa orang yang berkumpul dan tinggal di suatu tempat di bawah satu atap dalam keadaan saling ketergantungan (Departemen Kesehatan RI, 1988). 

Untuk menjadikan sesebuah itu keluarga yang bahagia dan mendapat rahmat Allah swt, setiap ahli keluarga dalam keluarga tersebut perlu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan unit masyarakat kecil ini dapat hidup dalam keadaan harmoni, aman damai dan gembira. 

Apakah peranan utama yang perlu dipikul oleh setiap ahli keluarga tersebut? Sudah semestinya, Ketua Keluarga iaitu suami memainkan perlu memainkan peranan utama bagi memastikan masyarakat kecil di bawah pimpinannya berada dalam keadaan selamat dari segi fizikal dan mental, mempunyai ekonomi yang baik bagi meneruskan kelangsungan hidup ahli keluarganya, menyediakan tempat tinggal sebagai tempat berlindung hujan, panas dan mara-bahaya dari pihak luar, cukup makan dan minum serta boleh memberikan kasih sayang kepada semua ahli keluarganya.

Peranan isteri pula, adalah sebagai penolong / pembantu kepada Ketua Keluarga agar segala perancangan dapat dijalankan dengan baik. Sememangnya pada masa kini, suami isteri telah sama-sama keluar untuk mencari rezeki bagi menambahkan pendapatan keluarga...bagi memastikan keperluan setiap ahli keluarga dapat dipenuhi. Oleh yang demikian, sikap bertolak ansur dan bantu membantu dalam urusan kerja-kerja di rumah amatlah penting. Suami perlu memahami kekangan dan keadaan isteri dan membantu apa yang patut. Isteri pula perlu memastikan keperluan keluarga tidak terabai dan urusan anak-anak terurus dan terjaga. Apa yang paling utama, setinggi mana pun jawatan isteri di luar sana, di rumah...isteri masih perlu meletakkan rasa hormat yang tinggi kepada suaminya kerana suami merupakan Ketua Keluarga.    

Peranan anak-anak pula sudah semestinya mentaati ibu bapa, menolong urusan di rumah dan paling penting, rajin belajar untuk memastikan masa depan lebih cerah dan terjamin. Tanggungjawab utama seorang anak hanyalah study. Belajar untuk uruskan kerja-kerja rumah dan belajar untuk berjaya dalam bidang akademik. Anak-anak tidak dipertanggungjawabkan untuk keluar mencari rezeki. Ini kerana mereka belum layak untuk memikul tangggungjawab sebagai orang dewasa. Anak-anak ini perlu mendapat contoh atau role model yang baik dari ibu dan bapanya. Ini kerana contoh yang terhampir adalah ibu dan bapa. 

Mungkin secara terorinya, semua ini nampak mudah dan senang. Walaubagaimana pun, amat sukar untuk merealisasikannya. Practical is much harder than teory. Teori, kita hanya baca dan fahamkan sahaja. Tetapi praktikal, kita perlu implement kan apa yang telah dinyatakan menjadi realiti. Semestinya bukan mudah untuk menjadikan sesuatu itu realiti tanpa kerja yang kuat. 


Wednesday, 20 June 2018

Fate or Destiny



‘Fate’ usually refers to ‘a power or agency that predetermines and orders the course of events.’ Fate refers to events that are ordered, that are inevitable or unavoidable. It is what is going to happen. When one thinks of ‘fate,’ ‘The Fates’ are bound to come up. The Fates were three sisters in Greek Mythology that dispensed fate. They are usually represented as spinning tapestries depicting human lives. Every weave and knot represented events that dictated the human’s lives. Eventually, when it was time for the human to die, the thread was cut off.

'Destiny', on the other hand, is depicted as ‘finality of events.’ In fact, the term ‘destiny’ is quite similar to the term ‘destination.’ Destiny is essentially where one is supposed to end up, the end of things. It has a more general, open-ended and a more overview outlook, as compared to fate. Fate is narrower, in fact, it can be said that destiny is the end result, whereas fate is the way to get there.

It can be said that generally, ‘fate’ is used to refer to something with a negative significance, whereas, ‘destiny’ is more neutral. ‘Destiny’ is mainly used to refer to something with a more positive significance, for example: ‘He was destined for greatness.’ As compared to, ‘It is always his fate to be left behind.’

*******************************
'Nasib' biasanya merujuk kepada 'kuasa atau agensi yang menentukan dan memerintahkan untuk berlakunya sesebuah peristiwa.' Nasib merujuk kepada peristiwa-peristiwa yang ditetapkan dan diperintahkan, yang tidak dapat dielakkan. Itulah yang akan berlaku. Apabila seseorang berfikir tentang 'nasib,' 'The Fates' pasti akan muncul. The Fates adalah tiga adik perempuan dalam mitologi Yunani yang membagikan nasib. Mereka biasanya diwakili sebagai permaidani berputar yang menggambarkan kehidupan manusia. Setiap menenun dan simpul mewakili peristiwa yang menentukan kehidupan manusia. Akhirnya, ketika sudah waktunya manusia mati, benang itu terputus.

Di sebaliknya, Destiny digambarkan sebagai 'kesudahan untuk sesuatu peristiwa'. Sebenarnya, istilah 'takdir' agak sama dengan istilah 'destinasi'. Destiny pada dasarnya adalah di mana seseorang itu akhirnya akan berakhir. Ia mempunyai pandangan yang lebih umum, terbuka dan pandangan yang lebih menyeluruh berbanding dengan nasib. Nasib lebih sempit, sebenarnya, boleh dikatakan bahawa nasib merupakan hasil akhir, manakala nasib adalah cara untuk sampai ke sana.

Boleh dikatakan pada umumnya, 'nasib' digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang mempunyai maksud negatif, sedangkan 'takdir' lebih bersifat netral. 'Destiny' terutama digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang mempunyai signifikan yang lebih positif, contohnya: 'Dia ditakdirkan untuk kebesaran.' Sebagai perbandingan, 'Selalu nasibnya akan ditinggalkan.'


Allah swt ada mengatakan bahawa Nasib sesebuah kaum itu tidak akan berubah kecuali mereka mengubahnya sendiri. Jadi, sebagai seorang manusia, jangan la kita menangisi nasib kita selagi kita tidak berusaha untuk mengubahnya untuk menjadi lebih baik. Setiap sesuatu yang terjadi, pasti ada pilihan jalan yang boleh dipilih untuk menjadikan ianya lebih baik. Setiap pilihan yang dipilih itu adalah menetapan kepada peristiwa yang akan terjadi selepas pemilihan dilakukan. Sekiranya pilihan yang dibuat itu tepat dan betul, maka pengakhiran sebuah pilihan itu pastinya menghasilkan takdir yang baik. Walaubagaimana pun, jika pilihan yang telah dilakukan itu menjurus kepada peristiwa yang lebih memburukkan, maka jangan la tangisi pilihan yang telah dilakukan itu. Ini kerana kita perlu bertanggungjawab dengan setiap pilihan yang telah kita tentukan sendiri sama ada ianya akan jadi baik atau buruk. Yakinlah bahawa setiap pilihan itu telah ditetapkan oleh Allah swt kerana Dia-Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui apa yang akan terjadi di masa depan. 


Yakin dan yakin lah bahawa ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah swt adalah yang terbaik. Mungkin kita tidak nampak kebaikan untuk hari ini, tetapi kebaikan dan balasan itu akan terjadi di masa akan datang. Jadi, tenanglah wahai hati...terima dan redha lah dengan segala apa yang telah ditetapkan untuk kamu. Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Sang Pencipta-Nya tidak akan membebankan seseorang dengan ujian yang berat melainkan dia mampu untuk menanggungnya. 

Yakin la...yakin...bahawa Allah swt amat-amat menyayangi semua umat Muhammad dan Dia tidak akan menguji seseorang hambanya, jika bukan kerana Dia merinduinya. Untuk hambanya sentiasa ingat dan mengikut suruhan-Nya dan meninggalkan laranggan-Nya.



Bersihkan hati...putihkan jiwa...Yakinlah, bahawa setiap yang terjadi adalah ketetapan Allah swt dan pasti ada hikmah di sebalik apa jua dugaan dan ujian yang datang menimpa. Kembalilah kepada Sang Pencipta-mu, pasti akan menemui kedamaian yang abadi, tanpa ada perasaan gusar dan gundah...

Kehilangan Abadi...KEMATIAN...





Sebuah Kehilangan Abadi...melalui ayat ini telah sedia maklum, ianya melibatkan emosi, fikiran dan fizikal seseorang untuk menerima hakikat kepahitan dan kesakitan sebuah kehilangan yang abadi. Sebuah kehilangan yang abadi juga begitu sinonim dengan perkataan yang mudah dan ringkas serta memberikan makna yang jelas dan nyata...iaitu KEMATIAN. Sudah semesti perkara pertama yang  utama yang akan muncul dalam fikiran seseorang yang mendapat berita mengenai kematian adalah KENAPA? KENAPA? KENAPA? Kenapa ini terjadi? Kenapa dia pergi begitu cepat? Kenapa dia pergi tinggalkan ku? Kenapa Allah swt berikan ujian ini kepada ku? Kenapa berat sangat ujian yang diberikan? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Lantas, hanya air jernih yang mengalir keluar dari kelopak mata yang mampu untuk memberikan jawapan kenapa itu kepada diri sendiri. Hati, minda dan fizikal pada ketika itu dalam keadaan yang lemah dan tidak berdaya. Seolah-olah roh kita sama terbang ke angkasa untuk mengejar 'dia' yang telah pergi meninggalkan kita secara abadi. 

Perasaan kehilangan ini sangat memedihkan ibarat luka yang dititiskan dengan perahan limau nipis...dan sangat menyakitkan ibarat hati yang ditusuk belati tajam. Minda dah tidak mampu untuk mengawal hati yang sedang rawan...fizikal hanya akan mengikut keadaan hati yang sedang meratap pilu atas kehilangan. Yang hadir pada ketika itu hanyalah air mata yang tidak henti mengalir untuk menemani hati yang pilu dan rawan. Hanya air mata yang menjadi peneman setia. Walaupun air mata itu tidak mampu membantu, tetapi air mata itu lah yang akan menolong hati untuk kembali tenang, kembali damai dan kembali ceria untuk menempuh hari-hari mendatang. Jadi, mengalirlah engkau wahai air mata...sederas-derasnya...sebanyak banyaknya...agar damai yang hilang akan kembali semula. Menangis la...menangis la...dan menangis la..

  
Setiap permulaan mesti ada pengakhiran. Begitu juga dengan kehidupan yang pastinya akan diakhiri dengan kematian. Ibarat kata Laksamana Sunan...Hidup ini InsyaAllah, Mati itu Pasti (Ramlee AM, 2011). Tapi, sebagai manusia biasa, berapa ramaikah yang sudi menerima berita kematian itu dengan penuh tabah dan redha? Berapa ramaikah yang terima kehilangan abadi itu dengan penuh kesyukuran dan kerelaan? Manusia, tetap manusia...yang mempunyai hati dan perasaan. Sekental-kental jiwa yang tiada nilai kasih sayang, pasti akan merasakan kesedihan jika kehilangan insan yang paling disayangi. Sepertimana perasaan Thanos yang terpaksa mengorbankan insan yang tersayang - Gamora untuk mendapatkan Infinity Life Stone. Thanos juga bisa mengalirkan air mata di saat dia terpaksa mengorbankan Gamora. Betapa kentalnya hati seseorang, pasti akan diremukkan dengan sebuah kehilangan yang abadi untuk insan yang disayangi. Semua manusia akan melaluinya dan merasainya. Mungkin sekali..dua kali atau banyak kali selama mana dia masih hidup di atas muka bumi ini. Kehilangan abadi akan terus berlalu sehingga tiba dan saatnya untuk menjadi insan yang akan menempuh saat kehilangan abadi untuk dirinya sendiri.

Mak...abah...adik beradik...suami/isteri...kekasih hati...setiap satunya pasti akan pergi meninggalkan kita suatu hari nanti. Tiada satu pun yang akan kekal berada di sisi kita. Bila sampai saat itu, adakah kita bersedia untuk hadapinya? Atau persoalan kenapa akan menghujani minda kita dan kita hanya mampu menangis untuk menghadapi sebuah kehilangan yang abadi. Akan berjumpakah kita nanti di alam akhirat? Boleh ke berkumpul semula nanti di alam sana? Masih kenal ke kita dengan mak, abah, adik beradik, suami/isteri atau kekasih hati? Tiada jawapan yang pasti mengenai persoalan itu kerana ianya adalah rahsia Sang Pencipta. Kita sebagai hambanya hanya mampu menerima dan bersedia dengan apa jua yang akan terjadi.


Betullah apa yang dikata...semua manusia akan meninggalkan kita, kecuali yang kekal dengan kita hingga ke akhir hayat hanya lah Allah swt ~ Sang Pencipta, Maha Agung dan Maha Besar. kasih sayang sesama manusia akan hilang dan tidak kekal. Tetapi kasih sayang Allah swt adalah yang teragung dan kekal abadi. Untuk mendapatkan cinta manusia, sayangilah diri sendiri dahulu. Tetapi sebelum itu, carilah kasih sayang dan keredhaan Allah swt. Jika kamu telah ketemu kasih sayang Allah swt, nescaya kamu tidak akan mencari kasih sayang yang lain lagi kerana kasih sayang Allah swt adalah kasing sayang yang Maha Agung dan Abadi.

Monday, 26 February 2018

Lagu Zaman Sekolah






Lagu Ais Kacang

Ais kacang....ais...ais kacang...
Bila cuaca panas dan lapar dahaga...
Singgah di gerai ais kacang diminta...
Susu dan jagung...
Kacang dan lengkong...
Air gula berwarna...
Campur semua...
Enak rasanye...
Kegemaran kita semua...

Nie adalah lagu masa sekolah rendah dulu...mmg lagu femes time tue...budak-budak sekarang tak pernah dah kot nyanyi dan dengar lagu-lagu kanak-kanak macam nie. Semuanya dok kejar lagu-lagu dalam hot fm...suria fm...best muzik fm dll.

Ada lagi satu lagu best zaman sekolah dulu...kalo ujian menyanyi je, mesti ramai yang jadikan lagu nie sebagai lagu pilihan...


Lagu Bunga Matahari

Bunga matahari sangat cantik
Kembang di waktu pagi
Daunnya hijau 
Bunganya kuning
Memikat kumbang lalu
Bunga matahari sangat cantik
Di halaman rumah ku
Dari ke pagi hingga ke petang
Tak jemu ku memandang.... 

Lirik dan melodi sangat mudah dan ringkas...jadi memang budak-budak perempuan suka sangat nyanyikan lagu nie bile ujian menyanyi. Bukan macam sekarang yang dok nyanyi lagu Faizal Tahir - Gemeruh, Khai Bahar - Bayang, Hael - Jampi dll. 

Budak-budak sekarang nie kebanyakkannya dah dewasa dahulu sebelum umurnya. Mereka terikut-ikut gaya dan cara orang dewasa menyebabkan mereka nampak cepat matang dari usia yang sebenar. Sayang, kerana dunia dewasa tidak seindah dunia kanak-kanak. Jadi, bersabarlah...lalui dan hargai zaman kanak-kanak kerana masa yang hilang tidak akan kembali. Membesarlah mengikut fasa yang telah ditetapkan sejak azali...hargai dan hayati.


Lagu Labah-labah

Satu labah-labah 
Cuba panjat perigi
Bila hujan turun
Labah cepat lari
Terbit matahari
Air tiada lagi
Labah boleh panjat 
Sekali lagi

Sweet je kan lagu nie...lagu simple pasal labah-labah je...Dari lagu nie, kita tahu bahawa labah-labah tak suka air. Hihi...apa-apa pun labah-labah tetap makhluk Allah swt, jadi kalo nmpk labah-labah tue, jangan la dibunuhnya. Mengikut dalam sirah nabi-nabi, labah-labah termasuk dalam makhluk yang dikasihi dan diberkati kerana labah-labah la yang telah membantu Nabi Muhammad saw semasa beginda dikejar untuk dibunuh kerana menyebarkan ajaran Islam di Kota Mekah. Jadi, moral of the story...jangan bunuh labah-labah sekiranya ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri kita. 

Cukup kot pasal lagu zaman sekolah...hihi...nie lagi satu kotak memori untuk Wani yang akan datang yang dah berumur 60 - 70 tahun...tue pun jika belum di'pencen'kan awal oleh Sang Pencipta-Nya.

Journey to the South




Mesti semua pernah menonton atau terbaca atau terdengar mengenai movie Journey to the West kan? Kisah pengembaraan Sami Buddha yang ingin mencapai makam tertinggi dalam kehidupan yang kekal abadi bersama-sama pengikut-pengikutnya yang tergolong dalam golongan makhluk bukan manusia...or lebih kepada jelmaan binatang yang hampir menyerupai manusia. Pengikut-pengikutnya adalah terdiri daripada Monyet yang nakal, Lembu yang dungu dan Ba.Alif.Ba.Ya yang gatal. Disebabkan movie ini 100% melanggar akidah dan kepercayaan Islam, tapi jika kita ambil pendekatan dan unsur-unsur yang positif, ianyanya boleh memberikan nilai moral yang tinggi kepada sesiapa yang menontonnye. Walaubagaimana pun, movie ini telah diharamkan untuk ditayangkan di Malaysia...walaupun, sebenarnya dahulu memang dah ada drama bersiri Journey to the West. Confuse skit, kenapa drama bersiri lepas...tetapi movie tak lepas..hihihi...tk pe la, tak de kaitan dan sila abaikan.

Actually, bukan kisah Journey to the West yang nak dikongsikan di sini. Hihihi...tue sekadar mukadimah je...konon-konon nak cari mood untuk melontarkan kata-kata dalam bentuk penulisan. Gambar di atas pun sekadar gambar hiassan je...tak de la nmpk togel je article nie...at least ada gak gambo sebagai penyeri...

Al-kisahnya...seperti yang dijadualkan 24 - 25 Februari 2018 perancangan yang telah dibuat sebulan yang lepas berjalan lancar. Malahan, lebih adventure and advance daripada perancangan awal. Betul la orang cakap, kalo nak gi memana...tak perlu buat planning beria-ia sgt. Cukup la ala kadar je...coz when the time comes, it will come out beautifully and beyond from the earlier planning. To be happy in your life...just do one simple thing...which is, expected the unexpected thing and enjoy your life till the fullest. Just remember one more thing...begin's and Allah swt will do the rest...  

Itulah amanat yang dipegang selama ini...alhamdulillah, semuanya ok dan mengikut perancangan. Sebaik-baik perancangan manusia, perancangan Allah swt adalah yang terbaik. 



Bermula jam 6.45 pagi...bermula la perjalanan menuju ke Selatan tanah air. Tujuan utama adalah hanya untuk turut serta dengan aktiviti White Water Rafting (WWR) yang telah didaftarkan sebulan sebelum tue. Yuran penyertaan RM110 untuk seorang. Ini merupakan WWR yang ke-3 selepas bulan Mac 2017 dan bulan Disember 2017. Walau pun telah mempunyai pengalaman, tetapi perasaan takut untuk harung sungai yang deras dan jeram yang tinggi serta halangan batu-batu sungai masih tetap ada. Bak kata orang, malang tidak berbau kan. Perasaan teruja dan takut jalan beriringan pada masa yang sama. 

Perjalanan yang memakan masa 2 jam 20 minit akhirnye tiba di destinasi yang dituju iaitu di Outworld Expendition, Razila Resort, Gopeng, Perak. Tepat jam 9.09 pagi tiba di lokasi yang ditetapkan. Kehadiran kami telah disambut dengan hembusan angin yang menyamankan serta mendamaikan...kesegaran bau rumput yang lepas dipotong menambahkan lagi aroma suasana di kampung yang sungguh tenang. Terasa jiwa dan minda menjadi ringan kerana telah jauh dari kesibukan dan kebisingan di bandar dan pencemaran udara yang telah pun imune kan saluran pernafasan. 

Walaubagaimana pun, agenda bermula lewat dari masa yang dijadualkan. Program hanya bermula pada jam 10.30 pagi...kerana ada team yang sampai lewat. Tepat jam 11.00 pagi...bot2 biru telah diletakkan di atas permulaan air untuk dikayuh oleh para peserta. Taklimat ringkas telah diberikan sebelum itu kepada semua peserta agar setiap arahan yang akan dikeluarkan oleh pengemudi bot akan diikuti dengan baik. Antara term-term penting yang perlu diingat oleh para peserta adalah forward, backward, hold and bum bum...4 perkataan keramat ini perlu difahami dan diikuti dengan baik utk memastikan bot tidak terbalik or peserta jatuh dari bot. 

Doa...sampai letih gak la bibir nie membaca doa agar tiada apa-apa yang berlaku. perasaan nervous masih ada walaupun ini merupakan kali ke-3 telah ikuti aktiviti sebegini. Target untuk kali ini adalah tak nak jatuh dari bot seperti WWR yang lepas. Tue yang tersemat kemas dalam hati. hihihi...



Sebanyak 11 jeram perlu ditempuh untuk jarak 5 km perjalanan mengharungi sungai yang deras. Batu-batu dan pokok tumbang perlu ditempuh mengikut arahan juru kemudi bot. Bila perlu forward...bila perlu backward...bile perlu hold dan bila perlu bum bum. Bila juru kemudi cakap...forward, bermaksud semua kena berkayuh ke depan dengan kiraan 1...2...1...2...untuk memastikan kayuhan yang dibuat oleh setiap peserta seiring dan serentak. Jika juru kemudi cakap...backward bermaksud, kena kayuh ke belakang kerana bot telah berpusing atau nak langgar tebing sungai. Bila juru kemudi cakap hold...semua peserta perlu pegang pendayung dan tali yang ada pada bot serta bongkokkan badan ke depan untuk mengimbangi badan ketika bot menempuh jeram-jeram yang kecil atau rendah. Untuk jeram yang tinggi n deras, juru kemudi akan cakap bum bum...bermaksud peserta perlu duduk melutut dalam bot dengan kadar pantas dan cepat. Tujuan adalah untuk mengelakkan peserta jatuh dari bot ketika bot melalui jeram yang tinggi. 

Alhamdulillah...kali ini ke-11 jeram yang dilalui untuk kali ke-2 dapat ditempuh dengan lancar tanpa terjatuh ke dalam air atau tercampak keluar dari bot. Syukur sangat-sangat kerana Allah swt dah perkenankan doa yang diminta.

Tapi...ada tapinye...ada 3 insident yang tidak dijangka dah jadi. Semua yang terjadi ini adalah berpunca daripada unsur luar. Di luar jangkaan dan ramalan. Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Semuanye berpunca daripada juru kemudi yang agak nakal n buat gurauan kasar yang bagi aku agak melampau. And of course aku totally tidak menyukainya.

Rupa-rupanya di kalangan juru kemudi nie ada sorg tue suka mengenakan peserta. Specially peserta yang nampak takut dan mudah dibuli. Disebabkan semua peserta jatuh dalam air, aku sorang je yang tak jatuh...ada ke patut dia datang dari arah belakang dan tolak aku jatuh dalam air. Of course fobia ngan air aku datang. Langsung lupa mcm mane nak bernafas guna hidung...cemas dan panik. Juru kemudi tue tgk aku terkapai-kapai, dia pun tarik life jacket aku naik ke atas...dan suruh bernafas n berdiri...ari xdalam katanya. Tak dalam untuk dia...tapi paras dada untuk aku (al-maklumlah..ketinggian yang comey). Lepas aku dah stabil boleh bernafas...ape lagi, secara automatiknya...tangan aku pukul2 badan manusia yang tak berapa betul tue. Memang aku marah gilerrr dan badan aku memberikan tindakan refleks dengan memukul orang yang tolak aku jatuh dalam air. You pick a wrong person Mr. Pain. 

Lepas kejadian yang tak disangka tue...fobia makin bertambah...dan nk turun bot pun jadi takut...2x terjatuh dalam air bile turun dari bot disebabkan permukaan batu yang licin...lemas 2x disebabkan kesilapan diri sendiri. Fobia...trus jadi fobia...no more rafting after this...no more swimming class for me...i hate swimming...i think that i dont have any talent in swimming...huhuhu...All of this happens because of that Mr. Pain fault. 



Walaubagaimana pun, kenangan WWR ini akan tersemat dalam hati...maybe one day bile teringat kembali apa yang jadi ini, aku akan tersenyum sorang diri dan mungkin iyanya akan menjadi memori yang terindah.

Disebabkan itu, di sini ku lontarkan memori itu untuk dijadikan kenangan masa akan datang. Maybe time tue aku dah tua...dah hilang banyak memori...dan dalam blog ini la akan ku cari kembali memori yang lepas...


Your happiness is in your hand...
Your pain also is in your hand...
You the one will make a choice...either happiness or pain...
So, just enjoy n less worry...
Doa, Tawakkal and Redha dengan ketentuan Allah swt



Outworld Expendition
Razila Resort
White Water Rafting, Gopeng, Perak

Awan Hitam

Awan Hitam Bosan... Bila nak balik nie... Penat melayan kerenah manusia... Topeng berlapis-lapis Sampai lupa wajah sebenar yang mana Benci.....